Anda di halaman 1dari 8

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


Sesuatu kemalangan boleh terjadi berpunca dari keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah penting untuk mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan.
1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel a. Peraturan keselamatan Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti

i. Mengelakkan kemalangan & menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid. - Membantu guru dalam memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa menjalankan kerja praktis.
ii. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: a. peraturan keselamatan am b. peraturan keselamatan diri c. peraturan keselamatan alatan dan bahan

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel a. Peraturan keselamatan i. Peraturan keselamatan am Mendapatkan kebenaran guru : keluar & masuk bengkel Buka semua tingkap dan pintu semasa P&P KH berjalan Melabelkan semua alatan dan bahan Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan Membersihkan meja dan bengkel setelah selesai aktiviti Memastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik

ii. Peraturan keselamatan diri - Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa - Memakai apron, kasut, baju berlengan pendek dan mengikat rambut - Jangan bermain atau bergurau senda semasa berada di bengkel - Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan - Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas aktiviti di bengkel - Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat Penggunaan dan penyenggaraan alatan dan bahan yang betul oleh guru dan murid perlu bagi mengelakan daripada berlakunya kemalangan di bengkel atau tempat kerja. Selain itu, ia bertujuan supaya alatan dan bahan sentiasa dalam keadaan baik.
iii. Peraturan keselamatan alatan dan bahan

- Merancang alatan dan bahan yang hendak digunakan mengikut aktiviti - Memahami cara-cara menggunakan alatan dan bahan terlibat - Membersihkan alatan dan menyimpan kembali di tempat penyimpanan - Alatan dan yang merbahaya seperti kerosin,petrol, cat dan peralatan yang tajam seperti gergaji, NT cutter dan sebagainya hendaklah disimpan di dalam alamari atau tempat yang selamat - Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel Di samping itu unit pembelajaran ini juga menekankan tentang perlunya alatan bantuan kecemasan. iv. Pengenalan kepada alatan bantuan kecemasan - Alatan bantuan kecemasan yang terdapat dalam bengkel adalah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api - Semua alatan bantuan kecemasan hendaklan diletakkan di tempat yang sesuai dan tidak tersorok. - Alatan ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa supaya selamat digunakan

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Langkah yang perlu diambil semasa berlaku kemalangan
Berikut adalah contoh langkah kecemasan dan peranan yang perlu diambil oleh guru dan murid sekirannya berlaku kemalangan atau kecederaan PERKARA
Kemalangan

TINDAKAN MURID
- laporkan kepada guru dengan serta merta - Ikut arahan guru dan jangan cemas

TINDAKAN GURU
- Mengambil tindakan sewajarnya dan mengawal keadaan - Memberi bantuan dan rawatan awal yang sesuai dan jika perlu hubungi doktor - Laporkan kepada pentadbir sekolah - Catatkan pada buku rekod kemalangan

PENTADBIR
Memberi arahan kepada guru tentang tindakan selanjutnya yang perlu diambil

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Rekod Kemalangan Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Rekod kemalangan dapat membantu guru : i. Mempertingkatkan pengurusan bengkel ii. Memastikan kemalangan yang sama tidak berulang iii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan siasatan lanjut iv. Sebagai bukti untuk menentukan sama adUa langkah-langkah pencengahan kemalangan yang diamalkan berkesan atau pun tidak Contoh format rekod kemalangan:
TARIKH 26.3.03 NAMA MURID AYUB B. LUKMAN KELAS 6 JAYA JENIS KEMALANGAN RAWATAN T.T GURU LUKA DI JARI

BENGKEL

@&

UNIT KEMAHIRAN HIDUP & REKA CIPTA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel

Anda mungkin juga menyukai