Anda di halaman 1dari 5

Nama : Yon Khairani binti Kassim No KP : 620101-01-6034 Kursus : NPQEL 1/2013/SMI 3 Soalan : Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan

Tahunan Sekolah. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut.

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan.
1

Justeru, dengan akta

ini setiap murid harus melibatkan diri dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun Hasrat ini didokongi Dasar Sukan Negara ,Slogan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan dan beberapa surat pekeliling ikhtisas yang lain . Melalui SPI 16 /2010 dasar 1M1S perkenalkan. Agenda memperkasa sukan negara dijelaskan di mana setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti sukan.Aktiviti sukan juga dijalankan sepanjang tahun dan diambil kira apabila ingin memohon IPTA atau IPTS. Pelbagai aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun di sekolah dan semua sekolah pasti akan mengadakan temasya sukan tahunan. Dari sudut pengurusan ,temasya sukan tahuan ini dijalankan mengikut empat prinsip pengurusan iaitu POLC atau merancang(plan), mengelola(organise),memimpin(lead) dan mengawal(control).Pada peringkat merancang, pengetua bersama GPK Kokurikulum akan menetapkan tarikh temasya sukan di dalam Takwim Sekolah . Selain tarikh , nama guru ketua rumah sukan, senarai guru-guru rumah sukan dan jadual latihan rumah sukan juga ditentukan.Seterusnya, perjumpaan atau
1

KPM(1996), Akta Pendidikan 1996

mesyuarat rumah sukan akan diadakan dan ini selalunya diadakan pada minggu kedua tahun persekolahan.Selain itu mesyuarat kecil dengan guru ketua rumah sukan juga diadakan untuk memberi penerangan tentang acara yang dipertandingkan dan penyerahan borang-borang penyertaan. Mesyuarat ini penting untuk memastikan semua guru yang diberi tanggungjawab faham hasrat dan kehendak pentadbiran. Seterusnya peringkat mengelola (organize). Pada peringkat ini semua jawatankuasa diberi tanggunjawab untuk melaksana latihan rumah sukan. Pada kebiasaannya satu Latihan Kejurulatihan akan diberikan dalam sesi LADAP untuk memastikan guru dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Disini pengetua menurunkan kuasa atau membuat empowerment kepada GPK Kokurikulum dan guru-guru untuk melaksana tugas. Pada masa yang sama beberapa jawatankuasa saperti jawatankuasa induk dan jawatankuasa

pelaksana akan melaksana aspek teknikal saperti penyediaan padang, peralatan ,membuat trek dan memastikan peralatan untuk acara sukan mencukupi dan dalam keadaan yang memuaskan. Pengetua atau GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan akan sentiasa

membimbing guru-guru dari masa ke semasa. Beberapa mesyuarat atau perjumpaan informal akan diadakan untuk memantau perkembangan program..Pada peringkat pra temasya ini pelbagai tugas dijalankan. Setiausaha sukan dan jawatankuasa terlibat akan membuat senarai jawatankuasa sukan tahunan,menempah hadiah serta cenderahati,dan menempah makanan. Selain itu surat jemputan pada tetamu dan ibubapa dihantar. Seterusnya ujian tara dan raptai akan diadakan. Ujian tara amat penting kerana semua pelajar terlibat dan penglibatan mereka menyumbang kepada markah rumah sukan masingmasing. Disini dilihat bahawa murid diasuh bekerjasama sebagai satu pasukan dan Konsep Sukan untuk Semua diamalkan. Seterusnya diadakan raptai. Raptai adalah satu mekanisme untuk membimbing supaya sebarang kekurangan dapat ditambahbaik sebelum temasya tersebut diadakan.

Pada peringkat mengelola pengetua menubukan beberapa jawatankuasa dengan mengambil kira beban tugas dan kepakaran guru didalam bidang masing-masing.Peringkat mengelola dan membimbing berlaku hampir serentak. Dalam mengelola persiapan temasya sukan pengetua akan memberi panduan,bimbingan teguran dan tunjuk ajar agar matlamat menjayakan temasya sukan dengan cemerlang tercapai.Sebagai pengurus, pengetua juga akan bertindak sebagai penyelia dan akan menetapkan piawai pencapaian yang diharapkan. Sistem maklum balas dijalankan supaya pemantauan dijalankan secara berkala. Seorang pengetua yang mahir amalan pengurusan, akan mengawal (control) bukan sahaja pada peringkat akhir malah pada peringkat perancangan dan pengelolaan program. Seterusnya temasya sukan diadakan.GPK Kokurikulum akan memberi taklimat khas kepada semua guru.Pada sebelah pagi persiapan di padang dijalankan dan pada sebelah petang temasya sukan berlangsung sebagaimana dirancang. Pada lazimnya sukan akan diadakan pada sebelah petang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.Selesai temasya Setiausaha Sukan perlu menyediakan laporan bertulis untuk diserahkan pada pengetua. Laporan ini mengandungi laporan lengkap program berserta kekuatan serta kelemahan. Dikebanyakkan sekolah laporan sahaja tidak memadai kerana akan ada satu mesyuarat post mortem .Post mortem dijalankan untuk tujuan kawalan kualiti atau mutu. Kekuatan dan kelemahan program dikenalpasti. Pengetua akan memastikan pembetulan dan pemulihan dijalankan untuk menambahbaik program dan pencapaian. Selaras dengan konsep sukan untuk kecemerlangan, atlet yang berjaya dalam temasya sukan sekolah akan mewakili sekolah keperingkat daerah dan negeri. Mereka dibimbing oleh guru-guru pada hari- hari tertentu untuk menjalankan latihan intensif. Konsep mengawal kualiti disini perlu kerana kecemerlangan adalah matlamat utama seorang pengetua strategik

Kesimpulannya, dalam mencapai kecemerlangan dalam apa saja program yang dianjurkan baik temasya sukan tahunan mahupun aktiviti lain ,seorang pemimpin atau pengetua harus tahu konsep pengurusan .POLC adalah satu alat membantu pengetua mengurus program secara sistematik agar matlamat kecemerlangan sukan saperti yang harapkan tercapai.

Rujukan 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), Akta Pendidikan 1996, Kuala Lumpur , Law Publisher. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 16 Tahun 2010. 3. Dr.Shariffa Jamelah Al Sebberan,(2012) Modul 2: Pengurusan Kokurikulum [Nota Kuliah] IAB, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai