Anda di halaman 1dari 3

2 RAD Kem Mahkota 86000 KLUANG 07-7788074 Apr 13 2RAD/PEND/G-5/106/22 Lihat Agihan ARAHAN PENTADBIRAN KURSUS PENDIDIKAN MORAL

DAN ETIKA (PME) ANGGOTA BUKAN ISLAM AM 1. Kursus Pendidikan Moral dan Etika (PME) merupakan usaha untuk mewujudkan pendidikan separa formal untuk anggota tentera yang bukan beragama Islam. Ia juga sebagai tambahan yang boleh diguna pakai untuk memperlengkapkan lagi proses penerapan nilai-nilai murni melalui sesi kursus pendek dan disampaikan dalam bentuk ceramah dan bengkel serta ujian sebagai peneguhan diperingkat akhir kursus. Sehubungan itu, Sel Pendidikan MK 3 Div akan menganjurkan PME untuk anggota bukan beragama Islam sebagai salah satu usaha menerapkan nilai-nilai murni dan etika tentera yang perlu diikuti sebagai syarat bagi pemakaian pangkat anggota Lain-Lain Pangkat. TUJUAN 2. Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk mengkoordinasikan segala aspek pentadbiran dan perlaksanaan Kursus PME tersebut agar dapat dilaksanakan dengan lancar. OBJEKTIF 3. Objektif yang ingin dicapai melalui Kursus Pendidikan Moral dan Etika ini adalah: a. Mempamerkan sifat-sifat yang berakhlak mulia dalam kehidupan. b. Mempamerkan etika profesion ketenteraan di dalam perlaksanaan tugas seharian. c. Membentuk perwatakan yang baik dan positif di kalangan anggota tentera yang boleh menyumbang kepada kejayaan organisasi dan kerohanian keluarga serta masyarakat. PELAKSANAAN 4. Tarikh dan Tempat Kursus. perlaksanaan mengikut siri seperti berikut: a. b. Siri 1/2013 Siri 2/2013 Kursus akan dilaksanakan sebanyak 3 siri. Tarikh

Mulai 16 hingga 18 April 13 bertempat di 2 RAD, Kluang. Mulai 18 hingga 20 Jun 13 bertempat di 2 RAD, Kluang.

5. Calon Peserta. Kursus ini akan dilaksanakan melibatkan anggota tentera bukan Islam seramai 35 orang seperti di Kembaran A. 6. Fasilitator. Tenaga Penceramah dan fasilitator adalah terdiri daripada pegawai dan anggota KPA (Pendidikan) Trup 3 Divisyen yang telah menghadiri kursus dan Seminar Moral dan Etika seperti di Kembaran B. 7. Jadual Kursus. Jadual adalah seperti Kembaran C.

8. Masa Melapor. Semua Penuntut dikehendaki melapor pada tarikh yang telah ditetapkan pada jam 0745H.

PENTADBIRAN DAN LOGISTIK 9. Penginapan. Penginapan adalah urusan persendirian bagi peserta dan fasilitator. Peserta luar kawasan Kluang penginapan disedikan oleh pasukan penganjur. 10. 11. Sajian. Hanya minum pagi dan makan tengahari disediakan. Pakaian. Pakaian semasa kursus adalah pakaian No 3 (Pakaian Kerja).

12. Pengangkutan. Pergerakan pergi dan balik peserta ke tempat kursus adalah urusan pasukan sendiri. 13. Alat Tulis. Peserta dikehendaki membawa alat tulis pesendirian dan 1 rim kertas A4 untuk tujuan kertas kerja dan peperiksaan. 14. Sekretariat. Pegawai yang telah dilantik sebagai sekretariat adalah Mejar Junizam bin Zainuddin, PS 2 Pendidikan MK 3 Div. 15. Tatatertib. Semua peserta adalah dikehendaki mempamerkan disiplin yang tinggi dan menjaga imej perkhidmatan sepanjang tempoh berkursus. PENUTUP 15. Pencapaian objektif dan keberkesanan Kursus Moral dan Etika ini adalah bergantung sepenuhnya kepada komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Justeru adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kursus ini. 1ANGKATAN: TETAP GAGAH TETAP SETIA

NIZLAN BIN MOHAMED Mej bp Panglima Kembaran: A. B. C. Agihan: Luar: Tindakan: IKEM TD (Untuk Perhatian: Pendidikan) Plapes UTHM (Untuk Perhatian: Tadbir) Maklumat: MK ATM - Jabatan Arah Pendidikan (Untuk Perhatian: Sel Naziran) Sel Pendidikan Am) MK 3 Div (Untuk Perhatian: Pendidikan) Senarai Nama Penuntut. Senarai Nama Jurulatih Jadual Kursus.

MK Div ARTI (Untuk Perhatian: Tadbir) MPLDTD (Untuk Perhatian: Pendidikan) Dalam: Peg Memerintah MK Rejimen

Anda mungkin juga menyukai