Anda di halaman 1dari 3

TERHAD

Batalion Ke 3 Rejimen Sempadan


Kem Pengkalan Hulu
33100 PENGKALAN HULU
Perak

Tel : 04-4778242 Samb 132


Fax : 04-4779557

Nov 2010

3 RS/G3/3093

Lihat Agihan

ARAHAN PENTADBIRAN KURSUS KENAIKAN PANGKAT PKBM TAHUN 2010


MULAI 12 NOV HINGGA 14 NOV 2010

Rujuk :

A. Buku Panduan Pengurusan PKBM (DARAT) Tahun 1997.

AM

1. Kursus kenaikan pangkat bagi ahli PKBM tahun 2010 akan dilaksanakan mulai 12 Nov hingga
14 Nov 10 bertempat di pasukan ini. Peserta kursus terdiri daripada ahli-ahli PKBM dibawah
naungan pasukan yang layak sahaja dan mempunyai potensi untuk dipertimbangkan menjawat
jawatan sebagai PTT Kanan dan PTT Rendah di masa hadapan.

TUJUAN

2. Arahan ini bertujuan untuk menyelaraskan segala aspek pentadbiran kursus dan juga untuk
membolehkan peserta yang bakal menghadiri kursus ini membuat persiapan awal.

OBJEKTIF

3. Objektif kursus adalah seperti berikut :

a. Menilai kemampuan dan kebolehan seseorang kadet dalam pelajaran kawad kaki dan
kawad senjata.

b. Menilai kemampuan dan kebolehan seseorang kadet dalam pelajaran senjata.

c. Menilai kemampuan dan kebolehan seseorang kadet dalam pelajaran membaca peta.

PELAKSANAAN

4. Tarikh dan Tempat. Kursus tersebut akan diadakan di sekitar kawasan kem bermula pada
12 Nov hingga 14 Nov 10.

5. Organisasi Kursus dan Jurulatih. Seperti di Kembaran A.

6. Senarai Peserta. Akan diedarkan berasingan.

7. Jadual Kursus. Seperti di Kembaran B.

8. Pakaian/Peralatan. Senarai pakaian dan peralatan yang perlu dibawa oleh peserta adalah
seperti berikut :
1
TERHAD
TERHAD
a. Alat tulis yang secukupnya.

b. Pakaian adalah seperti berikut :

(1) Pakaian No 3.

(2) Pakaian Kebangsaan.

(3) Pakaian Awam.

9. Format Ujian. Format ujian adalah seperti di Kembaran C.

10. Arahan Keselamatan. Semua peserta yang terlibat dikehendaki mematuhi segala aspek
keselamatan seperti di Kembaran D.

PENTADBIRAN DAN LOGISTIK

11. Melapor Diri.

a. Jurulatih. Dikehendaki melapor di Pejabat Latih pada 12 Nov 10 jam 0900 untuk
taklimat/koordinasi.

b. Peserta. Dikehendaki melapor pada 12 Nov 10 Jan 1500 untuk taklimat/ pentadbiran
dan proses dokumentasi kursus oleh Pegawai PKBM.

12. Penginapan dan Sajian. Semua peserta akan ditempatkan di bilik penginapan yang
disediakan khas dan sajian akan diuruskan.

13. Keperluan Kursus. Semua peserta di kehendaki menyediakan perkara berikut :

a. Sijil Kecergasan Kesihatan.

b. Sijil Pelepasan Tanggungan Ibubapa adalah seperti di Kembaran E.

c. Sijil Tanggungan Menaiki Kenderaan Tentera adalah seperti di Kembaran E.

14. Bantuan Latihan. Segala keperluan akan dikoordinasikan oleh KSMJ dan setiap peserta
kursus dikehendaki menyediakan alat tulis secukupnya.

15. Disiplin. Semua peserta dikehendaki menjaga disiplin yang tinggi pada sebilang masa dan
mematuhi segala arahan serta peraturan yang dikeluarkan.

16. Pemberhentian Dari Kursus. Semua peserta tidak dibenarkan menarik diri dari kursus
melainkan atas kelulusan Pengarah Kursus atau disebabkan perkara-perkara berikut :

a. Melanggar disiplin dan arahan kursus.

b. Tidak berkemampuan untuk meneruskan kursus atas sebab-sebab kesihatan.

17. Perubatan. Akan disediakan di RSATpasukan.

2
TERHAD
TERHAD
PENUTUP

18. Diharap dengan adanya arahan ini, semua peringkat anggota dan peserta yang terlibat dapat
membuat persiapan awal agar kursus ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
digariskan.

MOHD FUAD BIN MD GHAZALI


Mej
bp Pegawai Memerintah

Kembaran :

A. Organisasi Kursus dan Jurulatih.


B. Jadual Kursus.
C. Format Ujian.
D. Arahan Keselamatan.
E. Sijil Pelepasan Tanggungan Ibubapa dan Sijil Tanggungan Menaiki Kenderaan Tentera.
Agihan :

Luar :

Tindakan :

Sekolah Menengah Kebangsaan Baling


(Untuk Perhatian : Pengetua Sekolah dan Guru PKBM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban


(Untuk Perhatian : Pengetua Sekolah dan Guru PKBM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu


(Untuk Perhatian : Pengetua Sekolah dan Guru PKBM)

Maklumat:

Markas 6 Briged
(Untuk Perhatian : Latih)

Markas 2 Briged
(Untuk Perhatian : Latih)

Markas Bgd Sempadan


(Untuk Perhatian : Latih)
Dalam:
Tindakan :

Kuartermaster
Jurulatih PKBM

Maklumat :

Pegawai Memerintah
3
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai