Anda di halaman 1dari 7

Kerana mu Aku bisa menulis Tangan yang dulunya kaku Tulisan yang bercelaru Mengeja aku pun tak

tahu

Kerana mu Ku kenal setiap abjad Bermula dari ABdan C Mengeja sukukata Bertatih aku membaca Aa BA.ba CA..ca

Hingga bisa Membina sebaris ayat Diajar nahu dan tatabahasa Seperenggan karangan juga Ku bisa

Kerana mu. Ku kenal angka Bermula dengan 12.dan 3 Campur, tolak, bahagi dan darab Menghitung dalam ilmu hisap Mencabar minda bila Soalan tak bisa ku jawab

Kerana mu Ku kenal huruf-huruf hijaiyah Bermula dengan Alif , Ba dan Ta Bertadarus bila malam tiba Mengisi dada dengan tiang agama

Guru Mencurahkan ilmu dengan motivasi Mengajar dengan penuh dedikasi Bersabar menabur jasa dan bakti Mengisi minda yang masih kosong ini Pengorbanan mu ku sanjungi Menjadi penggerak jati diri

Guru Tiada hadiah yang dapat ku beri Sebuah puisi pengganti diri Semoga hidupmu DIRAHMATI Jasa dan baktimu DIBERKATI Panggilan CIKGU adalah keramat Akan dikenang sepanjang hayat

Anda mungkin juga menyukai