Anda di halaman 1dari 6

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM JANTUNG AMALI 9

Arahan: Dalam kumpulan kecil, pelajar dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

1. Melabel dan mengenalpasti bahagian-bahagian jantung. Jawapan: Aorta Arteri pulmonari

Injap sabit Aurikel kanan

Vena pulmonari Aurikel kiri Injap bikuspid Ventrikal kiri

Injap trikuspid Ventrikal kanan Septum Gambarajah Jantung Manusia

2. Fungsi-fungsi bahagian jantung. Jawapan: Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua

injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu. Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung: Selaput Jantung (Perikardium) Meliputi jantung dan terbahagi dua; Pertama: lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal) Kedua: Lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut. Otot Jantung (Miokardium) Dibina daripada otot bebas Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung. Selaput Jantung (Endokardium) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah.

3. Proses pertukaran darah dalam jantung. a. Kitaran Sistemik b. Kitaran Pulmonari Jawapan: Pengenalan bagi sistem peredaran (kitaran) Sistem peredaran terdiri daripada siri-siri saluran yang rumit dan sesuai untuk mengangkut serta mengagihkan darah ke tisu-tisu. Salur darah yang mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung dipanggil arteri manakala salur darah yang membawa darah nyahoksigen balik semula ke organ jantung dipanggil vena. Arteri merupakan salur yang besar, berongga, kenyal dan mempunyai dinding berotot sesuai untuk mangangkut darah beroksigen yang bertekanan tinggi. Vena pula mempunyai injap untuk menghalang pengaliran semula darah. Di antara arteri dengan vena wujud kapilari darah yang menjadi penghubung bagi arteri dan vena. Darah adalah satu utusan yang membawa oksigen kepada tisu dan memindahkan asid laktik, karbon dioksida, dan hasil sampingan yang lainnya daripada tisu-tisu. Darah disalurkan oleh sistem peredaran tetapi melaksanakan tugasnya di kapilari-kapilari. a) Kitaran Sistemik Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar. b) Kitaran Pulmonari Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari

Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

Penjelasan tentang kitaran Pulmonari dan kitaran Sistemik Kaedah litar peredaran (kitaran) pulmonari adalah pengangkutan darah tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan kembali ke jantung. Darah akan masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan mengarahkan darah melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan menguncup untuk menolak darah melalui arteri pulmonari ke pembuluh pulmonari. Pembuluh pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri pulmonari kanan yang membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary kiri yang membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke bahagian bawah kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini, karbon dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke udara dalam alveoli untuk dibuang dalam paru-paru. Oksigen dari udara dalam alveoli bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Dari kapilari darah bergerak ke vena kecil atau venules. Venules adalah dari kiri dan kanan paruparu dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan membawa darah beroksigen dari paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini menguncup, menghantar darah melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak sebagai pam untuk darah beroksigen yang baru (segar). Bila ventrikel kiri menguncup, ia akan menghantar darah beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya aorta.

Anda mungkin juga menyukai