Anda di halaman 1dari 56

KATA-KATA HIMAH

SAHABAT
Bisikku pada Allah, Lindungilah semua temanku.. disetiap langkahnya, disetiap hela nafasnya, disetiap kelip matanya, disetiap degup jantungnya. Banyak yang ingin kupohon dan kuharapkan untuk semua.. tapi jika satu sahaja yang dimakbulkan oleh Mu, Lindungilah iman di hati mereka kerana dengan iman yang ada, temanku pasti selamat di dunia dan akhiratnya.. ameen~

JIHAD
Perjuangan itu ibarat menggenggam bara api.. pasti akan ada yang sakit dan menangis, juga turut lepas dan lari, serta berputus asa.. jadilah insan yang sentiasa bersyukur kepadaNya.. bukanlah kita yang memulakan perjuangan ini.. dan bukanlah kita yang menjadi penamatnya.. semoga kita trus istiqamah dan thabat dalam perjuangan Islam.. teruskan berjuang! [hanim ipkt]

SAHABAT
Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa.. namun keindahan zahirnya tersimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi.. bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi.. wajahnya bukan mengundang dosa.. timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu.. ameen~ [kak nora]

JIHAD
Sabda Rasulullah S.A.W: asas semua perkara ialah Islam, dan tiangnya adalah solat, sementara kemuncaknya adalah jihad *HR Tarmizi].. Allah menjanjikan pulangan lumayan kepada mereka yang berjihad iaitu pembebasan dari azab neraka, jaminan syurga dan kemenangan yang agung..

JIHAD
Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.. mereka tepu dengan masalah dan ujian, Cuma sesekali air mata merembes membasahi pipi, lambang kekerdilan dan kudrat hamba berdepan dengan belaian tarbiyah Sang Pencipta, sebagai tanda ingatan Nya.. Maka, teruskan perjuangan.. Kerana sesungguhnya hizbullah itu tidak akan pernah menyerah kalah! Moga tabah slalu [along]

PEMIMPIN
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan solat serta memberi zakat.. mereka sentiasa beribadat kepada kami. [al-anbiya: 73]

PEMIMPIN
Kata2 Saidina Abu Bakar: Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukan lah orang yang paling baik dalam kalangan kamu, maka berilah pertolongan kepada ku. Kalau aku bertindak lurus, maka ikutilah aku.. tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan lah aku.

SAHABAT
Manisnya sebuah perhubungan akan terpancar daripada manisnya iman.. bukan kerana aliran darah, tapi dipateri kerana Allah.. mampu memaafkan keterlanjuran dan bersabar dengan karenah insan.. menegur dengan penuh hikmah dan kasih sayang kerana tidak mahu terpisah di hari pembalasan.. mintalah pada Allah agar mengikat tali persahabatan ini seeratnya..

PEMIMPIN
Drpd Abu Zar katanya: aku bertanya, Wahai Rasulullah, tidak mahu kah engkau melantikku? baginda menepuk bahuku dan bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah.. ia pada hari akhirat adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. [HR Muslim]

PEMIMPIN
Drp Abd. Rahman B. Samurah, Rasullah S.A.W bersabda: Wahai Abd. Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin.. sesungguhnya jika engkau diberikan dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong) sekiranya engkau diberikan tanpa permintaan, maka engkau dibantu (oleh Allah). *HR B&M, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad]

TARBIYAH
Setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa, sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkannya pastilah nafsu, dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, d asuh mesti, apepun yang terjadi ikhlas menjadi penawar segalanya, yakin pada Allah, kebahagiaan pasti menanti dirimu, jadikan teguran sebagai panduan, itulah rahmat dari Tuhan..

JIHAD
Dr Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah S.A.W pernah ditanya: Apakah dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Lalu Rasulullah S.A.W menjawab, kamu tidak akan sanggup melakukannya pertanyaan itu diulang 3 kali.. tetapi baginda masih memberikan jawapan yang sama.. pada kali ke-3 baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah sama seperti orang yang selalu berpuasa dan slalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat2 Allah. Dia tidak merasa letih dari puasa & solat sehinggalah orang yang berjihad di jalan Allah itu kembali *HR Muslim+

JIHAD
Dalam sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan.. maka terimalah dengan kekuatan.. terkadang derita yang mendatang, terkadang teman tak sehaluan, terkadang impian gagal dicapai, namun itulah UJIAN.. lumrah perjuangan demi mencari IMAN yang teguh, dalam menuju kehidupan yang ABADI di sana nnti

JIHAD
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agamaMu *Al-Haj:48] Beruntunglah kerana antum adalah yang terpilih dalam kalangan ummat yang akan menegakkan Islam.. Teruskan berjuang kerana Allah!

JIHAD
Rahsia kejayaan musa b. Nusair, general Islam yang tak pernah kalah: Sebelum memulakan pertempuran, saya bersunyi2 dengan Allah, saya adukan segala kelemahan di hadapannya, dan saya yakin dia akan membantu saya.. inilah kelebihan orang mukmin.. semakin sulit masalahnya, semakin tajam (mustajab) doanya.. memang dalam perjuangan ada kesulitan, tp dalam kesulitan sentiasa ada ketenangan.. sebaliknya orang yg tak berjuang kurang kesulitan, tp tidak merasai ketenangan

TARBIYAH
Tidak ada insan suci yang tidak mempunya masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan ... Orang yg bahagia tidak slalu memiliki hal2 yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari stp hal yang hadir dalam hidupnya ... Semoga yang terbaik buat dirimu

TARBIYAH
Dengan nama Allah, apa kabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawadhu di pucuk2 daun? Masihkah ia seperti karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian? Apa khabar iman? Masihkah ia seperti bintang, terang benderang menerangi kehidupan? Apa kabar sahabatku? Di mana kau berada, smoga Allah sntiasa menjaga hatimu serta memberi kesihatan kepadamu hari ini dan untuk selamanya

JIHAD
Bila mana diri diwakaf untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu.. jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan.. walau jutaan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan, nescaya kemenangan pasti tiba.. derita kita adalah derita umat terdahulu.. penat kita harini untuk generasi akan datang.. perjuangan mesti diteruskan.. beramal kerana Allah.. salam sayang

TARBIYAH
Pesan Saidina Umat Al-Khattab: Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, apabila engkau ingat slalu pada dosamu, dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub dan kesempurnaan syukur ialah menyedari kekurangan2 mu ... slamat bermutabaah

JIHAD
Sabda Rasulullah S.A.W: setiap amalan itu dimulakan dengan niat *HR B&M+ Sabda Rasulullah S.A.W: manakah amalan yang lebih utama? Baginda menjawab, sembayang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa & berjuang di jalan Allah *HR Bukhari+... Ikhlaskan lah niat sahabat2 semua agar stp yg kita lakukan diredhai Allah & banyakkan berdoa agar segalanya berjalan lancar.. slamat berprogram drp abg2 dan kakak2 naqib/ah

JIHAD
Disaat golongan tua memusuhiku, golongan muda mengikut rapat dibelakangku sahabat2, ketahuilah bahawa peranan sebagai pemuda dan pemudi adalah besar dalam proses dakwah baginda Rasulullah S.A.W sehingga ke hari ini.. Saad B. Abi Waqas, Abdullah B. Abu Bakar adalah atra pemuda2 yang mnjadi bukti kejayaan dakwah Islam.. yakinlah kita bukan pemula dan kita bukan pengakhir, tapi kita adalah mata rantai dari perjuangan yang lepas yang menjadi penyambung kepada tertegaknya Islam

TARBIYAH
Dr anas b. Malik r.a bkata, kami bertanya: ya rasulullah, boleh kah kami memerintahkan kebaikan sedangkan kami tidak mengamalkan keseluruhannya? Rasulullah bersabda: perintahkan lah kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan lah kebaikan walaupun kamu tidak menjauji keseluruhannya

TARBIYAH
Kata Rasulullah: Jika hati kita baik, akan baiklah anggota lahir kita.. jika hati baik, justeru tangan, kaki, mata, tlinga dan mulut tak akan buat jahat.. Hati ibarat raja, anggota ibarat tentera.. jadi, jika raja baik dia akan mengarah tenteranya untuk berbuat baik sahaja.. latihlah hati kita agar sntiasa ingatkan Allah

JIHAD
Buat peserta tecma, dr abd rahman ibn abdullah ibn kaab ibn malik, bahawa bapanya abdullah mengatakan: aku mendengar bapaku, kaab ibn malik menceritakan: aku x pernah x ikut serta dalam peperangan yg dimasuki Rasulullah kecuali perang Badar.. aku telah ikut serta bersama Rasulullah dalam baiah aqabah, sesudah kami mengikat janji serta MEMPERTAHANKAN ISLAM, alangkah cintanya ak supaya aku dapat ikut serta dalam perang badar ... semoga Allah istiqamahkan kita di jalan ini

JIHAD
Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata mengalir di pipi mu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang rebah, tak kan dibiarkan rebah untuk kali kedua.. ya Allah, kami punya tali persaudaraan keimanan, namun jangan lah kau dugai kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggung, kekalkan lah ukhwah d antra kami bak kasih para sahabat pada Rasulullah, untuk kesekian kalinya, hanya padaMu kami pohon.. kekalkan lah ukhwah ntra kami & tunjukkan lah kami jalan yang Kau rahmati

JIHAD
Dari Ibnu Abbas r.a: aku mendengar Rasulullah S.A.W bsabda: 2 mata yang tidak akan kena api neraka. Apakah 2 mata itu? Yang pertama mata yang menangis kerana takut kerana Allah dan yang kedua mata yang berjaga malam kerana berjuang menegakkan kalimah Allah *HR Tirmizi]

JIHAD
Salam mujahadah.. aku merasa aneh dan kasihan melihat gelagat golongan yang menentang pembawa agama Allah.. adakah mereka terlalu jahil tentang kezaliman mereka ini @ mungkin Allah telah melaknat mereka @ mengunci hati2 mereka agar tidak menerima kebenaran. Berbahagialah org yang dberi hidayah untuk menerima agama Allah sepenuhnya dan celakalah yang selainnya..

TARBIYAH
Buat peserta TECMA: Rasulullah S.A.W besabda: Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah segala dosanya walaupun seperti buih dilautan *HR Ibnu Majah & At-tarmizi]

TARBIYAH
Tarbiyah Allah amat mahal.. Tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian.. Adakala ketegasan mampu mendidik kta lebih daripada kelembutan.. Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia.. justru, mengadulah padaNya, setiap titisan air mata yang mengalir amat bernilai dan berharga di sisi Allah

TARBIYAH
Ujian Allah adalah 1 tarbiyah untuk kita.. smakin dekat bahtera diri denganNya, smakin kuat taufan melanda.. biar rebah, jangan berubah! Biar terbuang, truskan perjuangan! Senyum mujahid memburu syahid!

SAHABAT
Ya Rabbi, kutitipkan salam untuk saudariku. Jadikan dia muslimah yang selalu menghembuskan nafas2 iman dan IslamMu.. Jadikan dia wanita solehah yang selalu mendapat kasih sayangMu.. Jadikan dia muslimah yang sentiasa menjaga izzah addinMu.. Ya Allah, sayangilah, cintailah, ampunilah, berkatilah dan masukkanlah dia dalam jannahMu

SAHABAT
Ya Allah, sekiranya engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangiMu, maka hanya Engkau yang mampu membawa hati2 kami ini bertaut menyelusuri jalan mencari cintaiMu, mengharap maghfirahMu.. jangan Engkau pisahkan hati ini dikala rindu & sayang kami belum cukup untuk melamar redha & cintaMu.. smoga hubungan yang terjalin ini di redhai Ilahi abadan abada

JIHAD
Saudaraku, andai kau tahu betapa besarnya pahala memikir, merancang, menyusun dan membantu Islam, nescaya kau tidak akan meninggalkan tugas jihad ini walau sesaat.. andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan tugas amal makruf nahi mungkar serta melaksana tugas khalifah, maka pasti dikau menghargai sesaat pemberian Allah.. andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah Islamiyyah, nescaya dikau berusaha mempertautkannya & menutup lubang2 perosak mahabbah.. slamat berjuang menjadi hamba yg murobbi.. saudaraku, mudah2an ntum istiqamah di jalan yg d pilih Allah ini

SAHABAT
Di mana saja dia berada pasti islam kan agung smula.. bla sahaja dia berbicara, pasti syaitan akan membencinya.. bagaimana sahaja dia memimpin alam maya, tersenyumlah para malaikat dengan bangga.. untuk apa sahaja tujuan dia melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah hilang menerangi insan sekelilingnya.. smoga dikaulah dia yg menjadi kebanggan agama

TARBIYAH
Ya Allah, Bagaimana inginku mengadu kepadaMU sedangkan semuanya tidak pernah tersembunyi dariMU .. Ya Allah, Bagaimana inginku jelaskan segala urusanku sedangkan sega-galanya datang dariMU.. Ya Allah, bagaimana inginku meminta kepadaMu sedangkan engkaulah lebih mengetahui kebutuhanku.. Ya Allah, berikan aku kesabaran dan kekuatan untuk mencari hikmah yg ingin Engkau tunjukkan~

JIHAD
Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung atau pun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!.

DAKWAH
Albanna: Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

DAKWAH
Sesungguhnya kehebatan para Daei, kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan ( yang hakiki) Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat kalian yang telah biasakan itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh-temeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar (syeikh Abdullah Azam)

TARBIYAH
RAHSIA HATI: Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'

PEMIMPIN
Hadis baginda swt : aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bg org yg meninggalkan perdebatan walaupun dia benar. ( rwyt abu daud )

MUSLIMAT
SAIDATINA AISYAH RA PERNAH BERPESAN: "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

MUSLIMAT
ANGGUNNYA PERIBADIMU: Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri,akhlaknya indah bak haruman,kelembutan bak rintik,kesopanan anggun menutupi diri,memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia,ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam,hanya buat suami tercinta terletak ketaatan.Maka sempurnakanlah agamanu.Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah.Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

JIHAD
"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah, tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun goyah,kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan landasan ke jannahNya..

SAHABAT
Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..

DAKWAH
Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.....Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah.

DAKWAH
Al-Banna: "I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will. This is who I am. Who are you?"

JIHAD
Teruslah bergerak, hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu Teruslah berlari, hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu Teruslah berjalan, hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu Teruslah bertahan, hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu Tetaplah berjaga, hingga KELESUAN itu LESU menemanimu (Ustadz Rahmat Abdullah)

JIHAD
"Ketika Islam berada di puncak kemenangan, kita tidak mendabik dada, ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata, itulah iqrar seorang pejuang, dunia diburu akhirat dijunjung.."

JIHAD
"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati.Namun tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenali hakikat, kitalah pejuang sebenarnya.."

TARBIYAH
Jika saat ini kalian tidak mampu menguasai diri kalian, tidak mahu bersungguh-sungguh mengendalikan syahwat dan kecenderungan kalian, malah untuk mengerahkan tenaga dan umur muda kalian demi tertegaknya aqidah, negeri dan masa depan umat kalian, maka apa nak jadi pada kalian?!

TARBIYAH
"Tujuan dari tarbiyah adalah untuk mewujudkan peribadi Muslim yang beribadah kepada Allah, tidak merasa takut kecuali kepada Allah, tidak mencari hukum kecuali kepada Allah, tidak bermusuhan kecuali kerana Allah, membersihkan kesetiaannya hanya kepada Allah, memurnikan tauhidnya hanya kepada Allah, menghormati syiar-syiar Allah, menjauhi larangan-larangan Allah, merasa kaya hati, bersikap qanaah, tidak merasa gembira apabila mendapatkan dunia, tidak melihat kepada orang di atasnya dalam urusan dunia, tidak mengalir air liurnya apabila melihat harta, pangkat dan wang ringgit, bertawakal kepada Allah, redha dengan ketentuan Allah, mengkehadapankan maslahat (keperluan) agama terhadap maslahat (keperluan) dunia, berterus-terang dengan kebenaran dan konsisten dengan kebenaran."

DAKWAH
Anak muda di jalan Dakwah.. bertatihlah dengan istiqamah dan optimis dengan janji Allah. Setiap ujian Allah ke atas kita adalah untuk melayakkan kita menerima darjat yang lebih mulia di sisinya, apakah ada kemuliaan yg lebih baik selain dari menjadi penolong-penolong agama Allah SWT, mujahid setia yang sabar, redha dan berserah diri, tidak termakan dengan bisikan-bisikan syaitan & hawa nafsu. Ayuh! Bebaskan dirimu dari graviti bumi yang mengajak kamu mencintai dunia sehingga melupakan akhirat.

DAKWAH
Amanah dakwah hanya dapat dipikul oleh orang-orang yang memiliki azimah (idealisme yang tinggi) bukan orang yang memilih tujuan yang rendah, senang dengan hidup santai, bertangguh dan rileks, memilih istirehat dan tidak mahu susah. Dakwah hanya dapat dikerjakan oleh orang yang dapat mengalahkan uzur bukan pandai mencipta uzur, berupaya semaksima mungkin untuk terus aktif di medan jihad dan memberikan sumbangan yang terbaik buat dakwah. Hidup mereka adalah untuk memberi dan hanya akan bahagia apabila dapat memberi di jalan dakwah.

DAKWAH
Da'wah menuntut para aktivis dan amilinnya untuk mengerahkan seluruh potensi yang dimiliki berupa pemikiran, harta, waktu, tenaga, jiwa dan raga. Sehingga tidak ada potensi yang dimilikinya kecuali telah diberikan untuk kepentingan dakwah. Kita baru memberikan sisa potensi untuk dakwah, sisa waktu, sisa pemikiran, sisa tenaga, sisa usia, sisa tenaga dan sisa dana. Sehingga hasilnya pun belum terlihat nyata. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar." (QS At-Taubah: 111)

TARBIYAH
Hatihati yang masih hidup jiwanya pasti bisa merasa rindu waktu jauh dari Pemiliknya. Dan hatihati yang tertaut pada Tuhannya pasti akan balik sujud tidak kira sejauh mana pun ia berkelana

Anda mungkin juga menyukai