Anda di halaman 1dari 59

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNSUR PATRIOTISME
DEFINISI: ELEMEN RASA CINTA YANG KUAT TERHADAP NEGARA

MALAYSIA

LATAR BELAKANG
1993 - UNSUR PATRIOTISME DINYATAKAN SECARA TERSURAT SEMASA PENGGUBALAN KAJIAN TEMPATAN 1998 - UNSUR PATRIOTISME DINYATAKAN SECARA TERSURAT DALAM MATA-MATA PELAJARAN YANG LAIN ATAS ARAHAN PM

KONSEP
SATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN MURID PENEKANAN KEPADA AMALAN & PENGHAYATAN FPK & RUKUNEGARA MENJADI ASAS

OBJEKTIF
MEMUPUK SIKAP KENAL DIRI & CINTAI WARISAN BANGSA CINTAI & BANGGA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA BERSEMANGAT KEKITAAN, BERDISIPLIN MEMAHAMI & MENGHARGAI USAHA PEMBANGUNAN MEMAHAMI ISU DALAM MASYARAKAT DAN BERTINDAK WAJAR MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF & PRODUKTIF

MATLAMAT
MELAHIRKAN WARGA MALAYSIA YANG BERSEMANGAT PATRIOTIK DAN BERKEPERIBADIAN MALAYSIA

STRATEGI PELAKSANAAN
PENDEKATAN SECARA MENYELURUH &MERENTASI KURIKULUM DALAM: KAJIAN TEMPATAN AKTIVITI P&P KBSR/KBSM AKTIVITI KOKURIKULUM AKTIVITI SEKOLAH YANG LAIN

6 CIRI PATRIOTISME

BERSEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DAN BANGSA Bertanggungjawab untuk kesejahteraan dan kemajuan. Berani dan sanggup mempertahankan negara& bangsa. Sedia berkorban untuk negara & bangsa.

BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Menyanjung perlembagaan negara. Menghormati raja dan pemimpin negara. Menghormati lambang-lambang negara. Mengamalkan perlakuan bersopan & bertatasusila. Mengenal dan menghayati warisan budaya.

BERSEMANGAT KEKITAAN
Bersatu dan berharmoni Bertolenrasi Bekerjasama Hormat menghormati Bersefahaman Muhibbah kasih sayang

BERDISIPLIN
Mematuhi peraturan Bertanggungjawab Rasional Ikhlas, jujur, amanah Adil & bertimbang rasa

BERUSAHA DAN PRODUKTIF


Rajin, tekun dan gigih Berdikari Sentiasa mempertingkatkan usaha Tabah hadapi cabaran Melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara

PEKA TERHADAP ISU-ISU SEMASA DALAM DAN LUAR NEGARA

Alam sekitar Pemeliharaan dan pemuliharaan

UNSUR PATRIOTISME DALAM KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5


TOPIK 5 Mengenal Negara Kita 5. 1 Lokasi a. Di Asia Tenggara b. Di dunia Unsur Patriotisme: Bersyukur dan berbangga dengan lokasi negara kita yang strategik. Menyedari kepentingan negara sendiri dari segi kedudukan geografi.

LANGKAH MENERAPKAN PATRIOTISME


Subtopik 5.1 Memberikan dua pernyataan unsur patriotisme dengan dua kata kunci untuk guru perjelaskan kepada murid iaitu: - kedudukan yang strategik * di tengah laluan timur-barat - kedudukan geografi * iklim yang sesuai * selamat, terlindung dari bencana alam.

PENDEKATAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN


(i) Menerapkan Unsur Patriotisme sewaktu memberi nasihat kepada murid. (memotivasikan murid)
Contoh: Bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk belajar

PENDEKATAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN


(ii) Menegur sikap negatif murid
Contoh: -Sabar & tidak berputus asa -Bersyukur & menyayangi diri

PENDEKATAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN


(iii) Membuat rumusan di akhir P & P Contoh: -cerita (peristiwa) -puisi -lagu

Pahlawan Kemerdekaan

Pahlawan! Jika hilangmu tanpa pusara Jika pusaramu tanpa nama Jika namamu tanpa bunga Penjajah mengatakan kau derhaka Maka kaulah pahlawan sebenarnya
Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang Bersama peluru bersama senapang Membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah Bukan sirap hilir ke kuala Bukan rakit mudik ke hulu Arus merahnya menjulang mayat Pahlawan bangsa pahlawan rakyat Tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan! Untukmu derita untukmu sengsara Bukan bintang tersemat di dada Semangatmu api negara berdaulat Namamu terukir dijantung rakyat.

Perwira

Dikaulah harapan hati, Penghibur dikala sunyi Pergilah berbakti ,membela pertiwi. Perwira. Janganlah kekanda bimbang ,Untuk pergi berjuang Andainya kau gugur,jasamu dikenang

*Dengarlah lagu kucipta,gubahan mesra dan manja


Sebagai ganti diri , bersama kau berbakti Semuga tabah hati.

Kekanda dimedan perang, adinda dimedan seni Sama-sama berjuang , sama-sama berbakti Untuk ibu pertiwi. Majulah kekanda maju jangan undur , Dinda mohon doa restu, Rela sehidup semati Bersamamu perwiraku.

Rumusan
Sila buat renungan Tentang kisah anak palestin yang berikut

DARI DIARI ANAK KECIL PALESTINE


DISUSUN SEMULA OLEH ISMAIL BIN MUNAJAT

Dari Diari seorang Anak Kecil yang hampir 4-Tahun


Oleh Hanan Mikhael Ashrawi

Esok balutan akan dibuka Mungkin aku akan lihat separuh buah apple? Separuh wajah ibu dengan sebiji mata? Aku tidak nampak pelurunya Tetapi terasa kesakitan yang teramat dalam kepala wajahnya tidak akan hilang Askar dengan senapangnya dan telekkan yang tepat Dan wajah matanya yang aku tidak mengerti Wajahnya jelas walaupun mataku pejam Mungkin wajahnya terpahat dikepalaku aku akan diberi sepasang mata Supaya dapat mengganti sebiji yang hilang Bulan hadapan,ketika hari jadiku Aku akan dipasang sebiji mata kaca Mungkin pandangan akan menjadi lain Bila aku melihat guli-guliku Ianya membuat dunia menjadi pelik Aku dengar bayi sembilan bulan pun hilang matanya Adakah ia ditembak oleh askar yang sama? Askar yang menembak kanak-kanak yang melihatnya Aku sudah berumur,hampir empat tahun Aku telah menyaksi kesengsaraan hidup sudah lama Tetapi ini seorang bayi Yang tidak tahu apa-apa lagi.

Seorang Kanak-Kanak Palestin

Perhimpunan pagi di sekolah

Dia tidak menyangka

ditembak di kepala

Mengapa ?

Kerana dia seorang militan ? itulah sebabnya

Dia perlu tahu bahawa membaling batu

mencederakan diri sendiri

Dunia perlu tahu bahawa mereka adalah militan

Apabila berhadapan dengan kanak-kanak Kami tidak menembak ke udara

Kami tembak di kepala, atau di belakang

Dalam mana-mana demonstrasi

Kami akan balas tembak

Keganasan budak-budak akan membuat kita susah

Berapa banyak lagi yang mesti kami bunuh?

Kami akan bunuh semua, kata Sharon

Sudah pasti kami boleh tewaskan sekumpulan kanak-kanak

Hoi ! Amerika, kami perlu lagi bantuan

Senjata kami sudah usang

Kami berhadapan dengan kanakkanak yang tidak matang

Dan kami hanya ada beberapa tank dan senjata

Kami akan bunuh yang tua

Dan kami akan bunuh semua tidak kira yang muda

Dengan satu tembakan ke kepala

Atau ke dada

Tembak budak ini

Dan dua budak ini

Dan dalam masa itu

Kita bunuh mereka ini juga

FAKTA SEBENARNYA

Tahun lepas hampir 2000 Palestin dibunuh


kebanyakannya di bawah 15 tahun

Hampir 25,000 yang mengalami kecederaan parah

Bantulah kami untuk melindungi anak-anak kami dari kekejaman Yahudi Zionis Sebarkan persembahan ini kepada rakan-rakan anda Mudah-Mudahan Tuhan bersama kita

AWAS !
Jangan sampai kita , anak dan keturunan kita mengalami nasib yang sama dengan anak-anak Palestin.Sayangi negara dan bangsa Malaysia. Sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku

Terima kasih

&
I MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai