Anda di halaman 1dari 16

STU 231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK 3 ASAS BIOLOGI DAN EVOLUSI KEPADA TINGKAHLAKU

Keturunan dan Tingkahlaku


Persoalan penting dlm psikologi;

Nature vs Nurture atau Keturunan vs.

Persekitaran Adakah tingkahlaku kita diwarisi secara genetik dari ibubapa atau sepenuhnya kesan persekitaran? Kedua-duanya Berapa banyak? Yang mana? Bagaimana?

Evolusi dan Pemilihan Semulajadi


Teori pemilihan semulajadi Darwin

mencadangkan organisme yg beradaptasi baik dgn persekitaran akan mengeluarkan lebih banyak keturunan dan membiak Dalam konteks evolusi manusia, bipedalisme (kebolehan berdiri dan berjalan), enkafalisasi (saiz otak meningkat) dan kebolehan berbahasa membolehkan manusia berkembang dan tamadun bermula

Genetik
Manusia mewarisi potensi unik dari nenek moyang mereka Genetik -Satu kajian tentang bagaimana tret fizikal dan psikologikal diperturunkan kpd generasi seterusnya Mula dikaji oleh Gregor Mendel (kacang Pis) Nukleas sel manusia mengandungi DNA iaitu maklumat genetik tentang proses fiziologi dan eskpresi tret seseorang termasuklah ketinggian dan kecerdasan Genom organisme ialah keseluruhan susun-atur gen pada kromosom yg dikaitkan dgn DNA Human Genome Project berjaya melihat keseluruhan susunan genom manusia pd 2003 Saintis kini cuba mengenalpasti lokasi dan fungsi gengen ini (20000-25000)

Gen

dan Tingkahlaku

Bidang Genetik Tingkahlaku Manusia mengabungkan antara genetik dan psikologi Kesan persekitaran dapat dipisahkan dari kesan genetik mengunakan kajian adopsi dan kajian kembar Kajian adopsi- maklumat ibubapa sebenar dikumpul dan perbandingan dibuat antara persamaan anak angkat dgn ibu bapa angkat (persekitaran) vs anak angkat dgn ibu bapa sebenar (genetik) Kembar seiras berkongsi 100 % genetik manakala kembar tidak seiras berkongsi 50 % Kembar seiras dibesarkan berasingan Kesimpulan tentang gen dan tingkahlaku merupakan sesuatu yg kompleks dan sukar

Biologi dan Tingkahlaku


Ahli neurosaintis mengkaji mekanisme proses

biologi Ahli psikologi berminat mengetahui bagaimana badan menerima maklumat dari persekitaran dan bertindakbalas dgn maklumat ini dan vice versa

NEURON
Unit asas dalam sistem saraf Sel khusus yg menghantar maklumat ke neuron lain, kelenjar

& otot Neoron berbeza dari bentuk, saiz, komposisi kimia dan fungsi Tiga kelas utama neuron Neuron sensori-menghantar maklumat yang diterima oleh reseptor kepada sistem saraf utama (otak & saraf tunjang) Neuron motor yang membawa maklumat dr sistem saraf utama (otak & saraf tunjang) ke otot dan kelenjar Neuron motor menerima maklumat dr neuron sensori utk dihantar ke neuron motor atau neuron lain Terdapat 100 bilion hingga 1 trilion neurin pada otak sahaja

Neurotransmiter
Bahan bio-kimia yang menstimulasikan neuron Terdapat lebih dari 70 jenis neurotransmitter Ia ada kesan perangsang atau penyekat neuron Contoh: Glutame- ada kesan perangsang, membantu

pembentukan ingatan baru GABA- ada kesan penyekat, ubat yang digunakan utk merawat anziati mengaktifkan GABA

Biologi dan Tingkahlaku


Teknologi memudahkan kaitan antara biologi

dan tingkahlaku dilihat Terkini fMRI membolehkan saintis melihat struktur dan fungsi otak dengan lebih jelas

Sistem Saraf Utama


Sistem saraf utama (SSU) Otak dan saraf tunjang Sistem saraf periferal (SSP)- Sistem saraf yang menghubungkan

antara otak dan saraf tunjang ke bahagian badan lain SSP Terbahagi kpd: Somatik menghubungkan SSU dgn deria reseptor, otot dan

permukaan badan Saraf sensori pada sistem Somatik mengesan maklumat dr persekitaran dan menghantarnya ke otak Saraf motor membawa maklumat dr otak ke otot utk bertindakbalas
Autonomik

Menghubungkan SSU dengan organ dalaman dan kelenjar Meregulisasikan proses penafasan dan penghadaman

Strukur Otak dan Fungsi; Pangkal otak, talamus dan serebelum


Pangkal otak
Meregulisasi keadaan dalaman badan Terdapat medula i.e. pusat penafasan, tekanan darah

dan degupan jantung Kerosakan pada medula membawa kematian

Talamus
Menyampaikan maklumat dari sensori ke korteks

serebral (tempat ianya diproses)

Serebelum
Mengkoordinasikan pergerakan badan dan ekuilibirium

Strukur Otak dan Fungsi; Sistem Limbik


Memberi kawalan tambahan ke atas

tingkahlaku primitif Terbahagi kpd struktur utama spt hipokampus dan amigdala Kesemua struktur mengawal aktiviti tertentu yg penting manusia Kerosakan pd struktur ini akan mengubah kefungsian organisma Contoh:Amigdala penting untuk emosi ketakutan dan kerosakkan pdnya menyukarkan pengenalan ekspresi wajah ketakutan

Strukur Otak dan Fungsi; Sereberum


Paling kompleks pada manusia Bahagian luar dipanggil korteks sereberal

mempunyai hubungan dgn sistem deria Terbahagi pd hemisfera kiri dan kanan Terbahagi pd lob frontal, parietal, osipital dan temporal Ada kawasan tertentu (visual, oditori, motor,somasensori dan asosiasi) Setiap bahagian mempunyai fungsi khusus dan kerosakan akan menghalang kefungsian Broca mendapati pesakit yang tidak boleh bercakap mempunyai kerosakan pada kawasan spesifik pd otak kiri (kawasan Broca)

Sistem Endokrin
Sistem kedua terkompleks Mempengaruhi tingkahlaku dengan cara yang lebih perlahan Terdiri dari rangkaian kelenjar yang mengilang dan mengeluarkan

penyampai kimia yang dipanggil hormon Hormon kemudiannya mempengaruhi sel Kelenjar utama ialah kelenjar pituitari Pituitari mengawal pengeluaran hormon yg menentukan pertumbuhan badan (kekurangan menyebabkan bantut) Ada kaitan kompleks dgn otak Dlm keadaan stres:

Hipotalamus menghantar CRF ke pituitari Pituitari keluarkan hormon ACTH (hormon stres utama) ACTH dihantar kekelenjar lain Kelenjar lain mengeluarkan 30 hormon lain yang membantu badan bersiap sedia menghadapi kecemasan Contoh: Hormon Kortisol membantu mengaktifkan pengunaan glukos dari simpanan lemak untuk memberi lebih tenaga kpd badan semasa kecemasan

Otak yang sering berubah

Otak berubah mengikut masa, aktiviti,

pengalaman hidup dan persekitaran (plastisiti) Neurogenesis- proses pengeluaran sel otak baru dari otak lama boleh berlaku pada otak manusia

Soalan tutorial 3
Sejauh manakah kepentingan genetik dalam

mempengaruhi tingkahlaku manusia?


Sejauh manakah kepentingan genetik

ibubapa anda dalam mempengaruhi tingkahlaku anda?

Anda mungkin juga menyukai