Anda di halaman 1dari 5

Dalam tugasan ini, tajuk yang akan saya dibincangkan adalah tajuk 7 iaitu ingatan.

Ingatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia, dan melalui ingatan kita menjalani kehidupan seharian kita. Konsep yang akan dibincangkan adalah proses mengekod dan mendapatkan semula maklumat. Ingatan juga dikenali sebagai pemprosesan maklumat ialah keupayaan mental untuk mengekod, menyimpan, dan mendapatkan semula maklumat. Ingatan membolehkan kita mendapatkan semula maklumat yang telah lepas atau berlaku. Ingatan juga membantu kita untuk menyambung satu pengalaman ke pengalaman yang seterusnya. Saya mempunyai pengalaman yang relevan berkaitan dengan topik ini untuk dibincangkan. Semasa membincangkan contohcontoh yang saya bagi mengenai mengekod, menyimpan, dan mendapatkan semula maklumat dalam topik ingatan, saya juga akan kaitkan dengan konsep dan teori yang relevan dan berkaitan supaya dapat bincangkan secara lebih mendalam dari segi bidang psikologi. Otak kita akan mengekod apabila kita membentuk mental representations untuk maklumat yang kita terima dari dunia luar(mengekod dan menyimpan). Sebagai contoh, anda mendapat wang luar negara sebagai souvenir daripada rakan anda, apabila anda menceritakan semula tentang souvenir tersebut kepada rakan yang lain(mendapatkan semula maklumat), anda akan menggambarkannya mengikut bentuk wang dan gambar yang terdapat di atas mata wang itu (mental representations). Setelah maklumat tersebut telah dikodkan dengan betul, maka otak kita akan simpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang tertentu sama ada dalam ingatan jangka panjang ataupun ingatan jangka pendek. Apabila kita perlukan maklumat tersebut, otak akan membantu kita mendapatkan semula maklumat yang disimpan sebelum itu. Perkara yang dipelajari daripada konsep ini adalah cara memproses maklumat dan mempertingkatkan ingatan. Konsep ini penting untuk semua orang kerana apabila kita ingin mengingati sesuatu perkara. Berikutnya merupakan contoh-contoh yang mengaitkan diri saya dengan konsepkonsep dalam topik ingatan mengikut situasi yang berbeza:

Dalam kelas interpretasi berturutan, apabila saya mendengar audio yang dimainkan kami dibenarkan untuk mencatat perkataan dalam nota yang dapat membantu kami ingat mesej yang ingin disampaikan dalam audio (mengekod dan menyimpan) dan menginterpretasi semula mesej yang dengar sebelum itu dalam masa yang diberikan (mendapatkan semula maklumat). Selepas menginterpretasikan bahagian tersebut, kita menggunakan struktur bahasa yang tepat dan menyampaikan mesej yang tepat. Kadang kala, saya juga terlalu cemas semasa mendengar audio kerana setiap rakaman yang dibuat dikira markah, perasaan cemas akan menyebabkan fokus saya terganggu. Sekiranya saya tidak dapat fokus maka saya tidak dapat mengingati dan menangkap perkara yang disampaikan dalam audio. Saya perlu mengekalkan kehadiran psikologikal saya untuk menginterpertasi. [ingatan sedang bekerja] Apabila mendengar perkara yang kita tahu (ingatan jangka panjang) memudahkan proses menginterpretasi kerana tidak perlu mengingat maklumat baru. Topik seperti amalan gaya hidup yang sihat (scheme) merupakan pengetahuan yang diketahui ramai seperti meminum sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas air sehari, bersenam, dan mempunyai rehat yang secukupnya memudahkan interpretasi kerana topik seperti itu adalah tidak asing untuk saya. Kadang kala terdapat mesej yang tertinggal kerana terlalu banyak maklumat yang perlu diingat dalam masa yang ditetapkan yang mungkin audio tersebut bermain selama 5 hingga 10 minit (gangguan dari segi masa) sebelum diberi peluang menyampaikan semula maklumat tersebut(gangguan retroaktif). Kadang kala, saya lupa mesej yang perlu disampaikan apabila perlu mengingat maklumat baru tetapi masih memikirkan cara menterjemahkan mesej yang sebelum itu (gangguan proaktif). Sebelum menghadapi peperiksaan, saya akan membuat ulang kaji (mengekod dan menyimpan maklumat). Cara saya mengulang kaji adalah seperti membuat peta minda (hierarki) yang dengan menggunakan pen yang berwarna-warni. Dengan membuat peta minda, saya dapat menyambungkan dan mengetahui hubungan yang wujud antara konsep dan teori. Saya juga boleh nampak dengan jelas dengan persamaan dan perbezaan ciri-ciri tersebut. Sebagai contoh, bahagian otak dikaitkan dengan haiwan, berfikir dan ingatan. Saya perlu mengingati maklumat tersebut supaya saya boleh menjawab dalam
2

peperiksaan (explicit uses of memory). Untuk mengingat konsep atau teori yang penting, saya akan ulang beberapa kali untuk memastikan saya dapat mengingatinya (rehearsal). Semasa menghadapi peperiksaan, saya perlu menjawab soalan dengan ingatan saya (mendapatkan semula maklumat). Untuk menghadapi peperiksaan matematik, latihan perlu selalu dibuat dan terdapat langkah-langkah yang perlu diingati (mengekod dan menyimpan maklumat) untuk mendapat jawapan yang betul. Selepas latihan yang berulang kali, maka saya telah biasa dengan cara pengiraan tersebut (procedural memory). Semasa membuat soalan matematik, saya akan menafsirkan soalan tersebut dengan mengingat semula latihan yang pernah saya buat dan pelajari daripada kawan dan pensyarah (recall and recognition). Untuk kursus seperti sebutan untuk bahasa Inggeris, saya telah menggunakan kaedah chunking untuk mengingati kedudukan simbol fonetik dalam carta vowel (mental representation untuk lidah) iaitu mengingat dengan menggunakan nombor bersiri 2.1.1,3.2.3 yang bermaksud terdapat 2 vowel merupakan high front vowel,1 mid front vowel, 1 low front vowel, 3 high back vowel, 2 mid back vowel, dan 3 low back vowel. Cara ini saya mencipta sendiri dan saya juga mengajar kawan-kawan saya yang turut mengambil kursus ini, dan mereka berpendapat bahawa cara ini amat berguna. Nombor siri tersebut membantu saya mengenal pasti bilangan simbol dalam satu ruang dan fungsinya (retrieval cues). Dengan menggunakan kaedah tersebut, saya dapat meningkatkan tempoh masa saya mengingati konsep yang penting. Semasa saya mengingat nama bahagian lidah Untuk mengingat simbol konsonan, saya telah menggunakan kaedah rehearsal dengan melatih berulang kali. Semasa peperiksaan, saya akan menjawab dengan perkara yang telah saya pelajar sebelum itu melalui ulang kaji dan juga pengajaran pensyarah tentang topik tersebut (recall and recognition). Untuk mengingati ciri-ciri teori dalam psikologi, saya akan mengingat dengan cara peg word. Sebagai contoh, untuk matlamat psikologi mengingat dengan cara satu ialah menggambarkan, dua ialah menerangkan dan seterusnya. Dengan kaedah ini, saya dapat mengenal pasti bilangan ciri-ciri yang terdapat untuk konsep atau teori tersebut, dan memudahkan saya menjawab soalan.

Sebelum masuk ke pusat peperiksaan, mengulang semula konsep yang dipelajari secara teliti untuk memastikan saya telah dapat hafal semua konsep yang penting (elaborative rehearsal). Semasa peperiksaan, terdapat soalan yang saya tidak pasti dengan jawapan soalan tersebut walaupun saya pernah membaca. Saya selalunya dilema untuk memilih jawapan saya mengikut naluri. Selepas mempelajari topik ingatan, saya boleh menjawab soalan tersebut dengan kaedah metamemory dalam masa yang ditetapkan dalam peperiksaan. Saya boleh cuba untuk membaca kesemua soalan dalam kertas soalan dan menjawab mengikut naluri saya yang saya rasa jawapan itu adalah tepat. Saya boleh mencadangkan kawan-kawan saya menggunakan kaedah metamemory terutamanya menghadapi peperiksaan yang mempunyai soalan objektif. Semasa saya berusia 7 tahun, seorang mati di depan rumah saya sebab kemalangan jalan raya(mengekod dan menyimpan), dan saya terdengar bunyi yang kuat. Tetapi disebabkan sikap yang suka ambil tahu saya mengintai apa yang berlaku di luar rumah walaupun dilarang oleh ibu bapa. Secara tidak langsung, apabila saya terdengar atau ternampak sesuatu, saya akan tutup telinga saya dan terbayang gambaran orang itu terlantar dan surat khabar yang menutup bahagian kepalanya terbuka sebab tiupan angin (ingatan flashbulb) yang berlaku masa itu(mendapatkan semula maklumat). Pada masa itu saya masih kecil, sekiranya diminta untuk memberitahu tentang kemalangan yang berlaku, saya hanya ingat terdapat bunyi kuat dan saya sedang membantu emak yang sedang membersihkan tauge, ayah keluar dari rumah dan masuk ke dalam rumah dan menjerit ada orang terlantar di luar rumah. Ingatan saya berhenti (gangguan masa) apabila saya mengintai dari lubang yang ada pada pintu , seorang terlantar atas lantai memakai helmet, seluruh badannya ditutup dengan surat khabar, polis berdiri di sebelahnya. Apabila saya menulis semula perkara yang saya nampak, saya sedang mendapatkan semula maklumat yang terdapat dalam ingatan saya yang saya telah mengekod dan menyimpan dalam ingatan saya. Perkara yang saya gambarkan tadi merupakan sebahagian daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku (leveling), dan perkara yang paling saya ingat adalah mayat yang terlantar dan polis (sharpening). Kemalangan tersebut bukannya dalam jangkaan saya dan saya tidak sengaja untuk mengingatinya (implicit uses of memory).

Untuk menelefon kepada ibu, secara automatiknya saya akan menekan nombor telefon (mendapatkan semula maklumat) yang dalam ingatan saya (ingatan jangka panjang) yang telah saya berulang kali hafal sebelum itu ( mengekod dan menyimpan) supaya dapat diingat dengan baik (rehearsal). Selain itu, untuk memudahkan saya mengingat nombor tersebut akan dihafal dengan cara penggolongan dari kumpulan nombor yang besar iaitu 0165624339 kepada kumpulan nombor yang lebih kecil seperti 016,56,24,339 (chunking). Saya sudah biasa menelefon ibu saya setiap hari, oleh itu saya boleh sambil memandang skrin komputer sambil menekan nombor telefon ibu saya (procedural memory). Selepas mempelajari konsep-konsep tersebut, saya dapat tahu bagaimana otak manusia berfungsi dan cara untuk membantu saya mempertingkatkan ingatan saya. Sebagai contoh, saya akan cuba mengaitkan dengan sesuatu yang saya biasa dengan untuk mengingati fakta atau konsep yang perlu saya ingat. Saya juga boleh mengajarkan kawan-kawan dan ahli keluarga saya tentang aplikasi konsep-konsep tersebut terutamanya konsep yang berkaitan dengan cara mengingati untuk menghadapi peperiksaan. Konsep-konsep ini amat berguna untuk memahami cara pemprosesan ingatan.

Anda mungkin juga menyukai