Anda di halaman 1dari 23

STU 231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK 4 SENSASI DAN PERSEPSI

Pengenalan
Sensasi dan persepsi ialah dua proses yg

melibatkan bagaimana anda mengalami dunia Mengalami: proses melihat, mendengar, menghidu, merasa dunia Dua fungsi:
Kekal hidup (survival)- melindungi dari bahaya Sensualiti- menikmati pengalaman indah dan

menyeronokkan

Persepsi
Proses memahami dan bertindakbalas dgn

(apprehend) objek dan kejadian dalam persekitaran Termasuk proses mengesan, memahami, mengenalpasti, melabel dan mengambil tindakan seterusnya Persep- apa yang dilihat Proses persepsi dibahagikan kepada 3
Sensasi Organisasi Perseptual Mengenalpasti dan mengecam

Tiga Proses Persepsi


Sensasi
proses di mana stimulasi penerima sensori (iaitu struktur pada

sistem deria kita spt mata, telinga etc) mengeluarkan impuls neural sebagai representasi kejadian luaran atau dalaman Contoh: retina pada mata mengesan satu objek dan menghantar maklumat ke otak

Organisasi Perseptual
Tahap di mana representasi internal sesuatu objek dibentuk dan

persep stimulus eksternal dikembangkan Melibatkan sintesis (intergrasi dan pergabungan) maklumat Contoh: otak menyusun maklumat yg baru diterima dan membandingkan dgn maklumat yg sedia ada

Mengenalpasti dan mengecam


Meletakkan makna kepada persep Apakah rupa? apakah benda? apakah fungsi? apa tindakbalas

diperlukan? Contoh: Mengenalpasti objek itu sebagai kawan

Keseluruhan proses berlaku dgn pantas

Stimulus Distal vs Stimulus Proksimal


Objek sebenar dgn objek di retina jauh

berbeza Stimulus Distal- Objek fizikal sebenarnya Stimulus Proksimal- Imej optikal pada Retina Kita mengenal objek fizikal sebenar mengunakan imej optikal pada retina Proses atas ke bawah vs. bawah ke atas

Persepsi boleh menjadi kompleks kerana:


Adanya kesamaran (ambiguiti) disebabkan

lebih dari satu intepretasi boleh dibuat Ilusi Perseptual

Ilusi dalam kehidupan- cat putih nampak

lebih luas

Psikofizik
Kajian tentang hubungkait stimuli fizikal dan

pengalaman tingkahlaku dan mental Gustav Fechner (1801-1887) membina prosedur utk mengkaji hubungan antara kekuatan stimulus fisikal dgn pengalaman sensori Prosedur sama utk semua domen sensori

Ambang Absolut
Merujuk kpd jumlah tenaga fizikal minima yg

diperlukan utuk menimbulkan pengalaman sensori Tahap dimana isyarat sensori dikesan separuh dari masa Contoh: Cahaya lilin pada jarak 30 batu pada malam yang terang, 1 sudu gula dalam 2 gelen air

Adaptasi Sensori
Sistem sensori lebih fokus kepada stimulus

baru Tindakbalas sistem sensori menurun apabila stimulus tidak berubah Bunyi bising aircond, kecerahan matahari, bau busuk berkurangan selepas beberapa ketika Membolehkan kita lebih fokus kpd maklumat penting

Ambang Perubahan
Merujuk kpd jumlah perbezaan minima yg dapat dikesan diantara dua stimuli berlainan Dua stimuli dipersembahkan dan pemerhati perlu menyatakan samada ianya sama atau berbeza JND =tahap dimana dua stimuli dikatakan berbeza separuh dari masa Undang2 Weber mencadangkan JND antara stimuli bergantung kpd pecahan konstan kekuatan stumulus tersebut Lebih kuat sesuatu stimulus lebih banyak perubahan yg diperlukan utk membolehkannya dikesan

Transduksi
Merujuk kpd proses penukaran tenaga fizikal (e.g.

cahaya, getaran udara) kpd impuls neural Stimuli dr persekitaran dikesan oleh penerima sensori yg kemudiannya menukar maklumat fizikal ke isyarat selular yg boleh diproses oleh sistem saraf utama Kesemua sistem deria akan mentranduksikan maklumat dlm bentuk tertentu dan menghantar maklumat kpd bahagian tertentu otak Neuron peringkat tinggi akan menintegrasi kesemua maklumat ini utk tindakan otak

Sistem Visual
Bertindakbalas kepada cahaya Cahaya ialah radiasi elektromagnetik antara

400-700 nanometer Sistem penglihatan terdiri dr mata, otak dan saraf yg menghubung keduanya Terdiri dr dua sistem; 1) membentuk imej dan 2) mentranduksi imej ke impuls neural Retina yg mengandungi rod dan kon melakukan proses transduksi dgn menerima maklumat dan menukar isyarat elektrik Rod aktif waktu intensiti cahaya rendah (malam) -hitam putih Kon- aktif waktu intensiti cahaya terang (siang) warna

Pendengaran
Bertindakbalas dengan gelombang bunyi Sistem pendengaran terdiri dari telinga, otak

dan saraf yg menghubung keduanya Terdiri dr dua sistem; 1)Menguatkan dan menghantar bunyi ke reseptor dan 2) Mengtranduksi bunyi kpd impuls neural Gelombang udara menyebabkan membran basilar bergetar dan penundukkan sel bulu yg membentuk impuls neural

Kesakitan
Tindakbalas badan terhadap stimuli merbahaya yg telah

atau berpotensi mendatangkan kecederaan pada tisu Kritikal kepada keselamatan seseorang Mereka yg tidak dapat mengesan kesakitan penuh dgn parut kecederaan Walaubagaimanapun rasa sakit kronik juga tidak menyenangkan Badan dilitupi reseptor yg bertindakbalas dgn kesakitan Kesakitan dikesan oleh otak dan proses psikologi boleh mempengaruhi pengalaman kesakitan seseorang

Perhatian
Sistem deria berupaya mengesan banyak

stimulus pada satu masa tetapi kita hanya memberi perhatian kpd sebahagian daripadanya Pemilihan-berdasarkan-gol
perhatian diberi kpd stimulus yg ada kaitan dgn gol
e.g fokus suara saya utk dapatkan maklumat kelas

Tangkapan-didorong-stimulus
Objek itu menarik perhatian kita
fokus kpd bunyi bising diluar kelas

Prinsip Penyatuan Perseptual


Penentuan objek dan latarbelakang Psikologi Gestalt- fenomena psikologi hanya boleh difahami apabila dilihat sebagai keseluruhan dan bukan dipecahkan Cara manusia menyusun objek terbahagi kpd undang-undang: Proksimiti - objek berdekatan dilihat satu kumpulan Persamaan - objek serupa dilihat satu kumpulan Kesinambungan- garisan terputus disambung Ketutupan-mengisi jarak Senasib- objek bergerak sama dilihat satu kumpulan

Intergrasi Spasial dan Temporal


Utk mendapat pandangan menyeluruh, kita

perlu mengabungkan maklumat dari tempat (integrasi spasial) dan masa (intergrasi temporal) Walaubagaimana pun maklumat yg diintegrasikan hanyalah maklumat umum dan bukan tepat dan mendalam

Persepsi Pergerakan dan Persepsi Dalaman


Phenomenon Phi- dua lampu dipasang secara

bergilir 4-5 kali sesaat Nampak seolah ianya bergera E.g. lampu liplap) Pergerakan sebenar bengantung kpd persepsi dalaman (jarak objek dari anda)
Panduan Binokular-retinal dispariti dan kovergen
Panduan piktorial- Interposisi, saiz relatif,

perspektif liner,tekstur gradien

Ketetapan Perseptual
Merujuk kepada kebolehan otak melihat

karakteristik fizikal sesuatu objek sebagai sama walaupun maklumat deria berubah Ketetapan saiz saiz kelihatan sama sekiranya saiz dan jarak berubah pada masa sama Ketetapan Bentuk proses abstrakting Ketetapan warna - warna kelihatan sama sebab dilihat dalam konteks objek lain Ada pada semua deria

Proses Mengenalpasti dan Mengecam


Melibatkan proses pergabungan maklumat tertentu

tentang sesuatu (e.g. rupa, rasa, bau sesuatu cecair) dan meletakkan objek ini dlm kategori tertentu yang tersedia dalam ingatan (cecair ialah kopi kerana rupa, rasa dan bau serupa kopi yg pernah diminum) Tanpa proses ini kita akan keliru Proses bawah-ke-atas ditentukan sepenuhnya oleh maklumat yg diterima oleh deria lebih aktif semasa mengenalpasti objek yg tidak biasa dilihat Proses atas-ke-bawah ditentukan oleh pengalaman dan pengetahuan seseorang lebih aktif semasa mengenalpasti objek dalam kontek

Pengaruh Konteks dan Eskpetasi


Perubahan konteks menyukarkan proses mengenalpasti Set merujuk kpd kesediaan temporari utk melihat atau bertindakbalas kpd satu stimulus dgn cara tertentu Set motor = kesediaan membuat tindakbalas pantas e.g pelari lari apabila bunyi tembakan Set mental = kesediaan menghadapi situasi mengunakan undang-undang yg telah dipelajari e.g kesukaran menyelesaikan masalah yg tidak pernah dihadapi Set perseptual = kesediaan mengesan stimulus dlm konteks tertentu, e.g ibu mengesan anak menangis

Soalan Tutorial 4
Terangkan tetang proses mengenalpasti dan

mengecam Bagaimana konteks dan ekspektasi mempengaruhi proses mengenalpasti dan mengecam? Bagaimana proses di atas menerangkan situasi berikut?
Anda mengecam gadis yang sedang menunggu bas itu

sebagai rakan sekuliah anda Anda membuat kesimpulan bahawa kuah merah yang sedang anda makan ialah sambal tumis

Anda mungkin juga menyukai