Anda di halaman 1dari 4

Menghafal...

menggunakan imaginasi, mnemonik


26/08/2003 9:51 a.m.

TERDAPAT beberapa teknik belajar yang boleh digunakan untuk memudahkan kita menghafal. Contohnya, anda boleh menggunakan gabungan teknik imaginasi dan mnemonik. Teknik imaginasi paling kerap digunakan oleh pelajar cemerlang untuk memantapkan gambaran tentang apa yang dipelajari di sekolah, atau apa yang dibacanya pada waktu malam. Teknik imaginasi boleh dilakukan ketika sedang membaca nota, atau sejurus sebelum kita melelapkan mata pada waktu malam. Cuba kita renungkan contoh di bawah. Kita pernah terbaca di akhbar ini, bagaimana seorang pelajar perempuan bernama Yap Sui Lin mendapat 16A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2002. Kecuali Sejarah, dia mendapat A1 untuk kertas peperiksaan lain yang didudukinya. Bagaimana pelajar ini boleh mendapat A2 bagi mata pelajaran Sejarah? Sedangkan dia mengambil sehingga 16 kertas peperiksaan? Dalam temuramahnya dengan wartawan Utusan Malaysia, Sui Lin berkata dia cuba mengaitkan fakta-fakta serta watak-watak dalam buku sejarah dengan hobinya, iaitu menonton teater.

Apa yang dilakukan oleh Sui Lin itu memang ada logiknya. Jika dianalisis, sejarah merupakan sesuatu urutan peristiwa yang mengikut kronologi masa. Terdapat banyak watak di dalam satu peristiwa sejarah. Apabila membaca bahan sejarah, kita boleh menggambarkan watak yang sedang kita baca merupakan pelakon-pelakon teater yang silih berganti memegang peranan masingmasing. Kita menjadi pengarah teater ketika membaca. Kita merakamkan watak-watak serta adegan oleh watak-watak di dalam sejarah dan menyimpannya di dalam otak kita. Kita boleh menggambarkan begini: "Watak akan keluar ke pentas satu persatu. Setiap tokoh memegang satu watak. Watak tidak akan keluar ke pentas selagi belum saya arahkan." Teknik menyamakan buku sejarah dengan persembahan teater ini merupakan gabungan imaginasi dan mnemonik. Jika kita melatih otak kita untuk menjadi pengarah teater atau pementasan drama, maka kita mudah memahami atau menghafal banyak fakta mengikut urutan yang bersistematik. Kita juga boleh mengaitkan fakta-fakta penting dengan perkara-perkara yang kita suka lakukan, atau hobi. Inilah sebenarnya fungsi teknik mnemonik. Teknik mnemonik bermakna `menyangkutkan' fakta yang hendak kita hafal dengan sesuatu yang kita senang mengingatnya. Sebagai contoh, seorang murid hendak menghafal formula keluasan segi empat, mungkin akan mengingat "Lembu Pijak Lipas" sebagai gantian kepada Luas = Panjang x Lebar. Teknik mnemonik, teknik imaginasi atau gabungan kedua-duanya bolehlah dicuba sebagai salah satu teknik yang membantu kita lulus peperiksaan. Banyak lagi teknik lain yang boleh kita cungkil daripada pelajar cemerlang. Selamat belajar.

Kemahiran mengingat

(dikemaskinikan pada 3 Julai 2008, pukul 05.00pm) Kita boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip asas otak manusia dan bagaimana manusia ingat dan lupa. Pengetahuan ini telah dikaji dengan meluas dan boleh didapati dari pelbagai sumber rujukan. Benarkah ada pelajar yang amat cerdas dan oleh itu daya ingatannya amat tinggi? Adakah pelajar yang lemah pula mempunyai daya ingatan yang juga lemah secara tabii?. Cuba anda lihat contoh pelajar yang lemah pencapaian dalam peperiksaan. Terutama sekali pelajar yang minatnya kepada sesuatu itu amat tinggi, umpamanya minat kepada bola sepak. Perhatikan dia akan ingat semua pemain pasukan yang disokongnya dan juga pemain pasukan lain yang hebat-hebat. Kalau di Malaysia mereka ingat pemain kebangsaan dan juga pemain liga Inggeris, pasukan kebangsaan Inggeris, Brazil dan seterusnya. Kalau mereka boleh ingat semuanya ini kenapa mereka tidak boleh ingat pelajaran mereka! Bukankah jelas minat itu merangsangkan ingatan? Jangan tinggal isu ulangan, kerana oleh sebab melihat pemain bolasepak berkali-kali menyebabkan otak peminat bola sepak ingat secara tabii. Kata kunci di sini adalah minat dan ulangan. Rima, pantun, prosa, ayat, pola (pattern) gambar dan pelbagai bunyi telah dijadikan pembantu kepada ingatan. Cara begini dipanggil mnemonik, iatu kunci yang mengaitkan sesuatu benda untuk ingatan. Misalnya ayat Richard of Green goes battling in vain. Huruf mula setiap itu adalah ROYGBIV iatu red, orange, yellow, green, blue, indigo and violet, iaitu warna pelangi. Kata ROYGBIV kalau dibunyikan, menjadi satu bunyi yang boleh diingat dan oleh itu boleh juga menjadi kata kunci, iaitu menemonik. Mnemonik jenis ini dikenali sebagai akronim. Di Malaysia salah satu contoh akronim ialah MARA, Majlis Amanah Rakyat. Lagi lucu, lagi menyeronokkan, lagi menggembirakan atau lagi menakutkan, lagi bertambahlah kuat ingatan kepada mnemonik. Dengan itu ingatan kepada benda yang berkaitan bertambah kukuh. Ada buku dan ada penceramah yang memberi kursus khas bagi menguatkan ingatan dengan cara menemonik kreatif. Mnemonik kreatif dicipta oleh seseorang untuk dikaitkan dengan benda yang hendak diingat. Contohnya apabila hendak mengingat nombor . Dalam laman suka-suka ditulis salah satu mnemonik panjang-kata ialah How I like a drink, chocolate of course, after the heavy lectures involving quantum mechanics. Kalau dikira panjang setiap kata di atas anda akan dapat angka 314159265358979 iatu nombor pi tepat hingga 15 titik perpuluhan. Menmonik kreatif pula, gambarkan anda

tersenyum sambil minum segelas cokolat sejuk (atau milo, ovaltine dan seumpamanya) selepas kuliah yang memeningkan kepala! Ya, manusia lebih mudah mengingati gambar. Adakah mnemonik suatu yang mapan (sustainable) dalam pembelajaran? Masalah mnemonik ialah apabila kita lupa kepada kata kunci. Lupa kata kunci hilanglah ingatan. Beberapa prinsip asas ingatan dan kelupaan telah dikaji oleh Ebbinghause lebih seratus tahun dahulu. Kajian tersebut melibatkan ingatan dengan fahaman dan juga melibatkan rima, pantun dan sebagainya. Secara ringkas manusia boleh meningat melalui ulangan berbanyak kali, mnemonik dan melalui fahaman. Oh panjang sangat yang perlu ditulis kalau hendak bercerita mengenai ingatan, terutamanya dalam laman web. Untuk penerangan lanjut baca buku yang berkenaan.

Last Updated ( Saturday, 19 July 2008 )

Anda mungkin juga menyukai