Anda di halaman 1dari 3

http://efficientstudy.com/index.php?

option=com_content&task=view&id=37&Itemid=40

Kemahiran
mengingat
                                                                                                                                  

(dikemaskinikan pada 3 Julai 2008, pukul 05.00pm)

Kita boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip asas otak manusia dan bagaimana manusia ingat
dan lupa. Pengetahuan ini telah dikaji dengan meluas dan boleh didapati dari pelbagai sumber rujukan.  Benarkah ada
pelajar yang  amat cerdas dan oleh itu daya ingatannya amat tinggi?  Adakah pelajar yang lemah pula mempunyai
daya ingatan yang juga lemah secara tabii?.

Cuba anda lihat contoh pelajar yang lemah pencapaian dalam peperiksaan. Terutama sekali pelajar yang minatnya
kepada sesuatu itu amat tinggi, umpamanya minat kepada bola sepak. Perhatikan dia akan ingat semua pemain  
pasukan yang disokongnya dan juga pemain pasukan lain yang hebat-hebat. Kalau di Malaysia mereka ingat pemain
kebangsaan dan juga pemain liga Inggeris, pasukan kebangsaan Inggeris, Brazil dan seterusnya. Kalau mereka boleh
ingat semuanya ini kenapa mereka tidak boleh ingat pelajaran mereka!

Bukankah jelas minat itu merangsangkan ingatan? Jangan tinggal isu ulangan, kerana oleh sebab melihat pemain
bolasepak berkali-kali menyebabkan otak peminat bola sepak ingat secara tabii. Kata kunci di sini adalah minat dan
ulangan.

Rima, pantun, prosa, ayat, pola (pattern) gambar dan pelbagai bunyi telah dijadikan pembantu kepada ingatan. Cara
begini dipanggil mnemonik, iatu kunci yang mengaitkan sesuatu benda untuk ingatan. Misalnya ayat Richard of
Green goes battling in vain. Huruf mula setiap itu adalah ROYGBIV iatu red, orange, yellow, green, blue, indigo
and violet, iaitu warna pelangi. Kata ROYGBIV kalau dibunyikan, menjadi satu bunyi yang boleh diingat dan oleh itu
boleh juga menjadi kata kunci, iaitu menemonik. Mnemonik jenis ini dikenali sebagai akronim. Di Malaysia salah
satu contoh akronim ialah MARA, Majlis Amanah Rakyat.

Lagi lucu, lagi menyeronokkan, lagi menggembirakan atau lagi menakutkan, lagi bertambahlah kuat ingatan kepada
mnemonik. Dengan itu ingatan kepada benda yang berkaitan bertambah kukuh.

Ada buku dan ada penceramah yang memberi kursus khas bagi menguatkan ingatan dengan cara menemonik kreatif.
Mnemonik kreatif dicipta oleh seseorang untuk dikaitkan dengan benda yang hendak diingat. Contohnya apabila
hendak mengingat nombor Π. Dalam laman suka-suka ditulis salah satu mnemonik panjang-kata ialah 

How I like a drink, chocolate of course,


after the heavy lectures involving quantum mechanics.

Kalau dikira panjang setiap kata di atas anda akan dapat angka 314159265358979 iatu nombor pi tepat hingga 15
titik perpuluhan. Menmonik kreatif pula, gambarkan anda tersenyum sambil minum segelas cokolat sejuk (atau milo,
ovaltine dan seumpamanya) selepas kuliah yang memeningkan kepala! Ya, manusia lebih mudah mengingati
gambar.

Adakah mnemonik suatu yang mapan (sustainable) dalam pembelajaran? Masalah mnemonik ialah apabila kita lupa
kepada kata kunci. Lupa kata kunci hilanglah ingatan.

Beberapa prinsip asas ingatan dan kelupaan telah dikaji oleh Ebbinghause lebih seratus tahun dahulu. Kajian tersebut
melibatkan ingatan dengan fahaman dan  juga melibatkan rima, pantun dan sebagainya.

Secara ringkas manusia boleh meningat melalui ulangan berbanyak kali, mnemonik dan melalui fahaman. Oh
panjang sangat yang perlu ditulis kalau hendak bercerita mengenai ingatan, terutamanya dalam laman web. Untuk
penerangan lanjut baca buku yang berkenaan.  

KEMAHIRAN MENGINGAT

DI SUSUN OLEH : AIYOB BIN CHE MEH (B&K UPSI SEM 7)

Punca-punca gagal mengingat


Pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik
Tidak memberikan perhatian pengajaran guru
 Tidak minat matapelajaran tertentu walaupun ianya penting
Tidak mempunyai persediaan mental – ada gangguan yang menyebabkan
beralih tumpuan
Memahami sedikit sahaja apa yang diajar oleh guru
 Bertangguh untuk bertanya apabila kurang faham
 Sikap bertangguh ini akan bertambah dan menjadi beban kepada tajuk-tajuk
yang akan datang

“Penangguh Adalah Pencuri Masa” -Pepatah Klasik

Daya Ingatan : Lima Faktor mengingat semula

1. Permulaan- Minda cenderung untuk mengingat kembali fakta selepas belajar -semak dan ulangkaji
cepat

2. Ulangkaji- Daya ingatan terhadap fakta/isi akan menurun dengan pantas dalam masa 24 jam –
Ulangkaji selalu

3. Luar biasa- Manusia lebih cenderung mengingat perkara yang luar biasa - jadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan

4. Berkait- Ingatan menjadi berkesan sekiranya dikaitkan dengan analogi, mnemonic atau kata kunci

5. Akhiran- Minda juga cenderung mengingat sesuatu perkara pada akhir sesi pembelajaran. Oleh itu
imbas seluruh fakta pada akhir sesi.

Isu pelajar berkaitan ingatan dan lupaan

Saya sudah membaca berulangkali tajuk yang saya jangka keluar… dan apabila skrip soalan peperiksaan
saya buka ia sangat mengembirakan saya… 5 minit selepas itu apa yang saya baca dan hafaz, semuanya
hilang… seolah-olah saya tidak pernah membacanya, saya panik dan gelabah, apa sebabnya pun saya
tidak tahu…
(Curahan rasa Razif calon SPM 2002)

BAGAIMANA MENGEKALKAN DAYA INGATAN

CARA MENGINGAT
• Menghafaz isi yang ingin diingat.
• Menyusun isi dengan betul.
• Menentukan isi yang mahu diingat.
• Menguji kemampuan ingatan dengan , menyoal, menjawab.
• Melakukan ulangkaji yang kerap.

Mengingat adalah proses yang dilakukan berulang-ulang tanpa jemu. Proses ini akan melekatkan
maklumat pada sel-sel otak. Ini kerana maklumat yang diterima tidak diulang semula akan hilang dalam
masa 24 jam”

LANGKAH BIJAK PELAJAR CEMERLANG


ANDA HARUS SERLAHKAN KECEMERLANGAN……
BAGAIMANA CARANYA ?

PELAJAR CEMERLANG…

MERANGSANG SEMUA DERIA SEMASA PROSES PEMBELAJARAN


(AFEKTIF/KOGNITIF/PSIKOMOTOR/VISUAL/ DAN….)
KAJIAN…
 Kita ingat 10% jika kita baca
Kita ingat 20% jika kita dengar
 Kita ingat 50% jika kita dengar dan lihat
Kita ingat 70% jika kita sebut apa yang kita lihat & dengar
Kita ingat 90% jika kita amal dan praktikkan

Anda mungkin juga menyukai