Anda di halaman 1dari 8

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

TAJUK 7

ELEKTROKIMIA: SEL KIMIA (SEL VOLTAN)

7.0 Sinopsis Tindak balas redoks yang telah dibincangkan dalam pelajaran lepas menunjukkan pergerakan elektron telah menyebabkan tindak balas pengoksidaan dan tindak balas penurunan berlaku secara serentak. Dalam tajuk ini kita akan bincangkan bagaimana tindak balas redoks berlaku dalam sesuatu sel voltan sehingga menghasilkan tenaga elektrik. 7.1 Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti tindak balas redoks untuk menghasilkan elektrik dalam sel voltan Menerangkan proses yang berlaku pada elektrod-elektrod sel voltan. Menerangkan bateri sebagai suatu sel voltan. Menginterpretasi notasi sel dengan jelas.

7.2 Kerangka Tajuk SEL VOLTAN RINGKAS

SEL DANIELL SEL VOLTA BATERI SEBAGAI SEL VOLTAN

NOTASI SEL DANIELL

Rajah 7.1 Kerangka Tajuk

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

7.3 ISI KANDUNGAN

7.3.1

Sel Voltan Ringkas

Sel elektrokimia terbahagi kepada dua jenis iaitu sel galvani dan sel elektrolisis. Sel galvani yang dikenali juga sebagai sel voltan adalah sel di mana tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan tenaga elektrik. Manakala dalam sel elektrolisis pula tenaga elektrik digunakan untuk menjana suatu tindak balas kimia. Tajuk ini akan hanya membincangkan tentang sel voltaN atau sel galvani.

Suatu sel volta ialah sel di mana dua keping logam yang berbeza keupayaan membebaskan elektron disambungkan melalui satu litar luar dan direndamkan ke dalam suatu elektrolit. Logam yang digunakan dipanggil elektrod. Logam yang lebih elektropositif akan lebih berupaya membebaskan elektron dan akan mengalami tindak balas pengoksidaan. Logam ini menjadi elektrod bercas negatif dan dikenali sebagai anod. Tindak balas penurunan akan berlaku pada logam yang kurang elektropositif dan logam ini menjadi elektrod bercas positif dan dikenali sebagai katod.

Kuprum

Zink

Asid Sulfurik

Rajah 7.2 Sel Volta Ringkas

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA Rajah 7.2 menunjukkan susunan radas bagi satu sel volta ringkas. Berdasarkan Siri Elektrokimia, logam zink adalah lebih elektropositif berbanding dengan logam kuprum. Maka dalam sel ini logam zink akan mengalami tindak balas pengoksidaan dengan membebaskan elektronnya. Elektron yang dibebaskan akan mengalir melalui litar luar menuju ke logam kuprum dan menyebabkan mentol menyala. Elektron tidak melalui larutan sebab wayar logam adalah konduktor elektron yang lebih baik daripada larutan berair. Ion H+ dari asid sulfurik akan bergerak ke katod (kuprum) dan mengalami tindak balas penurunan dengan menerima elektron. Zn2+(ak) H2 (g)

Anod (-) : Katod (+):

Zn (p) - 2e 2H+ (ak) + 2e

(Pengoksidaan) (Penurunan) Zn2+(ak) + H2 (g)

Tindak balas keseluruhan: Zn (p) + 2H+(ak) 7.3.2 Sel Daniel

Sel Daniell adalah sel gavani yang diberi nama sempena orang yang pertama kali menciptanya iaitu ahli kimia Inggeris bernam John Frederick Daniell pada tahun 1836. Sel yang dibina oleh Daniell ini mengandungi dua sel separuh yang berasingan; satu bikar mengandungi kepingan zink yang direndam dalam larutan zink sulfat dan satu bikar lagi mengandungi kepingan kuprum yang direndam dalam larutan kuprum(II)sulfat. Kedua logam disambungkan dengan wayar dan kedua-dua larutan disambungkan oleh titian garam. Titian garam mengandungi gel garam Na2SO4 atau K2SO4 dan berfungsi untuk membenarkan ion-ion bergerak melaluinya dan menjadikan radas ini suatu litar elektrik yang lengkap. Elektron bergerak melalui wayar kerana ia merupakan konduktor elektron yang lebih baik daripada larutan.

voltmeter wayar Titian garam Anod (-) Logam zink Katod (+) Logam Kuprum

Larutan zink sulfat

Larutan kuprum(II)sulfat

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

Rajah 7.3: Sel Daniell

Tindak bals redoks dalam sel Daniell: Persamaan sel separuh di anod (-) : Zn (p) - 2e Zn2+(ak) Cu (p) (Pengoksidaan) (Penurunan)

Persamaan sel separuh di katod (+): Cu2+ (ak) + 2e Persamaan sel keseluruhan: Zn(p) + Cu2+(ak)

Zn2+(ak) + Cu(p)

Apabila susunan radas lengkap logam zink yang lebih elektropositif daripada kuprum akan membebaskan elektron dan membentuk ion zink. Elektron akan bergerak melalui litar luar ke logam kuprum. Ion-ion kuprum yang kekurangan elektron akan menerima elektron di katod dan membentuk logam kuprum yang akan terenap pada katod kuprum. Larutan zink sulfat akan menjadi semakin pekat dengan terbentuknya ion zink. Manakala larutan kuprum(II)sulfat semakin cair kerana ion kuprum telah mendiscas membentuk logam kuprum. Sel separuh di bahagian anod akan menjadi cas positif dengan terbentuk lebih banyak ion zink ini. Manakala larutan di bahagian katod akan menjadi cas negatif disebabkan ion kuprum yang bercas positif semakin berkurang. Dengan adanya titian garam, cas elektrik bagi kedua-dua bahagian sel boleh diseimbangkan apabila ion SO42- yang bercas negatif (anion) dari sel di bahagian katod akan bergerak ke sel di bahagian anod melalui titian garam ini. Ion bercas positif (kation) iaitu ion Na+ dalam titian garam akan bergerak ke sel di bahagian katod dan ion Zn2+ dari bahagian anod akan masuk ke dalam titian garam.

Anod dan katod mendapat namanya daripada arah aliran ion antara kedua-dua sel. Anion bergeak ke arah anod dan kation bergerak ke arah katod. Mengapa anion bergerak ke anod yang bercas negatif sedangkan setahu kita cas yang sama akan saling menolak? jawapannya ialah kerana anod telah dilindungi oleh ion Zn2+ yang terbentuk dikeliling anod apabila zink dioksidakan. Dari perspektif anion, larutan keliling anod akan kelihatan bercas positif jadi ia akan bergerak ke arah anod.

Sebarang sel yang mempunyai susunan seperti sel yang dibina oleh Daniell juga dikenali sebagai sel Daniell. Struktur umum susunan selnya adalah seperti berikut

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

Rajah 7.4: Susunan Radas Sel Daniell Jambatan garam adalah tiub U yang diisi dengan larutan pekat elektrolit lengai yang mana ionnya tidak terlibat dalam perubahan elektrokimia dan tidak bertindak balas dengan larutan dalam sel separuh. Biasanya garam seperti KCl, KN03, NH4N03 digunakan. Jambatan garam disediakan dengan melarutkan gelatin atau agar-agar dalam larutan panas elektrolit lengai. Larutan yang terbentuk diisi ke dalam tiub U dan akan membeku apabila sejuk.

Fungsi jambatan garam ialah untuk menyambung larutan antara dua sel separuh dan melengkapkan litar sel. Ia juga mengelakkan penyerapan larutan dari satu sel separuh ke sel separuh yang lain. Jambatan garam boleh digantkan dengan bekas poros yang membenarkan perpindahan ion-ion tanpa membenarkan larutan bercampur.

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA 7.3.3 Bateri sebagai suatu sel voltan

Bateri yang dijual di pasaran adalah sejenis sel galvani atau sel voltan. Ia terdiri dari satu atau lebih sel voltan di dalamnya. Setiap bateri dilabelkan dengan tanda (+) dan (-) yang mewakili elektrod bagi sel tersebut. Anod: pengoksidaan berlaku elektron dihasilkan anion berpindah ke sini tanda (-)

Katod: penurunan berlaku elektron digunakan kation berpindah ke sini tanda (+)

Layari Internet (1 jam)

Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai jenis bateri.

7.3.4

Notasi Sel Voltan

Pada bahagian 7.3.2 suatu sel Daniell telah digambarkan dengan rajah 7.3 dan 7.4. Selain dari rajah sel daniell juga boleh diwakili oleh notasi sel yang lebih ringkas. Susunan radas sel Daniell boleh ditulis secara ringkas menggunakan notasi seperti berikut: Sel separuh anod Titian garam Sempadan fasa

M(p)/Mx+(ak)//Ny+(ak)/N(p)
Sempadan fasa Sel separuh katod

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA Jika diberi notasi sel seperti berikut: Pt(s)/Sn2+(ak), Sn4+(ak) // Ag+(ak)/ Ag(p) Bermaksud sel ini mengandungi wayar platinum sebagai anod direndamkan ke dalam larutan ion Sn2+ seperti larutan Sn(NO3)2 dan logam argentum sebagai katod direndamkan ke dalam larutan ion Ag+ seperti larutan AgNO3. Kedua-dua sel separuh anod dan katod disambungkan oleh wayar dan titian garam. Di antara Sn2+ dan Sn4+ diletakkan tanda koma kerana keduanya dalam fasa yang sama iaitu fasa akuas di mana Sn2+ bahan tindak balas dan Sn4+ adalah hasil tindak balas. Persamaan sel separuh anod: Persamaan sel separuh katod: Persamaan sel keseluruhan: Sn2+(ak) 2 [ Ag (ak) + e Sn (ak) + 2Ag (ak)
2+ + +

Sn4+(ak)

+ 2e ( pengoksidaan)

Ag(p) ] Sn4+(ak) + Ag(p)

Memikir (2 jam)

1.

Fikirkan tiga jenis sel Daniel. Berdasarkan sel-sel tersebut a) tuliskan notasi sel b) tindak balas redoks yang berlaku Bateri juga merupakan sejenis sel voltan. Bincangkan tindak balas redoks dalam pelbagai jenis bateri.

2.

1.4 Rujukan Ramli Ibrahim (2001). Asas Kimia. Puchong: Uni-Ed. Brown, T.L., Lemay, H.E., & Bursten, B.E. (2000). Chemistry: The Central Science. (8th ed.). New Jersey: Prentice Hall. http://www.fi.edu/guide/hughes/energyconservation.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga)

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA http://dbhs.wvusd.k12.ca.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga)

Anda mungkin juga menyukai