Anda di halaman 1dari 2

25 OKTOBER 2010 Kepada : ____________________________________ Saudara, TAWARAN SEBAGAI PELAKON DALAM TEATER JANDA SETINGGAN.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa saudara telah terpilih untuk menjadi pelakon dalam Teater Janda Setinggan di bawah arahan Shariffah Mariam Syed Abdullah. Tujuan pementasan adalah bagi Penilaian Tahun Akhir (PeTA) bagi pelajar Ijazah Fakulti Teater. 3. Untuk makluman saudara, pementasan ini bakal berlangsung pada 17 Disember 2010 bersamaan hari Jumaat jam 8.30 malam di Panggung Eksperimen. Diharapkan saudara dapat memberi komitmen semasa proses latihan agar semuanya berjalan dengan lancar. 4. Jika saudara bersetuju menerima undangan ini adalah diharapkan agar saudara dapat mengesahkan dengan menandatangani borang persetujuan yang dilampirkan bersama-sama ini dan dikembalikan kepada pihak kami secepat mungkin. 5. Di atas segala kerjasama itu kami terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

ERWAN AZZALY HJ AWANG TAIP

Pengurus Pentas Janda Setinggan Akademi Kebangsaan Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan.

25 OKTOBER 2010

Pengarah Teater Janda Setinggan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 464, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur Tuan, PENERIMAAN TAWARAN PERLANTIKAN SEBAGAI PELAKON JANDA SETINGGAN

1.

Dengan

ini

saya,

________________________________________________. No. Kad Pengenalan ______________________________ setuju / tidak setuju menerima tawaran sebagai _____________________________ dalam teater Janda Setinggan di bawah arahan Shariffah Mariam Syed Abdullah untuk Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Ijazah Fakulti Teater.

Sekian, terima kasih. Yang benar, (Tandatangan) ... (Nama) . (No. Kad Pengenalan)

Anda mungkin juga menyukai