Anda di halaman 1dari 13

SULIT 1

031

Araham Am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yangpaling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

________ Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut diadakan selama dua hari di Latar Meraung.

A Perkumpulan B Perkhemahan C Penempatan D Perkampungan

Setiap hujung minggu, Nazir dan Vinoth mengulang kaji pelajaran di ________.

A kedai B kebun C perpustakaan D pasar

Amitha _______ diri di dalam bilik setelah dimarahi oleh ayahnya.

A dikurung B mengurung C terkurung

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 2

031

D memperkurung

Kek yang sudah lama disimpan itu tidak boleh dimakan lagi kerana berbau _________.

A dingin B hanyir C hapak D hancing

Soalan 5berdasarkan gambar di bawah.

Muthu berjaya __________ 30 biji kelapa dalam masa dua jam.

A meraut B mengasah C menyiat D mengopek

Kakak memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ________.

A besar B lebar C labuh D luas

Rumah teres satu tingkat yang diceritakan oleh Hafiz itu ________lah besar.

A tiada 031 SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 3 B bukan C usah D tidak

031

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Aini mengenakan se__________ rantai emas pada lehernya.

A ikat B kalung C utas D jengkal

________ keadaan yang tergesa-gesa, Devi telah terlupa membawa kad pengenalannya.

A Di B Dalam C Dari D Pada

10

Thivyan merupakan pemuda yang paling _________ di kampung itu.

A jelita B comel C kacak D cantik 11 Maran menangis kerana ________ kasut barunya.

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 4

031

A terhilang B dihilangkan C kehilangan D menghilang

12

Kami sekeluarga akan pulang ke kampung ________ tibanya hari raya nanti.

A untuk B semenjak C apabila D andai kata

13

_______ di sekitar pantai di negara kita sangat cantik.

A Pulau-pulau B Hutan-hutan C Bukit-bukit D Gunung-gunung

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Kakak terkejut apabila melihat keadaan bilik tidur adik yang _________ itu. A bersepah-sepah B berduyun-duyun C bertindan-tindan D berbalik-balik

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 5 15

031

Danial ________ bersedia untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan. A telah belum B belum dapat C harus akan D masih belum

16

_________, saya tidak mahu percaya lagi cerita-cerita awak itu! A Eh B Wah C Ah D Aduh

17

________ itu melayan pesakit-pesakitnya dengan senyuman manis. A Jurutera B Juruteknik C Jurumudi D Jururawat

18

Banyak harta benda yang musnah dalam kejadian banjir kilat semalam. Perkataan seerti bagi musnah ialah

A elok B selamat C terbiar D binasa

19

Pak Hamid melarang Faizal mendampingi anak gadisnya. Perkataan berlawan bagi mendampingi ialah

A menjauhi B menyaingi C menghampiri 031 SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 6

031

D mendekati

Soalan 20 - 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20 I

Buku-buku ini baik dibaca oleh kanak-kanak.

II Parasnya yang baik itu menjadi igauan setiap pemuda. III Kecederaan lama yang dialaminya masih belum baik lagi. IV Ani dan Lisa berkawan baik sejak dua tahun yang lalu.

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

21 I

Di tepi pantai, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

II Salina amat berminat untuk mempelajari bahasa Jepun. III Amitha dikenali ramai kerana kelakuannya yang bahasa dan menghormati orang tua. IV Diana bukan sahaja cantik tetapi berbudi bahasa. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

22 I

Suthevi ada dua bentuk cincin berlian.

II Buku latihan itu masih ada di atas meja. III Serbuk kopi ada di dalam almari. 031 SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 7

031

IV Siva menyandarkan basikal itu ada sebatang pokok.

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah Viknes tidak hadir ke kelas tambahan semalam? A Viknes tidak hadir ke kelas tambahan semalam kerana sakit kepala. B Viknes tidak datang ke kelas tambahan selama satu hari. C Viknes ke klinik untuk mendapatkan rawatan. D Keadaan sakit kepala Viknes beransur-ansur baik.

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Budak itu menangis kerana buku ceritanya dirampas oleh Deva. A Bilakah budak itu menangis? B Mengapakah budak itu menangis? C Apakah budak itu sudah menangis? D Berapa kalikah budak itu menangis?

Soalan 25 - 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25

Shahril dimarahi oleh abang kerana ponteng sekolah. A Abang memarahi Shahril kerana ponteng sekolah. B Ponteng sekolah kerana Shahril dimarahi oleh abang.

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 8

031

C Abang dimarahi oleh Shahril kerana ponteng sekolah. D Shahril ponteng sekolah kerana dimarahi oleh abang.

26

Winley menjemput Shantini ke majlis hari jadi adiknya. A Majlis hari jadi adiknya dijemput oleh Winley. B Ke majlis hari jadi Winley menjemput adik Shantini. C Shantini dijemput oleh Winley ke majlis hari jadi adiknya. D Winley dijemput ke majlis hari jadi adiknya oleh Shantini.

Soalan 27 - 30 Pilih ayat yang betul.

27

A Para guru-guru diminta hadir ke sekolah pada petang esok. B Akmal berasal daripada Sabah. C Antara kami tidak apa-apa hubungan. D Mak Limah rindu akan anaknya.

28

A Siti mengupas limau dengan sepucuk pisau. B Pak Abu memiliki enam gulung tanah. C Salmah membeli seekor lembu dan kambing untuk buat kenduri. D Rosli menerima tiga pucuk surat daripada kawannya.

29

Peristiwa sedih itu tidak dapat dilupakannya.

II Hobi yang Alimin diminati ialah memancing ikan. III Bot-bot pendatang haram itu tidak dibenarkan menghuni perairan negara ini. IV Dua orang murid didenda oleh pengawas kerana tidak memakai lencana sekolah. A I dan II B II dan III C I dan IV

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 9

031

D III dan IV

30

Kakak sedang membasuh baju kami.

II Makanan dimakan oleh Hanis itu. III Mak Limah menjual kuih-muih di pasar itu. IV Tarian inang ditari oleh saya itu. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah anda tentang adat perkahwinan orang Melayu? Dalam adat perkahwinan orang Melayu terdapat beberapa peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja, akad nikah dan bersanding. Merisik dilakukan kerana pihak lelaki ingin mengetahui sama ada anak gadis sudah dipinang atau belum. Biasanya keluarga pihak lelaki menghantar wakil untuk berjumpa dengan keluarga pihak perempuan. Wakil-wakil yang dihantar biasanya mempunyai ikatan persaudaraan keluarga di sebelah pihak lelaki. Setelah mengetahui pihak perempuan belum dipinang, peminangan pun dilakukan. Peminangan ialah melamar seorang gadis untuk dijadikan isteri. Pihak lelaki menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan untuk meminta persetujuan bagi melangsungkan perkahwinan. Kemudian dijalankan istiadat pertunangan. Pada peringkat bertunang inilah pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada pihak perempuan menandakan peminangan telah diterima. Semasa majlis ini dijalankan, beberapa hantaran seperti pakaian, kuih-muih, buah-buahan dan lain-lain disediakan. Semasa peminangan, adat menghantar belanja dijalankan. Jumlah belanja dan penetapan tarikh perkahwinan dibincangkan oleh kedua-dua pihak.

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 10

031

Pada peringkat ini, pihak lelaki biasanya menghantar wang belanja dan pelbagai hadiah untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan kelak. Apabila tiba masa yang ditetapkan, majlis akad nikah akan diadakan. Akad nikah ialah perjanjian dalam perkahwinan. Akad nikah merupakan satu perkara yang wajib dalam agama Islam. Akad nikah dilakukan oleh Kadi atau juru nikah.Kadi ialah ketua agama bagi sesebuah daerah. Kemuncak majlis ialah majlis persandingan. Semasa persandingan dijalankan mempelai akan berpakaian sedondon dan duduk di atas pelamin yang dihias dengan cantik sekali. Jamuan makan dan majlis persandingan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Setelah itu, barulah majlis bertandang ke rumah lelaki dibuat. Majlis persandingan ini biasanya dimeriahkan dengan iringan paluan kompang.

31

Bagaimanakah adat perkahwinan orang Melayu dilangsungkan? A Meminang,merisik, bertunang, menghantar belanja, akad nikah dan bersanding B Bertunang, merisik, meminang, menghantar belanja dan akad nikah serta bersanding. C Merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja, akad nikad dan bersanding D Merisik, meminang, menghantar belanja, bertunang, akad nikah dan majlis persandingan

32

Bagaimanakah proses merisik dijalankan? A Pihak lelaki menghantar rombongan untuk meminta persetujuan bagi peminangan. B Kedua-dua pihak berbincang untuk menetapkan tarikh persandingan. C Pihak lelaki memberi sebentuk cincin sebagai tanda peminanganditerima. D Pihak lelaki menghantar wakil untuk menyiasat gadis tersebut sudah bertunang atau belum.

33

Mengapakah pihak lelaki memberi sebentuk cincin kepada pihak perempuan? A Sebagai hadiah B Menunjukkan pihak lelaki bersetuju C Menandakan pinangan telah diterima D Sebagai hantaran

34

Peribahasa yang paling sesuai dengan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah.....

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 11

031

A bagai isi dengan kuku B bagai pinang dibelah dua C bagai bulan dipagar bintang D seperti aur dengan tebing 35 Apakah yang dimaksudkan dengan mempelai seperti dalam petikan? A bapa pengantin B pasangan pengantin C bakal bapa pengantin D pengantin lelaki

Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Navin segera menyuluh ke dalam rumah itu. Semuanya gelap sahaja, tidak kelihatan suatu perkakas rumah pun. Kosong sahaja. Mungkin sudah bertahun-tahun rumah itu ditinggalkan oleh tuannya. Di atas lantai rumah itu penuh dengan sampah sarap yang bertaburan. Namun begitu, dinding rumah itu masih kukuh dan utuh. Navin memberanikan diri untuk melangkah ke dalam rumah itu. Di luar rumah anjing-anjing terus menyalak panjang. Bunyi salakan anjing bersahut-sahutan itu amat menyeramkan Navin. Bulu roma Navin sudah terpacak tegak kerana ketakutan. Dia berasa takut apabila terbayang akan wajah hantu yang bertaring sebagaimana cerita seram yang ditonton di rumah kawannya dua hari lepas. Matanya memandang ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang.

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 12

031

Tiba-tiba Navin terdengar bunyi sesuatu benda bergerak di atas lantai tidak jauh di hadapannya. Navin terperanjat dan cepat-cepat menyuluh. Alangkah terperanjatnya Navin apabila melihat seekor ular senduk sedang mencadukkan kepalanya. Navin terdiam. Dia berdiri kaku seperti tunggul kayu. Langkahnya terhenti, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Navin tahu bisa ular itu boleh membunuhnya. Lidah merahnya terjulur-julur keluar. Mata dan lakunya seperti sudah bersedia untuk menyerang mangsanya. Navin berundur ke belakang perlahan-lahan dan dia keluar semula daripada rumah itu. Agaknya ular inilah yang diperkatakan oleh kawan-kawannya sebagai penunggu rumah usang itu.

36

Navin pergi ke rumah usang itu pada waktu __________. A petang B malam C tengah hari D pagi

37

Bagaimanakah keadaan rumah usang tersebut? A Dindingnya telah retak B Suasana di dalam rumah itu terang-benderang C Lantainya penuh dengan sampah sarap D Penuh dengan perabot-perabot lama

38

Navin terperanjat kerana A melihat keadaan rumah usang itu penuh dengan sampah sarap B mendengar anjing-anjing menyalak panjang C terdengar sesuatu bergerak di atas lantai D melihat seekor ular senduk sedang mencadukkan kepalanya

39

Perkataan mencadukkan dalam petikan ini bermaksud

031

SULIT [Lihat Sebelah]

SULIT 13

031

A membentangkan B membuka C mengangkat D meluaskan

40

Pada pendapat anda, apakah tujuan Navin pergi ke rumah usang itu? A Untuk melihat keadaan di dalam rumah usang itu B Untuk melihat dinding rumah usang itu C Untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam rumah usang itu D Untuk mengetahui tentang penunggu rumah usang itu

KERTAS SOALAN TAMAT

031

SULIT [Lihat Sebelah]

Anda mungkin juga menyukai