Anda di halaman 1dari 108

Nieya Jalies

Bab 1
ERING KALI Mia mendengar ungkapan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi haruskah dia sebagai insan biasa menerima apa sahaja yang terjadi ke atas dirinya dengan hati yang terbuka tanpa mengeluh walau sedikit pun? Tanpa sebab, tanpa bersoal jawab, Mia dihujani dengan perkara yang tidak pernah dia sangka. Ya, takdir Tuhan itu tiada cacat celanya. Mengapa dia harus berduka sebelum mengetahui nikmatnya? Ah, tidak bersyukur sungguh rasanya. Oh, Tuhan. Bantulah hambaMu ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, doa Mia dalam hatinya. Perbincangan bersama baba seminggu yang lalu bermain-main di minda Mia. Sedikit pun tidak pernah lekang bait kata-kata baba. Riak wajahnya penuh dengan harapan. Riak wajahnya terlukis indah segunung impian. Kalau Mia sayangkan baba, tolonglah pertimbangkan permintaan Dato Masyhur tu. Mia sayang

Segalanya Mungkin

baba, kan? Sayu sahaja pertuturan Encik Saufi. Lebih kepada memujuk lagaknya. Ini bukan soal sayang atau tidak, baba. Tapi ni soal masa depan Mia. Mia sayang sangat kat baba. Tak terucap kasih sayang Mia pada baba. Tapi permintaan baba ni buat Mia betul-betul tersepit. Baba bagi la masa pada Mia untuk pertimbangkan cadangan Dato Masyhur tu ya? Pinta Mia penuh mengharap. Diusap lembut lengan Encik Saufi. Bukan mahu menjadi anak derhaka. Bukan jua mahu menjadi anak yang kurang ajar. Tetapi permintaan baba umpama batu besar yang menunggu masa sahaja untuk menghempap dirinya. Baiklah. Baba hormati permintaan Mia tu. Tapi jangan lama-lama, ya. Tak baik biar orang menunggu. Begitulah permintaan Encik Saufi. Dia juga merasakan tidak perlu terlalu mendesak dalam soal ini. Mia anak yang mendengar kata. Pasti cadangan mereka akan diterima baik oleh anak gadisnya itu.

ANAK dia nak ke dekat aku ni? Soalan itu terus bermain di fikiran Mia. Runsing! Itu sahaja ayat yang sesuai untuk dirinya saat ini. Bila difikirkan kembali alasan Dato Masyhur untuk menjadikan Mia sebagai menantunya, agak tidak logik. Kata baba sebagai menyambung ikatan persaudaraan yang cukup rapat antara baba dan juga keluarga Dato Masyhur. Bukankah selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja? Ah atau mungkin ini saja dijadikan sebagai alasan

Nieya Jalies

untuk menyatukan dua jiwa yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Ibu kalaulah ibu ada di samping Mia, pasti Mia tidak susah untuk membuat keputusan. Kata-kata dan nasihat ibu akan banyak membantu Mia, rintih Mia sendirian. Selepas selesai menunaikan solat istikharah, harapan Mia cuma satu. Semoga Allah memberi jalan yang paling mudah untuk dia membuat keputusan yang terbaik. Semoga Allah tunjukkan aku adakah benar pilihan orang tuaku ini? Doanya dalam hati. Tidak pernah terdetik di hati Mia untuk berfikir yang jodohnya akan ditentukan oleh keluarga. Tetapi memang semenjak dari dulu, Mia juga tidak menafikan bahawa jodoh dari pilihan keluarga juga ada baiknya. Mungkin ini takdirnya sebagai seorang anak perempuan tunggal. Argh berfikir yang baik-baik, sudahlah. Kalau anak Dato Masyhur tidak baik tingkah lakunya mengapa baba berani mahu menyatukan anak perempuan tunggalnya ini dengan anak teruna Dato Masyhur itu? Takkanlah baba mahu melihat kemusnahan dalam rumah tangganya nanti. Soal jodoh itu memang aturan Tuhan tetapi bahagia itu satu pilihan. Kalau Mia tidak berkenan, dia berhak untuk menolak. Kalau tiada cacat celanya mengapa Mia harus menidakkan? Harta, pangkat, rupa bukan ukuran pertama Mia untuk berumah tangga tetapi biarlah baik budi pekertinya. Biarlah seorang yang mampu membimbing Mia ke syurga kelak. Juga dapat menjadi ayah yang baik buat anak-anak Mia, insya-Allah.

Segalanya Mungkin

SEMINGGU berlalu. Mia tekad untuk memberitahu Encik Saufi tentang keputusannya. Istikharah merupakan jalan terbaik buat Mia untuk membuat pilihannya. Alhamdulillah, petunjuk itu sedikit sebanyak membuatkan hati Mia sedikit tenang. Perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Mia masih ingat akan pesan baba, tidak baik membiarkan orang menunggu lama. Baba, apa sahaja yang terjadi selepas ini Mia akan terima dengan hati yang reda. Assalamualaikum memulakan perbualan. baba. Baba sihat? Mia

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, baba sihat di sini. Anak baba yang seorang ni macam mana? tanya Encik Saufi pula. Mia pun sihat. Cuma rindu sangat dengan baba. Baba panggil Mia dengan manja. Ya, sayang sahut Encik Saufi. Lemah jiwanya apabila Mia bersuara manja seperti itu. Dia rasa seperti mahu Mia berada di hadapannya ketika ini. Mia dah buat keputusan, kata Mia. Betul ke? Alhamdulillah. Berakhir jugak penantian baba selama seminggu ni. Jadi, apa keputusan Mia? tanya Encik Saufi penuh debar. Apa sahaja jawapan Mia dia akan terima dengan hati yang terbuka. Mia dah buat keputusan. Keputusan Mia ikhlas dari hati Mia. Mia buat keputusan ni seiring dengan pertolongan dari-Nya. Mia terima pinangan tu, balas Mia. Lega rasanya apabila perkara yang membelenggu jiwa terluah juga akhirnya. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan. Itulah jawapan

Nieya Jalies

yang baba tunggu selama ni. Terima kasih, anakku. Malam nanti bolehlah baba call Dato Masyhur untuk kongsi berita gembira ni. Begitu gembira Encik Saufi dengan keputusan Mia ini. Mia memang anak yang mendengar kata. Tapi sebelum apa-apa, Mia nak tahu. Selama ni baba dan Dato Masyhur saja yang beria-ia nak satukan kami. Tapi Mia tak pernah dengar apa-apa pun pasal anak Dato Masyhur tu. Dia tak kisah dengan pilihan orang tua dia ke? tanya Mia. Nanti dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pula. Maklumlah, dia berada di pihak perempuan. Itu Mia jangan risau. Anak teruna Dato Masyhur takkan sesekali membantah arahan papanya. Yakin sekali jawapan Encik Saufi sekalipun dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak muda itu. Mia tak nak dia rasa terpaksa terima Mia hanya kerana papanya. Mia nak dia terima Mia dengan ikhlas. Luah Mia. Dia tidak mahu perkahwinannya berdasarkan paksaan. Sekalipun diaturkan oleh keluarga, biarlah mendapat persetujuan kedua-dua bakal pengantin. Yang mahu hidup serumah adalah mereka berdua. Mungkin Mia terasa tidak dipaksa tetapi bagaimana pula dengan lelaki itu? Argh! Takut pula bila memikirkan soal ini.

Segalanya Mungkin

TELEFON BIMBIT Mia menjerit minta diangkat. Assalamualaikum kedengaran begitu mesra. Mia. Suara pemanggil

Waalaikumussalam. Siapa di sana? soal Mia. Ni uncle. Papa Muaz, balas si pemanggil. Papa Muaz? Muaz mana ya? Encik salah nombor tak ni? tanya Mia. Seingatnya, tidak pernah pula dia mengenali insan bernama Muaz. Lagipun dia belum pernah lagi mendengar suara si pemanggil sebelum ini. Ooo mungkin baba Mia tak bagitau Mia lagi. Ni Uncle Masyhur. Bakal bapa mentua Mia. Muaz tu bakal suami Mia. Bertuah betul baba Mia. Nama bakal menantu pun dia tak beritahu Mia lagi, balas Dato Masyhur dengan mesra. Alangkah terkejutnya Mia tatkala mengetahui Dato Masyhur yang menelefonnya. Baba tidak memaklumkan apaapa kepadanya. Aduh, aku masih belum bersedia! Desis hatinya. Oh Dato. Maaf saya ingatkan siapa tadi. Mungkin baba tak sempat nak cerita apa-apa lagi pada Mia, balas Mia sedikit gementar. Eh, janganlah berDato-Dato dengan uncle. Panggil uncle aje. Kan ke lebih mesra. Mia uncle nak ucapkan jutaan terima kasih kat Mia kerana sudi terima anak uncle. Uncle harap Mia dapat ubah Muaz, jelas Dato Masyhur. Sebaik sahaja dia menerima berita gembira daripada Encik Saufi, terus terlintas di hatinya untuk menelefon Mia sendiri. Lalu dimintanya nombor telefon bimbit Mia daripada Encik Saufi.

Nieya Jalies

Apa maksud uncle dengan ubah Encik Muaz? Saya tak faham. Dan saya terima Encik Muaz dengan ikhlas walaupun saya masih belum mengenali dia, beritahu Mia. Nanti Mia akan faham. Uncle harap Mia dapat bantu uncle, ya. Suatu hari nanti uncle akan kenalkan Mia dengan Muaz ya? Uncle taklah kejam nak satukan kamu berdua tanpa mengenali sesama sendiri terlebih dahulu. Tutur Dato Masyhur penuh harap. Mia tekun mendengar kata-kata Dato Masyhur yang seterusnya. Haish, jarang sekali bakal bapa mentua yang berbicara sendiri dengan bakal menantu. Tambahan pula dia bakal menantu perempuan. Kalau baba yang berbicara dengan Muaz, patutlah juga. Mia mahu menjerit saat ini. Tetapi daripada pertuturan Dato Masyhur itu, Mia sudah dapat merasai betapa baiknya lelaki tua itu. Penuh sopan ayat-ayat yang dituturkan. Sedikit pun tidak mengguris hatinya. Siapakah sebenarnya insan yang bernama Muaz itu? Kononnya sebagai bakal suami Mia. Tapi Mia tidak pernah mengetahui apa-apa pun tentang Muaz. Apatah lagi melihat sendiri insan itu. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hambaMu ini. Mia berdoa dalam hati. Apabila mengingatkan kembali kata-kata Dato Masyhur yang ingin memperkenalkan Muaz kepadanya terlebih dahulu menambah kegelisahan yang sudah sedia bersarang di jiwa. Kenapa dengan aku ni? Aku belum pernah melihat wajah Muaz. Yang gatal sangat terima pinangan tu, kenapa? Kalau dia gemuk macam gajah, macam mana? Kalau muka dia garang macam harimau, macam mana? Boleh ke aku tarik balik keputusan yang aku dah ambil tu?

Segalanya Mungkin

Kalau Muaz seorang lelaki yang sempurna, mengapa dia juga sanggup mengikut pilihan keluarganya? Adakah dia memang seorang anak yang mendengar kata? Mustahil anak orang kaya seperti dia tidak punya teman wanita. Rasa-rasanya bukan seorang, boleh jadi keliling pinggang. Arghhh kenapa aku suka bersangka buruk? Tenang Mia tenang. Bersangka baiklah selalu. Insya-Allah segalanya akan menjadi mudah. Aku masih boleh membuat pilihan. Dia belum jadi suami aku lagi. Inilah akibatnya kalau mahu berkahwin tetapi tidak pernah lihat batang hidung bakal suami. Mulalah akal berfikir itu dan ini. Segala macam tekaan yang terpapar di ruang minda. Ah, tunggu dan lihat sajalah.

PAPA tak boleh buat Muaz macam ni. Papa tak sayangkan Muaz ke? marah Muaz. Gila ke apa, paksa aku berkahwin dengan wanita yang aku tidak kenali. Ingat ini kisah dongeng ke? Tidak faham Muaz dengan perangai papanya. Tibatiba sahaja suruh dia berumah tangga. Sebab papa sayangkan kamulah papa buat macam ni, balas Dato Masyhur dengan ringkas. Dia tahu Muaz bakal mengamuk tetapi kali ini dia akan memaksa juga Muaz mengikut kata-katanya walau dengan apa cara sekalipun. Papa memang kejam! Sekurang-kurangnya tunggu la Muaz balik dari UK dulu, baru kita bincang. Dah la Muaz pening dengan kerja kat sana. Dah settle kat sana, tambah

Nieya Jalies

pulak dekat sini. Kalau Muaz tahu jadi macam ni, Muaz tak balik pun tak apa. Muaz belum ready lagi papa. Tolong la faham, rayu Muaz. Dia tidak pernah terfikir mahu berkahwin dalam masa terdekat. Perkahwinan bermaksud dia akan terikat sebagai seorang suami. Argh, lagilah dia tak mahu. Tak bebas! Belum ready kamu kata? Umur dah tiga puluh satu tahun. Itu belum cukup ready ke? Keluar berfoya-foya tu sebab tak ready nak kahwin la ya? Apa nak jadi dengan kamu ni? Cuba la matang sikit. Apa saja alasan kamu, papa tak akan terima. Kamu harus berkahwin dengan anak Uncle Saufi. Kalau kamu ingkar, satu sen pun papa tak akan bagi kamu lepas ni. Dan keluarlah cari kerja lain. Jangan berangan lagi nak jadi bos dekat syarikat papa tu. Faham? Tegas Dato Masyhur lantas terus berlalu meninggalkan anak terunanya terkontang-kanting di ruang tamu. Muaz tiada pilihan lagi. Dia harus patuh dengan arahan papanya. Tak guna punya perempuan! Siap la kau aku kerjakan nanti. Jangan ingat senang-senang saja kau nak rosakkan hidup aku. Bisik Muaz dalam hatinya. Siapa yang mahu hidup susah? Aku dah biasa dengan hidup mewah macam ni. Kalau papa rampas segalanya aku nak merempat dekat mana? Kacau betul la perempuan ni. Dah tak ada lelaki lain ke yang dia nak kahwin? Desperate sangat ke apa? Aku pulak yang jadi mangsa. Muaz memang tidak dapat bersabar kali ini. Masuk sahaja ke dalam kamarnya, dibaling segala barang yang tercapai dek tangannya, tanda protes. Habis bersepah biliknya.

Segalanya Mungkin

Bab 2
lupa balik ye?

IA, hujung minggu ni Dato Masyhur nak datang ke rumah kita. Mia jangan

Begitu ceria kedengaran suara Encik Saufi ketika menelefon Mia lewat petang itu. Mia mesti kena balik ke baba? Tak payah pun tak apa, kan? soal Mia, berharap Encik Saufi akan menerima cadangannya itu. Berat rasanya mahu pulang ke rumah semata-mata untuk tujuan itu. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya. Kadangkala seperti pasrah sahaja, kadangkala seperti mahu memberontak pula. Hati oh hati! Mia jangan la macam ni. Mia pun tahu, kan tujuan mereka ke rumah kita. Inilah masanya untuk Mia berkenalan dengan bakal suami Mia tu. Encik Saufi memujuk Mia. Bakal suami? Yucks!!! Geli anak tekak Mia bila mendengar kata-kata babanya itu. Seram pun ada. Ya Allah, bagaimanakah harus aku berhadapan

10

Nieya Jalies

dengan semua ini? Emmm aku lakukan semua ini adalah atas redaMu, Ya Allah. Alah, bukan aku kena buat apa pun. Bila jumpa Dato Masyhur dengan anaknya tu nanti, senyum ajelah. Habis cerita. Bukan kena menyanyi untuk lulus jadi menantu dia. Dah confirm aku akan jadi menantu keluarga tu. Sengaja Mia menenteramkan hatinya yang sedang hebat bergolak itu. Insya-Allah, baba. Nanti apa-apa hal Mia inform baba ek? Putus Mia. Itu sahaja pilihan yang Mia ada. Membantah nanti, bimbang babanya terasa hati pula.

MIRA, kau free tak malam ni? soal Mia kepada Mira, teman baiknya. Aku sentiasa free. Macam la kau tak kenal aku ni. Ha ni mesti ada apa-apa yang kau nak share dengan aku, kan? Kalau tak, takkan kau bersusah payah telefon aku lewat petang ni, balas Mira yang ketika itu baru sahaja tiba di rumah sewanya. Kau perli aku ek? Aku tahu la kau yang selalu call aku kalau ada apa-apa hal. Tapi kali ni kau cakap la apa pun. Aku tak kisah. Tapi aku sangat perlukan kau malam ni. Tolong ya? rayu Mia penuh mengharap. Uihhh seram aku dengar ayat kau tu. Tapi tak apa. Demi sahabat aku yang sorang ni aku sanggup lakukan apa sahaja, usik Mira. Kau nak jumpa kat mana? Ni yang aku bertambah-tambah sayang dekat kau ni. Kau la satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Okey,

11

Segalanya Mungkin

malam ni aku jemput kau dekat rumah pukul lapan malam, ya? Kita lepak kat tempat biasa. Mia cuba mengusik sahabatnya itu. Dah. Tak payah nak bodek-bodek aku ya. Okey, set! Tapi kalau kau lewat satu minit pun aku cancel ek, ugut Mira. Yelah aku janji aku tak lewat. Tapi kalau kau pulak lewat aku kahwinkan kau dengan Mat Tempe sebelah rumah kau tu ek. Balas Mia. Begitulah sikap Mia dan Mira kalau mereka berjumpa atau berbual. Mira memang seorang sahabat yang setia. Sentiasa ada di kala Mia dalam kesusahan. Yang paling Mia geram, Mira sangat suka mengusiknya dalam apa jua keadaan. Samalah dengan dirinya. Rasakan!

MEREKA berjumpa seperti yang dijanjikan lewat petang tadi. Ya tuan puteri, ada apa-apa yang boleh patik bantu? sakat Mira apabila melihat wajah sahabatnya itu agak muram. Mira, aku nak kahwin, beritahu Mia. Malas dia mahu berkias bahasa dengan Mira. Lebih baik berterus-terang sahaja. Lagipun Mira memang tidak suka ayat yang berbungabunga. Pening katanya mahu berfikir. Kau kalau nak bergurau dengan aku, agak-agak la. Aku tinggalkan kau dekat sini baru tahu, kata Mira tanpa menyedari dialah yang menumpang Mia ke sini. Ada hati nak tinggalkan orang! Aku tak main-main kali ni. Baba dah tekad nak

12

Nieya Jalies

satukan aku dengan anak kawan baiknya. Buntu aku fikirkan pasal ni tau. Mia bersuara sayu. Air mukanya menjadi semakin keruh. Ooo kiranya pilihan orang tua la ni. Patut la kau muram aje. Tapi setahu aku, kau kan kuat pendirian. Takkan senang-senang aje kau terima benda-benda macam ni? Dan tak sangka la pulak kawan aku yang sorang ni dah nak kahwin. Memang perkhabaran ini. Mira agak terkejut mendengar

Mula-mula memang aku tolak habis-habisan cadangan baba. Tapi bila aku tengok muka baba yang berharap sangat tu, aku tak sampai hati nak tolak. Apa aku patut buat sekarang ha? Mia meminta pandangan Mira walaupun dia tidak layak bertanya seperti itu. Dia sudah pun memberikan kata putus kepada baba dan keluarga Muaz. Kau dah bagi kata putus ke? Kau dah kenal bakal suami kau tu ke? Kau dah pernah jumpa dia ke? Kau dah opssss sorry! Aku bagi kau jawab satu-satu ya, canda Mira, cuba memeriahkan suasana. Haish, kenapa la tak hilang-hilang sikap gelojoh aku ni? Keluh Mira dalam hatinya. Tahu pun kau. Dah la aku tengah pening ni, balas Mia yang sedang serabut. Sebenarnya aku dah buat solat istikharah untuk minta petunjuk dari-Nya. Dan gerak hati aku kuat mengatakan apa yang aku buat ni betul. Bila difikir-fikirkan semula mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Cuma aku perlukan sokongan kau. Walaupun aku belum pernah jumpa dengan bakal suami aku tu, aku akan cuba untuk terima dia. Mungkin dialah lelaki yang aku cari selama ni. Jelas Mia

13

Segalanya Mungkin

dengan pasrah. Mahu meraung pun, tak guna. Sudah terlambat sebenarnya. Mia, kau jangan risau. Aku akan sokong kau selagi apa yang kau lakukan tu berada di jalan yang benar. Kau boleh harapkan aku bila kau perlukan seorang teman untuk kau berkongsi apa sahaja. Percayalah. Ungkap Mira yang penuh dengan sifat kasih sayang. Sedikit kuat Mia rasakan saat ini. Itulah sebabnya mengapa dia perlu berjumpa dengan Mira. Walaupun sedikit sokongan yang diberikan oleh wanita itu sudah cukup baginya untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Akhirnya Mia membuat keputusan untuk pulang ke rumah seperti yang dipinta oleh babanya. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

HATI Mia kegelisahan menantikan kunjungan Dato Masyhur dan bakal suaminya itu. Alangkah baiknya kalau Mira ada di sampingnya saat ini. Tetapi Mira tidak dapat menemaninya kerana dia berkursus ke Johor atas arahan Encik Nizam, majikannya. Dia harus kuat menempuh semua ini. Mahu atau tidak, dia harus tabah. Tak sabarnya aku nak tengok muka perempuan yang tak tahu malu tu. Siap la kau, bicara Muaz sendiri. Hatinya turut berdebar-debar ketika dalam perjalanan menuju ke rumah Mia. Jenuh juga Dato Masyhur memujuk ketika ingin mengajak anak teruna itu ke rumah Encik Saufi. Setelah diugut itu dan ini barulah Muaz mengalah. Itu pun ada sahaja yang tidak kena.

14

Nieya Jalies

Aku buat semua ni sebab aku tak nak hidup merempat. Kau jangan ingat bila dah jadi isteri aku, kau akan dapat apa yang kau inginkan dari keluarga aku. Tak guna! Marah Muaz. Dia terpaksa membatalkan pertemuan dengan sahabat-sahabat lamanya hari ini gara-gara perancangan Dato Masyhur yang indah ini. Sabar sajalah!

WAALAIKUMUSSALAM. Jemputlah masuk ke rumah saya yang serba kekurangan ni, pelawa Encik Saufi dengan rendah diri. Sedar yang taraf hidupnya jauh berbeza daripada sahabatnya itu. Eh, janganlah begitu. Kau ni macam perli aku aje, gurau Dato Masyhur. Ni aku bawakan bakal menantu kau. Perkenalkan, Muaz Hasbi. Muaz, ni Uncle Saufi. Begitu teruja Dato Masyhur memperkenalkan anaknya kepada Encik Saufi. Apa khabar uncle? Muaz cuba bermesra sambil berjabat tangan. Alhamdulillah. Sihat. Segaknya anak kamu ni Masyhur, puji Encik Saufi. Memang sudah lama dia tidak melihat wajah Muaz. Tetapi memang sejak kecil Muaz mempunyai raut wajah yang segak. Tidak hairanlah jika Muaz kelihatan segak bergaya setelah meningkat dewasa. Tiada cacat celanya. Tengoklah anak siapa. Dato Masyhur berjenaka. Tapi kedatangan aku kali ni hanya berdua dengan Muaz. Lagipun tujuan kita hari ni nak perkenalkan Muaz dan

15

Segalanya Mungkin

juga Mia, kan? Mungkin sekali lagi aku datang bersama dengan rombongan, tambah Dato Masyhur. Ketawa Encik Saufi mendengarnya. Memang tujuan mereka berjumpa kali ini adalah untuk sesi suai kenal. Masih belum peringkat merisik. Isy, papa ni. Cepat la tunjukkan Si Mia ni. Dari tadi asyik sebut nama aje. Tuan punya badan tak nampak muka pun. Bicara hati Muaz. Dia sudah tidak sabar mahu melihat wajah wanita yang bakal menjadi isterinya. Mesti buruk macam pontianak! Eh, Saufi. Mana anak kau Si Mia tu? Ni, anak aku dah tak sabar-sabar nak jumpa bakal isteri dia, bicara Dato Masyhur penuh teruja. Usik-mengusik mula menghiasi suasana antara mereka. Eh, papa dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku ke? He he. Ya, memang Muaz tak sabar nak tengok perempuan tu, papa. Macam mana la rupanya perempuan yang sangat bertuah tu ya? Ngomel hati Muaz. Eh, hampir terlupa pulak aku tujuan kau ke mari. Sengaja Encik Saufi mengusik Dato Masyhur. Mia ke mari nak, panggil Encik Saufi dengan penuh kasih sayang. Dia tahu perasaan Mia juga masih tidak stabil. Dia mengerti semua itu. Semoga anaknya tidak bertindak di luar jangkaannya. Muaz, kenalkan ni satu-satunya puteri uncle. Nur Mia. Mia, ini Muaz Hasbi. Bakal suami Mia. Encik Saufi memeluk bahu Mia. Sekadar untuk memberi kekuatan. Bagaikan mahu tersungkur Mia ke lantai apabila mendengar perkataan bakal suami daripada mulut babanya.

16

Nieya Jalies

Matanya terus sahaja terarah kepada Muaz yang sedang memandangnya. Hai saya Muaz. Muaz memulakan bicara sambil menghulurkan tangan ingin berjabat dengan Mia. Malangnya Mia tidak menyambut huluran tangan tersebut. Muaz sedikit pelik. Maaf, saya Mia, balas Mia pendek sambil menundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat. Ooo kau tunjuk baik ya? Hentikanlah lakonan kau tu wahai si cantik, Mia. Ya, memang Mia seorang wanita yang cantik. Tapi kau jangan harap aku akan tewas dengan kecantikan kau tu nanti. Agak malu Muaz dibuatnya apabila Mia tidak menyambut huluran tangannya tadi. Jatuh air mukanya di hadapan Encik Saufi. Barangkali orang tua itu sudah berfikir yang bukan-bukan pasal aku. Tidak punya adab! Setelah berbalas senyuman (senyuman yang teramat kelat), Mia terus beredar ke dapur untuk menyediakan sedikit juadah buat tetamu. Gila ke apa Si Muaz ni? Belum kahwin lagi dah nak pegang-pegang. Karate karang baru tahu. Mia bengang apabila mengingati kembali huluran tangan Muaz sebentar tadi. Diakah bakal suamiku? Dari segi luarannya memang Muaz seorang lelaki yang sempurna. Punya segalanya. Tetapi dalamannya belum pasti. Mia berfikir sejenak. Bukan mahu berfikir yang buruk-buruk tetapi apabila Muaz menghulurkan tangan ingin berjabat sebelum sah menjadi suami isteri sudah mendatangkan sedikit

17

Segalanya Mungkin

kefahaman dalam diri Mia bagaimana corak kehidupan Muaz selama ini. Eh, tak baik aku bersangka buruk. Mia mengingati diri sendiri akan keterlanjurannya. Mia terus beredar ke ruang tamu sambil membawa bersama juadah petang untuk Dato Masyhur dan Muaz serta babanya. Terketar-ketar juga tangan Mia memegang dulang ketika berjalan menuju ke ruang tamu. Maklumlah, dia tidak pernah mengalami perasaan seperti ini. Ketika ingin meletakkan dulang di atas meja kopi, Mia terpandangkan Muaz yang begitu tekun merenung tindak-tanduknya. Mia semakin tidak selesa dengan situasi itu. Uncle, kalau uncle tak keberatan saya nak minta izin untuk menikahi Mia secepat mungkin. Hujung bulan ni ke. Muaz tiba-tiba bersuara membuatkan Dato Masyhur dan Encik Saufi berpandangan sesama sendiri. Mia yang mendengar bicara Muaz itu hampir pengsan. Gila ke lelaki ni? Sudah dirasuk hantu ke? Apa pasal nak kahwin cepat-cepat? Takkan tak boleh tunggu sedikit masa lagi? Argh kau bikin aku gila la Muaz.

18

Nieya Jalies

Bab 3
Mujur dia tidak punya masalah jantung. Setahunya Muaz tidak berapa setuju dengan perkahwinan ini. Adakah Muaz sudah berubah hati setelah melihat Mia? Betul tu Muaz. Perkara ni bukan boleh diambil mudah. Kamu dah fikir masak-masak ke? Tak nak ambil sikit masa lagi untuk lebih kenal antara satu sama lain? soal Encik Saufi yang risau dengan permintaan Muaz itu. Apakah yang membuatkan Muaz ingin cepat-cepat disatukan dengan Mia? Betul. Setelah saya melihat sendiri Mia, saya yakin dialah yang paling sesuai untuk saya dan mungkin jodoh kami sudah sampai. Lagipun perkara baik tak perlulah ditangguh-tangguh. Betul tak papa? bohong Muaz. Mia yang masih terkejut dengan kenyataan Muaz tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Fikirnya dia masih punya masa untuk membuat

AMU biar betul Muaz? tanya Dato Masyhur inginkan kepastian.

19

Segalanya Mungkin

pilihan. Tetapi apabila Muaz menyuarakan perkara ini, dia terjerat. Berilah dia masa untuk berfikir. Mengapa begini pantas keputusannya? Dia tidak mahu mengenali aku dengan lebih dekat ke? Adakah aku sudah cukup sempurna untuk bergelar isterinya? Ibu bantu Mia. Siap la kau perempuan. Nak sangat kahwin dengan aku, ya? Terimalah akibatnya, desis hati Muaz. Muaz seronok dapat melihat wajah Mia yang semakin keruh. Itulah, nak sangat kahwin dengan aku, kan? Aku on aje. Aku lelaki. Apa nak dikisahkan sangat. Dia juga yakin bahawa papanya dan Uncle Saufi akan bersetuju dengan cadangannya ini. Seronoknya aku! Uncle lagi suka kalau perkara ini dapat diteruskan secepat mungkin. Mungkin betul juga kata Muaz tu. Aku pun tak sabar nak tengok Mia ni bernikah. Tambah-tambah dengan anak kau. Lagi aku gembira, sokong Encik Saufi tanpa ragu-ragu. Aku pun setuju aje. Tapi kita perlulah dapatkan persetujuan Mia juga. Lagipun dia yang akan bernikah dengan Muaz, pinta Dato Masyhur sambil tersenyum gembira. Dia bakal bermenantu lagi. Menantu perempuan pulak tu! Yes! Sudah aku jangkakan penerimaan kedua-dua lelaki itu. Ini akan lebih memudahkan perancangan aku. Hati Muaz tersenyum puas. Mia... ke mari sayang, panggil Encik Saufi. Encik Saufi mengajak Mia duduk bersebelahan dengannya. Dia tidak dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran anaknya itu. Terkejut itu sudah pasti. Mia yang masih terpaku terus bergerak ke arah babanya.

20

Nieya Jalies

Mia setuju ke pernikahan ni dicepatkan? soal Encik Saufi. Sekalipun Mia ingin membantah, pasti mereka akan pertimbangkan. Mereka bukan mahu memaksa. Mia ikut aje kata baba. Apa yang baik untuk semua baiklah untuk Mia, jawab Mia penuh sopan. Dia tiada kuasa lagi mahu memikirkan perkara ini. Cepat atau lambat, dia tetap akan dikahwinkan dengan Muaz. Mungkin ini sudah tertulis buatnya. Memang dia agak terkilan apabila langsung tidak diberi masa untuk berfikir dengan lebih tenang. Alih-alih keputusan sepantas ini pula yang harus diberikan. Di mana kuasanya untuk menidakkan? Mia memandang Muaz yang sedang merenungnya. Terkejut Mia apabila Muaz mengenyitkan sebelah mata kepadanya. Gila la mamat ni! Baba nampak karang baru tahu. Mia terus beredar apabila dirasakan Muaz masih tidak lepas daripada memandangnya. Lemas Mia dengan keadaan ini. Dia merasakan tidak selamat pula mahu berkahwin dengan lelaki itu. Geli pun ada. Ya ampun! Dia ingat aku tergila-gila sangat dekat dia ke apa? Uncle harap Muaz dapat jaga anak uncle yang sorang ni baik-baik, ya. Dialah satu-satunya anak uncle. Dia ibarat nyawa uncle. Mungkin kamu dah ditakdirkan untuk berkenalan lebih rapat dengan Mia selepas kahwin. Itu lebih indah bukan? Tapi uncle yakin kamu sangat bertuah dapat memiliki Mia. Percayalah. Encik Saufi yakin Mia akan dapat membahagiakan Muaz satu hari kelak. Bukan mahu angkat bakul sendiri tetapi itulah hakikatnya. Sebagai seorang bapa, dia rasa amat bertuah memiliki Mia sebagai anak tunggalnya.

21

Segalanya Mungkin

Baiklah uncle. Saya akan menjaga Mia seperti nyawa saya sendiri. Saya memang ingin lebih mengenali Mia. Tapi akan saya lakukan selepas kami berkahwin. Saya cuma mahu dahulukan apa yang penting sekarang, kata Muaz. Memang aku akan jaga kau baik-baik sayang. Hati Muaz bersorak gembira. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diingininya. Dato Masyhur dan Encik Saufi saling berpelukan tanda gembira dengan rancangan ini. Mereka tidak sangka apa yang dirancang telah dipermudahkan. Terutamanya Dato Masyhur. Memang dia berasa sedikit musykil dengan keputusan Muaz tetapi biarlah sangkaan yang kurang enak itu dibuang jauh-jauh. Mia terus berlalu ke biliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Mira berkongsi rasa yang bersarang dalam hatinya sekarang. Angkat la Mira. Aku perlukan kau sekarang. Helo sayang, kau nak apa ha? usik Mira. Mira, tolong aku, rayu Mia. Tangisannya sudah kedengaran. Eh, kau kenapa ni? Janganlah menangis weh. Aku lemah la dengar orang menangis ni. Cuba cerita dengan aku apa masalah kau sekarang. Begitu prihatin Mira terhadap sahabatnya. Risau mendengar esakan Mia yang tiba-tiba itu. Aku akan bernikah hujung bulan ni. Hujung bulan yang tak sampai dua minggu lagi, beritahu Mia. Kau biar betul? Baru empat hari lepas kau cakap bakal bapa mentua kau nak datang rumah kau. Kenal-

22

Nieya Jalies

kenalkan dengan anak dia. Takkan dah nak kahwin kut? Cepat betul perancangan baba kau. Ataupun mereka datang hari ni terus tunangkan korang? soal Mira inginkan kepastian. Dia pun tidak menyangka sahabatnya itu akan berkahwin secepat ini. Pada mulanya memang la macam tu. Tapi dalam duk kenal-kenal tu boleh pulak si mamat gatal tu keluarkan idea yang tak berapa bernas ni, jelas Mia. Geram dengan Muaz. Mamat gatal? Ni mesti gelaran untuk bakal suami kau tukan? Mana kau tahu dia gatal? Dia ada menggatal dengan kau ya? Expert! usik Mira. Dah tu takkan dia menggatal dengan baba aku kut? Itu semua tak penting. Yang penting aku rasa takut sangat nak tempuh semua ni. Macam mana ni Mira? Tolong la aku rayu Mia sambil menangis lagi. Setelah mendengar nasihat Mira, Mia mendapat satu kekuatan untuk menempuhi semua ini. Betul juga kata Mira. Aku sudah dapat petunjukNya. Aku yakin semua ini ada hikmahnya. Ngomel Mia sendiri.

BABA, Mia balik lepas asar ni ya? Mia memberitahu Encik Saufi tentang kepulangannya ke Kuala Lumpur petang ini ketika mereka sedang bersarapan bersama. Kenapa lepas asar? Tak lewat sangat ke? Nanti tiba sana dah malam. Mia sorang-sorang pulak tu. Jelas terpancar kerisauan di wajah Encik Saufi.

23

Segalanya Mungkin

Walaupun dari Melaka ke Kuala Lumpur tidak berapa jauh tetapi jika kesesakan lalu lintas berlaku jawabnya lewatlah Mia sampai ke destinasi. Alah, Mia nak lepas rindu dengan baba dulu. Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak apa la. Mia balik lepas breakfast ni, rajuk Mia. Eh, nak jadi isteri orang pun pandai merajuk lagi ya? Baba bergurau aje la. Baba cuma risaukan puteri baba yang sorang ni, pujuk Encik Saufi. Dia suka melihat wajah Mia ketika sedang merajuk. Comel sekali. Okey. Tak jadi merajuk, balas Mia. Mereka sama-sama ketawa. Mia, Mia betul-betul setuju ke dengan pernikahan ni nanti? Mia setuju bukan kerana terpaksa, kan? soal Encik Saufi apabila melihat Mia tidak bertanya langsung mengenai persiapan hari pernikahannya nanti. Baba, macam yang Mia cakap sebelum ni, Mia terima dengan reda. Mia tahu baba lebih tahu apa yang Mia inginkan, kan? Cuma Mia nak majlis ni nanti sederhana saja. Kita buat apa yang wajib dulu. Lagipun dua minggu tu tak lama. Apa sangatlah yang dapat kita sediakan untuk hari tu nanti. Yang penting Mia nak baba ada di sisi Mia masa Mia bernikah nanti. Bukan sekadar wali Mia tapi teman Mia ya? Pinta Mia penuh harapan kerana dengan adanya baba di sisi, Mia akan bertambah kuat. Baik, sayang. Mia, kan nyawa baba. Terima kasih Mia sebab Mia jadi anak yang taat pada orang tuanya. Baba doakan Mia akan terus bahagia dengan kehidupan Mia selepas ini. Itulah harapan Encik Saufi. Salah satu anugerah Tuhan kepadanya. Terasa sungguh bertuah mempunyai anak

24

Nieya Jalies

seperti Mia. Seorang anak yang mendengar kata. Teringat Encik Saufi akan arwah isterinya, Puan Solehah. Indah seperti namanya. Wajah Mia seiras wajah arwah isteri kesayangannya itu. Abang rindu Solehah. Sayu bertandang di hati tuanya.

HAI bakal pengantin. Amboi berseri-seri muka kau ek, tegur Mira apabila menemani Mia seperti yang telah mereka janjikan. Hari ini Mia meminta Mira menemaninya mencari sedikit keperluan untuk majlisnya nanti. Walaupun majlisnya sederhana, namun Encik Saufi meminta Mia menyediakan apa yang patut. Ikutkan hati tidak ada apa yang perlu dibelinya. Semua sudah disediakan oleh keluarga Muaz. Pandai la kau nak mengusik aku. Ke kau perli aku? Kau seronok ek tengok kawan kau ni dah nak kahwin? Lepas ni tak ada la aku kacau kau dah, kan? Mia sedikit terasa hati dengan kata-kata Mira itu. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Eh, kau jangan la salah sangka pulak. Aku tak nafikan yang aku tumpang gembira atas perkahwinan kau ni. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sangat tau sebab lepas ni kau dah tak berkepit dengan aku. Tapi dengan abang gatal kau tu, gurau Mira cuba membendung kesedihan hatinya. Aku lagi sedih. Mia terus memeluk sahabatnya itu. Weh, kau jangan cari pasal. Nampak dek abang gatal kau tu karang terus dia cancel nak jadikan kau isteri dia, ugut Mira.

25

Segalanya Mungkin

Aku tak kisah. Kau kan ada, gurau Mia. Kaulah sahabat aku, Mira. Bisik Mia dalam hatinya. Nanti kau dah jadi isteri orang, kau jangan lupa aku ya? Kalau kau gaduh dengan dia, kau lari aje ke rumah aku, cadang Mira sambil ketawa. Kau ni aku belum lagi kahwin kau dah doakan yang bukan-bukan. Bukannya nak doakan kebahagiaan aku, marah Mia. Alah aku gurau ajelah. Dah tentu la itu doa aku. Sentiasa tau! Thanks Mira. Sayang kau. Kau jangan tak datang pulak majlis aku nanti. Kalau kau tak datang jadi pengapit aku, aku cancel kahwin tau, ugut Mia. Eleh depan aku boleh la cakap macam tu. Cuba depan abang gatal kau tu. Tak berani, kan? Insya-Allah, aku akan hadir melihat sendiri saat-saat sahabat aku ni bergelar isteri orang. Sayu kedengaran nada suara Mira. Eh, kau tak pernah dating dengan cik abang kau tu ke? Aku tak pernah pun tengok dia call kau atau kau call dia? tanya Mira inginkan kepastian. Ntah. Aku tak ada hatilah nak buat semua tu. Dia pun tak pernah call aku. So, fair la. Mia membela dirinya sendiri. Lagipun semua yang berkaitan dengan majlis ni baba dan Uncle Masyhur yang aturkan. Aku cuma ikut rentak dia orang aje. Pelik, pelik. Balas Mira, pendek.

BETUL ke dia nak buat majlis yang sederhana aje papa?

26

Nieya Jalies

Takkan dia tak nak tunjuk dekat kawan-kawan dia yang dia dapat kahwin dengan anak orang kaya, perli Muaz. Isy, tak baik kamu cakap macam tu. Mia tu budak baik. Papa suka sangat dengan dia. Lagipun kakak dengan adik kamu pun dah suka sangat dengan Mia tu. Bela Dato Masyhur akan bakal menantunya itu. Myra Hasni ialah kakak Muaz manakala Maisara Hani ialah adik bongsu Muaz. Baik la sangat. Ingat aku tak tahu tujuan dia kahwin dengan aku? Sama aje dengan perempuan-perempuan dekat luar sana. Marah hati Muaz. Selepas berjumpa dengan Mia tempoh hari, Muaz tidak pernah ambil tahu lagi soal Mia. Segala-gala yang berkaitan dengan majlisnya nanti diuruskan oleh papa dan adik-beradiknya sahaja. Walaupun Dato Masyhur sudah beberapa kali menyuruh Muaz menelefon Mia bertanyakan khabar, tetap tidak dihiraukannya. Alasan yang diberi adalah malu. Bohong! Tak kuasa aku nak ambil tahu. Protes hati Muaz. Tetapi tidak dinafikan dia juga turut berdebar-debar menanti tibanya hari pernikahan itu nanti.

27

Segalanya Mungkin

Bab 4
Masjid An-Nur menjadi saksi terpaterinya dua jiwa yang saling tidak mengenali. ratus ringgit tunai.

KU terima nikahnya, Nur Mia binti Ahmad Saufi dengan mas kahwinnya lima

Fuhhh berpeluh aku dibuatnya. Macam tak percaya aku boleh lepas dengan sekali lafaz aje ni. Hebat jugak aku. Detik hati Muaz. Perasan! Mia, senyum la sikit. Apa nangis-nangis ni? Aku cubit karang. Mira cuba memujuk Mia yang tiba-tiba sebak setelah sah menjadi isteri Muaz. Tidak percaya rasanya. Aku teringat ibu aku la. Kau tengok muka baba tu, muram aje, jelas Mia. Hakikatnya dia teramat sedih apabila mengenangkan ketiadaan ibu di sisi pada hari bersejarahnya. Tetapi dia bersyukur kerana baba sentiasa ada di sisi seperti yang pernah dimintanya sebelum ini. Weh, cover-cover! Abang gatal kau dah datang ni.

28

Nieya Jalies

Karang la sambung nangis tu, bisik Mira setelah melihat Muaz bangun dari duduknya lalu menuju ke arah Mia untuk upacara pembatalan air sembahyang. Muaz yang berpakaian segak rona kelabu sedondon dengan busana Mia berjalan dengan penuh bergaya. Isy, cantik gila minah ni. Betul ke dia ni isteri aku? Hati Muaz tertanya-tanya sendiri. Setitik air mata jatuh membasahi pipi Mia tatkala Muaz mencium dahinya. Lensa kamera yang berkelip dari setiap sudut membuatkan Mia rimas. Beginikah nasibnya apabila berkahwin dengan seorang anak kenamaan? Ibu Mia nak ibu! Hati Mia tiba-tiba menjadi sebak. Memang majlis mereka penuh kesederhanaan. Tetapi Mia tidak mampu menghalang apabila pihak lelaki lebih teruja dengan majlis ini. Dia ni tak nak lepaskan tangan aku ke? Sudahsudah la tu! Mia bengang dengan tingkah laku Muaz yang tidak mahu melepaskan tangannya sejak upacara pembatalan air sembahyang tadi. Dari tadi mata Muaz tidak lepas-lepas memandangnya. Korek biji mata tu baru tahu. Tak malu ke kalau orang tengok dan berfikir yang bukan-bukan, desis hati Mia. Kau ingat aku nak sangat ke buat macam ni ha? Aku berlakon ajelah. Balik karang aku akan cuci tangan aku ni bersih-bersih, tau. Siap guna peluntur lagi. Monolog Muaz seorang diri. Dia hanya mahu mengaburi mata para tetamu supaya menganggap mereka adalah pasangan yang bahagia menempuh alam berumah tangga. Para tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan bagi meraikan kedua-dua mempelai. Sedikit jamuan makan turut diadakan bagi menghargai para tetamu.

29

Segalanya Mungkin

Mia juga tidak mengharapkan majlis yang gilanggemilang. Cukuplah sekadar termampu walaupun suaminya lebih daripada mampu untuk menyediakan semuanya. Tak bermakna kahwin dengan anak orang berada, majlis juga harus gah. Setakat mahu berbangga, tidak perlu rasanya. Hilang berkatnya nanti. Menyampahnya aku makan bersuap-suap ni. Semua ni sebab arahan jurukamera tu la. Nak gambar yang macam ni la, macam tu la bebel Mia dalam hati tanda protes dengan adegan romantik Muaz terhadapnya. Sudahlah semua mata asyik tertumpu kepada mereka berdua. Setiap gerak-geri mereka seperti dinilai oleh juri-juri yang tidak bertauliah. Bukan Mia tidak nampak ada yang berbisik-bisik, ada yang tersenyum-senyum memandang gelagat mereka. Tetapi Mia hanya buat tak nampak sahaja. Lainlah kalau aku sendiri yang rela dengan semua ni. Aduh, lakonan la wahai tetamu-tetamuku, desis hati Mia lagi. Mira masih setia menjadi pengapit Mia. Mira sangat memahami gelodak hati Mia bahawa sahabatnya itu tidak selesa dengan keadaan sekarang. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Sabar ajelah Mia. Bisik hati Mira. Setelah selesai upacara makan beradab, Mia dan Muaz diarah untuk bergambar bersama saudara-mara dan sahabat handai untuk dijadikan kenangan bersama. Kata jurukamera itu boleh dijadikan kenangan untuk anak-anak serta cucu-cucu di kemudian hari. Walaupun tidak berlatarkan pelamin mewah, cukuplah sekadar pelamin comel buat mereka berdua. Itu semua atas nasihat ibu saudara Mia dan sanak saudara yang

30

Nieya Jalies

lain. Ikutkan hati Mia, tidak perlu semua itu kalau apa yang terjadi bukan atas sepenuh kerelaannya. Ya Allah, menyampahnya aku. Bergambar lagi! Seronok la perempuan ni asyik kena peluk dengan aku. Sabar, sabar. Tak lama dah. Pujuk Muaz akan hatinya yang sedang mendidih ketika ini. Eh, aku lagi menyampah la. Ingat aku seronok ke dengan semua ni? Mira, tolong aku! Mia merenung sahabatnya itu, ingin meminta bantuan tetapi tidak dihiraukan oleh Mira. Tidak disangka oleh Mia bahawa babanya telah mengupah seorang jurukamera khas bagi merakamkan setiap detik yang bersejarah pada hari ini. Kata babanya Mialah satu-satunya anak yang dia ada. Semua ini akan dijadikan kenangan hari tua nanti. Okey, sekarang tiba giliran pengantin baru kita pulak bergambar berdua. Yang lain-lain boleh ke tepi dulu ya. Jurukamera itu bergurau sambil mengusik Mia dan Muaz. Rapat sikit jurukamera itu lagi. ek. Jangan malu-malu, kata

Mia yang rimas bertambah geram apabila Muaz dengan selambanya memeluk pinggangnya dengan kejap dan merapatkan tubuhnya kepada Mia. Jangan lebih-lebih la! Marah Mia tetapi hanya dalam hati. Please bagi kerjasama. Kalau tak, sampai ke malam la kita macam ni. Awak pun mesti rimas, kan? Bisik Muaz di telinga Mia. Jantung Mia berdegup dengan kencang. Itulah kali pertama Muaz bercakap dengannya dengan nada yang begitu lembut. Lalu, Mia pun mengangguk tanda setuju.

31

Segalanya Mungkin

Gaya mereka penuh romantik seperti pasangan yang sedang hangat dilamun cinta. Tetapi hakikat yang sebenar hanya Tuhan yang tahu. Bermacam-macam gaya Mia dan Muaz dirakamkan oleh jurukamera. Antaranya saat Muaz mencium pipi Mia. Begitu juga dengan Mia. Saat Muaz memeluk Mia dari belakang, juga ketika Mia duduk di atas ribaan Muaz. Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni? Hati Mia keliru dengan dirinya sendiri. Begitu mudah dia menurut apa sahaja yang diminta oleh jurukamera itu. Ataupun setelah mendengar pujukan Muaz sebentar tadi? Ah mengarut la! Bentak hati Mia. Dari jauh terpancar kegembiraan di wajah Encik Saufi, Dato Masyhur, adik-beradik Muaz serta Mira. Aku gembira apabila melihat mereka turut gembira. Hati Mia berbisik sayu.

ALHAMDULILLAH semua berjalan dengan lancar. Baba gembira sangat tengok Muaz dan Mia selamat disatukan. Walaupun majlis kita ni ringkas tapi baba rasa meriah sangat, luah Encik Saufi ketika mereka semua menjamu selera malam itu. Mia hanya mampu tersenyum. Begitu juga dengan Muaz. Sebelum Mia melangkah ke dapur untuk mencuci pinggan, Encik Saufi sempat berpesan kepadanya dan Muaz tentang beberapa tanggungjawab yang perlu mereka pikul selepas bergelar suami isteri.

32

Nieya Jalies

Selepas membasuh pinggan Mia meminta diri untuk ke bilik kerana seharian dia tidak dapat merehatkan diri gara-gara melayan tetamu yang hadir. Mia hanya membiarkan Muaz dan Encik Saufi terus berbual-bual berdua. Ya Allah, macam mana aku nak tempuh malam ni? Alamak... Mira tak ada pulak. Nak call takut dia dah tidur. Kesian pulak aku kat minah tu, ngomel Mia sendiri. Dia masih ingat akan kata-kata Mira siang tadi yang lebih kepada mengusiknya. Weh kau hati-hati la malam ni. Aku abang gatal kau tu macam tak nak lepaskan kau sementara masih ada tetamu. Belum lagi tinggal berdua aje. Abis la kau ha ha ha. Mira gelak sepenuh hatinya. tengok aje. Ni korang dengan

Kau jangan nak mengada-ada boleh tak? Aku dah cukup rimas dengan semua ni. Kau saja nak tambah lagi ek. Kata Mia sambil mencubit lengan Mira. Auwww ganasnya kau ni. Cian suami kau tu. Okey la aku pun dah cukup penat ni. Aku nak balik dulu. Lagipun dah lewat sangat dah ni. Aku tak dapat nak tidur sini. Esok aku ada banyak hal nak uruskan. Good luck for tonight my dear. Bye. Sempat lagi Mira mengusik sahabatnya itu. Mia terkejut apabila pintu bilik ditolak dari luar.

33

Segalanya Mungkin

Bab 5
LAMAK! Awalnya dia masuk bilik. Kalau ya pun, bagi la aku tidur lena dulu. Tak payah la aku bertentang mata dengan dia, desis hati Mia. Jantung Mia terasa bagaikan mahu pecah. Terkaku Mia dibuatnya. Dia menghalakan wajahnya ke dinding. Takut mahu menatap wajah lelaki itu. Sini kejap! panggil Muaz agak tegas setelah dia duduk di atas sofa. Kau tak tidur lagi, kan? Aku tahu. Muaz menjawab soalannya sendiri. Dia sendiri yang tanya, dia sendiri yang jawab pulak. Mia mahu tergelak. Kau ingat aku tak tahu yang kau takut dengan aku. He he! Hati Muaz ketawa nakal. Aku akan takutkan kau sampai kau melutut depan aku. Aku ada banyak benda nak bincang dengan kau sebelum semuanya terlambat. Kau tak payah takut, bukan aku nak makan kau pun walaupun rasa macam nak makan,

34

Nieya Jalies

usik Muaz. Aku tak ingin pun kau la. Bajet malu-malu pulak! Desis Muaz sendiri. Sini la! Kau nak aku paksa kau ke? ugut Muaz apabila melihat Mia tidak bergerak sedikit pun. Dia yakin Mia masih belum tidur. Isy, garang gila mamat ni. Takkan macam ni sikap sebenar dia? Siang tadi bukan main lembut lagi. Mia hairan dengan nada suara dan bahasa yang digunakan oleh Muaz terhadapnya. Agak kasar. Bukan agak lagi, memang kasar pun. Ya Allah, selamatkan la aku dari segala bencana. Melihat wajah Muaz yang serius membuatkan Mia sedikit kecut. Tanpa berlengah Mia pun bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil pengantin yang dihias indah. Begitu teruja Mira menghias bilik pengantinnya semalam. Umpama dia yang akan merasmikan bilik ini. Teringat Mia akan sahabatnya yang seorang itu. Muaz pula lebih selesa duduk di atas sofa berhadapan dengannya. Segak jugak dia bila pakai kain pelekat dengan baju Melayu. Puji Mia. Tetapi hanya disimpan rapi dalam hati kecilnya. Malam ni aku nak settlekan semuanya dengan kau. Aku tak nak terus berbohong tentang perkahwinan ni. Sebelum tu aku nak kepastian dari kau. Kau kahwin dengan aku kerana terpaksa atau rela? Aku nak kau jawab sejujurnya dan bila bercakap pandang muka aku ni. Tegas sekali suara Muaz berserta arahan. Terkejut Mia dengan pertanyaan suaminya itu. Apa aku nak jawab ni? Mia buntu. Se se sebenarnya pada awal perancangan ni

35

Segalanya Mungkin

saya rasa macam dipaksa untuk berkahwin dengan abang. Tapi bila saya fikir-fikirkan balik tak salah saya terima cadangan baba ni. Jadi setelah berfikir panjang saya terima semua ni dengan hati yang reda, jawab Mia ikhlas dari lubuk hatinya yang tulus. Fikir panjang kau kata? Dan lagi satu pasal apa kau pandai-pandai panggil aku abang ni? Aku tak ada adik nama macam kau. Lagipun nama ayah kita lain-lain, kan? Begitu meluat Muaz mendengar Mia memanggilnya dengan panggilan abang. Geli aku, tahu tak? Konon-konon manja la tu. Bagaikan mahu pecah dada Mia menahan sebak. Tukan tandanya hormat seorang isteri terhadap suaminya. Mia cuba membela dirinya. Walaupun hatinya bagai dihiris-hiris oleh Muaz. Inikah lelaki yang baba sanjung selama ni? Lelaki yang akan menghancurkan hidup anak baba ni. Sayu hati Mia. Dia sudah dapat merasai ada yang tidak kena pada diri Muaz. Sikap buruk lebih mengatasi kelembutannya siang tadi. Opsss kau kena ingat bukan aku yang nak semua ni terjadi. Buat pengetahuan kau wahai tuan puteri yang perasan nak kahwin dengan anak raja, aku dipaksa oleh papa aku tu tau. Kalau aku tak kahwin dengan kau, aku akan merempat kat tepi jalan. Muaz berterus terang. Jadi, aku nak kau sedar yang aku kahwin dengan kau hanya kerana nak kekalkan kedudukan yang aku ada sekarang. Aku tak sanggup hidup dalam kesusahan sematamata kerana perempuan macam kau. Tak ada untung langsung. Faham?! tengking Muaz. Sampai hati abang buat Mia macam ni. Mia pun

36

Nieya Jalies

bukan minta semua ni terjadi. Sebelum hari pernikahan kita Mia dah tanya dekat baba sama ada abang mahukan Mia atau terpaksa. Tapi baba cakap abang tak kisah dengan semua ni, jelas Mia sambil air mata laju membasahi pipinya. Dia hanya berterus terang dengan Muaz. Jika dia juga diberi pilihan saat ini, sudah pasti dia tidak akan memilih jalan yang sedang dilaluinya ini. Tetapi demi menjaga hati dan perasaan babanya, Mia rela berkorban demi mendapatkan secebis kebahagiaan. Tetapi inikah bahagia yang diimpikannya? Beginikah selayaknya aku dilayan pada malam pertamaku bergelar seorang isteri? Sekali lagi kau panggil aku abang, kau jangan tanya aku kenapa tangan aku naik kat muka kau ya? Muaz memberi amaran keras kepada Mia. Kecuali depan family kita. Yang tu, aku benarkan, sambung Muaz penuh keegoan. Dasar lelaki pentingkan diri sendiri. Ya Allah dugaan apa yang Kau turunkan pada hambaMu ini? Hati Mia merintih mengenangkan nasibnya pada masa akan datang. Tidak sampai sehari bergelar isteri sudah diherdik seperti ini. Tak payah la berlakon dengan air mata palsu kau tu. Menyampah aku tengok. Walaupun kita dah berkahwin, aku nak kau simpan baik-baik dalam otak kau tu yang kau sikit pun tak ada hak terhadap aku. Aku boleh buat apa sahaja yang aku suka. Kau juga ada hak sebegitu. Cuma pandaipandai la kau jaga maruah aku sebagai seorang suami depan sesiapa pun. Faham? tanya Muaz inginkan persetujuan. Mia masih tidak mengangguk atau menunjukkan sebarang reaksi. Ikutkan hati mahu sahaja disembur balik

37

Segalanya Mungkin

Muaz tetapi daripada cara lelaki itu bercakap pun Mia sudah dapat mengagak bagaimana sikap Muaz selama ini. Padan muka kau. Nak sangat kahwin dengan aku, kan? Sorak Muaz dalam hati tanda kemenangan. Ini baru permulaan sayangku! Mia hanya mengangguk tanda faham dengan permintaan Muaz yang kejam itu. Tapi saya nak tanya awak satu soalan. Kenapa awak nak cepatkan hari pernikahan kita ni kalau awak benci sangat nak hidup dengan saya? soal Mia inginkan penjelasan segera daripada Muaz. Bagus soalan kau tu. Aku dah tak larat hari-hari nak dengar papa dan adik-beradik aku tu puji kau la, apa la depan aku ni. Sekurang-kurangnya bila dah kahwin dia orang takkan masuk campur hal kita lagi, kan? jelas Muaz menunjukkan bahawa dia tidak sabar-sabar untuk memusnahkan hidup insan bernama Nur Mia. Aku sikit pun tak ada hati kat kau. Kesian kau, kan? Ingatkan dapat la hidup senang-lenang bila kahwin dengan aku, rupa-rupanya derita yang kau dapat. Tapi nak buat macam mana, kan kau yang nak sangat, bebel Muaz tanpa belas kasihan. Kenapa kau begitu kejam dengan aku, Muaz? Ibu Mia nak ibu. Mia amat terluka dengan setiap penjelasan Muaz terhadapnya. Seandainya sudah tertulis nasib Mia begini, Mia akan menerimanya dengan hati yang ikhlas. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi sekarang. Aku rasa kau dah jelas dengan semuanya, kan? So, aku nak kau sentiasa ingat kedudukan kau di sisi aku ya? Aku dah mengantuk sangat. Demi menghormati aku sebagai

38

Nieya Jalies

suami kau, tak salah, kan aku tidur atas katil tu? tanya Muaz sambil menuding jari ke arah katil Mia. Dia nak tidur sebelah aku ke? Tadi bukan main benci lagi. Perasan Mia sendiri. Lalu dia berganjak ke tepi sedikit demi memberi ruang kepada Muaz untuk baring di sebelahnya. Eh, pasal apa kau tak turun dari katil ni lagi? Kau ingat aku boleh tidur ke kalau kau ada sebelah aku? Aku, kan tetamu. Jadi kau tu sebagai tuan rumah yang kena berkorban. Aku rasa sofa tu sesuai untuk kau tidur malam ni. Lagipun badan kau bukannnya besar pun. Begitu kejam Muaz terhadap Mia. Sampainya hati dia. Bukannya aku nak apa-apakan dia pun kalau tidur sebelah dia. Atas sofa dia suruh aku tidur? Mia terasa ingin menangis. Dia tidak pernah dilayan sekejam ini. Baba sendiri tidak akan membiarkan aku tidur di atas sofa semalaman. Mia pun beredar ke sofa yang diduduki oleh Muaz sebentar tadi. Sebelum aku terlupa, aku nak kau rahsiakan semua ni daripada sesiapa pun. Kalau aku dapat tahu kau cerita dekat sesiapa, siap la kau. Jaga sikit mulut tu. Kau yang nak sangat kahwin dengan aku, kan? So, inilah yang patut kau dapat. Muaz memberi amaran yang keras sekali sebelum menutup matanya. Faham Encik Muaz! Mahu sahaja Mia menjawab seperti itu. Tetapi dia takut akan tindakan Muaz terhadapnya. Aku yang dikatakan nak sangat berkahwin dengan dia? Tolong sikit Encik Muaz, saya hanya menurut perintah orang tua saya. Mia hanya mampu membela nasibnya dalam diam. Baba kalaulah baba dapat melihat nasib anak

39

Segalanya Mungkin

baba pada malam pertamanya pasti baba akan diserang sakit jantung, kan? Mia cuba menceriakan hatinya. Mia dah kahwin ibu, Mia bahagia sangat seperti yang diharapkan oleh baba. Mia menangis lagi. Malam pertama yang sepatutnya dilalui dengan penuh kasih sayang bersama suaminya menjadi malam yang sangat ngeri. Tiada belaian manja, tiada bisikan syahdu, tiada pelukan mesra dan tiada ciuman sayang buat dirinya yang baru bergelar isteri. Bagaimana harus Mia tempuhi hidup sebagai insan yang dinafikan hak sebagai seorang isteri oleh suaminya sendiri? Memang dia tidak pernah berangan untuk melalui malam pertama yang penuh asyik dan syahdu dengan Muaz. Tetapi tidak sangka sebegini teruk dia dilayan. Sekurangkurangnya izinkanlah dia mencium tangan Muaz sebelum melelapkan mata walaupun Muaz tidak sudi menyentuh tubuhnya ini. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Mia untuk melalui malam pertama yang dinantikan oleh setiap insan dalam keadaan seperti ini. Hina sekali rasanya. Jelas sekali Muaz memang tidak pernah menginginkan Mia hadir dalam hidupnya. Yang selalu Mia dengari, lelaki tidak mudah menahan rasa apabila berhadapan dengan seorang wanita lebih-lebih lagi apabila sudah sah bergelar isterinya. Ini, jangan katakan mahu menyentuh tangannya, mahu memandang raut wajah dukanya pun Muaz tidak sudi. Di manakah kebahagiaan yang selalu dia doakan untuk dirinya selama ini? Adakah dia tidak layak untuk mengecapi manisnya hidup sebagai seorang isteri? Mia melayani perasaannya sendiri tatkala Muaz sedang lena

40

Nieya Jalies

beralaskan tilam yang empuk. Sedangkan dia hanya terbaring di atas sofa seperti beralaskan duri-duri yang mencengkam dirinya. Teramat sakit! Adakah adik-beradik Muaz yang lain juga tidak dapat menerima dirinya sepertimana Muaz bencikan dia? Tetapi Muaz ada mengatakan adik dan kakaknya sering memuji dirinya. Itu bererti mereka dapat menerima dirinya. Mia cuba memujuk diri yang sedang merana lagi berduka. Sekurang-kurangnya Mia tidak akan berasa sunyi apabila tinggal di rumah Dato Masyhur nanti. Mia masih belum berkesempatan untuk mengenali keluarga Muaz dengan lebih dekat. Apa yang diketahuinya, Muaz mempunyai seorang anak saudara yang dipanggil Aisyah. Aisyah begitu manja dengan Muaz. Jelas kelihatan kemesraan mereka ketika majlis berlangsung siang tadi. Mia juga hanya sempat bertanya khabar dengan Myra dan juga Maisara. Tetapi jika seisi rumah tidak menyukai kehadiran dia, bagaimana caranya dia mahu berhadapan dengan mereka semua? Insan kerdil dan tidak punya apa-apa. Hanya mengharapkan secebis kasih sayang daripada insan lain. Tidak dinafikan sebelum Muaz melafazkan ijab dan kabul antara mereka, Mia sudah memasang impian untuk membina sebuah keluarga bahagia bersama Muaz sekalipun dia tidak mengenali secara dekat siapa Muaz Hasbi yang sebenarnya. Dia tetap menanam impian untuk belajar mencintai dan dicintai oleh suami sendiri. Kini, impian itu telah musnah seperti pasir pantai yang roboh dipukul ombak. Jika diberi kesempatan, dia akan berusaha untuk lebih rapat dengan keluarga Muaz. Nampak gayanya mereka tidak sombong walaupun berkedudukan lebih tinggi berbanding keluarganya. Cuma Muaz yang agak berbeza. Berlagak, sombong, bongkak. Ingin sahaja Mia luahkan

41

Segalanya Mungkin

kepada Muaz ketika ini. Biar dia sedar yang diri Mia bukanlah patung untuk diperlakukan dengan sesuka hati. Muaz bercakap umpama dia sudah tahu nasibnya pada masa akan datang. Mia dijadikan sandaran untuk mendapatkan kemewahan. Memang dasar anak orang berada. Langsung tidak mahu berusaha sendiri. Mia tidak henti-henti berfikir perkara yang kurang enak tentang Muaz, suaminya sendiri. Biarlah Mia dikatakan perempuan yang tidak bersyukur. Muaz lebih teruk daripada Mia. Mia sedikit pun tidak terniat mahu kurang ajar dengannya. Tetapi Muaz terlebih dahulu yang menunjukkan sikap negatif kepadanya. Dia fikir aku ni sampah agaknya. Tidak punya nilai. Helo Encik Muaz Hasbi, kalau aku tak kahwin dengan kau masih ada lelaki lain yang sudi dengan aku tau. Tak apa la, walaupun aku tidak mendapat pahala sebagai seorang isteri, sekurang-kurangnya aku taat pada perintah baba aku. Dan kau lebih teruk daripada aku sebab menerima cadangan papa kau dengan niat untuk terus diulit kemewahan, marah Mia dalam hati. Mia menjeling tajam Muaz yang sedang memeluk bantal panjang itu. Enak sekali! Akhirnya Mia tertidur setelah letih melayani perasaannya sendiri. Kecewa, hampa, sedih, duka dan marah!

42

Nieya Jalies

Bab 6
IA tersedar daripada lena apabila terasa badannya teramat sakit. Seumur hidupnya tidak pernah dia tidur di atas sofa. Betapa lenguh urat dan sendinya dirasakan ketika ini. Ewah, ewah! Sedapnya dia berguling atas katil tu sorang-sorang ya. Helo Encik Muaz, tu katil aku tau! Bentak Mia dalam hati apabila melihat Muaz seenaknya berbaring di situ. Tak sedar diri langsung. Sudahlah tidak gentle. Lelaki yang kurang sikap prihatinnya sehingga sanggup membiarkan isteri sendiri tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Tetapi dia sebaliknya. Argh!!!! Tanpa berlengah, Mia terus bangun untuk menunaikan solat subuh memandangkan jam sudah menunjukkan pukul enam lima belas minit pagi. Selesai menunaikan rukun Islam yang kedua itu, Mia berpaling kepada Muaz yang masih lena diulit mimpi. Mia buntu. Dia tidak pasti sama ada ingin membiarkan Muaz terus tidur atau mengejutkannya.

43

Segalanya Mungkin

Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai saudara seagama, Mia memberanikan diri untuk mengejutkan Muaz dari lenanya. Adoi kalau dia marah aku karang macam mana? Lantak la. Buat muka berani sudah. Mia cuba memujuk hatinya yang agak gentar untuk mengejutkan Muaz. Encik Muaz Encik Muaz! Bangun dah subuh ni, panggil Mia dengan nada yang lembut. Alahai, pasal apa tak ada respons ni? Hati Mia menggumam sendiri apabila melihat Muaz langsung tidak bergerak. Tidur mati betul mamat ni. Aku nak pegang dekat mana ni? Mia gusar apabila memikirkan tiada cara lain kecuali menggoncang sedikit tubuh Muaz. Mengapalah susah sangat nak kejutkan kau ni? Dah tua bangka tapi masih berperangai macam budak-budak. Sempat lagi dia mengutuk Muaz dalam hatinya. Mia memberanikan diri menyentuh kaki Muaz. Mia masih ingat pesan arwah ibunya. Kalau ingin mengejutkan seseorang dari lenanya, peganglah pada bahagian kaki supaya seseorang itu tidak tersentak. Tetapi cara ibu mengejutkan Mia dari lenanya agak berbeza. Ibu akan mencium dahi Mia terlebih dahulu. Dengan cara itu, Mia akan tersedar dengan sendiri kerana hanya ibu yang menggunakan cara itu. Mia rindu ibu! Takkan la dengan mamat ni aku nak buat macam tu? Tak pasal-pasal aku dituduhnya ingin mengambil kesempatan. Lagipun, aku tak ingin la! Geli! Encik Muaz, bangun la. Nanti terlepas pulak subuh. Mia menggoncang sedikit kaki Muaz. Aaa apa ni kacau orang pagi-pagi ni hah? Dah

44

Nieya Jalies

tak ada kerja ke? bentak Muaz apabila lenanya diganggu. Terlupa agaknya dia sedang berada di rumah siapa ketika ini. Mia terus mengalihkan tangannya daripada Muaz. Aku dah agak dah. Mesti aku yang kena marah. Niat aku cuma nak kejutkan kau la! Desis hati Mia. Mia rasa ingin menangis apabila dimarahi sebegitu. Lantak kau la! Aku dah kejutkan tapi kau degil. Dosa kau, kau yang tanggung. Bukan aku. Mia bertambah geram dengan perlakuan Muaz.

SELAMAT pagi baba. Amboi, pagi-pagi dah termenung ya? tegur Mia lalu menghulurkan tangan untuk menyalam tangan Encik Saufi seperti yang selalu dilakukannya sebelum memulakan hari baharu. Baba tengah bayangkan betapa ramainya cucucucu baba nanti. Mesti meriah, kan? Encik Saufi menjeling Mia, mengusik pengantin baru. Agaknya sudah menjadi adat bagi setiap pengantin baru dijadikan bahan gurauan pada setiap pagi seperti ini. Huh. Cucu? Ramai? Ingin terkeluar biji mata Mia apabila mendengar angan-angan Encik Saufi itu. Dia sendiri tidak pernah berangan mahu memiliki anak seramai itu. Tambahan pula setelah apa yang terjadi malam tadi. Kesian baba. Tapi Mia tak dapat berikan semua itu. Mustahil baba. Tiba-tiba Mia terasa ingin menangis apabila memikirkan nasibnya pada masa akan datang. Berpeluangkah dia mempunyai zuriatnya sendiri? Sudikah Muaz?

45

Segalanya Mungkin

Eh, baba jom la kita sarapan. Tadi Mia tolong mak su buatkan nasi goreng untuk sarapan kita pagi ni. Mia cuba mengalihkan perhatian Encik Saufi daripada meneruskan perbualan yang diutarakan sebentar tadi. Sensitif! Pandai Mia nak mengelak ya? Baba bergurau aje. Seorang pun dah cukup untuk baba. Encik Saufi tergelak sendiri dengan kenyataannya itu. Insya-Allah, baba. Mia cuba menyedapkan hati Encik Saufi. Tidak dilayan langsung, nanti merajuk pula orang tua ni. Eh, mana Muaz? Kita tunggu dia sekali. Bila lagi nak sarapan sama-sama. Tanya Encik Saufi akan menantunya itu. Takkanlah mereka mahu membiarkan ahli keluarga baru itu bersarapan sendirian. Baba tunggu dekat meja makan. Biar Mia panggil Muaz. Laju sahaja Mia beredar ke bilik untuk memanggil Muaz sarapan bersama. Sekali lagi perasaan gementar dan menyampah datang bertandang dalam dirinya.

DAH bangun ke belum tuan besar ni? Ikutkan hati aku, tak payah panggil pun tak apa. Pandai-pandai la cari sendiri kalau dia lapar. Mia mengomel dalam hati. Sebaik sahaja Mia memulas tombol pintu bilik, kedengaran seseorang berada di dalam bilik air. Itu menandakan Muaz sudah bangun dan sedang membersihkan diri. Entah sudah menunaikan solat subuh ataupun belum.

46

Nieya Jalies

Ya ampun dia pakai tuala aje? Mia kaget apabila melihat Muaz yang keluar dari bilik air dengan mengenakan tuala sahaja. Errr errr baba panggil turun. Sarapan. Terketar-ketar Mia berbicara dengan Muaz. Tambahan pula Muaz hanya membuat muka seposennya. Selamba badak betul mamat ni! Pasal apa kau tak kejutkan aku pagi tadi? Kau saja nak malukan aku depan keluarga kau, kan? tanya Muaz dengan agak kasar. Dia geram apabila mengingatkan kejadian sebentar tadi. Apabila terjaga daripada tidur, fikirnya masih awal. Tetapi melihat jam dinding yang tergantung di hadapannya sudah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Apa lagi, kelam-kabut dia berlari ke bilik air. Saya dah kejutkan awak, eh Encik Muaz. Tapi Encik Muaz tak bangun pun. Mia membela dirinya apabila dituduh sebegitu rupa. Kenapa aku juga yang dipersalahkan? Kau yang tidur mati, kau salahkan aku. Sekeh karang! Hati Mia menggumam geram. Pandai la kau mengelak ya? Kalau kau kejutkan kenapa aku tak dengar? Aku tak pekak lagi. Muaz terus mempertahankan dirinya. Kau memang pekak! Bukan aje pekak tapi plus bongkak. Memang lengkap la hidup engkau. Bentak Mia dalam hati. Sudah, tak payah buat muka seposen kau tu. Aku tak kesian pun, bicara Muaz apabila melihat wajah Mia yang sedikit berubah setelah disergahnya.

47

Segalanya Mungkin

Muka aku yang cun ni dia bandingkan dengan nilai sepuluh sen? Muka kau tu sama dengan kosong point kosong satu sen tau. Mia melawan. Tetapi hanya dalam hati. Tak apa la. Saya keluar dulu. Kami tunggu Encik Muaz dekat meja makan, balas Mia bernada lembut. Dia ingin cepat-cepat keluar dari bilik daripada bertekak dengan suaminya awal pagi hari. Huh sikap Muaz yang sangat menjengkelkan telah merosakkan harinya. Bagaimanalah dia mahu berhadapan dengan sikap lelaki ini untuk hari-hari yang mendatang? Argh. Siapa bagi kebenaran kau keluar? Tunggu aku siap. Kita turun sama-sama, arah Muaz dengan egonya. Mengada-ada nak suruh orang tunggu dia. Bersiap dah la macam kura-kura. Geramnya! Mia menyampah apabila diarah-arah seperti anak kecil. Kau ingat! Depan family, kita kena berlakon umpama kita pasangan yang bahagia. Faham? tanya Muaz inginkan persetujuan sambil bersiap. Dia tidak mahu Mia terlepas laku pula nanti. Tidak pasal-pasal hari pertama bergelar suami isteri bakal dirosakkan oleh Mia. Faham, sahut Mia, perlahan. Malas Mia mahu memanjangkan cerita. Itu kata Muaz itu jugalah yang harus diikut. Jika tidak Muaz akan terus memekik di tepi telinganya. Tak sanggup nak dengar! Okey. Dah jom keluar! Ajak Muaz lalu beredar ke muka pintu untuk keluar diikuti oleh Mia.

48

Nieya Jalies

KETIKA hampir tiba ke ruangan dapur, Muaz memaut pinggang Mia rapat ke arahnya. Kurang asam punya Muaz. Kalau nak berlakon sekalipun tak payah la mengada-ada sangat. Eee... benci la. Mia geram dengan tindakan Muaz itu. Berlakon aje, bisik Muaz di telinga Mia. Amboi, amboi! Pengantin baru ni, bukan main mesra lagi ya. Sudah-sudah la tu. Mari makan, usik mak su apabila melihat Muaz dan Mia mesra sekali. Sudah Mia jangkakan suasana ini. Biar la. Dah nama pun pengantin baru. Fahamfaham ajelah Siti oi. Kita dulu pun macam tu juga, kan? Pak Su Hashim mengusik isterinya. Faham benar dengan mood orang yang baru berkahwin ini. Mak su sekeluarga masih berada di rumah Encik Saufi memandangkan Pak Su Hashim masih bercuti sempena meraikan majlis perkahwinan Muaz dan Mia. Pak Su Hashim merupakan adik bongsu Encik Saufi. Jadi, mereka lebih rapat memandangkan Encik Saufi hanya mempunyai tiga adik-beradik. Mak Cik Sofea merupakan adik Encik Saufi yang kedua. Tetapi beliau sudah pulang ke rumahnya kerana Pak Cik Azhar harus bekerja. Berseri-seri muka pengantin baru ni ya. Mari Muaz, duduk. Kita sarapan sama-sama, ajak Encik Saufi apabila melihat Muaz tersipu-sipu di samping Mia. Mungkin masih cuba membiasakan diri dengan keadaan rumah mereka. Eee dia yang gatal dengan aku, aku jugak yang dapat malu. Mia menjeling Muaz yang masih erat memeluk pinggangnya. Maaf baba, pak su. Terlewat sikit. Muaz terus

49

Segalanya Mungkin

berjabat tangan dengan Encik Saufi dan juga Pak Su Hashim. Dia membiarkan Mia ke dapur untuk menolong Mak Su Siti. Nasib baik mereka tak nampak rambut aku yang basah. Kalau tidak, mesti jadi bahan lagi. Mia melayan dirinya sendiri memandangkan Muaz dan yang lain-lain sedang sibuk bersembang. Tapi rambut aku basah bukan sebab tuttt tapi aku memang dah biasa basuh rambut tiap-tiap hari. Baru segar. Mia terus bersoal jawab sendirian. Mia mari la sini cepat. Apa yang dimenungkan lagi tu? panggil Encik Saufi apabila melihat Mia hanya membisu dari tadi. Mari duduk sini sayang, suruh Muaz dengan lembut sekali. Dia buat dah. Aku rasa nak pelangkung aje mamat ni. Mengada-ada betul. Jangan la over sangat. Mia meluat melihat kelakuan Muaz yang berlebih-lebihan itu. Pelakon terhebat alaf ini! Ehem! Cik adik Mia, cik abang Muaz dah panggil tu. Dia boleh termenung lagi? sakat Mak Su Siti pula. Ya Mia dengar. Lalu Mia mengambil tempat di sebelah Muaz. Mak su, adik dengan along mana? Tak bangun lagi ke? soal Mia apabila melihat hanya mereka berlima di situ. Dia orang tu tidur lagi. Maklum la semalam dah berperang habis-habisan. Mak Su Siti tersenyum apabila teringatkan anaknya yang berdua itu. Ashraf Iskandar dan Alia Imani. Permata hati mereka suami isteri. Berperang? soal Muaz yang agak keliru dengan bahasa yang digunakan oleh Mak Su Siti itu.

50

Nieya Jalies

Berperang tu maksudnya main la Muaz. Kan semalam ramai tetamu yang hadir. Dia orang suka sangat la macam tu, terang Pak Su Hashim. Ooo saya ingat apa la tadi, kata Muaz, tersipusipu. Nanti kamu berdua ada anak, kamu faham la. Encik Saufi menyampuk bagi memeriahkan lagi suasana pagi itu. Tersedak Mia apabila mendengar ayat babanya itu. Muaz terus mengusap belakang tubuh Mia apabila Mia terbatuk-batuk. Alah, kenapa semua orang pakat nak kenakan aku ni? Yang Si Muaz ni pun, gatal sangat pulak. Geli la aku! Rasa mahu sahaja Mia menepis tangan Muaz. Tetapi apabila memikirkan babanya dan yang lain-lain berada di situ, Mia membatalkan hasratnya. Kenapa dengan sayang ni? Baba bergurau aje la. Lagipun kalau kita ada anak-anak nanti macam tu la jugak. Muaz menambahkan kekalutan yang ada di hati Mia. Kurang asam jawa betul la Muaz ni. Bukan nak selamatkan keadaan, mengeruhkan lagi ada la. Ha, dengar tu Mia. Nampak gayanya Muaz dah ready nak bagi baba kamu cucu yang ramai. Bersiaplah along ya? Mak Su Siti menggamatkan keadaan sambil merenung Encik Saufi penuh makna. Tidak sia-sia abang iparnya itu menjodohkan Mia dengan anak kenalannya. Nampak gayanya pasangan itu sedang berbahagia. Syukur alhamdulillah. Sudahnya, Mia hanya mendengar dan buat-buat selesa dengan usikan babanya, Pak Su Hashim dan juga Mak Su Siti.

51

Segalanya Mungkin

Baba, Muaz ingat esok dah nak balik KL sebab Muaz tak dapat cuti lama-lama. Sekarang ni syarikat papa tengah sibuk dengan pelbagai projek. Muaz tak sampai hati nak tinggalkan macam tu aje, bicara Muaz. Sedari dalam bilik tadi Muaz sudah mereka-reka ayat yang paling sesuai digunakan untuk bapa mentuanya. Dia mahu segera pulang ke Kuala Lumpur. Tak sanggup berlama-lama di sini. Rimas dan lemas! Tak apa la. Dah tanggungjawab kamu. Baba faham. Mia macam mana? soal Encik Saufi kepada Muaz memandangkan Mia sudah menjadi isteri Muaz. Mia saya bawa sekali la. Takkan saya nak tinggal isteri saya ni. Tak lena la tidur saya. Muaz menyakat Mia yang terdiam dari tadi. Seronok apabila dia seorang sahaja yang tahu bahawa Mia sedang menanggung rasa sakit hati terhadapnya. Memang itu niat Muaz. Lantak kau la Muaz. Tak kuasa aku nak layan. Nak tak nak aku tetap kena ikut kau juga. Hati Mia memujuk dirinya sendiri apabila memikirkan dia akan berpisah dengan babanya selepas ini. Ingatkan dia masih berpeluang berlamalama di Melaka. Nak buat macam mana, Muaz sudah merancang segala-galanya. Bagus la tu Muaz. Dah jadi suami isteri ni pandaipandai la berdikari, nasihat Encik Saufi. Hatinya juga terasa sayu apabila memikirkan Mia akan jarang-jarang pulang ke rumahnya selepas ini. Mia ikut abang ya sayang? tanya Muaz kepada Mia dengan suara yang sangat romantik. Romantik habis! Mia ikut aje. Balas Mia dengan perlahan. Encik Saufi tersenyum bahagia apabila melihat Muaz melayan Mia dengan baik sekali. Nampak gayanya ada

52

Nieya Jalies

peluang aku nak dapat cucu cepat ni. Encik Saufi terus dengan angan-angannya.

SEHARIAN itu Muaz banyak menghabiskan masa berbual dengan Encik Saufi dan juga Pak Su Hashim. Mia dan Mak Su Siti pula masih sibuk mengemas di dapur. Ashraf Iskandar dan Alia Imani leka menonton kartun Tom and Jerry yang sangat mereka minati. Tambahan pula mereka sudah puas berkejaran semalam. Kak Mia, mari la tengok kartun dengan adik, ajak Alia Imani yang baru berusia empat tahun. Dia memang manja dengan Mia sejak kecil hinggalah sekarang. Kak Mia sibuk la sayang. Kejap ek, sikit aje lagi, kata Mia dengan mesra. Mia memang suka memanjakan sepupu-sepupunya itu. Sementelah dia tidak mempunyai adik-beradik yang lain. Apa salahnya mencurahkan kasih sayang kepada yang sudi menerima. Muaz hanya memerhati dari jauh kelakuan Mia itu. Sungguh lembut setiap tindakannya, bisik Muaz secara tiba-tiba. Okey sayang-sayang akak kita boleh tengok kartun sama-sama! Jerit Mia kepada kedua-dua sepupunya. Ashraf Iskandar dan Alia Imani terus menerpa ke arah Mia. Mereka berebut untuk duduk di atas riba Mia. Akhirnya ketiga-tiga mereka selesa dengan kedudukan masing-masing sambil bergelak ketawa menonton kartun.

53

Segalanya Mungkin

Minah ni layan kartun jugak. Budak-budak tu pun bukan main manja dengan dia. Macam mana la anak sendiri nanti? Opsss Muaz telah berfikir di luar batasan. Matanya terus memerhati tindakan si isteri. Tetapi dia sentiasa memastikan bahawa Mia tidak perasan dengan kelakuannya itu. Nanti lain pula tanggapan Mia kepadanya. Tidak!

54

Nieya Jalies

Bab 7
pulang ke Kuala Lumpur.

AGA Mia baik-baik ya Muaz, pinta Encik Saufi ketika Mia dan Muaz ingin berangkat

Baik baba. Saya akan jaga Mia macam saya jaga nyawa saya sendiri. Muaz menjeling ke arah Mia. Masih terngiang-ngiang perbualan Muaz dan babanya sebentar tadi. Apa yang kau angankan tu? Dah berangan nak jadi madam besar dekat rumah aku ke? tegur Muaz apabila melihat Mia yang termenung jauh memandang ke arah luar tingkap kereta. Mia tersentak. Kenapa Encik Muaz tak habis-habis nak bersangka buruk dengan saya? Apa salah saya pada Encik Muaz? soal Mia, memberanikan dirinya. Tetapi pandangan Mia tetap diarahkan ke luar. Muaz semakin mencabar kesabarannya. Ewah, ewah dah pandai bersuara ek? Masa dekat rumah kau bukan main diam lagi. Dah macam orang bisu

55

Segalanya Mungkin

aku tengok, balas Muaz apabila merasakan Mia cuba mencabar egonya. Baru ditanya sikit sudah menjawab sebegitu rupa. Kau tanya apa salah kau pada aku? Nampak sangat kau ni tak sedar diri. Muaz terus-terusan menghentam Mia. Pada aku, perempuan semuanya sama. Pantang tengok lelaki ada harta, ada rupa, ada pangkat mula la mengatur strategi. Bebel Muaz sendirian. Bersangka buruk adalah tabiat terbaru Muaz. Dan yang menjadi mangsa sangkaan buruknya itu ialah Mia. Strategi? Kenapa la sampai macam tu dia tuduh aku? Selama ni aku ikhlas dengan semua ni. Ikhlas terima dia. Mia cuba membela dirinya. Tetapi kalau diterangkan kepada Muaz pun, memang lelaki itu tidak mahu mendengarnya. Dasar lelaki egois!

LIZA, you tak boleh buat I macam ni tau. Sampai hati you. Okey, tak apa. I maafkan segala kesilapan you terhadap I selama ni. Kita lupakan semuanya ya? Muaz cuba merayu kepada Liza walaupun ternyata semua itu adalah salah Liza. I tak nak ada husband yang kuat mengongkong macam you ni. Itu tak boleh, ini tak boleh. Liza cuba mempertahankan pendiriannya. Sayang, I bukan sengaja nak halang you buat semua ni. Tapi, tak lama lagi kan kita nak kahwin. Takkan you nak teruskan dengan kehidupan yang macam ni? Muaz cuba berlembut dengan Liza. Lagipun apa kata family I nanti. Tentu mereka

56

Nieya Jalies

kecewa kalau mereka tahu bakal menantu mereka ni hidup bebas sangat macam ni, rayu Muaz lagi. Balik-balik family you. Perasaan dia orang aje yang you fikir. I ni macam mana? soal Liza yang tidak puas hati. And for your information Encik Muaz Hasbi, mummy dengan daddy tak pernah halang I buat apa pun. Pasal apa you nak lebih-lebih pulak? Liza mempertikaikan tindakan Muaz itu. You, kan dah janji dulu. Lepas kita bertunang you nak berubah. You dah tak nak buat semua benda ni. Muaz cuba mengingatkan Liza akan janjinya dahulu. Disebabkan ibu bapanya tidak kisahlah, Liza semakin liar sekarang ini. Kalau dia yang menegur pun belum tentu Liza akan mendengar kata-katanya. Helo you pun tahu, kan I ni macam mana orangnya. Lagipun I tak hairan la dengan gelaran tunang pada you. Liza berlagak angkuh. Padahal dia yang terkejarkejarkan Muaz suatu ketika dahulu. I boleh dapat yang lagi hebat daripada you, tau. Kalau setakat macam you, bersepah dah I jumpa. Begitu ego sekali Liza mengungkapkan kata-katanya. Eh, dulu you yang terhegeh-hegeh sangat nak dekat I, kan? perli Muaz. Memang dia mahu mengungkit. Biar Liza terasa dengan kata-katanya. Masih jelas di ingatannya bagaimana Liza merayu supaya kembali menerima dirinya setelah ditinggalkan oleh Muaz. Masa tu I terdesak la, sayang. I dah tak ada tempat bergantung. Begitu hina sekali Muaz di mata Liza. Bagi dirinya,

57

Segalanya Mungkin

Muaz hanya berguna kepadanya ketika dia berada dalam kesusahan sahaja. Kurang ajar you, Liza. I sanggup berhabis untuk you selama ni. Apa aje yang you minta, semua I tunaikan. Apa lagi yang tak cukup? Muaz cuba meminta penjelasan daripada Liza. Begitu mudah Liza memperlekehkan dirinya. Ha ha ha you tu yang bodoh sangat. Ya, memang cukup dengan apa yang you dah bagi I selama ni. Tapi I jemu la dengan you. Baik sangat. Bagi dirinya yang memang sudah biasa hidup dalam keadaan bebas, Muaz adalah lelaki yang paling baik pernah dikenalinya. Walaupun kita pernah buat segala-galanya bersama, you anggap ajelah benda-benda tu semua tak pernah terjadi ya? You memang kejam, Liza. Apa I nak jawab dengan parents I? Majlis kita dah tak lama lagi nak berlangsung, tau. Ingin sahaja Muaz menangis ketika itu. Menangis apabila melihat mamanya bakal kecewa dengan tindakannya ini. Begitu payah untuk mendapat persetujuan mama bagi mengikat tali pertunangan dengan Liza dahulu. Kini, dia tidak sanggup menghancurkan semuanya. Memang pada mulanya semua ahli keluarga Muaz tidak dapat menerima Liza dalam keluarga mereka. Siapa yang tidak kenal dengan sikap liar Liza. Tetapi setelah Muaz berjaya meyakinkan ahli keluarganya bahawa dia mampu mengubah wanita itu suatu hari nanti, mereka bersetuju akhirnya. Alah, susah-susah sangat you kutip la mana-mana perempuan kat tepi jalan, you ajak dia kahwin dengan you.

58

Nieya Jalies

Okey sayang? Liza cuba menyentuh pipi Muaz, tetapi ditepis kasar. I tak sangka you sekejam ini. I takkan lupa setiap perbuatan you. You tunggulah akibatnya nanti. Muaz begitu marah ketika itu. Okey, okey. You katalah apa pun. Takkan dapat mengubah apa-apa pun baby. Liza semakin galak tersenyum. Dia langsung tidak kisah jika berpisah dengan Muaz. Maklumlah, dia sudah dapat ikan yang lebih besar. Apa nak dihairankan. Okeylah, I dah lambat ni. Buang masa aje layan you. Sebelum terlupa, ambil balik cincin you ni. I ada cincin yang lagi mahal. Liza terus mencampakkan cincin pertunangan mereka. Ops! Lagi satu, kalau you dah boring dengan isteri you nanti, you call aje I ya? Sekali-sekala apa salahnya. Liza mengenyitkan matanya kepada Muaz dan terus berlalu. Jijik sekali tingkah wanita ini. Sejak peristiwa itu, kehidupan Muaz terus berubah. Liza yang dikenalinya sejak menuntut di United Kingdom, jauh terpesong dari jalan yang lurus. Walaupun kehidupan mereka ketika di luar negara ibarat sepasang suami isteri, Muaz hanya setia kepada Liza seorang. Muaz sangat menyayangi Liza kerana disangkanya cuma Liza yang sangat memahami dan menyayangi dirinya. Sebaik sahaja pulang ke tanah air, sikap Liza nyata berubah. Tidak cukup dengan Muaz, lelaki-lelaki lain yang mempunyai segala-galanya turut menjadi mangsa. Walaupun sikap Liza sebegitu, Muaz tetap memaafkannya. Bagi Muaz, Liza adalah segala-gala baginya. Muaz mengambil tindakan mengukuhkan

59

Segalanya Mungkin

hubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan. Fikirnya mungkin Liza akan berubah selepas itu. Tetapi sikap Liza semakin parah. Pernah sekali Muaz terserempak dengan Liza dan seorang Dato sedang bercumbuan di dalam kereta. Selepas mendapat penjelasan daripada Liza, Muaz terus melupakan segala perbuatan jijik Liza itu. Tetapi tidak disangka, setelah majlis pernikahan mereka hampir tiba, Liza ingin membatalkan perancangan yang telah diatur itu. Begitu kejam tindakan Liza terhadapnya. Ternyatalah selama ini Liza hanya mempermain-mainkan hati dan perasaannya. Paling memeritkan bagi Muaz, akibat pembatalan majlis itu, mama Muaz telah pergi buat selama-lamanya. Datin Halimah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Liza yang telah dianggap seperti anaknya sendiri sanggup memalukan seluruh keluarga Dato Masyhur. Masih terngiang-ngiang di telinga Muaz akan pesan mamanya itu di saat-saat akhir nyawa bercerai daripada badan. Carilah isteri yang baik luar dan dalamnya. Begitu sakit hatinya apabila mengenangkan kembali peristiwa itu. Semenjak dari itu, Muaz telah menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita. Baginya, semua wanita adalah sama. Menyusahkan sahaja. Amat malang bagi Nur Mia kerana dia dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan dan dendam Muaz. Muaz tidak dapat menerima mana-mana wanita dalam hidupnya selain mama, kakak dan adiknya. Tidak lupa juga kepada anak buah kesayangannya, Aisyah Humaira.

60

Nieya Jalies

KITA dah sampai. Tak payah buat muka terkejut. Baru tahu ke yang kau dapat kahwin dengan anak orang kaya? sindir Muaz apabila melihat Mia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lantak kau la Muaz. Tak habis-habis dengan sangkaan buruk kau tu. Aku nafikan pun, kau tetap kata ya jugak. Malas Mia mahu melayan kerenah Muaz. Dah, jom turun. Ingat kawal apa yang patut dikawal. Jangan tersasul panggil aku Encik Muaz pulak. Habis kantoi nanti, bebel Muaz. Macam guru tadika sahaja lagaknya. Rimas Mia dibuatnya. Macam la aku ni budak kecil, bantah Mia dalam hati tetapi tetap mengangguk tanda faham. Rela dalam terpaksa. Dah sampai pun pengantin baru kita. Amboi, berseri-seri ya, sapa Dato Masyhur apabila melihat Mia dan Muaz melangkah ke banglo mewahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa. Kak long, adik mari sini. Orang yang kita tunggu-tunggu dah sampai, panggil Dato Masyhur. Apa khabar papa? Mia beramah mesra dengan bapa mentuanya. Sihat, alhamdulillah. Kamu berdua macam mana? tanya Dato Masyhur sambil menyalam tangan anak dan menantunya itu. Sihat-sihat aje papa, jawab Muaz sambil menjeling ke arah Mia. Mana tak sihatnya, dah ada orang jaga ya angah? sampuk Myra Hasni, mengusik satu-satu adik lelakinya. Mia terus menyalam tangan Myra Hasni. Mia juga agak terkejut apabila Myra Hasni terus memeluknya dengan

61

Segalanya Mungkin

erat. Begitu mesra sekali. Mereka dapat menerima aku seikhlas hati. Tapi Muaz. Dipandang sekilas ke arah suaminya, Muaz. Mana kakak ipar Sara yang comel tu? Tak aci la yang lain jumpa dulu, rengek Maisara Hani yang begitu manja dengan yang lain memandangkan dia anak yang bongsu. Walaupun usianya telah menjangkau dua puluh tahun, sikap keanak-anakan itu masih ada. Tetapi dia seorang anak yang mendengar kata. Lalu Maisara Hani terus memeluk Mia. Mia sangat diterimanya ini. terharu dengan sambutan yang

Amboi, amboi mentang-mentang dah dapat ahli baru, langsung lupa dekat angah ya? Merajuk la macam ni, ugut Muaz apabila yang lain asyik benar melayan Mia. Dirinya bagaikan tidak wujud pula. Angah nak merajuk ke, apa ke terpulang la, kan kak long? Maisara Hani terus mengusik angahnya itu. Haah. Kita orang tak kisah dah sebab dah ada orang baru. Myra Hasni terus mengusik adiknya itu. Mia hanya mendengar gelak ketawa mereka adikberadik. Kalau Mia nak tahu, Muaz ni manja orangnya. Tak boleh kacau sikit, mula la merajuk. Mentang-mentang dia dah ada geng, nak merajuk aje kerjanya, tambah Myra Hasni. Kak ngah kena banyak sabar dengan angah ni tau. Dia ni mengada-ada aje lebih. Maisara Hani terus menghasut kakak iparnya yang seorang itu.

62

Nieya Jalies

Mia hanya tersengih mendengar kata-kata Maisara Hani itu. Aku dah terlalu banyak bersabar walaupun baru beberapa hari kenal dengan Si Muaz ni. Rintih hati Mia. Sudah-sudah la tu kak long, adik. Kesian kat angah tu. Tengok muka dia dah macam jeruk masam rupanya. Dato Masyhur berjenaka. Papa, jeruk memang la masam. Tak apa la, semua orang buat angah macam ni. Sayang tak kesian dekat abang ya? Muaz menarik Mia supaya dekat dengannya. Lalu terus merangkul pinggang Mia. Dah mula dah gatal dia. Mia memandang Muaz. Mana ada, Mia dengar aje. Mia membela dirinya. Eleh, tengok papa. Orang dah ada isteri la katakan. Pandai nak mengadu pulak, usik Myra Hasni. Eh, biar la. Ni isteri angah. Orang lain jangan kacau ya. Sayang, kalau sayang join group dia orang yang suka mengusik ni, abang merajuk tiga hari tau? Muaz cuba mengugut Mia dengan aksi manjanya. Eee meluatnya tengok angah ni. Mengada-ada. Jangan dengar cakap angah tu kak ngah. Saja la nak menunjuk tu. Macam dia seorang aje yang ada isteri, kan kak long? Maisara Hani begitu geram melihat angahnya yang beraksi manja di samping kakak iparnya yang comel itu. Sudah-sudahlah tu. Dah merah muka Kak Mia tu korang usik macam tu. Bagi la Kak Mia tu rehat dulu. Petang-petang sikit korang sambung berborak, nasihat Dato Masyhur apabila melihat wajah merah menantunya itu. Entah, kesian dekat sayang abang ni. Tak bagi chance langsung kita nak rehat, kan? Muaz melentokkan kepalanya di bahu Mia.

63

Segalanya Mungkin

Pergi la jauh-jauh Muaz. Rimas aku. Mahu ditepis sahaja kepala Muaz itu. Anak kak long mana? tanya Mia bagi melindungi perasaan geramnya ketika itu. Haah la, mana baby girl angah ni? Tak nampak pun. Nasib baik sayang tanya. Muaz menyampuk. Ewah, ewah tu anak kak long tau. Tak malu mengaku itu anak dia. Nak anak, minta dekat Mia. Kan Mia? usik Myra Hasni tanpa jemu. Aku jugak yang kena! Mia bengang. Kita nak honeymoon puas-puas dulu, kan sayang? Nanti ada baby, susah sikit la nak manja-manja dengan sayang Muaz ni. Bertambah-tambah meluat Mia dengan kelakuan Muaz. Tambahan pula tangan kirinya galak memeluk pinggang Mia. Mia hanya mampu tersenyum. Aisyah ikut abah dia pergi kedai. Tadi meragam nak gula-gula. Abah dia la yang jadi mangsa, jelas Myra Hasni. Terbayang Muaz akan wajah anak buah kesayangannya itu. Dia begitu memanjakan Aisyah. Tambahan pula Aisyah merupakan seorang kanak-kanak yang cergas. Alangkah bahagianya aku mempunyai anak seperti Aisyah. Jauh sudah fikiran Muaz melayang. Berangan apa tu Muaz? Tadi kata nak honeymoon puas-puas dulu. Tu mesti dah fikir nak anak perempuan ke anak lelaki dulu ya? Dato Masyhur menegur Muaz yang sedang termenung itu. Ke situ pulak papa ni. Dah la, Muaz nak bawa Mia rehat dulu. Kesian buah hati Muaz ni. Jom sayang kita masuk

64

Nieya Jalies

bilik, ajak Muaz lalu menghulurkan tangan kanannya kepada Mia. Pergi la. Kita orang tak ganggu dah. Maaf ya, kak ngah. Kami saja suka-suka usik angah ni, jelas Maisara Hani lalu mencucuk pinggang Muaz. Tak apa, kak ngah masuk rehat dulu ya? Nanti kita borak-borak lagi okey? janji Mia kepada semua. Lagipun, dia sudah malas untuk terus berlakon. Rasa terlalu hina. Dah sayang, jom! Lagi dilayan minah berdua ni, lagi gila jadinya. Muaz mencebik kepada Myra Hasni dan Maisara Hani. Lalu dia terus menarik Mia mengikutinya. Mia minta diri ya papa. Begitu sopan Mia meminta izin daripada bapa mentuanya. Baiklah nak. Pergilah naik. Balas Dato Masyhur.

LETIH aku berlakon macam ni. Kau suka sangat la ya? bentak Muaz apabila mereka telah masuk ke dalam bilik yang sangat luas dan cantik itu. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Marah Muaz apabila melihat Mia tidak mempedulikan kata-katanya. Saya dengar dan saya faham Encik Muaz. Boleh saya gunakan bilik air? Nak sembahyang asar dulu. Mia tidak betah berlama-lama di situ dan terus menghadap Muaz. Telinganya sudah mahu pekak mendengar bebelan Muaz tanpa henti. Setahunya, Muaz yang berlebih-lebih berlakon. Dia hanya menurut sahaja. Ikut salah, tak ikut lagi salah. Mia semakin buntu.

65

Segalanya Mungkin

Tanpa mempedulikan Muaz, Mia terus menunaikan ibadah wajib itu sendirian. Muaz pula hampir lena di atas katil.

PETANG itu, Mia berpeluang mendekati Aisyah yang pada mulanya nampak malu dengannya. Maklumlah, ahli keluarga baru. Tetapi tidak sampai setengah jam, dia sudah begitu manja di samping Mia. Tambahan pula Mia pandai melayannya. Mia memang amat sukakan kanak-kanak. Pantang jumpa di mana-mana pasti akan diagahnya. Aisyah juga amat manja dengan Muaz. Tidak lekang senyuman daripada bibirnya apabila diagah oleh pak ngahnya itu. Petang itu juga, Mia berkesempatan mengenali Myra Hasni dan Maisara Hani dengan lebih dekat. Mia sangat beruntung kerana dirinya amat disenangi oleh mereka berdua. Mia amat lega apabila Muaz tidak menghampiri dirinya. Papa, Muaz dan Abang Syukri, suami Myra Hasni leka melayan si kecil itu. Sekejap-sekejap berlari ke arah datuknya, sebentar kemudian ke sisi pak ngahnya. Begitu manja. Puas juga Mia mencium pipi si kecil itu tadi. Aisyah juga sangat comel dan amat sesuai dengan namanya, Aisyah Humaira. Hai sayang, buat apa tu? Entah dari mana munculnya Muaz, Mia sendiri tidak pasti. Apabila dirasakan tangan Muaz menyentuh pinggangnya, barulah Mia yakin Muaz berada bersama mereka.

66

Nieya Jalies

Myra Hasni dan Maisara Hani mencebik apabila melihat Muaz beraksi manja dengan Mia. Tetapi mereka hanya memerhati sahaja. Faham dengan suasana orang yang baru berkahwin. Saya tengah tolong kak long dan adik siapkan minum petang untuk kita, jawab Mia dengan ringkas. Rajinnya isteri abang ni, puji Muaz. Sudah la tu angah, rimas la adik tengok. Tak boleh ke bagi kak ngah ni bernafas sikit? soal Maisara Hani apabila melihat Muaz tidak mahu berenggang dengan Mia. Biar la. Isteri angah, ikut suka angah la. Betul tak kak long? Muaz meminta sokongan daripada Myra Hasni. Myra Hasni hanya mengangguk dan tersengih. Okey la, abang tak kacau dah. Abang ke depan dulu ya? Pamit Muaz. Tanpa Mia jangka, sebelum beredar Muaz sempat mencium pipi kanannya. Mia terpaku.

67

Segalanya Mungkin

Bab 8
ETELAH tiga hari menghabiskan masa di mahligai Dato Masyhur, Muaz menyuarakan hasrat untuk membawa Mia tinggal bersamanya memandangkan mereka sudah sah menjadi suami isteri. Kasihan baba kena tipu. Kononnya banyak kerja hendak dilakukan. Rupa-rupanya dia tidak sanggup berlamalama di kampung, rintih Mia dalam hati. Hina sangat aku dan baba di mata Muaz agaknya. Alah, angah apa salahnya tinggal sini dua tiga hari lagi. Tak puas lagi bergebang dengan kak ngah, rayu Maisara Hani yang sudah rapat dengan Mia. Biarlah dia orang tu. Lagipun mesti dia orang nak privacy. Dekat rumah kita ni, adik asyik kacau kak ngah aje, usik Dato Masyhur. Dia tiada halangan jika Muaz mahu tinggal berdua dengan Mia di rumah mereka sendiri. Lagipun Muaz sudah punya rumahnya sendiri. Apa salahnya dia memulakan kehidupan baharunya di rumah sendiri. Tetapi jika pasangan

68

Nieya Jalies

suami isteri itu mahu terus tinggal bersamanya, dia tiada halangan langsung. Meriah sedikit mahligainya. Betul tu papa. Adik tu tak boleh langsung tengok kak ngah dia sorang-sorang. Nak menempel aje. Angah ni pun tak berpeluang tau. Muaz buat-buat setuju dengan pendapat Dato Masyhur. Yelah, yelah. Bawa la kak ngah ni pergi mana pun. Tapi jangan lupa selalu-selalu bawa kak ngah balik sini ya? Maisara Hani membuat muka sedihnya. Bagi angah dengan kak ngah honeymoon puaspuas dulu okey? Baru angah bawa balik kak ngah ke sini. Muaz terus mengusik adik bongsunya itu. Sehari tidak mengusik memang tidak lengkaplah hidup mereka adik-beradik. Tak habis-habis menggatal la mamat ni. Benci betul! Bergetar hati Mia menahan marah. Gatal la angah ni, tuduh Maisara Hani apabila merasakan Muaz tidak habis-habis dengan gurauannya. Memang begini agaknya orang yang baru berumah tangga. Manis belakalah katakan. Totally right Maisara! Memang gatal sangat. Mahu sahaja Mia meluahkan kata-kata tersebut di hadapan mereka. Tetapi tidak terkeluar pula. Angah gatal dengan isteri angah yang seorang ni aje, bicara Muaz sambil mencuit hidung Mia. Mia cuba mengelak. Betul tu adik. Menggatal dengan isteri sendiri tak apa. Jangan menggatal dengan orang lain, sudah. Mia tibatiba bersuara. Maisara Hani dan Dato Masyhur hanya tersengih.

69

Segalanya Mungkin

Mia sendiri agak terkejut apabila terpandangkan Muaz yang sedang memandangnya dengan sinis. Apa yang kecoh sangat ni? Sampai ke atas dengar. Myra Hasni datang bersama Syukri sambil mengendong Aisyah. Mereka ingin keluar membeli keperluan si kecil. Mari sini dekat pak ngah. Muaz terus mengambil Aisyah Humaira dari dukungan Syukri. Tinggal la Aisyah dekat rumah. Biar kami jaga, cadang Muaz. Tak payah mengada-ada. Nanti anak along ke mana, awak dengan Mia entah ke mana. Syukri mengusik Mia dan Muaz. Dia sendiri tidak dapat berpisah dengan Aisyah Humaira sebenarnya. Maklum sajalah, bekerja sebagai penasihat guaman di Bank Negara kadangkala memerlukan dia bertugas hingga lewat malam. Jika punya masa yang terluang dengan anak dan isterinya, sudah pasti dia tidak akan melepaskan peluang itu. Betul tu. Nanti dia syok-syok dengan Mia, anak kita dibiarnya. Myra Hasni menambah sambil mencuit pinggang Mia. Tak baik kak long dengan along cakap macam tu. Kalau Aisyah dengan Abang Muaz, Mia pilih Aisyah. Mia pula bergurau membuatkan yang lain-lain tergelak besar. Ingat kau sorang aje pandai buat aku marah? Aku pun pandai la, desis hati Mia. Ooo pandai nak kenakan aku ya. Siap kau! Muaz mengerti apa yang dimaksudkan oleh Mia. Kalau macam tu, kak long bawa la Aisyah pergi. Nanti Mia tak nak layan angah pulak. Bermakna, tiada Aisyah

70

Nieya Jalies

sayang kena layan abang ajelah. Sebarang alasan tidak akan diterima, kata Muaz menambahkan marah Mia. Berjaya! Mampus aku! Alah, apa nak takut? Dia acah aje. Lagipun, dia mana ada hati dekat aku. Mia cuba menyedapkan hatinya lalu dia menjeling Muaz. Eh, korang tak payah la bergaduh disebabkan Aisyah ni. Dia tak ada kena-mengena ya. Syukri membela puterinya. Mari dekat mak ngah pulak. Mia mengambil Aisyah dari pegangan Muaz. Mia dengan tidak sengaja menggenggam tangan Muaz. Sangkanya badan si kecil itu. Alamak! Malunya. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan dekat dia. Lantak la, buat bodoh sudah. Mia terus mengagah si kecil itu dan mencium pipi Aisyah tanpa jemu. Lembutnya sentuhan dia. Muaz sedikit terpanar dengan sentuhan Mia sebentar tadi. Huh, nak ambil kesempatan la tu. Tuduh Muaz dalam hati. Aku dah agak dah, mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan dekat dia. Kurang ajar. Mia umpama dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Muaz ketika ini. Jom Aisyah sayang. Nanti orang ramai pulak. Myra Hasni terus mengambil Aisyah Humaira dari dukungan Mia. Betul siapa-siapa tak nak ikut kami ni? Mia? Muaz? tanya Syukri sekali lagi kepada semua. Adik nak sambung tengok cerita Korea semalam, jawab Maisara Hani. Dia memang tidak akan lekang dengan cerita-cerita Koreanya. Papa dah janji nak pergi main golf dengan Tan Sri Jailani sikit lagi. Dato Masyhur pula menambah.

71

Segalanya Mungkin

Angah nak sambung bermanja dengan sayang angah ni. Muaz dengan pantas merangkul bahu Mia dengan erat. Terus disambut dengan gelak tawa yang lain-lain. Maisara Hani sempat membaling bantal kecil ke muka Muaz. Dato Masyhur tersenyum bahagia. Gulp!!! Kurang asam, kurang gula, kurang ajar! Mia geram dengan sikap Muaz yang suka lepas cakap itu. Bye sayang. Ucap Mia kepada Aisyah Humaira yang bersedia untuk pergi.

MIA mengambil kesempatan menelefon Mira ketika Muaz berada di bilik bacaan. Helo Puan Nur Mia. Itulah ayat pertama yang keluar daripada bibir Mira. Assalamualaikum Mira. Mia mengingatkan Mira akan sikap gelojohnya apabila Mira terlupa memberi salam terlebih dahulu. Opsss... sorry Puan Mia. Saya Waalaikumussalam. Mira ketawa di hujung talian. terlupa.

Sekali lagi kau panggil aku puan, aku tak nak kawan dengan kau, ugut Mia. Amboi, amboi garang betul. Mentang-mentang dah ada suami hensem, kau berlagak dengan aku ya. Mira terus mengusik sahabatnya yang seorang itu.

72

Nieya Jalies

Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku. Aku rindu dekat kau tahu tak? Aku merajuk karang baru tahu, ugut Mia lagi. Kalau kau merajuk dah ada orang lain tolong pujukkan. Aku buat kau merajuk, suami kau pujuk. Bertambah senang kerja aku. Begitu galak Mira menyakat. Aku nangis la macam ni. Sakit hati Mia apabila Mira tidak mengendahkan ugutannya tadi. Okey la aku gurau ajelah. Ye la, dah lama tak usik kau macam ni. Tadi kau cakap apa? Rindu aku? Aku tak salah dengar ke ni? Mira masih mengusik. Ye la, kau tu yang lupa aku. Dulu selalu aje call aku. Sekarang ni tak ada pun. Mia bersuara sayu. Aku bukan tak nak call kau. Buatnya masa aku tengah call, kau tengah syok bermanja dengan Muaz. Mengamuk suami kau, aku ganggu korang. Mira menyuarakan isi hatinya. Sebenarnya dia teramat rindukan sahabatnya itu. Sebelum ini, segala-galanya dilakukan berdua. Tetapi sekarang. Pandai la kau bagi alasan ya? Mia merajuk. Ye la, ye la... salah aku la. Eh, kau apa cerita? Sihat? Suami kau yang gatal tu mana? Tak ada dengan kau ke? soal Mira bertalu-talu. Kau nikan gelojoh macam dulu juga, kan? Bukannya nak bagi aku jawab soalan kau tu satu-satu. Sabar aje la. Mia merungut. Sikap Mira tidak pernah berubah. Ye la, ye la... salah aku lagi. Sekarang jawab semua soalan aku tu, suruh Mira yang lebih kepada mengusik sahabatnya itu.

73

Segalanya Mungkin

Aku sihat aje. Cuma rindu dekat kau dengan baba, jawab Mia. Amboi, masih anak manja lagi ke? Aku ingatkan kau tak ingat dengan kawan kau yang seorang ni. Ye la, aku ni rupa tak ada. Tak hensem pun. Harta jangan cakap la. Second hand aje semua. Mira terus ketawa dengan senang hati. Dah mula la mengarut tu. Aku tetap ingat kat kau. Muaz tak ada dengan aku. Dia ada kat bilik bacaan, jawab Mia, malas. Ye ke tak ada? Silap-silap ada manja-manja kat sebelah kau tu. Saja nak cover ek? Mira bersangka yang bukan-bukan. Kalau dia ada dengan aku sekarang, tak ada maknanya aku telefon kau. Lebih baik aku layan dia. Ada juga faedahnya. Dapat pahala lagi. Layan kau buat apa, sakit hati aje, balas Mia yang geram dengan tuduhan Mira itu. Mampus aku kalau dia dengar aku cakap macam ni. Alamak, rasa macam nak terjun dari tingkat sepuluh aje. Menyesal Mia dengan kata-katanya tadi. Wa wa wa sampai hati kau. Mentang-mentang dah ada husband, berlagak dengan aku ek. Tapi betul jugak, kan? Kalau kau layan dia, ada chance aku nak dapat anak saudara cepat-cepat. Mira tidak melepaskan peluang untuk terus menyakat Mia. Mira panggil Mia, geram. Jika dilayan makin menjadi-jadi perangai Si Mira ni. Ye la aku salah lagi. He he he. Begitulah Mira. Tidak pernah berhenti berjenaka dengan Mia.

74

Nieya Jalies

Mira, nanti aku call lagi ya? Pamit Mia apabila dirasakan ada seseorang di luar pintu bilik. Dia risau seandainya Muaz mendengar perbualannya sebentar tadi. Ye la tu. Abang gatal dia kacau la tu. He he he okeylah. Nanti aku ada masa, aku call kau pulak ek. Jaga diri ya Mia. Aku sentiasa rindu kau. Kirim salam dekat husband kau. Sedikit sayu kedengaran nada suara Mira itu. Baik. Aku pun rindu kau sangat-sangat. Kau jangan lupakan aku ya? Kirim salam dekat mamat sebelah. Assalamualaikum. Sempat lagi Mia mengusik sebelum memutuskan talian.

TERNYATA benar sangkaan Mia. Muaz berada di luar bilik mereka. Alamak, dia dengar ke apa aku cakap tadi. Mampus aku! Desis hatinya. Errr errr Aisyah dah balik? Mia cuba memaniskan muka dan pura-pura berlagak seperti tiada apaapa yang berlaku tadi. Belum, jawab Muaz dengan ringkas. Tetapi matanya tidak lepas dari memandang ke arah Mia. Dia cakap nak layan aku? Bagus. Boleh aku kenakan dia. Sebenarnya Muaz telah terdengar perbualan Mia dan sahabatnya itu tadi. Muaz tersengih memandang Mia. Muaz semakin hampir dengan Mia yang sedang duduk di atas katil. Kenapa dengan dia ni? Tersengih macam kerang busuk aje. Apa dia nak datang dekat-dekat dengan aku? Mati aku macam ni. Mira, baba tolong Mia.

75

Segalanya Mungkin

Muaz lantas memanjat katil dan mendekatkan dirinya kepada Mia. Tadi kau cakap dengan kawan kau tu, kalau aku ada sebelah kau sekarang, kau nak layan aku, kan? Betul ke? Eh, mana ada. Encik Muaz salah dengar ni. Mia berganjak sikit ke bucu katil. Takut dengan tindakan Muaz. Aku yakin dengan apa yang aku dengar tadi. Lagipun, apa salahnya? Aku, kan suami kau. Muaz terus menangkap kedua-dua tangan Mia supaya tidak bergerak jauh darinya. Errr errr Encik Muaz nak buat apa ni? Saya bergurau aje tadi. Terketar-ketar suara Mia, tambahan pula Muaz sudah memeluk pinggangnya dengan kejap. Ha, mengaku pun. Jadi, kau kena tunaikan la sekarang! Muaz menolak tubuh Mia ke atas tilam. Encik Muaz, saya minta maaf. Jangan la buat saya macam ni. Saya janji tak akan cakap macam tu lagi. Mia terus merayu. Dia tidak rela diperlakukan seperti ini. Aku tak kira. Siapa suruh kau cakap macam tu. Muaz menanggalkan tudung yang berada di kepala Mia sebentar tadi. Lalu menindih tubuh Mia. Encik Muaz, jangan macam ni. Saya tak rela. Lepaskan saya. Kalau tidak saya menjerit nanti, ugut Mia sambil tangannya menolak kasar dada Muaz. Kau menjerit, jangan salahkan aku nanti kalau yang lain fikir yang bukan-bukan pasal kita ya sayang. Muaz terus mendekatkan wajahnya pada wajah Mia. Cantiknya mata kau. Baru aku perasan. Rambut kau ni... tak sangka aku kau ada semua ni. Jadi tak rugi la aku, kan? Muaz terus menakut-nakutkan Mia.

76

Nieya Jalies

Mia kelu seribu bahasa. Hanya air mata yang laju membasahi pipinya. Saat Muaz membenamkan wajahnya ke leher Mia, Muaz terdengar esak tangis Mia. Ha ha ha tahu pun takut. Aku acah aje la. Kau ingat aku teringin sangat dengan kau ke hah? Lalu Muaz melepaskan diri Mia dari pelukannya. Kurang ajar kau Muaz! Mia hanya mampu menangis. Hebat tak lakonan aku? Ha ha ha. Muaz ketawa seperti dirasuk syaitan. Puas hatinya dapat mempermainkan Mia. Bercakap langsung tidak mahu memandang ke kiri dan kanan. Inilah akibatnya. Sampai hati Encik Muaz buat saya macam ni, rintih Mia. Sedih apabila Muaz mempermainkan dirinya sebegini rupa. Kau tu yang perasan. Buat-buat menangis konon. Dengan kawan kau tu bukan main berani lagi ya. Kau jangan perasan la perempuan. Aku tak akan sentuh perempuan yang aku tak suka. Ingat tu, tutur Muaz dengan egonya. Sekalipun Encik Muaz benci saya, janganlah merendah-rendahkan diri saya macam ni. Saya sedar siapa diri saya. Mia amat kecewa apabila Muaz bertindak begitu. Tidak sopan langsung. Tetapi mujur Muaz tidak berlebihan. Dia tidak sanggup kehilangan permata yang dijaga sebaikbaiknya selama ini, dirampas oleh seorang lelaki seperti Muaz. Dia tidak rela sekalipun Muaz adalah suaminya yang sah. Sudah la tu. Jangan menangis. Aku saja nak tengok

77

Segalanya Mungkin

aksi kau. Mana la tahu kalau betul-betul kau nak. Duga Muaz sambil tersenyum sinis. Dah, jom turun. Dengar macam Aisyah dah balik tu. Nanti apa pula kata dia orang tengok kau terperap aje kat dalam bilik. Kalau dengan aku, tak apa juga. Ni sorangsorang, tak berapa nak logik. Muaz masih ada hati ingin mengenakan Mia. Sampai hati kau Muaz. Baba ibu Mia sedih sangat. Betapa pilu hati Mia bagai dihiris-hiris oleh Muaz. Muaz sangat kejam! Mia mengutip kembali tudungnya yang ditanggal oleh Muaz sebentar tadi. Perbuatan Muaz betul-betul gila. Fikirnya hampir sahaja kesuciannya hilang di tangan Muaz yang keji itu. Cepat la, kau nak aku dukung ke? Aku boleh aje. Kau la yang malu karang. Muaz gelak besar. Mia menjeling ke arah Muaz. Dia cepat-cepat kemaskan diri dan wajahnya. Takut disalah tafsir oleh ahli keluarga yang lain.

78

Nieya Jalies

Bab 9
EPERTI yang dirancang, Muaz membawa Mia ke apartmen mewahnya. Bermula dari saat ini, kehidupan Mia yang dahulunya bebas berbuat apa sahaja, kini tidak lagi. Dia harus lebih tabah dari sebelum ini kerana kehidupan dia sebagai isteri tidak seperti isteri-isteri lain di luar sana. Hanya sekeping kertas yang membuktikan dia adalah isteri yang sah kepada Muaz. Tetapi tidak bagi Muaz. Bagi dirinya Mia adalah masalah dan beban yang hadir dalam kehidupannya tanpa dipinta. Mia pasrah dengan ketentuan Ilahi. Andai ini takdir yang telah tertulis buat dirinya, dia harus menerima dengan hati yang terbuka. Hamba yang diuji-Nya adalah hamba yang disayangi-Nya. Masuk la. Termenung apa lagi tu? Tersentak Mia dengan teguran itu. So, selamat datang ke rumah aku. Ingat! Rumah aku! Kau tak ada share pun dalam rumah ni. Segala-galanya dalam kawalan aku. Faham? Muaz terus dengan bebelannya.

79

Segalanya Mungkin

Saya faham Encik Muaz. Agak keras nada suara Mia. Macamlah semua harta ni datang dari usaha kau sendiri. Kalau Dato Masyhur tak bagi, tak adanya kau dapat semua ni Encik Muaz Hasbi oi. Amboi, marah nampak. Kau jangan nanti aku suruh kau tidur kat luar baru tahu. Muaz tersengih. Lebih baik tidur kat luar daripada menghadap muka kau. Mia geram. Dirinya umpama peminta sedekah di mata Muaz. Diperlekeh sesuka hati. Mari duduk sini! Aku ada benda nak bincang dengan kau, panggil Muaz supaya Mia menghampirinya yang sedang enak bersandar pada sofa. Disebabkan kita dah duduk berasingan dengan family, aku nak antara kita tak ada apa-apa kaitan. Baik dari segi tempat tidur, bilik air, makan dan sebagainya. Aku akan anggap kau macam tak ada aje dalam rumah ni. Aku akan buat apa aje yang aku suka, terang Muaz dengan bongkaknya. Berlagak! Kalau tak fikir kau tu suami aku, tak ingin aku tinggal dengan kau! Bentak Mia dalam hati. Hina sangatkah dirinya? Sabar sajalah! Okey, sekarang kau dengar baik-baik. Bilik yang dekat dengan dapur tu aku bagi kau duduk. Free aje, tunjuk Muaz ke arah bilik yang kecil itu. Sampainya hati! Bilik orang gaji dia bagi aku? Tapi itu lebih bagus daripada tidur sebilik dengan tenuk ni. Tenuk? Ya, itulah gelaran yang paling sesuai untuk Muaz. He he he! Kau nak guna dapur ke apa ke, ikut suka kau. Tapi

80

Nieya Jalies

jangan guna masa aku tengah guna. Aku kalau boleh tak nak jumpa dengan kau langsung dalam rumah ni. Dan jangan sesekali menceroboh masuk ke dalam bilik aku. Kalau kau buat, siap kau! Ugut Muaz. Aku tak hairan la dengan bilik kau tu. Makin bertambah suhu kemarahan Mia. Kalau kau nak tengok TV, silakan sebab dalam bilik aku pun ada TV. So, kita takkan share TV tu. Muaz terus dengan perbahasannya. Terus-terusan membentangkan hujahnya. Mia hanya mendengar. Tak kuasa dia nak berkatakata. Tak habis lagi ke tenuk ni bercakap? Aku dah letih tahu tak? Protes Mia apabila Muaz masih belum berhenti menerangkan peraturan-peraturan mengarutnya itu. Macam budak-budak!

SUDAH beberapa hari Mia dan Muaz hidup seperti orang asing. Yang seorang ke hulu, dan seorang lagi ke hilir. Apabila Mia berada di dalam biliknya, Muaz berada di luar dan begitulah sebaliknya. Mereka tidak pernah bertembung. Mia juga terpaksa menggunakan kenderaan awam kerana Muaz tidak sudi menumpangkan Mia untuk ke tempat kerja walaupun tempat kerja mereka melalui jalan yang sama. Tak boleh jadi ni! Aku kena cepat-cepat ambil kereta aku dekat rumah Mira. Tak sanggup aku hari-hari lewat ke tempat kerja. Tapi aku mesti minta izin dia dulu. Sekurang-

81

Segalanya Mungkin

kurangnya, tak ada la bertambah dosa aku, bicara hati Mia. Mia berfikir sejenak. Dia tidak mahu jadi seperti Muaz. Menidakkan apa yang benar. Mia yang sepatutnya dilayan baik-baik, sebaliknya pula yang dilakukan oleh Muaz. Memang tidak habis belajar agaknya Muaz ni. Huh.

Suatu pagi. ENCIK MUAZ, saya nak minta izin. Lepas waktu kerja nanti saya nak pergi ambil kereta saya dekat rumah Mira, boleh? Pergilah. Tapi jangan balik lewat sangat. Kalau kau balik lewat kau tidur kat luar malam ni, ugut Muaz. Baik Encik Muaz. Terima kasih. Mia terus beredar. Bimbang terlewat tiba di tempat kerja. Takde masa aku nak berbahas dengan kau, Muaz oi. Banyak lagi benda penting aku kena buat. Bagusnya minah ni. Beria-ia minta izin. Ingatkan dah lupa langsung yang aku ni suami dia. Alah, nak buat baik la tu. Muaz terus bersangka buruk. Mia amat terkilan. Sebelum berkahwin, Mia sudah berangan ingin mencium tangan si suami setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Ingin mendapat restu terlebih dahulu sebelum memulakan hari baharu. Tetapi, apa yang berlaku kini. Jangan kata nak mencium tangannya, pandang wajah aku pun Muaz dah nak termuntah. Di mana manisnya alam perkahwinan yang selalu disebut-sebut oleh baba dan arwah ibu dahulu? Aku sendiri

82

Nieya Jalies

tidak merasainya walaupun sudah berkahwin. Hati Mia berlagu sayu. Begitulah kehidupan Mia walaupun perkahwinannya sudah menjangkau tiga bulan. Muaz semakin membenci dirinya. Pernah satu hari, Mia dengan tidak sengaja mencampurkan pakaiannya dengan sehelai kemeja Muaz di dalam mesin basuh di rumahnya. Sangka Mia mesin basuh itu kosong kerana Muaz akan menghantar semua pakaian kotornya ke kedai dobi. Kebetulan pula sehelai baju Mia luntur warna, habis kemeja Muaz bertukar warna. Apa lagi, mengamuklah si tenuk itu. Woi, perempuan! Keluar kau. Muaz mengetuk pintu bilik Mia dengan kasar. Mahu roboh pintu itu dibuatnya. Mia tergopoh-gopoh mengenakan tudung lalu membuka pintu. Kau buat apa dengan kemeja aku ni? Dah macam kain buruk kau tahu. Wajah Muaz ketika itu bagaikan singa kelaparan. Singa yang sudah setahun tidak dapat makan. Saya tak sengaja, Encik Muaz. Saya ingatkan mesin basuh tu kosong. Saya bubuh la baju saya. Mia sudah kecut perut ketika itu. Amboi, amboi senangnya alasan kau. Lain kali tengok dulu. Apa guna ada mata tu. Kau letak kat mana mata kau? Dekat kaki ke? Kemarahan Muaz membuak-buak. Saya minta maaf. Nanti saya ganti balik kemeja Encik Muaz tu ya? pinta Mia agar kemarahan Muaz itu reda. Ganti? Kau tahu ke nilai kemeja aku ni berapa?

83

Segalanya Mungkin

Sebulan gaji kau tu pun, tak mampu nak gantikan tau. Ada hati nak ganti. Kau ingat baju-baju aku macam baju-baju kau tu ke? Tak ada cita rasa langsung! Muaz terus-terusan menyembur Mia tanpa belas kasihan. Amarah sudah menguasai dirinya. Mia sudah tidak mampu menahan sebaknya. Begitu sekali Muaz marah dan menghinanya. Sikit-sikit menangis. Lagipun kalau kau ganti dengan yang serupa sekalipun, dah tak sama nilainya tau, bidas Muaz tanpa memikirkan perasaan Mia ketika itu. Sebenarnya kemeja itu telah dihadiahkan oleh Liza ketika ulang tahun kelahirannya tahun lepas. Walaupun dia membenci Liza, dia tetap tidak sampai hati untuk membuang kemeja itu. Sekarang aku nak kau cuci kemeja ni sampai jadi macam yang asal balik. Bodoh punya perempuan! hina Muaz lalu mencampakkan kemeja itu ke muka Mia. Hidup menyusahkan orang aje. Geram aku! tambah Muaz lagi dan terus beredar dengan bebelan yang masih bersisa. Mia mengutip kemeja yang sudah jatuh ke lantai lalu menutup pintu biliknya. Mia tersandar ke muka pintu dengan hati yang kecewa. Mia menangis teresak-esak. Baba, sampai hati Muaz buat Mia macam ni. Mia bukan sengaja. Mia betul-betul tak perasan. Ibu, tak pernah terniat pun di hati Mia untuk menyusahkan sesiapa. Kenapa Muaz tuduh Mia macam tu? Mia tahu Mia tak setanding dia. Mira tak sengaja. Ini kesalahan kecil aje. Tapi, kenapa dia hina Mia sampai macam ni sekali? Mia dah minta maaf, tapi dia tak peduli pun. Mia merintih duka di atas segala perbuatan Muaz. Betapa hina dirinya di mata Muaz.

84

Nieya Jalies

Dengan deraian air mata yang masih tidak jemujemu mengalir di kedua-dua belah pipi Mia, dia bangun lalu menuju ke bilik air. Kemeja Muaz harus dicuci bersih. Dia tidak sanggup mendengar herdikan Muaz lagi. Macam mana nak bagi hilang ni? Ibu tolong Mia. Mia takut kena marah lagi. Air mata Mia semakin galak mengalir. Hatinya sangat hiba mengingatkan tengkingan Muaz tadi. Sudah terlalu banyak dia bersabar tetapi Muaz bukannya mahu bertolak ansur dengannya. Malah semakin bersikap kasar dan tidak bertimbang rasa. Ikutkan hati, mahu sahaja Mia lari dari rumah seumpama neraka dunia ini. Setelah Mia menggunakan pelbagai jenis sabun, akhirnya tompokan di kemeja Muaz berjaya dihilangkan. Lega hati Mia. Bagi kering dulu. Nanti aku pulangkan dekat dia balik. Mia tersenyum puas. Malam itu, pukul dua pagi baru Mia dapat merehatkan diri semata-mata mahu membersihkan kemeja Muaz yang satu itu.

ASSALAMUALAIKUM Mia, sapa Mira apabila Mia menjawab panggilan telefonnya. Waalaikumussalam. Mira rindunya aku kat kau. Mimpi apa kau telefon aku ni? Mia bersuara ceria. Mia, lepas habis waktu pejabat ni, kita keluar sekejap ya? Aku ada hal nak cakap dengan kau, kata Mira dengan serius. Apesal dengan kau ni, Mira? Bukan main serius

85

Segalanya Mungkin

lagi. Takut aku tau. Mia ketawa. Jarang benar sahabatnya itu serius apabila berbicara. Nanti aku cerita ek? Aku nak sambung kerja. Nanti kita jumpa kat tempat biasa ya? pinta Mira. Okey, bye. Setuju Mia sebelum memutuskan talian. Kenapa dengan Mira ni? Lain macam aje. Ada masalah ke? Duga hati Mia. Pelbagai perkara bermain di fikirannya selagi tidak mengetahui duduk perkara sebenar.

SEPERTI yang dijanjikan, mereka berjumpa di tempat yang selalu mereka kunjungi. Kau dah bagitau suami kau ke yang kau balik lewat sikit hari ni? soal Mira. Dah. Kenapa ni Mira? Serius sangat aku tengok. Mia cuba bergurau. Mia, kau bahagia sekarang? tanya Mira. Huk aloh! Soalan apa ni? Dah la tanya macam polis soal siasat penjenayah aje. Mia tergelak lagi. Aku nak kau jawab soalan aku ni dengan jujur. Mira masih dalam mood seriusnya. Okey, okey. Aku jawab. Bahagia. Bahagia sangat. Mia berlagak seperti tiada masalah walaupun dia sudah berasa tidak sedap hati. Kau jangan tipu aku, Mia. Aku kenal kau bukannya semalam. Dah bertahun-tahun. Aku faham luar dan dalam kau. Mira cuba menghentikan lakonan sahabatnya itu.

86

Nieya Jalies

Eh, betul la. Kenapa aku nak tipu pulak? Mia cuba menyembunyikan perasaan cuaknya ketika ini. Adakah Mira dapat menghidu tentang kisah sebenar rumah tangganya? Aku rasa persahabatan kita setakat ni aje. Aku tak nak berkawan dengan orang yang sudah pandai menipu. Mira kecewa dengan sikap Mia yang masih terus mahu menyembunyikan masalah yang dihadapinya kini. Apabila melihat Mira yang sudah mahu beredar, Mia terasa amat takut. Mira panggil Mia. Ketika Mira berpaling untuk menghadap ke arah Mia, Mira melihat ada air mata mengalir dengan laju di pipi Mia. Mira terus memeluk sahabatnya itu. Mereka sama-sama menangis mengenangkan nasib Mia. Tanpa berselindung lagi, Mia menceritakan segalagalanya kepada Mira. Aku tak sangka sampai macam ni penderitaan yang kau alami, Mia. Kenapa kau tak cerita dengan aku? Kenapa kau sanggup tanggung semua ni seorang diri? Aku, kan ada luah Mira bersama esak tangisnya. Aku tak nak buruk-burukkan suami aku, balas Mia yang juga masih dengan esakannya. Kau aje yang anggap dia suami kau. Dia ada anggap kau isteri dia? Jaga la dia kalau aku jumpa dia. Aku siat-siat badan dia, hambur Mira yang amat geram dengan perbuatan kejam Muaz itu. Mira, aku pelik la kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam ni? Sebab selama ni aku tak pernah cerita kat sesiapa pun masalah aku ni. Mia pelik bagaimana Mira dapat menghidu masalahnya?

87

Segalanya Mungkin

Mia, aku cerita ni bukan bertujuan untuk mencucuk kau supaya membenci Muaz. Tapi aku tak sampai hati nak sorok benda ni daripada kau. Mira ragu-ragu untuk memberitahu perkara yang dilihatnya semalam. Apa dia? Kau cakap ajelah. Mia tidak dapat menahan sabar lagi. Sebenarnya petang semalam aku ternampak Muaz dengan seorang perempuan. Bukan main lagi gaya dia orang. Mesra sangat aku tengok. Macam mustahil aje hubungan dia orang sekadar kawan biasa, cerita Mira. Kau yakin dengan apa yang kau nampak? Kau tak salah orang ke? tanya Mia inginkan kepastian. Walaupun hatinya teramat sakit dengan kecurangan Muaz, tetapi dia sudah lama bersedia dengan kemungkinankemungkinan itu. Aku yakin sebab dia sendiri pun nampak aku, tambah Mira lagi. Patut la semenjak dua ni dia tak berenggang dengan telefon dia. Balik pun dah lewat sekarang. Tapi dia pernah cakap dengan aku yang pintu hatinya dah tertutup untuk mana-mana perempuan. Mia agak pelik dengan sikap Muaz kini. Alah, orang lelaki Mia. Bila-bila aje boleh berubah hati. Apa kata balik ni kau bersemuka dengan dia. Kau tak boleh biar dia terus pijak kepala kau, cadang Mira. Aku takut, Mira. Dia pernah cakap yang aku tak ada hak langsung ke atas kehidupan dia. Dia tak bagi aku masuk campur dalam urusan dia, jelas Mia dalam kesayuan. Kau kena berani, Mia. Aku geram la dengan lelakilelaki yang berperangai macam ni. Tak cukup dengan satu.

88

Nieya Jalies

Apa lagi yang kurang dengan kau ni? Mira cuba mempertahankan Mia. Aku tak setanding dengan dia, Mira. Dia pernah cakap yang baju-baju aku semua tak ada cita rasa. Duit gaji aku sebulan pun tak dapat nak beli sepasang baju dia. Begitu hiba Mia menuturkan kata-kata itu. Tak apa, Mia. Nanti dia akan dapat balasan yang setimpal dengan perbuatan dia ni. Suatu hari nanti, kita yang sengkek ni la yang dia cari tau. Mira cuba menyedapkan hati Mia. Eh, pasal apa cari kau jugak? Cari aku ajelah. Mia sempat mengenakan Mira yang masih marah itu. Mia, aku serius tau! Yang lain tak penting tapi aku nak kau bersemuka dengan dia balik karang. Faham? Tegas Mira. Aku cuba, ya. Lantas mereka berpelukan.

PATUT ke aku bersemuka dengan dia? Dia marah aku nanti macam mana? Takut la. Mia agak gentar untuk berdepan dengan Muaz. Tambahan pula Muaz langsung tidak mahu berjumpa dengannya. Mia tiba di apartmen mereka ketika cuaca sudah bertukar gelap. Sudah masuk waktu maghrib pun. Tetapi seperti biasa, wajah Muaz tidak kelihatan kerana dia masih belum pulang. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Mia memberanikan diri menunggu Muaz pulang. Dia harus

89

Segalanya Mungkin

berbicara dengan Muaz. Betul juga kata Mira, aku tidak boleh biarkan dia terus-terusan menghina aku. Apabila mendengar pintu apartmen ditolak, Mia terus menanti dengan penuh debar. Apa nak jadi, jadi la. Aku harus berani. Encik Muaz, boleh tunggu sekejap? pinta Mia, lembut. Menghalang Muaz dari memasuki kamarnya. Kau nak apa? Aku letih la, balas Muaz dengan kasar. Please Encik Muaz sekejap aje, pinta Mia sekali lagi walaupun suaranya sudah tersekat-sekat menahan rasa. Apa halnya? Jangan nak buang masa aku. Cakap cepat! tengking Muaz. Betul ke Encik Muaz ada perempuan lain? Mia terus bertanya. Walaupun dia tahu keadaan kurang sesuai saat ini, namun dia tidak mahu bertangguh lagi. Dia bukannya sentiasa berani seperti sekarang. Apa yang kau mengarut ni hah? Pandai-pandai aje tuduh aku macam tu. Dari mana kau dengar semua cerita ni? tanya Muaz dengan geram. Sudahlah dia kepenatan baru pulang ke rumah. Macam mana dia boleh tahu ni? Muaz bimbang rahsia yang disimpan selama ini telah terbongkar. Tapi Mira cakap dia nampak Encik Muaz dengan perempuan tu bukan main mesra lagi, jelas Mia. Aku dah agak dah. Mesti perempuan sengal tu yang bagitau dia. Bodohnya perempuan tu. Ngomel hati Muaz. Ooo jadi kawan baik kau tu la yang pandaipandai bawa cerita ya? Yang kau pun percaya bulat-bulat ya? soal Muaz yang sudah bengang.

90

Nieya Jalies

Jadi, betul la apa yang Mira nampak tu? Mia inginkan penjelasan. Kau nak tahu sangat, kan? Ya, memang betul pun. Aku tengah syok bercinta sekarang. Nak buat main-main apa salahnya, kan? Lagipun dia pandai layan aku. Bukan macam kau, menyusahkan aje, terang Muaz dengan bangganya. Kenapa Encik Muaz sanggup buat saya macam ni? Saya ni isteri Encik Muaz. Bukan orang gaji atau perempuan simpanan, ujar Mia lalu menangis teresak-esak. Eh, kau siapa nak halang-halang apa yang aku nak buat? Aku pernah cakap, kan yang kau tak ada hak nak masuk campur dalam hidup aku. Muaz mengamuk. Tetapi perbuatan Encik Muaz itu salah di sisi agama. Gunalah cara yang baik, nasihat Mia. Kurang ajar! Dah pandai nak mengajar aku ya? Muaz terus menampar wajah Mia. Mia tersungkur ke lantai. Malang tidak berbau, dahinya terkena bucu meja. Sekelip mata bibir dan dahi Mia mengalirkan darah pekat. Tetapi sedikit pun tidak membuatkan Muaz menyesal. Inilah akibatnya kalau suka sangat menyibuk. Ikut suka aku la nak buat apa pun. Dosa aku, aku tanggung sendiri. Kau nak tahu, kau bukan setakat macam orang gaji tapi lebih rendah lagi dari itu. Faham?! tengking Muaz lagi dan terus menghina Mia. Ya Allah, takdir apakah ini? Mengapa aku diuji sehebat ini? Mia menangis teresak-esak sambil menahan sakit di seluruh tubuh badannya. Kau pergi masuk bilik kau sekarang sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Ugut Muaz.

91

Segalanya Mungkin

Mia terus berlari ke arah bilik kecilnya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil bujang itu. Aku dah agak dah. Mesti aku juga yang akan dipersalahkan. Aku dah tak sanggup nak hadapi semua ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Rintih hati Mia dalam sendu menahan tangisnya. Kurang ajar punya perempuan. Disebabkan mulut dia, aku bertindak macam ni. Muaz terus menyalahkan Mira kerana membocorkan perkara ini kepada Mia. Perempuan yang dimaksudkan oleh mereka adalah salah seorang pelanggannya. Dia begitu tertarik dengan Elisa kerana dia merupakan perempuan yang lemah lembut, manja dan pandai menggoda. Pada mulanya Muaz tidak menghiraukan godaan Elisa. Lama-kelamaan, dia sendiri tertarik dengan Elisa. Bermula dari saat itu, Muaz begitu rapat dengan Elisa. Berkepit ke mana sahaja seperti belangkas. Walaupun Muaz tidak cintakan Elisa, sekurangkurangnya dia boleh berseronok dengan Elisa. Dia lupa segala-galanya. Kelab-kelab hiburan sudah menjadi tempat kesukaannya. Hampir setiap petang juga, Muaz akan tewas dalam dakapan Elisa. Begitulah kehidupan gelapnya sekarang.

SELEPAS kejadian malam itu, Mia sudah bertekad. Dia tidak akan menghiraukan Muaz lagi. Jika Muaz bebas berbuat apa sahaja, dia juga mampu berdikari. Mia sendiri yang akan menjarakkan lagi hubungan mereka. Seperti yang Muaz pinta. Mia sudah tidak sanggup dihina, dimaki atau dicaci lagi.

92

Nieya Jalies

Semua ini harus berakhir dengan segera. Mia nekad untuk menjadi seorang yang tabah. Dia mengambil keputusan untuk hidup dengan caranya, dan Muaz dengan gaya hidupnya.

93

Segalanya Mungkin

Bab 10
SY, sekarang ni aku tak pernah langsung terserempak dengan dia. Dulu ada jugak keluar tengok TV ke, basuh baju ke, memasak ke. Sekarang ni batang hidung pun tak pernah nampak. Nak kata tak ada dekat rumah, kereta dia ada aje, keluh Muaz apabila mengingatkan yang dia tidak pernah terserempak dengan wanita itu walaupun mereka tinggal sebumbung. Lantak dialah. Itu lagi baik. Lagipun aku sendiri yang tak nak jumpa dengan dia. Muaz cuba untuk menenangkan hatinya. Tetapi Muaz masih teringatkan perbuatannya seminggu yang lepas. Walaupun ada sedikit sesalan di lubuk hatinya, Muaz tidak mampu memutarkan kembali masa. Masih jelas di ingatannya apabila melihat bibir dan dahi Mia berdarah. Bukan dia tidak kasihan tetapi kemarahannya memuncak ketika itu. Muaz betul-betul rasa tercabar kerana belum pernah ada seorang perempuan pun yang berani menegur kelakuannya. Tetapi berlainan dengan Mia kerana dia sangat berani.

94

Nieya Jalies

Aku tak pernah sekejam itu dengan mana-mana perempuan. Rungut hati Muaz. Sekalipun Liza bertindak lebih kejam dengan aku, aku tidak sampai hati untuk menjentiknya. Tetapi kenapa aku sanggup bertindak begitu terhadap Mia? Muaz sangat kesal. Selama perkahwinan mereka, Mia tidak pernah meminta apa-apa. Merengek-rengek dan menggodanya seperti wanita-wanita lain di luar sana sama sekali tidak pernah. Sangkanya Mia sama seperti perempuan-perempuan itu. Hanya memandang rupa, harta dan pangkat yang dia ada. Aku sendiri tidak pernah ambil tahu di mana dia bekerja, bila dia bercuti dan sebagainya. Bagi diriku, tiada sebab untuk aku mengambil tahu semua itu. Lagipun aku dah ada Elisa. Muaz tersengih sendirian apabila mengingati detik-detik manis yang dilaluinya bersama Elisa ketika ini. Dia sendiri tidak pasti bagaimana dengan begitu mudah dia tersungkur di kaki Elisa. Bagi dirinya, Elisa umpama satu aura yang membuatkan hidupnya lebih ceria. Aku nak jumpa dia la. Rindu pulak rasanya. Lalu Muaz terus mendail nombor telefon Elisa. Helo baby, you dekat mana? I rindu sangat dengan you. Muaz meluahkan rasa hatinya. Errr errr helo Muaz. I dekat luar sekarang. Jumpa client, jawab Elisa, ringkas. Hei, hari minggu pun kerja ke? Come on baby, jom la kita keluar. Pergi mana-mana, I rindu sangat dengan you ni, rengek Muaz. Hari ni tak dapat la sayang. I betul-betul sibuk. I janji, esok kita keluar okey? pujuk Elisa. Janji tau. I nak sentiasa dekat dengan you, luah Muaz dengan manja.

95

Segalanya Mungkin

Okey, I janji sayang. Balas Elisa pula.

BUDAK berhingus tu ke? soal Hazri yang begitu asyik memeluk Elisa. Anak Dato Masyhur tu la. Menyampah I. Nak berkepit aje, jawab Elisa sambil jarinya bermain-main di dada bidang Hazri. Alah, you layan aje dia. Tapi jangan lupa tujuan utama you dekat dengan dia. I nak semua maklumat syarikat dia. Terutama kontrak yang sangat bernilai tu. Hazri mengingatkan kembali perancangan mereka itu. You jangan risau. Dia dah semakin jinak sekarang ni. I minta apa pun, semua dapat tau. Elisa beraksi manja di sisi Hazri. Bagus darling. Ni yang I bertambah-tambah sayang dengan you. Lalu Hazri terus memeluk erat Elisa. Itulah sibuk yang dimaksudkan oleh Elisa sebentar tadi. Sibuk memadu asmara bersama Hazri. Tujuan Elisa mendekati Muaz adalah untuk memusnahkan perniagaan Muaz dan merampas projek yang telah berjaya ditakluki oleh syarikat Muaz itu. Hazri menggunakan Elisa sebagai umpan untuk menjatuhkan Muaz. Tambahan pula, Elisa sangat pandai memainkan peranannya. Hazri tersenyum puas.

KETIKA Muaz ingin berlalu ke keretanya yang terletak di

96

Nieya Jalies

tingkat dua bangunan itu, Muaz dapat rasakan ada orang sedang mengekorinya dari belakang. Tetapi Muaz buat-buat tidak peduli. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Cuaca juga suram, seperti mahu hujan. Perasaan aku aje kut. Muaz cuba menyedapkan hatinya. Muaz berjalan sedikit laju ke arah keretanya. Sebelum sempat sampai ke keretanya, Muaz tibatiba dikepung oleh beberapa orang lelaki yang bertopeng. Muaz panik. Apa yang harus dilakukan saat ini? Apa yang korang nak hah? tanya Muaz dengan kasar. Tidak pernah dia mengalami pengalaman ngeri seperti ini. Kalau kau nak selamat, bagi beg kau tu pada kami. Ugut salah seorang lelaki bertopeng itu. Pantas dia mengeluarkan pisau Rambonya. Korang nak buat apa dengan beg aku ni? Bukan ada apa-apa pun. Hanya kertas-kertas biasa. Muaz cuba mempertahankan dirinya. Sebenarnya, beg tersebut mengandungi kertaskertas kontrak yang sangat bernilai. Mana mungkin dia menyerahkan beg itu kepada lelaki-lelaki tersebut. Kertas-kertas biasa kau kata? Kau jangan fikir kami semua bodoh. Cepat, serahkan sebelum kami hilang sabar. Seorang lagi lelaki bersuara. Untuk meminta tolong, mustahil kerana ketika ini tiada siapa yang ada kecuali pengawal yang entah ke mana perginya. Muaz mengambil keputusan untuk melarikan diri. Malang sekali apabila salah seorang daripada mereka telah menunggunya di hadapan. Sepantas kilat, lelaki-lelaki tersebut bertindak memukul Muaz sehingga Muaz tidak terdaya untuk melawan.

97

Segalanya Mungkin

Ya Allah bantulah aku. Rintih hati Muaz. Kerana Muaz memegang kejap beg tersebut, salah seorang perompak itu terus menikam perut Muaz dengan pisau di tangannya. Akibat tusukan itu, Muaz kehilangan banyak darah. Dia hanya mampu pasrah ketika itu.

HELO, puan! Begitu cemas suara si pemanggil di sebelah sana. Pada mulanya Mia agak ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu. Tetapi gerak hatinya yakin itu adalah panggilan yang penting. Ya, boleh saya bantu? tanya Mia. Ini Puan Nur Mia, kan? soal lelaki itu lagi inginkan kepastian. Ya, Nur Mia bercakap. Mia membalas. Puan, saya nak bagitau yang Encik Muaz sedang kritikal di hospital sekarang. Dia terlibat dengan satu kejadian rompakan, jelas pemanggil itu. Ya Allah betul ke ni? Di hospital mana? Saya ke sana sekarang, balas Mia penuh debaran. Air matanya sudah mengalir tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Setelah jelas dengan semuanya, Mia terus beredar ke hospital yang menempatkan Muaz. Hatinya sudah tidak sabar untuk melihat keadaan suaminya itu. Ya Allah, macam mana keadaan dia sekarang? Kenapa la boleh jadi sampai macam ni? Mia mengomel sendirian di dalam kereta sambil menuju ke destinasi.

98

Nieya Jalies

Akibat terlalu panik, Mia terlupa untuk menelefon sesiapa pun. Walaupun dia amat bencikan Muaz, dia masih mempunyai hati dan perasaan. Tolong sesama insan apa salahnya. Setibanya Mia di hospital, Mia terus berjumpa dengan doktor yang merawat Muaz. Doktor, macam mana dengan keadaan Muaz? Mia tidak dapat menahan dirinya untuk mengetahui keadaan Muaz. Boleh saya tahu, puan ni siapa? soal doktor itu. Saya isterinya, jawab Mia. Oh, saya Doktor Asri. Keadaan Encik Muaz sangat kritikal buat masa ni. Dia kehilangan banyak darah. Kaki sebelah kanannya patah, jelas doktor itu. Ya Allah! Boleh saya berjumpa dengan dia? pinta Mia. Maaf puan, kami tidak dapat benarkan puan berjumpa dengan suami puan buat masa sekarang. Kami sedang berusaha menyelamatkan dia. Begitu lembut tutur bicara doktor itu. Doktor, buatlah apa sahaja asalkan suami saya selamat, rayu Mia sambil menangis teresak-esak. Insya-Allah. Saya harap puan bersabar dan banyakkan berdoa ya. Pesan Doktor Asri sebelum beredar dari situ. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah suamiku. Izinkan aku bertemu dengannya terlebih dahulu. Terlalu banyak dosaku terhadapnya. Mia terus-terusan berdoa supaya Muaz selamat.

99

Segalanya Mungkin

MIA sudah hampir terlelap semasa dia dikejutkan oleh Doktor Asri. Puan Mia, keadaan Encik Muaz semakin stabil. Cuma dia tidak akan sedarkan diri sehingga esok atau hari seterusnya kerana kami telah berikan dia ubat tahan sakit untuk merehatkan diri. Kami mahu dia mendapat rehat yang secukupnya, jelas Doktor Asri dengan panjang lebar. Alhamdulillah. Syukur kepadamu Ya Allah. Terima kasih, doktor. Boleh saya berjumpa dengan suami saya? Mia begitu teruja saat ini untuk melihat keadaan Muaz. Sama-sama. Silakan Puan Mia. Pantas Mia menuju ke bilik yang menempatkan Muaz. Luluh hatinya tatkala melihat pelbagai jenis wayar terlekat pada tubuh suaminya itu. Terdapat juga calitan darah di bahagian perut, kesan daripada tikaman tersebut. Kaki kanan Muaz pula berbalut dengan simen. Mia sudah memberitahu hal itu kepada ahli keluarga Muaz, babanya serta Mira. Sebentar lagi mereka akan sampai. Cuma babanya akan sedikit lewat kerana baba tinggal di Melaka. Mesti teruk dia kena belasah tadi. Sedih hatinya melihat keadaan Muaz seperti itu. Bibirnya pecah akibat tumbukan. Terdapat juga kesan-kesan lebam pada seluruh tubuhnya. Saat Mia menghampiri Muaz, hati Mia bertambah pilu. Aku sendiri dapat merasai kesakitan yang ditanggung oleh Muaz. Mia sendiri tidak pasti, mengapa hatinya menjadi terlalu lemah saat ini. Jika difikirkan kembali, dia seharusnya gembira melihat keadaan Muaz sekarang. Dia tidak akan mendengar lagi herdikan, tengkingan atau penghinaan daripada lelaki itu. Tetapi kenapa dia tidak dapat merasai

100

Nieya Jalies

perasaan itu ketika ini? Yang ada hanyalah rasa simpati, pilu dan kecewa dengan apa yang telah menimpa Muaz. Dengan perlahan-lahan, Mia menyentuh jari-jemari Muaz. Ya Allah, selamatkanlah suamiku. Aku sanggup dihina atau diherdik sekalipun daripada melihat keadaan Muaz saat ini. Mia mencium tangan Muaz. Saat itu, air mata Mia mencurah-curah membasahi pipinya. Encik Muaz, bangun la. Saya tak sanggup tengok papa dengan yang lain-lain bersedih atas kejadian yang menimpa Encik Muaz ni. Saya pun sedih. Tetapi ayat itu tidak terkeluar daripada mulut Mia.

MIA, macam mana boleh jadi macam ni? tanya Dato Masyhur. Mia pun tak pasti, papa. Masa Mia di rumah tadi, ada orang call dan beritahu apa yang jadi dekat Abang Muaz. Mia pun terus ke sini, jelas Mia dengan sedih. Papa tahu niat orang yang merompak Muaz itu adalah untuk merampas kontrak yang baru-baru ni jatuh ke tangan syarikat kami. Kerana dengki, ramai yang akan bertindak sebegini. Dato Masyhur kesal. Dia tidak kisah seandainya projek itu terlepas ke tangan orang lain. Mungkin bukan rezeki mereka tetapi biarlah Muaz sembuh secepat mungkin. Itu doanya. Dia juga sudah membuat laporan polis dan hanya mampu menunggu perkembangan selanjutnya siasatan tentang kejadian itu. Mia balik la berehat. Papa akan suruh jururawat

101

Segalanya Mungkin

khas menemani Muaz, cadang Dato Masyhur. Kasihan melihat menantunya itu keletihan. Tak apa la papa. Mia nak tunggu abang. Tak sampai hati nak tinggalkan abang. Mia ingin menemani Muaz. Betul ni kak ngah? Nak Sara temankan? soal Maisara Hani pula. Eh, Sara balik la. Temankan papa di rumah. Kak ngah tak kisah tinggal sorang-sorang. Begitu murni hati Mia. Mia tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada Muaz seandainya lelaki ini tersedar nanti. Dia sedar siapa dirinya di sisi Muaz. Mia ingin mengambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Pada waktu lain Muaz tidak mengizinkan. Sebak Mia apabila mengingati kejadian yang berlaku sebelum ini. Selama dua hari Muaz tidak sedarkan diri, Mia tidak jemu-jemu menemani Muaz. Mia sentiasa berada di sisi Muaz. Dalam tempoh itu, Mia sentiasa mengusap jemari Muaz, membasahi sedikit wajah Muaz dengan air Yasin yang dibaca oleh Mia pada setiap malam. Hanya itu yang Mia mampu lakukan. Mia juga tidak henti-henti bercerita dengan Muaz. Alhamdulillah. Akhirnya Muaz sedar juga dari lenanya. Ketika itu semua ahli keluarganya berada di situ termasuk Mira. Masing-masing menampakkan wajah gembira. Segala doa mereka telah dimakbulkan oleh Tuhan. Mia menitiskan air matanya tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Tetapi Mia tidak berani mendekati Muaz seperti yang dilakukannya sebelum ini. Takut seandainya Muaz tidak menyukai perbuatannya itu.

102

Nieya Jalies

Ketika yang lain-lain sibuk mengelilingi katil Muaz, Mira sempat berbisik ke telinga Mia. Kenapa kau tak pergi dekat dia? Dia, kan tak suka aku. Jawab Mia dengan perlahan.

DIA mesti suka aku jadi macam ni. Mana tidaknya, dekat dengan aku pun tak mahu. Hati Muaz bersangka buruk kerana sedari tadi dia menunggu Mia menghampirinya. Muaz, selama Muaz tak sedar ni, Mia la yang sentiasa jaga Muaz. Balik ke rumah pun tidak. Dato Masyhur membocorkan rahsia. Betul tu angah, asyik menangis aje. Adik ajak balik rumah pun tak nak. Kasihan nak tinggal angah sorangsorang katanya. Maisara Hani pula membuka cerita. Tergamam Muaz seketika. Betul ke apa yang dia orang cakap ni? Alah, silap-silap depan dia orang aje dia berlakon baik. Muaz terus bersangka buruk. Tapi aku tengok muka dia kusam aje. Mata pun bengkak. Selalu tu muka dia berseri-seri aje. Muaz memandang wajah Mia seketika. Kenapa dia sanggup tunggu aku? Bukan aku selalu buat dia marah dengan aku ke? Pelbagai soalan bermainmain di fikiran Muaz saat ini. Dan lagi satu kalau angah nak tahu. Myra Hasni pula mahu menyambung cerita. Kak long panggil Mia tidak mahu orang lain membocorkan rahsianya yang satu itu.

103

Segalanya Mungkin

Apa dia kak long? soal Muaz. Teruja ingin tahu. Mia ni tak lepas-lepas pegang tangan angah tau. Myra Hasni memang tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi. Sekali Muaz tergamam. Biar betul! Muaz memandang tepat ke wajah isterinya itu. Betul ke Mia? Muaz terasa ingin bertanya sebegitu kepada Mia tetapi dia malu. Kalau betul la apa yang korang cakap, kenapa kak ngah tak nak duduk dekat dengan angah pun? Muaz cuba mengenakan Mia. Eee tenuk ni! Ingatkan bila dah jadi macam ni hilang la semua perangai lepas cakap dia tu. Saja nak kenakan aku la tu. Hati Mia menggumam geram. Mia, kesian dekat Muaz tu. Pergi la duduk dekat dia. Encik Saufi pula yang bersuara. Tanpa membantah, Mia bergerak ke arah Muaz. Mia berdiri betul-betul di sebelah Muaz. Duduk la sini sayang. Muaz menarik tangan Mia supaya duduk di sebelahnya. Eh, tak apa. Saya berdiri aje. Mia cuba mengelak daripada berada terlalu dekat dengan Muaz. Tambahan pula Muaz masih belum sembuh. Apabila melihat Muaz semakin galak menariknya, Mia mengalah juga. Risau jahitan di perut Muaz terbuka semula. Muaz terus merangkul pinggang Mia. Alamak, dia buat lagi! Malu la aku macam ni. Mahu sahaja Mia menampar wajah Muaz. Tetapi dia tidak sampai hati. Amboi amboi sakit-sakit pun gatal juga ek? perli Maisara Hani.

104

Nieya Jalies

Angah rindu la dekat kak ngah. Jangan la sibuk. Muaz seakan-akan merajuk. Sakit la sayang. Muaz merengek kepada Mia. Mampus! Apa aku nak jawab ni? Mia gusar dengan perlakuan Muaz itu. Nanti sihat la. Sabar ye? Mia memujuk seolaholah mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Yang lain-lain sudah memandang gelagat mereka berdua. Eee malunya! tersenyum-senyum

105

No. ISBN:- 978-967-0448-22-0 Jumlah muka surat:- 856 Harga Runcit:- S/M: RM28, S/S: RM31 Harga Ahli:- S/M: RM24, S/S: RM27 Sinopsis:Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang yang telah membesarkannya. Bermula saat itu pengembaraan Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri. Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih, nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati. Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia dihidangkan pula dengan babak kecurangan suaminya. Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan suaminya. Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur

Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai kehidupan dua insan ini. Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji seorang ibu fantasi. Warith Fahmi pula semakin rancak membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya semata-mata. Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia? Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku terus menanti. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SEGALANYA MUNGKIN di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Dokumen93 halaman
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Dokumen362 halaman
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Dokumen147 halaman
    Arghh!!
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KMHB
    KMHB
    Dokumen95 halaman
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • SYKT
    SYKT
    Dokumen104 halaman
    SYKT
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Rettt
    Rettt
    Dokumen92 halaman
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • DJ
    DJ
    Dokumen124 halaman
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Dokumen43 halaman
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HMP
    HMP
    Dokumen163 halaman
    HMP
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Dokumen53 halaman
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Dokumen105 halaman
    C&amp SII
    kelabk
    Belum ada peringkat