Anda di halaman 1dari 7

BURUNG PUCUNG dengan KETAM m/s 1. Seekor Burung Pucung hidup sebatang kara berhampiran sebuah kolam.

Kolam itu penuh dengan ikan. Burung Pucung menangkap ikan sebagai alas perut setiap hari. m/s 2. Lama kelamaan Burung Pucung semakin tua dan tidak secergas dahulu. Ia pun mencari jalan untuk menangkap ikan dengan mudah. m/s 3. Suatu hari , Burung Pucung berpura-pura tidak mahu menangkap ikan lagi. Ikan-ikan di dalam kolam melompat lompat kerana sangat suka hati. m/s 4. Seekor ketam yang turut tinggal di dalam kolam itu berasa hairan lalu bertanya kepada Burung Pucung. Mengapakah pak cik tidak mahu menangkap ikan lagi seperti biasa ? m/s 5. Semalam, ada tiga orang nelayan melintasi kolam ini. Mereka berhajat untuk menangkap semua ikan di dalam kolam ini, kata Burung Pucung. Ini yang membuat aku berasa susah hati. m/s 6. Semua ikan di dalam kolam kecut perut apabila mendengar cerita Burung Pucung. Apakah yang patut kami lakukan? Tanya ikan-ikan itu. Tolonglah kami semua , rayu mereka .

m/s 7. Burung Pucung berpura-pura mencari jalan lalu berkata, Tidak jauh dari sini ada sebuah kolam besar. Kalau kamu semua berpindah ke sana tentu kamu semua akan bernasib baik. m/s 8. Bagaimanakah caranya untuk kami berpindah ke sana?, tanya ikan- ikan itu seperti cacing kepanasan. Aku boleh bawa kamu semua ke sana di dalam paruhku seekor demi seekor, jawab Burung Pucung. m/s 9. Burung Pucung pun membawa seekor ikan lalu terbang. Seketika kemudian ia hinggap di atas seketul batu besar yang rata. Ia makan ikan itu lalu terbang semula untuk membawa ikan-ikan lain. m/s 10. Ketam pun ada hati ke kolam yang baharu itu. Burung Pucung pun berfikir, Sesekali aku bertukar selera kepada ketam tentu lazat juga. m/s 11. Biar saya bergantung pada leher Pak Cik, kulit saya keras lagi licin, kata Ketam kepada Burung Pucung. Burung Pucung pun bersetuju.

m/s 12. Burung Pucung terbang tinggi ke udara dengan membawa Ketam di lehernya. Apabila Burung Pucung hinggap di atas batu besar itu, Ketam terlihat tulang-tulang ikan di situ. m/s 13. Kini barulah Ketam tahu tipu-muslihat Burung Pucung . Ketam sakit hati lalu mengepit leher Burung Pucung sekuat- kuat hatinya. Burung Pucung rebah lalu mati. m/s 14. Selepas itu Ketam pulang ke kolam yang lama. Ketam terus memberitahu kepada ikan- ikan tentang kezaliman Burung Pucung kepada rakan-rakannya. Mulai sekarang, kita boleh hidup aman dan damai, kata mereka sambil melompat keriangan.

Pengajaran Cerita: Orang yang jahat selalu berpura-pura baik untuk berbuat kejahatan. Kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak mudah tertipu. Glosari: 1. semakin 2. berpura-pura 3. melintasi 4. bergantung 5. rebah 6. kezaliman Kata Majmuk 1. sebatang kara 2. alas perut 3. mencari jalan 4. suka hati 5. susah hati 6. kecut perut 7. bernasib baik 9. ada hati 10. bertukar selera 11. tipu-muslihat seorang diri. - makan dengan kadar yang sedikit. berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu. - gembira - sedih - takut - bertuah inginkan sesuatu merasa makanan lain daripada biasa - pembohongan - bertambah - berbuat seakan-akan - melalui - berpaut - jatuh terbaring - kekejaman

8. cacing kepanasan- resah

12. sakit hati

- marah

13. mencabut nyawa - ambil nyawa Soalan- soalan: 1. Apakah yang digunakan oleh Burung Pucung untuk menangkap ikan ? 2. Apakah akal Burung Pucung untuk menangkap ikan dengan cara yang paling mudah? 3. Apakah berita yang dibawa oleh Burung Pucung? 4. Bagaimanakah cara Burung Pucung menolong ikan-ikan itu berpindah? 5. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada ikan-ikan yang ditolong oleh Burung Pucung? 6. Bagaimanakah Ketam membalas dendam kepada Burung Pucung? 7. Bagaimanakah perasaan Ketam dan ikan-ikan lain selepas Burung Pucung mati? Berikan sebab kamu.

Buku Ini Kepunyaan Saya Nama : Tarikh Lahir: . Umur : . Kelas : .

Sekolah: ......

Anda mungkin juga menyukai