Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN)

ANJURAN: SEMESTER 5 PISMP AMBILAN JANUARI 2011 KUMPULAN PISMP 5.12 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

1.0

PENDAHULUAN

Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita. Namun setelah arus pemodenan mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Di dalam negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ini, banyak permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah batu seremban, dam haji, kondakondi, guli dan congkak Walau bagaimanapun, permainan-permainan ini semakin dilupakan oleh generasi muda terutamanya yang tinggal di bandar. Dalam usaha untuk memartabatkan semula permainan tradisional yang menjadi warisan nenek moyang kita kepada generasi muda. Sebagai selaku bakal pendidik, wajar untuk kami mengetahui dan berusaha untuk mengekalkan warisan ini supaya tidak reput dek hujan, tidak lekang dek panas dan memperkenalkan kepada anak didik khususnya generasi muda. Maka, karnival ini dijadikan batu loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisional di negara kita. Disamping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum, dan melahirkan generasi yang aktif. 2.0 RASIONAL Murid sekolah rendah merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat di masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk memastikan ianya terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Dalam aktiviti ko-kurikulum aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui karnival ini adalah diharapkan para siswa guru dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan dengan cemerlang. 3.0 MATLAMAT

Melahirkan bakal guru murid sekolah rendah yang mampu menghayati dan mengangkat warisan masyarakat ke mata generasi muda disamping dapat merancang dan menguruskan sesuatu karnival sukan sebagi pengalaman awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru kelak. 4.0 OBJEKTIF Objektif karnival sukan tradisional ini adalah : 4.1 Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam pro forma kursus Pendidikan Jasmani (PJM 3112) yang berkaitan dengan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. 4.2 4.3 4.4 4.5 Memahami dengan lebih mendalam tentang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan secara amali. Memenuhi tugasan mata pelajaran elektif yang membawa kepada markah akhir kursus Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. 4.6 4.7 4.8 4.9 Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Melahirkan bakal guru yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai hal. Memberi pengalaman kepada bakal guru murid sekolah rendah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau karnival sukan. 5.0 6.0 7.0 TARIKH 5.1 6.1 21 MAC 2013 (Khamis) ( Jam 8.00 am hingga 10.00 am ) WAKTU TEMPAT

Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 8.0 SASARAN/PENYERTAAN Semua ahli kumpulan PISMP 5.12 9.0
Bil 1. 2. 3.

KEWANGAN : SUMBER DAN PERBELANJAAN


Perkara Yuran Peserta Minuman Peserta Hadiah Kuantiti 15 x RM 2.00 15 x RM 1.00 3 pasukan Harga/ Unit RM 2.00 RM 1.00 RM 5.00 / 3 Unit JUMLAH Jumlah RM 30.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 30.00

10.0 PELAN LANTAI

URUSETIA

TEKNIKAL C D

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi

Asmirul Bin Ahmad Wahab Naib Pengerusi Dhabitah Binti Mohd Noor Setiausaha Nor Salsabila Bt Mansor Ahmad Khan Bendahari Ezah Fatini Binti Zakaria AJK Buku Program Dan Broshur Siti Nur Idayu Binti Abdullah Fatin Affa Binti Fadzil AJK Publisiti Emy Syazwany Binti Mohd Akib AJK Gimik Mohamad Hafizan Bin Zainuddin Mohd Faizal Bin Salehon AJK Peralatan Mohd Faris Bin Zulkifli Mohd Zulfadhli Bin Hashim AJK Persiapan Tempat Mohd Helmi Bin Zakaria Izrin Shah Bin Mohd Fadzillah AJK Makanan Ahmad Abdin Shakirin Bin Baharin AJK Batu Seremban Noor Najiah Bt Ahmad

AJK Dam Haji Mohd Amirul Iqmal Bin Mohd Fadill AJK Konda Kondi Mohd Azri Bin Marsoha AJK Guli Mohd Safuan Bin Senawi AJK Congkak Nor Amirah Bt Mohamad Noor

12.0 PERATURAN PERMAINAN

12.1 Sistem Pertandingan Kalah mati 2 kali 12.2 Peraturan Pertandingan Rujuk Lampiran 12.3 Syarat Pertandingan 12.3.1 Batu yang digunakan adalah batu yang disediakan oleh pihak penganjur. 12.3.2 Penentuan giliran ditentukan oleh penimbangan batu sebelum bermula. 12.3.3 Markah yang dikira bedasarkan berapa biji batu yang dikutip. 12.3.4 Selepas 6 batu dikutip, satu lagi permainan percuma diberikan. 12.3.5 Pemenang ditentukan dengan markah yang tertinggi

13.0 JADUAL PERTANDINGAN 13.1 Jadual

KUMP. 1 KUMP. 2 KUMP. 3 KUMP. 4 KUMP. 5 KUMP. 6 KUMP. 7 KUMP. 8

a e b k c f d n

i g l h j

13.2 Senarai Nama Pemain Kumpulan NAMA

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5

Muhamad Amirul Iqmal B. Mohammad Fadill Siti Amirah Bt Mohamad Noor Muhammad Safuan B. Senawi Nor Sal Sabila Bt Mansor Ahmad Khan Muhamad Azri Bin Marsoha Nurwahidah Bt Hassan Mohd Zul Fadli B. Hashim Emy Syazwany Bt Mohd Akib Mohamad Noor Helmi Bin Zakaria Akmal Bin Asahari

Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8

Mohd Faris Bin Zulkifli Ezah Fatini Bt Zakaria Ahmad Abdin Shakirin Bin Baharin Siti Nur Idayu Bt Abdullah Mohamad Faizal Bin Salehon Dhabitah Binti Mohamad Nor

Pegawai Teknikal : Izrin Shah Bin Md Fadzillah Pengadil : Fatin Afifa Binti Fadzil : Mohamad Hafizan Bin Zainudddin : Noor Najiah Binti Ahmad

13.3 Jadual Perlawanan


PERLAWANAN GELANGGANG PENGADIL

Kumpulan 1 VS Kumpulan 2 Kumpulan 3 VS Kumpulan 4 Kumpulan 5 VS Kumpulan 6 Kumpulan 7 VS Kumpulan 8 Pemenang (a) VS Pemenang (b) Pemenang (c) VS Pemenang (d) Kalah (a) VS Kalah (b) Kalah (c) VS Kalah (d) Pemenang (g) VS Kalah (f) Pemenang (h) VS Kalah (e) Pemenang (e) VS Pemenang (f) Pemenang (i) VS Pemenang (j) Pemenang (l) VS Kalah (k) Pemenang (m) VS Pemenang (k) (FINAL)

a b c d e f g h i j k l m n

A B C D A B C D A B C D A B

IZRIN NAJIAH FATIN HAFIZAN IZRIN NAJIAH FATIN HAFIZAN IZRIN NAJIAH FATIN HAFIZAN IZRIN NAJIAH

14.0 PENUTUP Semoga semua perancangan dan pelaksanaan Pertandingan Sukan Tradisional (Batu Seremban) ini berjalan dengan lancar dan mencapai semua matlamat dan objektifnya. Disediakan oleh, . (MOHAMAD HAFIZAN BIN ZAINUDDIN) Setiausaha, Karnival Pertandingan Tradisional, Anjuran PISMP 5.12, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor.

Disemak oleh,

(PUAN SARAWATY BINTI MOHAMAD RAMLY) Pensyarah Penasihat, Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Pendidikan Islam.

Disahkan oleh,

. (PUAN AZIZAH BINTI MD AMIN) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Pendidikan Islam.

Anda mungkin juga menyukai