Anda di halaman 1dari 3

CUNGKIL GIGI ANTARA KEPERLUAN, STATUS DAN TUNTUTAN AGAMA

Pencungkil gigi adalah sejenis alat yang dibentuk khas untuk membersihkan ruang di antara gigi.

Cerita cungkil gigi atau tusuk gigi adalah lebih lama dari berus gigi. Ia mula popular semenjak 300 tahun lalu. Dalam zaman kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang cukup tinggi nilainya, ia mengambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima. Ada pula setengah kaum menyertakan pencungkil gigi sebagai mas kawin. Dalam Romania kebudayaan dan Greek

kuno pula, cungkil gigi dianggap sebagai

lambang status. Kalau masa kini penggunaan kad kredit sebagai

lambang golongan elit, bagitulah juga gambaran zaman Romania dan Greek. Malah cara penggunaanya menjadi buah mulut seperti musim fesyen di Paris!

Kemasyuhuran cungkil gigi juga banyak digambarkan dalam dunia kesusasteraan. Shakespear penulis dan aktor Inggeris tersohor pernah mengagungkan alat ini dalam drama klasik beliau berjudul Much a do about nothing.

Malah penyair terkenal Islam dari Parsi dan penulis buku Rubaiyat iaitu Umar Khayyam (1025 1123M) sebelum beliau meninggal dunia pernah malakukan tiga perkara sebagai persediaan iaitu, meninggalkan wasiat bertulis, sembahyang dan

menggunakan pencungkil gigi untuk membersihkan mulut, meninggalkan mulut bersih. Cungkil gigi dan tuntutan agama Cungkil gigi turut dihubungkaitkan dengan kepercayaan dan agama. Dalam agama Hebrew tidak membenarkan penganutnya memakai barang kemas dihari mulia Sabbath. Anehnya pencungkil gigi amat digalakan pada hari tersebut. Agama Hindu pula menganggap menggunakan pencungkil gigi yang diperbuat dari dahan pokok buah fiz adalah satu amalan yang baik.

Dalam agama Islam menggunakan pencungkil gigi dibuktikan melalui riwayat dimana Rasulullah S.A.W meninggalkan

wasiat kepada menantu baginda, Saidina Ali bin Abu Talib yang bermaksud: Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi (membersihkan gigi) dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut,

mencerahkan mata dan diredai Allah. Dalam riwayat lain juga Rasullulah S.A.W bersabda:

Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat tidak senang

dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi yang tidak dicungkil selepas makan.Ini menunjukan Islam mementingkan aspek kesihatan dan kebersihan gigi yang harus tidak dipandang ringan kerana ia diamalkan oleh junjungan besar kita Muhammad S.A.W contoh teladan yang maha benar yang dikurniakan kepada umat Islam

Jenis dan fungsi cungkil gigi Ada terdapat berbagai bentuk seperti leper seperti papan, bulat dan runcng dihujung da nada yang berbentuk tiga segi.

Kebanyakan cungkil gigi diperbuat dari jeni kayu lembut. Ada juga yang diperbuat dari logam, getah bahkan juga tulang ikan. Dizaman moden ini ada cungkil gigi yang diperbuat dar bahan nilon, bentuknya pula ada yang berbentuk berus gigi dan dengan ini fungsinya juga akan bertambah.

Fungsi cungkil gigi selain dari membersihkan celah-celah gigi dari sisa-sisa makanan, alat ini juga berfungsi mengurut gusi.

Cara penggunaanya Yang penting berhubung cungkil gigi adalah cara menggunakannya. Jika tersalah menggunakannya buruk padahnya. Berikut adalah cara menggunakannya: o Cungkil gigi ditempatkan di celah antara dua gigi. o Dengan perlahan gunakan gerakan mencungkil, supaya sisa makanan yang tersepit boleh dicungkil keluar. Jangan asak, tekan atau mencucuk di bahagian tadi. o Pastikan jangan mengasah alat ini pada gusi. Ini untuk mencegah gusi cedera. o Untuk memudahkan penggunaanya lakukan di hadapan cermin.

Kesimpulan Pendek kata, penggunaan alat pencungkil gigi tidak lapuk dek zaman, lihat sekeliling, restoran-restoran seringkali menyediakan alat ini untuk digunakan oleh

pelanggannya, lebih tinggi taraf restoran itu lebih menari bentuk cungkil gigi diatas meja.

Amalan menggunakan pencungkil gigi bukan sahaja amalan yang baik dan menunjukan status tapi ia seharunya diamalakan oleh umat islam kerana ia adalah satu sunah jika diikuti mendapat ganjaran yang besar!

Anda mungkin juga menyukai