Anda di halaman 1dari 24

KEPERCAYAAN & PANTANG LARANG

Maksud kepercayaan

Sesuatu yang diyakini dan dipercayai benar Merupakan komponen penting untuk mencorakkan kebudayaan sesuatu masyarakat Dalam kepercayaan itu, terdapat pula pantang larang dan ramalan atau petanda

Pantang larang & adat semasa: Memasuki hutan Berburu binatang Melahirkan anak

Memasuki hutan

Masyarakat Melayu zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih Merupakan satu tradisi yang tidak dapat dielakkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepentingan manusia Kepercayaan terhadap semangat hutan begitu kuat dan tebal Menganggap hutan mempunyai semangat yang keras.

Selain didiami oleh binatang, juga turut didiami oleh jembalang, pari-pari dan mambang Ia boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran itu perlu dilakukan upacara khas Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa berada di hutan

Pantang larang ketika memasuki hutan

Jika di tengah hutan tidak boleh melaung kuat nanti disahut hantu -dipercayai jeritan itu akan disambut oleh hantu dan mungkin akan menyesatkan orang itu Dilarang pegang pokok merah -pokok yang berbisa yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal-gatal

Pantang bersiul dalam hutan -akan disambar langsuir.motif utama ialah menyuruh seseorang senyap kerana dikhuatiri diketahui oleh binatang ganas dan ini mengancam keselamatan diri
Pantang tidur atas pokok jika sesat -nanti dilapah hantu. Ini bermaksud dikhuatiri jatuh

Jika sesat dihutan jangan tidur di tepi sungai -takut dimakan hantu. Larangan ini bermaksud dikuatiri terancam oleh binatang buas yang turun minum air pada malam hari Jika terdengar sahutan jangan dijawab -dikatakan telah menyahut suara hantu. Ia bermaksud menegah perbuatan itu kerana dikuatiri jejak seseorang akan dikesan oleh musuh

Dilarang bercakap besar jika ke hutan -apa yang disebutkan itu akan ditemui dihutan Contoh: -kalau bertemu harimau akan dipatahpatahkan tengkuknya, maka dipercayai seseorang itu pasti bertemu dengan binatang itu

Pantang larang ketika memburu

Hendaklah jangan berpecah daripada kumpulan. Sekiranya berpecah maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik - Contohnya tertembak rakan sendiri. Mengikut kepercayaan bahawa jembalang akan menyerupai wajah rakan atau menyerupai binatang yang hendak diburu

Pantang larang semasa bersalin atau beranak

Bagi adat resam yang dijalankan dahulu itu ada 5 peringkat iaitu: i) Lenggang atau kirim perut ii) Hari beranak iii) Mencukur kepala & memberi nama anak iv) Ibu berpantang v) Ibu mandi bersintuk limau

Lenggang atau kirim perut

Adat yang dijalankan ke atas seseorang isteri yang genap 7 bulan mengandung Maka dipanggil bidan utk memeriksa dan menentukan isteri yg hamil itu betul tidak genap 7 bulan hamilnya Bila didapati betul maka mulalah tuk bidan ditempah

Kelengkapan yg mustahak disediakan seperti: -7 helai kain(yg berlainan warna) -segantang beras -sebiji kelapa -beberapa urat benang mentah -sebatang damar -sedikit lilin -1 tempat sireh @ tepak -pengkeras wang sebanyak lima suku($1.25) di dlm tepek itu

Hari cukur kepala & memberi nama anak

Hari bersalin atau beranak

Ada sejenis hantu atau syaitan yg suka datang pda masa waktu perempuan bersalin kerana hendak memakan darah perempuan itu Secekak mengkuang yg berduri digantung betul-betul di bwh tmpt ibu bersalin. Kononnya dapat menegah hantu drpd datang menhampiri tempat itu. Tempat orang beranak itu dicalitkan pangkah dgn kapur yg disertai jampi serapah Ditengah-tengah dahi anak kecil itu dipangkah dgn minyak yg telah dicampur dgn serbuk arang kayu dan dijampi bagi menjauhkan anak itu drpd dirasuk oleh syaitan

Hari cukur kepala & memberi nama anak

Berpantang 44 hari

Ibu ditegah drpd makan sebarang kehendaknya atau berbuat sebarang kerja berat Slps 7 hari, baru boleh dibenarkan dia berjalan sedikit di dalam rumah itu sahaja Paling penting sekalipun ibu itu berasa dia sudah boleh membuat kerja, sama sekali ditegah berjalan @ berkereta keluar dari rumahnya

Ubat yg diberikan bidan selalu diamalkan oleh ibu ini. Amalan tugku perut sehari sekali turut diamalkan Zaman sekarang, amalan ini kurang diamalkan oleh kerana sudah banyak orang suka memakai ubat doktor. Mereka juga lebih gemar bersalin di hospital dan tidak berpegang dgn adat berpantang 44 hari itu lagi.

Mandi selepas pantang

Ibu dimandikan dgn air sintuk limau serta dilagirkan sebagai isyarat melepaskan pantang. Ibu bebas menjalankan sebarang pekerjaan, berjalan ke mana-mana dan tidakperlu takut terkena bentan.

Soalan
1)

2)

Terangkan secara terprinci pantang larang ketika memasuki hutan Terdapat 5 peringkat bagi menjalankan upacara adat bersalin. Bagaimana cara atau adat bagi ibu berpantang

Anda mungkin juga menyukai