Anda di halaman 1dari 4

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan

untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan
cara santau angin.[1], [2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan
seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan
tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh
yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.
Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi
santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan
mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun
ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah
musuh.[5] Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-
paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak boleh mendapat zuriat
disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung
oleh isteri mereka[perlu rujukan].
Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.[6]

Isi kandungan
[sorokkan]

1Matlamat
2Kelebihan
3Kelemahan
4Penelitian secara ilmiah
5Rujukan
6Pautan luar

Matlamat[sunting | sunting sumber]


Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.[7]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]


Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara
berhadapan, tetapi secara bersembunyi. [8]
Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia
dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan sama ada melalui X-
ray mahupun ultrabunyi. Hal ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa
di The Hague di Belanda pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang
melarang penggunaan bahan yang menyebabkan keseksaan tidak perlu (unnecessary
suffering) atau kecederaan yang tidak diperlukan (superfluous injury). Antara lain ia
melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah
mengesannya.[9]

Kelemahan[sunting | sunting sumber]


Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin ke arah mangsa dan dihidu masuk ke
dalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh
turut terhidu habuk berbisa itu.[10]
Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau
akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan
oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka. [11]
Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari
sehingga beberapa tahun.[12]

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]


Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh
musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.[13]
Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam
dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa
disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku
kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab
dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam
bercampur racun yang digunakan. Hal ini mengakibatkan keadaan
seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.[14], [15]
Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau
bertindak. Hal ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana
bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera
sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh[perlu rujukan].

Apakah Itu Santau?


Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir
atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau
selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita
berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam
jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun
santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:


1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air
lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa
getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu,
miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau
ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila
terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang
sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-
bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan
sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu
dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti
bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai santau angin atau santau seru, santau
ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau
jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan
ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-Jenis Santau:
Terdapat 2 jenis santau
1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau
zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan
keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu
mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan
hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan
syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan
kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau
walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan
membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak
yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi
mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening
kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia
merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan
batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam
hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah,
dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah.
Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam
badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur
dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk
keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-
mana organ dalam badan.

Sintom & Kesan Santau:


1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut
pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke
hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-
biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini
pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila
terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut
luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang
anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-
paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini
menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah
pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai