Anda di halaman 1dari 6

Gila meroyan

MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang
kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat
secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya
memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah,
terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan
melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak
dibenarkan menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas
melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah
ini tetap berlaku kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya
kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan
selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi
meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan
diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya
ketahanan mental seseorang. Bagi yang tahan lasak dan reda dengan takdir serta menganggap
setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih
rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
Pertambahan tanggungjawab.
Tekanan.
Kurang sokongan keluarga.
Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau
sebaliknya).
Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom
meroyan ialah:
Terlalu lesu.
Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
Tidak boleh tidur malam (insomnia).
Sedih keterlaluan
Menangis tanpa sebab.
Resah gelisah
Berasa diri tidak berharga
Sentiasa berasa bersalah
Emosi mudah terganggu
Hilang selera
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:
Hilang pertimbangan
Berasa benci kepada anak
Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang
terkenal)
Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
Terlintas mahu membunuh diri
Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia
berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko
tinggi untuk mengalami masalah ini.
Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang
wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami
masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.
Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau
sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan
selepas bersalin atau dipanggil baby blues. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi
masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari, katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah baby blues. Ia masalah biasa dan tidak perlu
dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa
tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi
cepat berubah.
Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang
beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga
disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.
Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu
beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri
boleh mendapat tidur yang cukup.
Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami
kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit
tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran, katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada
perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna
atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh
menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini
meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai
anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini
juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga bukan sekadar memberi peluang
anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.
Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan
postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.
Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan
sampingan kepada bayi.
Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara
purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun.
Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik tertakluk kepada masalah setiap
individu.
Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan
membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.
Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan
wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.
Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk
isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka
sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.
Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan
pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari
kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini, katanya

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression
- PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan
wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku
dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan
kadar berlaku sebenar tidak jelas.[1]

Isi kandungan
[sorokkan]

1Kelesuan Postpartum (Postpartum Exhaustion- PPE)


2Fakto risiko
o 2.1Hipotesis psikologi evolusi
3Kesan kepada hubungan keluarga dan bayi
o 3.1Keselamatan
o 3.2Kajian kebergantungan (Attachment)
4Mengelak
o 4.1Zat
5Rawatan
6Postpartum psychosis
7Rujukan
o 7.1Nota
o 7.2Bacaan lanjut
8Pautan luar

Kelesuan Postpartum (Postpartum Exhaustion-


PPE)[sunting | sunting sumber]
Kelesuan Postpartum (PPE) disebabkan kekurangan tidur bercampur pertukaran hormon dalam
tubuh wanita sejurus selepas melahirkan anak dan boleh menjadi serdahana atau teruk.
Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca
asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti meroyan
(postpartum depression), tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan (postpartum
depression sungguhpun kelesuan biasanya diakibatkan hanya dari kelesuan keterlaluan.
Rawatan perubatan adalah minima. Boleh berlangsung antara 1 dan 20 hari dan bertindak balas
dengan mendapatkan tidur yang secukupnya.

Anhedonia[2]
Menghindari masyarakat[2]
Lemah dan lesu[2]
Mudah berputus asa[2]
Merasa tidak sempurna menjaga bayi[2]
Masaalah bertutur dan menulis
Mudah marah pada orang lain
Cepat risau atau serangan panik
Meningkat nafsu
Satu kaedah mengesan Postnatal Depression (PND) adalah dengan penggunaan Skala
Kemurungan Postnatal Edinburgh. Sekiranya ibu baru mendapat lebih 13, dia berkemungkinan
mengidap PND.[3]

Fakto risiko[sunting | sunting sumber]


Sungguhpun bukan kesemua punca PPD diketahui, sejumlah faktor telah dikenal pasti sebagai
pejangka PPD (kesan saiz diberikan dalam kurungan, di mana lebih besar menunjukkan
peningkatan kesan):

Menyusu susu formula dan bukannya susu dada (2.04)[4]


Sejarah kemurungan (1.87)[4] (.38 to.39) Beck (2001)
Merokok (1.58)[4]
Nilai diri rendah (.45 to. 47) Beck (2001)
Tekanan penjagaan anak (.45 to .46) Beck (2001)
Kemurungan pranatal semasa hamil (.44 to .46) Beck (2001)
Kerisauan pranatal (.41 to .45) Beck (2001)
Tekanan hidup (.38 to .40) Beck (2001)
Tiada sokongan masyarakat (.36 to .41) Beck (2001)
Hubungan perkahwinan teruk (.38 to .39) Beck (2001)
Masalah bayi meragam /colic (.33 to .34) Beck (2001)
Maternity blues (.25 to .31) Beck (2001)
Ibu tunggal (.21 to .35) Beck (2001)
Status ekonomi sosial rendah (.19 to .22) Beck (2001)
Kehamilan tidak dijangka/dikehendaki (.14 to .17) Beck (2001)
Dari ini, tiga faktor - menyusu formula, sejarah kemurungan, dan merokok - telah terbukti
merupakan kesan ketagihan.[4]
Faktor ini diketahui sebagai berkait dengan PPD. "Kaitan" dalam kes ini bererti bahawa tahap
tinggi kemurungan prenatal adalah berkait dengan tahap tinggi kemurungan postnatal, dan tahap
rendah kemurungan prenatal adalah berkait dengan tahap rendah kemurungan postnatal. Tetapi
ini tidak bererti bahawa kemurungan prenatal menyebabkan kemurungan postnatal keduanya
mungkin disebabkan oleh faktor ketiga. Sebaliknya, sesetengah faktor, seperti ketiadaan
sokongan sosial, hampir pasti menyebabkan kemurungan postpartum.
(Peranan penyebab ketiadaan sokongan sosial pada PPD kuat dicadangkan dalam beberapa
kajian, termasuk O'Hara 1985, Field et al. 1985; and Gotlib et al. 1991.)
Tambahan kepada analisa meta oleh Beck yang disebut di atas, kajian akedemik lain turut
menunjukkan hubungkait antara ras ('kaum ') ibu, kelas sosial, dan/atau cenderungan seksual
dan kemurungan postpartum. Pada 2006 Segre et al, melakukan kajian "pada tahap mana
kamu/ethnik merupakan faktor risiko" bagi PPD.[5]Mengkaji 26,877 wanita postpartum mereka
mendapati bahawa 15.7% mengalami kemurungan. Dari wanita yang mengalami PPD, 25.2%
merupakan Amerika Afrika, 22.9% adalah Indian Amerika/Peribumi Alaska, 15.5% adalah
Caucasian, 15.3% adalah Hispanik, dan 11.5% adalah Asia/Penduduk Kepulauan Pasifik.
Walaupun "faktor sosian penting seperti usia, pendapatan, pendidikan, taraf perkahwinan, dan
kesihatan bayi dikawal, Wanita Amerika Afrika masih muncul dengan peningkatan risiko tinggi
bagi mengalami PPD".[5]
Segre et al, turut mendapati kaitan antara kelas sosial ibu dan PPD. Tidak menghairankan,
wanita dengan kekurangan sumber menunjukkan tahap kemurungan postpartum lebih tinggi dan
tertekan berbanding mereka yang memiliki sumber kewangan lebih baik. Kadar PPD
berkurangan dengan peningkatan pendapatan seperti berikut:

<$10,000 24.3%
$10,000-$19,000 20.0%
$20,000-$29,000 18.8%
$30,000-$39,000 15.3%
$40,000-$49,000 13.7%
$50,000 10.8%[5]
Sama juga, kajidan yang dilakukan oleh Howell et al pada 2006 mengesahkan jumpaan Segre
bahawa wanita bukan berkulit putih dan dalam kategori sosial ekonomi rendah lebih banyak
menunjukkan simptom PPD.[6]
Pada kajian 2007 yang dilakukan oleh Ross et al, ibu lesbian dan bisexual diuji bagi PPD dan
kemudiannya dibanding dengan contoh heteroseksual. Ross et al mendapati bahawa "ibu biologi
lesbian dan bisexual memiliki kadar markah Edinburgh Postnatal Depression Scale (EPDS) jauh
lebih tinggi berbanding contoh wanita heterosexual."[7] Kajian Ross mencadangkan bahawa PPD
lebih biasa dikalangan ibu lesbian dan bisexual. Dari kajian yang dilakukan pada 2005 oleh
Ross, kadar PPD lebih tinggi dikalangan ibu lesbian/bisexual berbanding ibu heterosexual
mungkin disebabkan oleh kurang "sokongan sosial, terutama dari keluarga asal mereka dan
tambahan tekanan akibat diskriminasi homofobia" dalam masyarakat.[8]
Sungguhpun perubahan hormon besar berlaku selepas kelahiran anak sering kali didakwa
sebagai punca PPD, tidak banyak bukti yang menunjukkan bahawa perbezaan pada hormon
kehamilan berkait dengan variasi pada kadar PPD: Kajian yang memeriksa kadar hormon
kehamilan dan PPD biasanya gagal menjumpai sebarang kaitan (lihat Harris 1994; O'Hara
1995). Tambahan lagi, bapa, yang tidak mengalami perubahan hormon besar, mengidap PPD
pada kadar agak tinggi (contoh., Goodman 2004). Akhir sekali, semua ibu mengalami perubahan
hormon ini, tetapi hanya sekitar 1015% mengalami PPD. Ini "tidak" bererti, bahawa hormon
tidak memainkan peranan dalam PPD.[9] Sebagai contoh, ianya didapati bahawa, pada wanita
dengan sejarah PPD, rawatan hormon meniru kehamilan dan (parturition) menyebabkan wanita
ini mengalami simptom mood. Rawatan yang sama, bagaimanapun, tidak menyebabkan
simptom mood pada wanita tanpa tanpa sejarah PPD. Satu penafsiran keputusan ini adalah
terdapat kumpulan kecil wanita yang lemah kepada perubahan hormon semasa kehamilan. Satu
penafsiran lain pula adalah meniru kehamilan akan mencetus PPD pada wanita yang lemah
kepada PPD di atas sebarang sebab disebut dalam analisa-meta Beck (diringkaskan di bawah).
Perubahan gaya hidup yang besar disebabkan penjagaan bayi turut didakwa sebagai punca
PPD, tetapi sekali lagi tidak terdapat bukti bagi hipothesis ini. Ibu yang telah mempunyai
beberapa orang anak sebelumnya tanpa mendapat PPD masih boleh mendapat PPD dengan
anak terbaru mereka (Nielsen Forman et al. 2000). Tambahan lagi, kebanyakan wanita
mengalami perubahan gaya hidup yang besar dengan kehamilan pertama mereka, tetapi
kebanyakan mereka tidak mengalami PPD.
Kadang kala sakit jiwa sedia ada boleh menonjol melalui kemurungan postpartum. Ia diketahui
ramai bagi wanita di mana keluarga mereka mempunyai sejarah sakit mental seperti bipolar,
schizophrenia dan autism, dan kadar penagihan dadah dan alkohol lebih dari purata dalam
keluarga tersebut.
Pada 2009, penyelidik di Universiti California, Irvine, melaporkan bahawa kadar corticotropin-
membebas hormon (corticotropin-releasing hormone - CRH) semasa minggu ke-25 kehamilan
mampu menjangka peluang wanita mengalami kemurungan postpartum [10].

Anda mungkin juga menyukai