Anda di halaman 1dari 33

Adalah didapati bahawa setiap tingkah laku manusia adalah hasil rencana politik mindanya; maka setiap perbuatan

manusia itu tidak boleh dipisahkan daripada politik. Cara manusia berfikir untuk mencari makan, menyara kehidupan, menjalankan kegiatan kumpulan dan masyarakat adalah merupakan strategi politik dalam kehidupan. Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang sukar diterima sekiranya hendak dipisahkan sukan dan politik.

Haji Gapor Ahmad. (2007). Kejurulatihan dan sains

Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti, proses dan perkembangan sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan pemain, jurulatih dan juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau proses merebut piala kejohanan. Politik juga wujud dalam kelab sukan. Malah ada kalanya politik berperanan dalam memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya.

Haji Gapor Ahmad. (2007). Kejurulatihan dan sains

FOKUS

Kelebihan:
Menurut Anuar Abu Bakar, penjaring gol terbanyak Liga Perdana Satu tahun 1995, kehadiran pemain import ke negara ini untuk pemain tempatan menyesuaikan diri dengan bola sepak moden.
Sumber: Arena Bola Sepak, 8 Disember 2011

Menurut Faizal Abdul Rahman, bekas penjaga gol Selangor, pemain dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama pemain import di dalam dan juga di luar padang.
Sumber: Arena Bola Sepak, 8 Disember 2011

Sumber: Arena Bola Sepak, 8 Disember

Dapat meningkatkan prestasi pasukan.

Sumber: Utusan, 10 Januari

Kelemahan:
Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh tidak menyokong kemasukan pemain import ke Liga Malaysia kerana ia akan membantutkan prestasi pemain muda tempatan. Tambahan beliau, kebanyakan pemain import yang datang ke negara ini hanyalah untuk cari makan.
Sumber: Arena Bola Sepak, 7 Disember 2011

Sumber: Arena Bola Sepak, 7 Disember

Krisis antara Datuk Misbun Sidek dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) sehingga menyebabkan perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek daripada jurulatih BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Hal ini telah menyebabkan prestasi Datuk Lee Chong Wei merosot. Datuk Lee Chong Wei berharap agar Datuk Misbun Sidek menjadi jurulatih beliau kembali.

Sumber: Sinar Harian, 22 Disember

Sumber: Sinar Harian, 22 Disember

Siti Fatimah, atlet acara lari pecut telah membuat keputusan ingin beralih ke acara sukan lain (lumba basikal) disebabkan oleh kemelut dalaman Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang masih tidak berkesudahan.

Sumber: Sinar Harian, 3 Januari

Sumber: Sinar Harian, 3 Januari

KELEMAHAN pengurusan selain tidak profesional dalam menguruskan pembangunan bola sepak di Kedah antara punca kemerosotan skuad Kenari sejak 2008. Bekas Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan pembantu jurulatih Kedah, Mohamed Shariff Nawab berkata, pentadbiran dahulu di era Allahyarham Datuk Ahmad Basri cukup tersusun kemas dan berkualiti serta tidak banyak berpolitik, tetapi di era profesional, KFA banyak berpolitik untuk kepentingan peribadi dengan

Sumber: Arena Bola Sepak, 31 Januari

Dalam pemilihan atlet untuk mewakili negara, kadangkala terdapat ketidak telusan dalam pemilihan. Keutamaan pemilihan menampakkan kecenderungan atau bias terhadap sesuatu pertubuhan atau organisasi.

Mengutamakan Pemain Senior yang bertaraf bintang. Pemilihan dibuat dengan memilih pemain daripada pertubuhan yang berprestij. Memilih atlet bukan berdasarkan pencapaian semasa, tetapi hanya berdasarkan pencapaian lampau.

Contohnya, pemilihan pemain untuk mewakili negara ke Skuad Piala Thomas 2012. Zulfidli Zulkifli yang merupakan Juara Remaja Asia dan Juara Remaja Dunia 2011 tidak terpilih untuk mewakili negara ke Skuad Piala Thomas.

Sebelum ini beberapa pemain BAM seperti Mohd Arif Latiff serta Tan Chung Seang diberi peluang menyertai skuad Piala Thomas. Selaku juara remaja dunia, dia seharusnya diberi peluang sama ada sebagai perseorangan ketiga atau pemain simpanan, Bagi saya Zulfadli sudah memenuhi beberapa syarat untuk bermain pada Piala Thomas namun saya menyerahkan sepenuhnya kepada BAM dan berharap mereka tidak bersikap double standard menangani isu ini, Zulkifli Sidek - Jurulatih peribadi Zulfadli/ KLRC

Bagi mendapatkan sesuatu jawatan tertinggi dalam organisasi, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan tanpa memikirkan implikasinya.
Sebagai contoh, memberi rasuah.

Bekas calon jawatan presiden Fifa, Mohamed Hammam dikenakan hukuman diharamkan daripada terbabit dalam sukan bola sepak seumur hidup ekoran sabitan kesalahan memberi sogokan bagi mendapatkan sokongan menjelang pemilihan Presiden awal Jun lalu.

Hammam merupakan bekas Presiden Pertubuhan Bola Sepak Asia (AFC)

Dalam menguruskan sesuatu organisasi, semua pihak sama ada pemimpin atasan dan orang bawahan haruslah bersama-sama memastikan kejayaan organisasi tersebut. Namun, perselisihan antara pemimpin atasan akan mengakibatkan organisasi tersebut tidak mampu dikenalikan sebaiknya.

Kemelut yang melanda Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak lagi dapat dibendung apabila jurulatih dan atlet olahraga semalam tampil menyerahkan petisyen bantahan kepada presiden badan induk itu, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk diambil tindakan. (13 Feb 2012) Mereka mengusulkan agar Datuk Karim Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden KOM.

Harian Metro, 14 Feb 2012

Politik dan sukan merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan terutama di malaysia. Penglibatan politik dalam sukan sememangnya perlu. Tetapi politik yang melampau mampu memusnahkan bidang sukan tersebut. Konklusinya, politik adalah penting di dalam sukan tetapi sukan tidak perlu dipolitikkan.

Anda mungkin juga menyukai