Anda di halaman 1dari 2

Elisha: Selamat pagi saya ucapkan kepada guru yang dihormati, Encik Thoo dan rakan-rakan sekalian.

Di sini, kami memohon maaf kerana menunda ujian lisan kami. Jackie: Ya. Segala ini yang berlaku adalah kerana ahli kumpulan kami yang memang dihormati jatuh kesakitan. Antaranya ialah kakak Hii Lee Zing dan abang Emmanuel Lee. Persoalannya, apakah punca kamu dua ini sakit? Emmanuel: Saya pun tidak mahu sakit kerana Tahun Baru Cina hampir tiba. Saya fikir saya sakit kerana saya kurang bersenam apabila sesi persekolahan bermula. Lee Zing: Memanglah sibuk sejak sesi persekolahan bermula. Saya tidak dapat rehat dengan cukup sehingga saya jatuh kesakitan. Setiap hari selepas sekolah, saya perlu pergi ke tuisyen yang amat banyak sekali. Kadangkala, kerja rumah sekolah pun tak boleh disiapkan di rumah. Setiap malam saya tiba di rumah, saya sudah letih dan terus pergi ke tidur. Elisha: Ini memang kehidupan pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada hari ini. Saya fikir rakan-rakan sekalian pun menderita bersama kami. Namun, kesihatan kita masih perlu dijaga walaupun kita sibuk. Cara-caranya senang sahaja. Makanlah makanan seimbang setiap hari. Makan buah-buahan dan minum air yang cukup setiap hari. Jackie: Ya. Akhir-akhir ini, saya makan sebiji epal setiap hari kerana ibu mengajari saya sebiji epal sehari, menghindari saya daripada doktor. Jadi, memanglah baik kita makan buah-buahan setiap hari. Tak seberapa panjang masa yang diambil untuk makan sebiji epal. == Pada pendapat saya, lee zing pun juga perlu bersenam. Lee Zing: Saya berharap juga. Saya akan cuba mengurus masa saya dengan sebaiknya. Emmanuel: Saya fikir kamu perlu mengawal amalan mengambil makanan kamu. Banyak kali saya tengok kamu makan makanan segera yang tidak sihat untuk tubuh badan kita. Jackie: Saya bersetuju dengan Emmanuel . Setiap hari saya tengok kamu makan gulalah, keropok, apaapa yang sedap tetapi tidak seberapa sihat. Elisha: Ya. Tabiat ini amat buruk kerana makanan segera itu hanya ada pengawet dan bukannya khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Lee Zing: Saya tahu, saya sudah mengurangkan pengambilan makanan tersebut. Saya ingin menjaga kesihatan saya sihat dan boleh bermain sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Adakah kamu semua ini mula menghiaskan rumah kamu dengan hiasan Tahun Baru Cina? Emmanuel: Saya sudah mula bergotong royong dengan ahli keluarga saya. Eh, saya mengunjungi rumah kamu semua ini tahun baru cina nanti. Kamu semua ini mesti berada di rumah menunggu saya. Lee Zing: Janganlah kamu bermimpi. Tak mungkin kami menunggu kamu memberi angpao kepada saya. Saya sudah mula menghias rumah saya seminggu yang lalu. Sewaktu menghias rumah, saya amatlah gembira kerana perayaan kaum kita sudah mendatang.

Jackie: Memanglah gembira. Nampaknya masa kita hampir tamat. Secara konklusi, saya dengan hati yang ikhlas menasihati rakan-rakan sekalian agar menjaga kesihatan tubuh badan kita walaupun Tahun Baru Cina hampir tiba. Janganlah kita minum terlalu banyak minuman berkabonat dan mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Kita haruslah bersikap kesederhanaan. Akhirnya, sampailah berkat kumpulan kita kepada setiap rakan kita. SEMUA: Selamat Tahun Baru Cina.

Anda mungkin juga menyukai