Anda di halaman 1dari 9

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

David menangis __________ kerana duit belanja yang diberi oleh ayahnya hilang. A B C D terliur-liur teresak-esak tersedak-sedak ternganga-nganga

Gambar 1

Soalan 2 dan soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Anjing jiran Karthini __________ apabila terlihat orang asing yang tidak dikenali. A B C D mencicit-cicit mengiau-ngiau menyalak-nyalak mengembek-ngembek

Gambar 2

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera parah akibat __________ oleh seekor anjing di Putrajaya baru-baru ini. A digigit B dibaham C dimamah D digonggong

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Ayam kampung peliharaan Wak Awie tinggal __________ reban yang diperbuat daripada buluh. A B C D di tepi di atas di dalam di tengah

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Ibu __________ adik sepinggan nasi berlaukkan ikan dan ayam semasa makan tengah hari. A B C D hidangkan menghidangi terhidangkan menghidangkan

Gambar 4

Ibu mengganti langsir tingkap dan pintu rumah yang sudah __________ warnanya kerana sudah tiga tahun tidak diganti. A pudar B buruk C cerah D kusam

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

Pada setiap hari Khamis, __________ menghadiri aktiviti kokurikulum persatuan dan permainan di sekolah. A B C D dia kamu kalian mereka

Gambar 5

Pengawal keselamatan yang bertugas di gedung membeli-belah yang terkenal itu telah kehilangan __________ kunci. A segugus B sebatang C setangkai D segenggam

Soalan 9 dan soalan 10 berdasarkan Gambar 6

Posmen itu memasukkan ___________ surat ke dalam peti surat di rumah Puan Choong. A B C D senaskhah selembar sepucuk sehelai

Gambar 6

10

Puan Choong menerima surat itu __________ anaknya yang sedang belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai, Johor. A dari B pada

C D

kepada daripada

Soalan 11 dan soalan 12 berdasarkan Gambar 7

11 Empat ekor __________ nyamuk aedes telah dijumpai oleh


pegawai kesihatan di kawasan sekolah itu. A B C D
Gambar 7

sesemut jejentik lelabah lelipas

12

PIBG sekolah tersebut bersetuju untuk mengadakan aktiviti __________ bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes tersebut. A berebut-rebut B beramai-ramai C bersusah-payah D bergotong-royong

Soalan 13 berdasarkan Gambar 8

13

__________ mereka berbaris di situ? tanya Muhammad Redzuan kepada ayahnya. A B C D Bilakah Siapakah Mengapakah Bagaimanakah

Gambar 8

Soalan 14 dan soalan 15 berdasarkan Gambar 9

14

Anak-anak kucing parsi itu sungguh manja __________ dengan Selly. A B C D agak benar sekali paling

Gambar 9

15

Selly sangat sayang __________ kucing-kucingnya itu. Dia menjaga makan, minum, dan kesihatan kucing-kucing tersebut. A akan B pada C dengan D kepada

Soalan 16 dan soalan 17 berdasarkan Gambar 10

16

Pak Samad seorang nelayan, dia __________ jalanya untuk menangkap udang galah di sungai itu. A membaling B membuang C menebar D melabuh

Gambar 10

17

Jika Pak Samad tidak turun ke sungai, dia akan menggunakan masa terluang itu untuk __________ jalanya yang koyak. A menyirat B menenun C menyulam D menampung

Soalan 18 berdasarkan Gambar 11

18

Abdul Razak _____________ simbal sambil mengikut rentak gitar yang rancak itu. A B C memetik memukul menghentam

Gambar 11

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19

Encik Wong __________ mengusahakan kebun sayurnya dengan pelbagai jenis tanaman. A B C D mandi peluh mandi darah mandi lumpur mandi kerbau

Gambar 12

Soalan 20 dan Soalan 21 berdasarkan Gambar 13

20

Hong Leong __________ kerana dituduh oleh kawannya pecah amanah. A B C D naik darah otak udang mulut murai perang mulut

Gambar 13

21

Perkataan berlawan yang paling sesuai bagi menyatakan situasi antara Hong Leong dengan kawannya itu ialah __________. A B C D ceria gusar tegas berani

Soalan 22 berdasarkan Gambar 14

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris dengan betul. 22 Hang Tuah adalah antara pahlawan Kesultanan Melayu Melaka yang terbilang suatu masa dahulu. A B C D
Gambar 14

terpuji terbesar tertangkas termasyhur

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 23 Benar, Harunlah yang menconteng dinding tandas itu. A B C D Siapakah yang menconteng dinding tandas itu? Benarkah Harun yang menconteng dinding tandas itu? Benar atau tidak Harun yang menconteng dinding tandas itu? Apakah benar tuduhan Harun menconteng dinding tandas itu?

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 24 Apakah hubungan gadis berdarah campuran itu dengan datuk kamu? A B C D Gadis berdarah campuran itu ialah anak saudara saya. Datuk saya dan gadis itu memang berdarah campuran. Datuk saya selalu menjemput gadis berdarah campuran itu. Gadis berdarah campuran itu ialah cucu kepada datuk saya.

Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 25 Lampu isyarat di simpang jalan itu tidak berfungsi sejak semalam. A B C D Semalam lampu isyarat rosak di simpang jalan itu. Sejak semalam lampu isyarat sudah rosak di simpang jalan itu. Sejak semalam lampu isyarat di simpang jalan itu sudah rosak. Rosak sungguh lampu isyarat di simpang jalan itu sejak semalam.

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 I II III IV A B C D Landasan kereta api Teluk Intan Tapah sudah tidak digunakan lagi. Beberapa orang jurutera sedang memeriksa landasan kapal terbang itu. Kamu tidak akan sesat atau terpesong jika mengikut landasan agama yang betul. Pemimpin yang mempunyai landasan yang bersih akan dikenang sepanjang hayat. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

27

I II III IV A B C D

Payung ubur-ubur kembang dibawa dalam perarakan itu. Kembang hidungnya kerana hasil lukisannya dipuji orang. Adunan donat itu dibiarkan beberapa jam supaya kembang. Fikiran dan pandangan Salmiah mulai kembang dan beransur maju. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja

Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang betul. 28 I II III IV A B C D Mereka berbincang tentang tugasan yang akan dilaksanakan. Rumah pengurus bank itu terletak di antara masjid dan balai raya. Dia mengambil masa selama dua setengah jam untuk menyiapkan ukiran itu. Kedua orang anak Puan Badariah sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 29 A B C D A B C D Segala ekor haiwan telah keluar dari hutan yang terbakar itu. Lagu-lagu daripada album sulung Mawi sedap-sedap belaka. Dia berasa tersangat malu akan kelakuan anaknya di majlis itu. Sebuah masyarakat yang berbilang kaum perlu hidup dalam keadaan harmoni. Minumlah susu tepung kerana ia mengandungi banyak kalsium. Kamu boleh membuat tempahan kereta itu bila-bila masa yang kamu suka. Jangan gunakan dapur gas itu kerana ianya tidak selamat untuk digunakan. Beliau adalah salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis.

30

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA KANGSAR, 23 April Empat lelaki bersenjatakan pistol telah merompak wang tunai berjumlah dua ratus ribu dari sebuah rumah seorang usahawan di Jalan Merak di sini pagi tadi. Rompakan itu adalah kali kedua di rumah usahawan berkenaan. Kira-kira dua bulan yang lalu, sebanyak lima puluh lapan ribu wang tunai telah dilarikan dari rumah tersebut. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar memberitahu pemberita, rompakan yang memeranjatkan tuan rumah berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Rompakan itu berlaku kira-kira pada pukul 11.30 malam. Semasa kejadian rompakan itu, keluarga berkenaan masih belum tidur. Perompak juga tidak mencederakan penghuni banglo mewah itu. Tidak berlaku sebarang pergelutan semasa kejadian tersebut. Menurut siasatan awal pihak polis, perompak-perompak tersebut mungkin mendapat kerjasama daripada pembantu rumah usahawan berkenaan beberapa hari sebelum rompakan berlaku. Pembantu rumah itu juga turut melarikan diri selepas kejadian itu. Pembantu rumah usahawan tersebut ialah seorang perempuan warga negara Cina. Dia telah berkerja sebagai pembantu rumah di rumah usahawan berkenaan hampir tiga tahun. Tiada sebarang syak yang meragukan tentang penglibatan pembantu rumah dalam kes rompakan tersebut sebelum ini. Perompak-perompak itu telah memecahkan peti besi yang terletak di dalam bilik tidur usahawan tersebut. Mereka telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipercayai dicuri lima hari lalu. Pihak polis sedang mengesan dan memburu mereka yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan tersebut. Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang ternampak kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.

31

Bilakah rompakan kali pertama berlaku di rumah usahawan itu? A B C D Pada 15 Januari. Pada 25 Januari. Pada 15 Februari. Pada 25 Februari.

32

Rumah banglo mewah usahawan itu terletak di A B Jalan Murai, Kuala Kangsar. Jalan Merak, Kuala Kangsar. C D Jalan Merbok, Kuala Kangsar. Jalan Merpati, Kuala Kangsar.

33

Rompakan bersenjata api itu hanya berlaku kira-kira A B beberapa jam sahaja. beberapa saat sahaja. C D beberapa detik sahaja. beberapa minit sahaja.

34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A B C Sebuah kereta Toyota Vios turut dilarikan oleh perompok tersebut. Rumah usahawan tersebut sudah dua kali dimasuki oleh perompak. Pembantu rumah usahawan itu adalah seorang warga negara asing.

D 35

Usahawan dan keluarganya tidak dicederakan oleh perompak tersebut.

Rompakan tersebut dipercayai telah didalangi oleh orang dalam sendiri, iaitu A B C D hasil kerjasama antara jiran tetangganya dengan perompak. hasil kerjasama antara pembantu rumahnya dengan perompak. hasil kerjasama antara pembantu peribadinya dengan perompak. hasil kerjasama antara pegawai keselamatannya dengan perompak.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pesta Kanak-kanak Hulu Perak telah diadakan pada cuti pertengahan penggal pertama 2005. Pesta Kanak-kanak yang diadakan julung-julung kali ini telah berjaya menarik minat sekolah-sekolah di Daerah Hulu Perak untuk turut serta. TARIKH 30 Mei 2005 ACARA TEMPAT/MASA Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong. Mulai jam 2.00 petang.

Majlis Perasmian Oleh Pegawai


Pelajaran Daerah Hulu Perak. Persembahan Pantomin Tsunami.

31 Mei 2005

Pertandingan Teater Kanak-kanak. Pertunjukan Permainan Tradisional.

Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Lenggong. Mulai jam 8.30 pagi.

1 Jun 2005

Pertandingan Mendeklamasikan
Sajak, Syarahan dan Melafazkan Puisi. Kuiz Bahasa Melayu.

Sekolah Kebangsaan Sumpitan, Lenggong. Mulai jam 9.00 pagi.

2 Jun 2005

Persembahan Koir. Pengumuman Keputusan. Penyampaian Hadiah Oleh


Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong. Mulai jam 9.00 pagi.

36

Pernyataan berikut adalah tentang Pesta Kanak-kanak, kecuali A B C D diadakan pada awal bulan Jun Tahun 2005. diadakan pada penghujung bulan Mei Tahun 2005. diadakan pada setiap bulan Mei dan Jun Tahun 2005. diadakan pada cuti pertengahan penggal pertama Tahun 2005.

37

Siapakah yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah? A B C D Pegawai Pelajaran Negeri Perak. Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak. Pengarah Pelajaran Daerah Hulu Perak.

38

Pilih pertandingan yang tidak dijalankan semasa Pesta Kanak-kanak tersebut. A B C D Pertandingan Koir. Kuiz Bahasa Melayu. Pertandingan Syarahan. Pertandingan Teater Kanak-Kanak.

39

Panel hakim tidak dijemput ke SK Banggol Belimbing, Lenggong kerana A B C D semua hakim hadir di sekolah lain. tiada acara pertandingan diadakan. para hakim tidak menerima undangan. pertandingan diadakan semasa cuti sekolah.

40

Kebaikan yang boleh diperoleh daripada Pesta Kanak-kanak itu ialah A B C D dapat mewujudkan suasana pertandingan. dapat memilih peserta terbaik pertandingan. dapat memahami cita rasa para peserta pertandingan. dapat mengasah bakat yang ada pada seseorang murid.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai