Anda di halaman 1dari 43

Ketam batu : orang yang sangat kedekut

Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu.

Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia.


Contoh

: Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan

Putih mata: Kecewa / mendapat malu


Contoh

: Kakak putih mata apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu gagal

Bagai aur dengan tebing


Tolong-

menolong antara satu dengan yang lain

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing

Tiada kata sepakat dalam sesuatu perbicangan

Bagai dakwat dengan kertas


Sangat

akrab.

Bagai melepaskan batuk di tangga

Membuat sesuatu kerja tetapi kerja tidak selesai

Seperti anjing berebut tulang

Orang tamak berebut harta

Seperti aur ditarik songsang

Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah jalan

Seperti hujan jatuh ke pasir.

Nasihat yang tidak dihargai

Seperti rusa masuk ke kampung

Tercengang-cengang kehairanan

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Anak menurut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya

Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing

Suka duka sama-sama ditanggung

Carik-carik bulu ayam, lamalama bercantum juga

Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali

Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung

Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat mendapat susah

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Saling membantu, susah senang dinikmati bersama

Harapkan guruh di langit , air tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil dilepaskan

Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat

Sudah lupa akan bahaya , tetapi sebenarnya bahaya tetap mengancam

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Orang susah harus bekerja setiap masa

Kalah jadi abu menang jadi arang

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak

Kalau kail panjang sejengkal , lautan yang dalam diduga jangan.

Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit , janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat dipisahkan

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Mendapat kecelakaan kerana percakapan.

Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak

Kesalahan orang lain biarpun kecil nampak, kesalahan sendiri tidak disedari.

Lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Segala usaha tetap ada kesukaran dan bahaya

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat nama

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

Naik seperti semut, turun seperti ribut

Hendak mendapat kejayaan selalu lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas

Adat yang tidak berubah walaupun berganti tahun

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Sama taraf

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian

Ada gula ada semut

Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan

Sarang tebuan jangan dijolok

Jangan sengaja mencari kesusahan

Sirih pulang ke gagang


Kembali

ke tempat asalnya

Sediakan payung sebelum hujan

Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana

Sudah jatuh ditimpa tangga

Ditimpa kemalangan yang berturutturut

Telur di hujung tanduk


Dalam

keadaan bahaya

Ukur baju di badan sendiri

Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri

Bahasa jiwa bangsa

Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat

Bahasa menunjukkan bangsa

Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya

Anda mungkin juga menyukai