Anda di halaman 1dari 12

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

1. IKATAN BUKU SILA FUNGSI : Menyambungkan dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan. Mengikat atau mematikan anduh.

2. IKATAN BUNGA GETI

FUNGSI : Menyambung dua tali yang tidak sama besar. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

3. IKATAN TINDIH KASIH FUNGSI : Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang). Mengikat atau menarik kayu.

4. IKATAN LILIT PEMATI BIASA

FUNGSI : Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

5. IKATAN SIMPUL MANUK

FUNGSI : Mengikat tali pada batang kayu. Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh. Mengikat khemah pada tiang kayu. Memulakan ikatan pada kayu.

6. IKATAN SIMPUL PILIH

FUNGSI : Memendekkan tali tanpa memotong. Menguatkan tali pada tempat yang reput dan kendur daripada putus.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

7. IKATAN BUNGA GETI BERGANDA

FUNGSI : Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat.

8. IKATAN SERAYA

FUNGSI : Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

9. IKATAN SERONG/SILANG

FUNGSI : Merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang. Membuat jambatan, menara, gejet dan

menyambung kayu.

10. IKATAN TINDIH KASIH BERGANDA

FUNGSI : Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

11. IKATAN BELIT LUCUT

FUNGSI : Digunakan untuk mengikat bot atau binatang. Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.

12. IKATAN SIMPUL KERUSI

FUNGSI : Digunakan semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

13. IKATAN SILANG GUNTING

FUNGSI : Digunakan membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.

14. IKATAN SILANG TUNGKU

FUNGSI : Membuat gajet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

15. IKATAN LILIT BALAK

FUNGSI : Mengikat atau mengheret kayu atau balak.

16. IKATAN SIMPUL ABAH-ABAH

FUNGSI : Membuat tanjul di tengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

17. IKATAN SIMPUL NGAH/KGAH

FUNGSI : Membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu.

18. IKATAN TINDIH KASIH AIR

FUNGSI : Mengelakkan simpul dariapada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

19. IKATAN PENGAIL

FUNGSI : Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi.

20. IKATAN LILIT KACANG

FUNGSI : Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

21. IKATAN SIMPUL TAPAK KUCING

FUNGSI : Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal.

22. IKATAN SIMPUL RAGA

FUNGSI : Digunakan untuk menghubungkan dua tali.

JENIS-JENIS IKATAN PENGAKAP

23. IKATAN SIMPUL SERBAN

FUNGSI : Digunakan sebagai hiasan.

24. IKATAN BUAIAN

FUNGSI : Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.

Anda mungkin juga menyukai