Anda di halaman 1dari 25

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBQE2203 : AL-QIRAAT

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL TUTOR E-MAIL SEMESTER PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : : : :

JINANG BINTI SETAN 650605125530001 650605125530 0138784316 jinang@yahoo.com NORZAM BIN MOHD SENIN norzam_senin@oum.edumy SEPTEMBER 2013 SABAH LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|0

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

ISI KANDUNGAN

Bab

Muka Surat

Pendahuluan

1. PENGENALAN

1.1 Definisi Ilmu Qiraat

1.2 Konsep ilmu Qiraat 1.3 Konsep Qari dan Muqri

1.4 Konsep Tujuh Huruf 1.5 Hikmah Al-QurAn Diturunkan Tujuh Huruf 1.6 Al-Qiraat al-Sabah

1.7 Sanad

1.8

Perkara-perkara Penting Berkait Dengan Ilmu Qiraat

10

1.8.1 Memenuhi Rukun Bacaan al-Quran Untuk Mencapai Qiraat Yang Benar

10

1.8.2 Kaedah Berinteraksi Dengan al-Qiraat

10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|1

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

1.8.3 Keutamaan Ilmu Qiraat Terhadap Pengajian al-Quran

10

2. Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani

11

2.1 Definisi Ilmu Rasm Uthmani

11

2.2 Kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani

12

2.3 Kaedah Rasm Uthmani Dalam Penulisan Al-Quran

12

3. Hubungan Ilmu Qiraat Dengan Rasm Uthmani.

12

3.1 Rasm Uthmani Sebagai Syarat Penerimaan Qiraat Yang Mutawatirah Atau Sahihah 3.2 Rasm Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara Dalam Pengkaedahan Rukun Al-Qiraat Yang Tiga

13

15

3.3 Rasm Uthmani Merupakan Asas Kepada Penolakan Bacaan Qiraat Shazzah

16

3.4 RasmUthmani Merupakan Hujah Dalam Memastikan Kebenaran Dan Keaslian Al-Quran 3.5 Rasm Uthmani Merupakan Faktor Kesinambungan Budaya At-Talaqqi Yang Mana Satu-Satunya

17

17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|2

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Cara Al-Quran Dengan Kepelbagaian Qiraatnya 3.6 Rasm Uthmani Merupakan Sebahagian Daripada Ulum Al-Qiraat Yang Bersifat Riwayah Dan Dirayah.

18

4. Kesan Kepada Ilmu Qiraat Sekiranya Penulisan Al-Quran Tidak Menepati Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

19

PENUTUP

21

BIBILIOGRAFI

22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|3

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Al-Qiraat (HBQE2203) ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Tugasan ini mengkehendaki pelajar menghuraikan hubungan penting antara Ilmu Qiraat dengan Rasm Uthmani dengan terperinci dan seterusnya

membincangkan dengan mendalam berkenaan kesan kepada ilmu Qiraat sekiranya penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada En. Norzam Bin Mohd Senin selaku pensyarah dan penyelia tugasan ini di atas tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.

Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya dan diharapkan akan menjadi salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sekali lagi saya

memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tugasan ini dapat memantapkan lagi pengetahuan sedia ada tentang ilmu al-Qiraat yang sememangnya menjadi Sunnah Muttabaah sejak turunnya wahyu pertama hingga ke hari ini. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam memartabatkan ilmu al-Quran al-Karim yang menjadi panduan hidup selamanya.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|4

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Disediakan oleh :
JINANG SETAN @ HUSSIN

15 November 2013

(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

1. PENGENALAN

Al-Quran ialah KalamAllah (s.w.t) yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w), ditulis dalam beberapa mashaf, dipetik daripada riwayat yang mutawatir dan membacanya adalah satu ibadah. Ilmu Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan al-Quran. Sumber ilmu Qiraat adalah nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan sanadnya mutawatir kepada Nabi Muhammad (s.a.w). Pengasas ilmu Qiraat ialah para imam Qurra. Ada pendapat mengatakan bahawa Abu Umar Hafs Ibn Umar al-Duri telah mengasaskannya dan dipercayai bahawa Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam merupakan org pertama yang membukukan ilmu Qiraat. Bidang perbahasan ilmu Qiraat antaranya ialah kalimah-kalimah al-Quran dari sudut kaedah sebutan dan cara penyempurnaanya. Ilmu Qiraat berperanan dalam memelihara dari kesalahan dalam menyebut kalimah al-Quran dan menjaganya dari sebarang penyelewengan.. Sesungguhnya, ilmu Qiraat adalah semulia-mulia ilmu kerana ia

mempunyai hubungan rapat dengan kitab suci al-Quran dan huku mempelajarinya adalah Fardhu Kifayah. Cara pembacaan mengikut ilmu Qiraat ialah mengetahui asal bagi setiap Qiraat, berpegang kepada bacaan yang bersumberkan sanad yang mutawatir dari Rasulullah (s.a.w) dan mengetahui perbezaan (ikhtilaf) Qiraat, hala tujunya dan berpegang kepada hikmah di sebalik perbezaan tersebut. Ilmu Qiraat juga mempunyai hubungan dengan Rasm Uthmani. Hubungan di antara Al-Qiraat dengan Rasm Uthmani dapat dikategorikan kepada enam perkara iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; Rasm

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|5

Kursus : al-qiraat (hbqe2203) Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga; Rasm Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah; RasmUthmani merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al-Quran; Rasm Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satu-satunya cara AlQuran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali Rasm Uthmani merupakan sebahagian daripada Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah.

Sekiranya penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani sudah tentu hal ini akan meninggalkan kesan kepada ilmu Qiraat dari sudut tidak memenuhi syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; tidak menepati pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga; menjurus kepada penolakan bacaan kerana menjadi Qiraat Shazzah; melumpuhkan kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satu-satunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; terhalang daripada menjadi sebahagian daripada Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah. 1.1 Definisi Ilmu Qiraat Ilmu Qiraat menurut Imam Ibn al-Jazari bermaksud ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam Qiraat. Perkataan Qiraat adalah kata jama yang berasal dari kalimah qiraah yang bererti bentuk kalimah al-Quran yang dibaca. Selain itu, ilmu Qiraat boleh diertikan sebagai ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada disepakati atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya.

1.2 Konsep ilmu Qiraat Konsep ilmu Qiraat menurut Shaykh Abdul Fatah al-Qadi dalam kitabnya alBudur al-Zahirah Fi al-Qiraat al-Asr al-Mutawatirah Min Tariq al-Shatibiyyah wa alDurrah adalah terdiri daripada sepuluh prinsip (Mabadi) iaitu : i. Dari segi bahasa, Qiraat (kata jama) berasal daripada kalimah Qiraah (bentuk/wajah kalimah al-Quran yang dibaca).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|6

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

ii. Definisi ilmu Qiraat ialah ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada sanadnya disepakati atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya. iii. Sumber Ilmu Qiraat ialah nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan sanadnya mutawatir kepada Rasulullah (s.a.w). iv. Pengasas ilmu Qiraat ialah Imam-imam Qurra, ada pendapat mengatakan bahawa Abu Umar Hafs Ibn Umar al-Duri dan orang pertama yang membukukan ilmu Qiraat ialah Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam.

v. Bidang perbahasan ilmu Qiraat ialah al-Quran dari sudut kaedah sebutan dan cara penyempurnaannya. vi. Permasalahan dalam ilmu Qiraat ialah kaedah umum bagi setiap Imam seperti kalimah yang mempunyai huruf Ya yang dibaca dengan Imalah oleh Imam Hamzah dan Imam al-Kisai. Manakala Imam Warsh membaca dengan Taqlil. vii. Hasil pembelajaran ilmu Qiraat ialah memelihara dari kesalahan dalam menyebut kalimah al-Quran dan menjaganya dari sebarang penyelewengan. viii. Keistimewaan ilmu Qiraat ialah semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubungan erat dengan kitab al-Quran. ix. Kedudukan ilmu Qiraat ialah berbeza dari bidang ilmu al-Quran yang lain. x. Hukum mempelajari ilmu Qiraat ialah Fardhu Kifayah 1.3 Konsep Qari dan Muqri Terdapat dua istilah al-Qiraat yang utama iaitu Qari dan Muqri. Definisi Qari dari sudut bahasa adalah kata nama ( ) dalam bahasa Arab yang bermaksud orang yang membaca dan ia berasal dari kata dan dari sudut Istilah ialah mereka yang menghafaz seluruh al-Quran. Kategori atau tahap Qari ada tiga dimulai dengan Qari Permulaan (Mubtadi) iaitu mereka yang mengetahui satu hingga tiga riwayat Qiraat. Diikuti dengan Qari Pertengahan (Mutawassit) iaitu mereka yang mengetahui empat hingga lima riwayat Qiraat. Seterusnya Qari Penghujung (Muntahi) iaitu mereka yang mengetahui banyak riwayat Qiraat dan masyhur.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|7

Kursus : al-qiraat (hbqe2203) Definisi Muqri dari sudut bahasa adalah kata nama ( ) dalam Bahasa Arab yang berasal dari , manakala dari sudut istilah ialah mereka yang alim dalam Qiraat, meriwyatkannya secara musyafahah (talaqqi) dan diberi ijazah mengajar. Ciri-ciri Muqri ialah alim dalam ilmu Qiraat, bertalaqqi dengan guru yang bersanad dam alim dalam ilmu-ilmu al-Quran yang lain. Sebagai contoh nama Abu Tahir Ismail Ibn Khalaf penulis buku al-Inwan Fi al-Qiraat al-Sab di mana dalam kitab tersebut nama beliau ditulis sebagai Abu Tahir Iamail Ibn Khalaf al-Muqri.

1.4 Konsep Tujuh Huruf Menurut al-Imam Ibn Jarir al-Tabari dan Sufyan Ibn Uyaynah, al-Quran diturunkan dengan menggunakan tujuh bahasa dan Rasulullah (s.a.w) diperintahkan membacanya mengikut bahasa-bahasa tersebut. Selain itu, al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat bahawa al-Quran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini tidak bererti setiap kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya ketujuh-tujuh bahasa tersebut tersebar di berbagai tempat dalam al-Quran. Seterusnya al-Imam al-Razi, al-Baqillani, Ibn Jazari dan Ibn Qutaybah berpendapat bahawa walau sebanyak mana sekalipun perbezaan yang terdapat pada sesuatu kalimah dalam al-Quran, ia tetap tidak terkeluar daripada tujuh bentuk. 1.5 Hikmah Al-QurAn Diturunkan Tujuh Huruf Antara hikmah al-Quran diturunkan tujuh huruf ialah menjamin keaslian alQuran sebagaimana Allah (s.w.t) memberi jaminan akan kesucian dan keaslian al-Quran sejak mula diturunkan hingga selamanya. Jika wujud perbezaan yang terdapat dalam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|8

Kursus : al-qiraat (hbqe2203) kitab suci al-Quran ia sama sekali tidak akan terkeluar daripada skop tujuh huruf tersebut. Seterusnya memudahkan umat Islam membaca dan memahami al-quran terutamanya bangsa arab yang terdiri dari pelbagai kabilah, loghat pertuturan yang berbeza dan cara menyampai lafaz yang berbeza. Biarpun wujud perbezaan tersebut, namun adalah diwajibkan untuk umat Islam membaca al-Quran tanpa terkeluar daripada skop tujuh huruf tersebut. Hikmat seterusnya ialah merangkan hukum sesuatu yang terkandung dalam ayatayat al-Quran dan dengan perbezaan Qiraat juga dapat menghindari maksud yang tidak dikehendaki. Contohnya terdapat Qiraat yang membaca dengan Yang mana Qiraat pertama membayangkan wajib segera berjalan untuk menunaikan sembahyang Jumaat, namun Qiraat kedua tidak bermaksud begitu kerana lafaz Tidak menunjukkan bersegera.

1.6 Al-Qiraat al-Sabah Al-Qiraat al-Sabah bermaksud tujuh bacaan al-Quran yang diriwayatkan oleh tujuh imam yang mahir dalam ilmu bacaan al-Quran dan meriwayatkannya dari guru-guru mereka hinggalah sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Sanad dalam Qiraat tujuh adalah mutawatiroh dan semuanya sah digunakan dalam bacaan al-Quran dan sebagai bacaan solat. Imam-imam tersebut digelar sebagai al-Qurra al-Sabah iaitu Imam Nafi , Imam Ibn Kathir, Imam Abu amru, Imam Ibn Amir, Imam Asim, Imam Hamzah dan Imam al Kisai.

Setiap imam Qiraat memiliki dua perawi. Perawi-perawi tersebut mempunyai bacaan yang berbeza antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa wajah bacaan alQuran namun hanya yang mutawatirah sahaja terdapat dalam Qiraat Tujuh. Demikianlah semua pemilihan Qiraat tujuh dan dua perawi setiap imam adalah melalui ketelitian dan ketekunan yang dibuat ole Ibn Mujahid . Beliau telah kembali ke rahmatullah pada Tahun 324 Hijrah.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|9

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Toriq ialah orang yang hidup selepas perawi, mengkaji dan menulis buku yang berkaitan imam tujuh bersama perawi-perawinya. Toriq yang selalu diamalkan adalah Toriq Syatibiy dan Toriq Jazari.

1.7 Sanad

Abdullah Ibn Mubarak berpendapat bahawa sanad ialah al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama , kalau ia tiada , nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka. Manakala Ibnu Sirin berpendapat bahawa sanad merupakan sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya).

Sanad juga bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (al-Rijal) jika disandarkan kepada perbahasan ilmu Hadis dan (al-Qurra) jika disandarkan kepada perbincangan ilmu al-Qiraat.

1.8 Perkara-perkara Penting Berkait Dengan Ilmu Qiraat

Antara perkara-perkara penting yang berkait rapat dengan ilmu Qiraat adalah terdapat rukun bacaan Al-quran yang mesti dipenuhi untuk mencapai Qiraat yang benar; Kaedah berinteraksi dengan Al-Qiraat; dan juga keutamaan terhadap pengajian Al-Quran. Hal ini diterangkan seperti berikut :

1.8.1 Memenuhi Rukun Bacaan al-Quran Untuk Mencapai Qiraat Yang Benar Setiap bacaan al-Quran hendaklah mencukupi tiga rukun untuk mencapai Qiraat yang betul dan benar malah dihukumkan wajib menerimanya. Rukun tersebut ialah berkesinambungan sanad yang sahih menepati bahasa Arab dan menepati salah satu Mushaf Othmani.

1.8.2 Kaedah Berinteraksi Dengan al-Qiraat

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 10

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Dr. Yusof al-Qaradawi mencadangkan kaedah efektif dalam berinteraksi dengan alQuran dan dengan ilmu al-Qiraat antaranya pertama, mengetahui taraf bacaan iaitu membezakan antara mutawatir atau sebaliknya. Kedua, kewajiban beriman iaitu wajib beriman dengan bacaan mutawatirah bahawa ia adalah wahyu Allah dan haram menolaknya. Ketiga larangan membuat perbandingan antara satu sama lain kerana

semuanya tathbit datangnya dari Rasulullah (s.a.w). Keempat, keharusan mentaujihkan sesuatu bacaan iaitu dengan menerangkan kaedah bacaan al-Qiraat dari segi bahasa dan irab. Manakala yang kelima ialah keharusan mencampurkan bacaan iaitu mencampurkan lebih dari satu bacaan dalam satu nas ketika membacanyanya dengan niat belajar.

1.8.3 Keutamaan Ilmu Qiraat Terhadap Pengajian al-Quran Ilmu Qiraat merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan al-Quran. Ini adalah disebabkan ilmu Qiraat memfokuskan perbahasan tentang kaedah pembacaan alQuran daripada pelbagai riwayat yang mutawatir di mana sanadnya sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Hubungan antara keduanya saling melengkapi iaitu al-Quran itu adalah al-Qiraat dan umat Islam adalah dituntut untuk mempelajari kedua-duanya.

Membaca al-Quran dengan Qiraat yang tidak mutawatir adalah dilarang serta berdosa di sisi syara. Tujuan membaca al-Quran dengan Qiraat yang mutawatir ialah memelihara kemurnian dan kesucianKalam Allah (s.w.t) dari sebarang penyelewengan sama ada dari segi bacaan atau dari segi maknanya. 2. Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani

Perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidak bertentangan dengan bacaan yang terdapat di dalam mashaf yang ditulis di zaman khalifah Uthman Bin Affan r.a kerana bacaan itu telah diterima daripada baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir. Maksud mutawatir di sini ialah riwayat dari kumpulan yang ramai, dijamin tidak berdusta daripada Rasulullah s.a.w kemudian daripada kumpulan ini diriwayatkan pula oleh kumpulan lain yang serupa dengannya sehingga sampai kepada kita. Usaha-usaha pengumpulan Al-Quran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 11

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

yang dilakukan di zaman Khalifah Uthman Bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam keseluruhannya iaitu mampu menyelamatkan umat Islam dari perpecahan; mampu menyelesaikan perselisihan orang-orang Islam mengenai penulisan Al-Quran; mampu menyatukan wajah-wajah Qiraat melalui satu mashaf; dan juga mampu menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang kita saksikan pada masa sekarang ini. Dengan demikian berkembanglah dan terbentuklah kaedah penulisan AlQuran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga Sayyidina Uthman Ibn Affan r.a. yang mana dikenali sebagai Kaedah Penulisan Rasm Uthmani. Berikut adalah pengenalan beberapa perkara tentang Ilmu Rasm Uthmani iaitu definisi Ilmu Rasm Uthmani, kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani dan kaedah Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran.

2.1 Definisi Ilmu Rasm Uthmani Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf dan menggantikan huruf. Penulisan (rasm) Al-Quran ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara Ijmak atau sepakat oleh seluruh ulamak mujtahidin kerana tulisan ini adalah terbentuk taufiqiyyah (satu ketetapan

dari Rasulullah s.aw yang tidak boleh menyalahinya) dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w. Syeikh Abd Al-Munim Kamil Syair mendefinisikan Ilmu RasmUthmani sebagai kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan Al-Quran pada mushaf-mushaf yang yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman Ibn Affan r.a. dan dihantar ke negara-negara Islam.

2.2 Kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 12

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Rasm Uthmani adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, mengikut tulisan AlQuran yang asal, boleh memahami makna yang berlainan dan tidak terkeluar daripada maksud yang sebenar, memudahkan bacaan dengan wajah Qiraat (jenis-jenis bacaan), sebagai hujjah kepada Al-Quran yang fasih, dipersetujui oleh 12000 sahabat, salah satu dari mukjizat Al-Quran, bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir, salah satu dari rukun bacaan Al-Quran Al-Karim, berdasarkan kepada dalil-dali yang kuat dan hujah-hujah yang jelas, ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat) dan sterusnya mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

2.3 Kaedah Rasm Uthmani Dalam Penulisan Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran terdiri daripada kaedah Al-Hazf (membuang huruf), kaedah Ziyadah (menambah huruf), kaedah Ibdal (mengganrti huruf dengan huruf lain), kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl (menyambung dan memisah tulisan kepada kalimah dan huruf), kaedah Ma Fihi Qiratani dan akhir sekali kaedah Al -Dabt. Dalam esei ini dua daripada kaedah di atas akan saya perincikan dengan lebih detail iaitu kaedah Al-Hamz dan Kaedah Al-Dabt dalam penulisan Al-Quran.

3. Hubungan Ilmu Qiraat Dengan Rasm Uthmani. Hubungan di antara Al-Qiraat dengan Rasm Uthmani dapat dikategorikan kepada enam perkara iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah

atau Sahihah; Rasm Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga; Rasm Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah; RasmUthmani merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al Quran; Rasm Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satu-satunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali Rasm Uthmani merupakan sebahagian daripada Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 13

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

3.1 Rasm Uthmani Sebagai Syarat Penerimaan Qiraat Yang Mutawatirah Atau Sahihah Bacaan yang mencapai taraf tawatur ialah suatu bacaan (bersambung kepada Nabi Muhammad s.a.w.) yang diriwayatkan oleh sebilangan manusia sehinggakan mustahil jika bilangan tersebut boleh bersepakat untuk berdusta. Qiraat Mutawatir juga bermaksud Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan seperti Qiraat yang terdapat dalam Thoriq As-Syathibi dan Thoriq AlJazari. Imam Ibn Al-Jazari telah menegaskan bahawa Qiraat mempunyai tiga rukun sebagai syarat penerimaan Qiraat yang mutawatirah atau sahihah iaitu pemindahan atau periwayatan yang sahih (Sihhatun Naqli); bertepatan dengan penulisan mushaf Uthmani (Muwafaqat Rasm Mushaf Al-Uthmani); dan yang terakhir menepati wajah-wajah bahasa Arab (Muwafaqatul Arabiyyah). Rasm Uthmani menjadi syarat kepada Qiraat yang mutawatirah atau sahihah kerana Rasm Uthmani memainkan peranan penting dalam menjaga kesahihan bacaan AlQuran. Dr. Muhammad Salim Muhaysin dalam bukunya Fi Rihab Al-Quran Al-Karim menyatakan bahawa : Al-Masahif Al-Uthmaniyyah ditulis dengan qiraat yang dibaca dan diriwayatkan oleh para sahabat r.a. daripada Rasulullah S.A.W., manakala kewujudan AlSuhuf yang dikumpulkan pada zaman Sayyidina Abu Bakar r.a. bertujuan untuk menjadi sumber rujukan bertulis. Tiada sebarang arahan daripada khalifah Islam untuk berpegang atau meninggalkan mana-mana qiraat sama ada selari atau sebaliknya dengan tulisan AsSuhuf tersebut. Ini menunjukkan bahawa Al-Ahruf As-Sabah masih kekal dalam bentuknya yang asal dan tidak berubah dan terkesan dengan penulisan As-Suhuf tersebut.

Ulama juga telah bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh Uthman Ibn Affan ke Kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun dalam menilai kesahihan Qiraat. Penilain Qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa Arab dan menepati Rasm Uthmani.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 14

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Rasm Uthmani mengambil kira Tujuh Ahruf seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. : Maksudnya: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya : Saya mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup Rasulullah s.a.w. Saya mendengarkan bacaannya dan kebetulan dia membaca menurut beberapa huruf yang tidak dibacakan Rasulullah s.a.w. kepaad saya. Hampir saya menyerangnya ketika dia sedang solat. Tetapi saya dapat menyabarkan diri sampai dia memberi salam. Lalu saya tarik dia dengan merentapnya dan mengatakan: Siapakah yang membacakan kepada engkau surah yang saya dengar engkau membacanya? Engkau dusta. Baginda membaca kepada saya berlainan dari yang engkau baca itu. Lalu saya menariknya kepada Rasulullah s.a.w. dan mengatakan kepada baginda: Sesungguhnya saya mendengar orang ini membaca surah alFurqan berlainan dari yang engkau bacakan kepada saya. Kata Nabi : Lepaskan dia! Bacalah hai Hisyam! Lalu dibacanya menurut bacaan yang saya dengar tadi. Rasulullah s.a.w. berkata: Begitulah ayat itu diturunkan. Kemudian baginda berkata: Bacalah, hai Umar! Lalu saya membaca menurut bacaan yang dibacakan oleh baginda kepada saya. Nabi berkata: Begitulah ayat itu diturunkan! Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf. Maka bacalah mana yang mudah antaranya! (HR Bukhari : 2025). Sayyidina Umar r.a. dan Hisyam membaca surah yang sama tetapi dengan bacaan yang berlainan. Walaupun tidak ada petunjuk secara pasti tetapi seolah-olah terdapat perbezaan qiraat. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. masih hidup, perselisihan bacaan itu diharmonikan, diterima dan tidak ditimbulkan perbezaan yang membawa petaka kepada umat. Hadith ini juga membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah wujud wajah-wajah pembacaan al-Quran yang berbeza.

3.2 Rasm Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara Dalam Pengkaedahan Rukun Al-Qiraat Yang Tiga

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tempat rujukan para sahabat r.a. bagi semua permasalahan yang melibatkan agama termasuklah hal-hal berkenaan Qiraat. Sebagai
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 15

Kursus : al-qiraat (hbqe2203) contoh, perselisihan faham tentang bacaan antara Hisyam Ibn Hakim r.a. dan Umar AlKhattab r.a. telah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Ini menjadi bukti kukuh bahawa para sahabat r.a. telah meriwayatkan Qiraat (bacaan Al-Quran) secara sahih lagi terjaga. Para sahabat jugalah yang dikatakan sebenarnya merupakan pencipta kepada dhowabith (rukunrukun) Qiraat walaupun bukan dari segi kaedah bertulis tetapi dari segi talaqqi (berguru) dan praktikal. Para sahabat telah memindahkan (meriwayatkan) kepada kita bacaan AlQuran (Qiraat) Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh kejujuran. Inilah yang dipanggil Sihhatun Naqli iaitu periwayatan atau pemindahan yang sahih. Sehinggalah pada zaman Khalifah Uthman Ibn Affan, wujudnya dhabith (rukun) yang kedua iaitu bertepatan dengan penulisan Mushaf Uthmani. Mushaf Uthmani. Pada ketika itu, jumhur sahabat r.a. telah berijma untuk menggunakan Mushaf Uthmani sahaja dengan membakar semua mushaf selainnya. Hanya bacaan yang menepati Mushaf Uthmani sahaja diterima pakai. Manakala dhabith (rukun) yang ketiga, menyentuh tentang Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan para sahabat r.a. merupakan golongan yang mahir serta fasih berbahasa Arab. Dhabith ini wujud secara langsung dengan pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran. Dengan ini tidak salah kalau dikatakan bahawa titik tolak penciptaan dhowabith Qiraat ini bermula pada zaman sahabat r.a. lagi. Kemudian berkembang sehinggalah masa kini. Dengan itu, kaedah Rasm Uthmani memainkan peranan penting sebagai syarat penerimaan Qiraat yang mutawatirah atau sahihah selain dua lagi syarat tersebut iaitu pemindahan atau periwayatan yang sahih (Sihhatun Naqli) dan juga menepati wajah-wajah bahasa Arab (Muwafaqatul Arabiyyah). Rasm Uthmani juga mengambil kira Tujuh Ahruf seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. : Maksudnya: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya : Saya mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup Rasulullah s.a.w. Saya mendengarkan bacaannya dan kebetulan dia membaca menurut beberapa huruf yang tidak dibacakan Rasulullah s.a.w. kepaad saya. Hampir saya menyerangnya ketika dia sedang

solat. Tetapi saya dapat menyabarkan diri sampai dia memberi salam. Lalu saya tarik dia dengan merentapnya dan mengatakan: Siapakah yang membacakan kepada engkau surah yang saya dengar engkau membacanya? Engkau dusta. Baginda membaca kepada saya

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 16

Kursus : al-qiraat (hbqe2203) berlainan dari yang engkau baca itu. Lalu saya menariknya kepada Rasulullah s.a.w. dan mengatakan kepada baginda: Sesungguhnya saya mendengar orang ini memb aca surah alFurqan berlainan dari yang engkau bacakan kepada saya. Kata Nabi : Lepaskan dia! Bacalah hai Hisyam! Lalu dibacanya menurut bacaan yang saya dengar tadi. Rasulullah s.a.w. berkata: Begitulah ayat itu diturunkan. Kemudian baginda berkata: Bacalah, hai Umar! Lalu saya membaca menurut bacaan yang dibacakan oleh baginda kepada saya. Nabi berkata: Begitulah ayat itu diturunkan! Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf. Maka bacalah mana yang mudah antaranya! (HR Bukhari : 2025). Sayyidina Umar r.a. dan Hisyam membaca surah yang sama tetapi dengan bacaan yang berlainan. Walaupun tidak ada petunjuk secara pasti tetapi seolah-olah terdapat perbezaan qiraat. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. masih hidup, perselisihan bacaan itu diharmonikan, diterima dan tidak ditimbulkan perbezaan yang membawa petaka kepada umat. Hadith ini juga membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah wujud wajah-wajah pembacaan al-Quran yang berbeza.

3.3 Rasm Uthmani Merupakan Asas Kepada Penolakan Bacaan Qiraat Shazzah Perkembangan Qiraat Shazzah telah bermyla semenjak zaman Sayyidina Uthman Ibn Affan r.a. iaitu setelah penyusunan Al-Quran dalam mushaf. Penelitian dari sudut ketepatan sesuatu bacaan yang menepati kesahihan sanadnya yang mutawatir daripada Rasulullah s.a.w., menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan juga menepati wajahwajah bahasa Arab adalah tunjang kepada qiraat mutawatiroh. Perkara ini seterusnya menjadi asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah (Qiraat yang tidak memenuhi salah satu daripada rukun Qiraat yang tiga). Qiraat Shazzah adalah disebabkan Masahif peribadi para sahabat r.a. yang tidak dihapuskan setelah Sayyidina Uthman Ibn Affan memerintahkan pembukuan semula al-Quran sebagai contoh mushaf Ibnu Masud di mana mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi Tabiin. Dengan itu Qiraat Shazzah tidak harus dibaca dan tidak menjadi ibadat apabila membacanya. Bahkan adalah berdosa dan

haram hukumnya jika kita meyakini bahawa ia sebagai Al-Quran. Ini adalah berbeza dengan Qiraat Mutawatirah.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 17

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

3.4 RasmUthmani Merupakan Hujah Dalam Memastikan Kebenaran Dan Keaslian Al-Quran Rasm Uthmani merupakan hujah iaitu qiraat tersebut hendaklah sama dengan perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika menyalahi seperti apa yang tertuli s dalam Mushaf Uthmani yang boleh merubah kebenaran dan keaslian Al-Quran, maka Qiraat tersebut ditolak seterusnya tidak dibenarkan untuk membacanya dalam sembahyang.

3.5 Rasm Uthmani Merupakan Faktor Kesinambungan Budaya At-Talaqqi Yang Mana Satu-Satunya Cara Al-Quran Dengan Kepelbagaian Qiraatnya

Adalah menjadi satu kemestian kepada semua umat Islam yang ingin membaca AlQuran supaya bertalaqqi atau bergueu walau hanya satu bacaan daripada Al-Fatihah sehingga An-Nas. Kaedah talaqqi atau berguru mesti didatangkan bersama bagi mengajar Qiraat yang menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani. Penulisan Rasm Uthmani perlu digandingkan dengan kaedah talaqqi atau berguru dengan mereka yang bertauliah sebagaimana Ulama telah menetapkan syarat ketawaturan sanad Qiraat sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berguru dengan golongan yang tidak bertauliah adalah dilarang sama sekali. Dengan kaedah bertalaqqi dan berguru kita akan mengetahui lebih jelas dan tepat bagaimana membaca Isymam, Rum, Tashil pada tempat-tempat tertentu merupakan faktor kesinambungan budaya at-talaqqi yang mana satu-satunya cara al-quran dengan kepelbagaian qiraatnya. Dengan itu benarlah bahawa Rasm Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi sebagai cara terbaik bagi mengajar Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya.

3.6 Rasm Uthmani Merupakan Sebahagian Daripada Ulum Al-Qiraat Yang


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 18

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Bersifat Riwayah Dan Dirayah. Rasm Uthmani sudah semestinya menjadi sebahagian daripada Imu Qiraat yang bersifat Riwayah Dan Dirayah. Qiraat Riwayah perlu dikuasai dengan kaedah talaqqi dan berguru iaitu membaca semua riwayat Al-Quran dihadapan guru. Adalah tidak mencukupi jika hanya membaca buku Qiraat walaupun mempraktis kesemua kehendak yang terdapat dalam buku Qiraat tersebut. Ini kerana mempelajari Qiraat tanpa berguru akan mengundang risiko kesilapan dalam menyebut khilaf Qiraat. Sebagai contoh teknik menyebut atau membaca Isymam dengan memuncung kedua bibir atau bagaimana membaca Isymam ketika percampuran antara huruf Sad dan Zai. Selain itu, bagaimana hendak membaca tashil huruf hamzah. Semua bentuk usul Qiraat ini sememangnya ada huraian tentangnya dalam kitab Qiraat namun ia tidak mampu dibaca dengan tepat melainkan berguru dengan guru yang bertauliah secara bertalaqqi atau dikenali juga dengan musyafahah. Qiraat Dirayah adalah meliputi segala apa yang dipaparkan dalam penulisan berkaitan Qiraat seperti maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran, sejarah guru mereka dan perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang. Demikian juga dengan taujih Qiraat yang dianggap sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat demikian aamat membantu dalam mengetahui kronologi Qurra yang disepakati oleh para ulama bahawa bacaan mereka adalah mutawatirah. Selain itu kita juga boleh mengenal mana ulama yang mendefinisikan sebagai Qiraat Syazzah. Sesungguhnya, Rasm Uthmani telah melengkapi Ilmu Qiraat dari sudut kaedah penulisan Al-Quran dan dibaca dengan betul sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. seterusnya Rasm Uthmani semestinya menjadi sebahagian daripada Ilmu Qiraat yang bersifat Riwayah serta Dirayah. Imam Syathibi sempat menyebut di dalam syairnya dengan berdoa semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran yang terbaik untuk mereka kerana menjadi nadi kepada perkembangan Qiraat hingga ke hari ini.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 19

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

4. Kesan Kepada Ilmu Qiraat Sekiranya Penulisan Al-Quran Tidak Menepati Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

Sekiranya penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani sudah tentu hal ini akan meninggalkan kesan kepada ilmu Qiraat antaranya tidak diterima Qiraatnya untuk mencapai Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah. Ini disebabkan hal ini tidak memenuhi tiga syarat utama untuk mencapai Qiraat Mutawatiroh iaitu sanad yang sahih (bersambung kepada Nabi s.a.w.), menepati penulisan mushaf Uthmani dan seterusnya menepati bentuk-bentuk gaya bahasa Arab. Seterusnya tidak menepati pengkaedahan rukun Al-Qiraat yang tiga iaitu kesahihan sanadnya, menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan juga menepati bentuk-bentukbentuk bahasa Arab. Ini akan mengakibatkan Qiraat tersebut mengingkari tiga rukun yang wajib dimiliki oleh Qiraat tersebut. Hal ini perlu dititik beratkan dengan mencari jalan terbaik bagi mengelak masalah sedemikian contohnya mengadakan kelas intensif Ilmu Qiraaat yang dibarisi oleh tenaga pengajar yang bertauliah. Usaha ini memungkinkan amalan Qiraat yang betul iaitu menepati tiga rukun Ilmu Qiraat tersebut.

Seterusnya, penulisan Al-Quran yang tidak menepati Kaedah Rasm Uthmani akan menjurus kepada Qiraat Syazzah yang mana ditolak bacaannya kerana tidak menepati mana-mana tiga rukun yang mesti dipenuhi oleh Ilmu Qiraat. Qiraat Shazzah tidak harus dibaca dan tidak menjadi ibadat apabila membacanya. Bahkan adalah berdosa dan haram hukumnya jika kita meyakini bahawa ia sebagai Al-Quran. Ini adalah lawan bagi Qiraat Mutawatirah atau Sahihah. Perkara ini perlu diberi penekanan terutama kepada mereka yang menuntut Ilmu Qiraat juga kepada masyarakat yang menceburkan diri dalam Ilmu Qiraat. Seterusnya terhalang daripada menjadi sebahagian daripada Ulum Al -Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah. Qiraat Riwayah perlu dikuasai dengan kaedah talaqqi dan berguru iaitu membaca semua riwayat Al-Quran dihadapan guru. Namun sekiranya Ilmu Qiraat itu tidak menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani, maka adalah dilarang untuk kita menyampaikan Ilmu Qiraat tersebut kerana ditakuti akan lahir bacaan yang salah serta mengubah maksud asal ayat-ayat yang dipelajari tersebut. Qiraat
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 20

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Dirayah adalah meliputi segala apa yang dipaparkan dalam penulisan berkaitan Qiraat seperti maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran, sejarah guru mereka dan perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang. Demikian juga dengan taujih Qiraat yang dianggap sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat demikian aamat membantu dalam mengetahui kronologi Qurra yang disepakati oleh para ulama bahawa baca an mereka adalah mutawatirah. Selain itu kita juga boleh mengenal mana ulama yang mendefinisikan sebagai Qiraat Syazzah. Namun begitu, jika kaedah penulisan Al-Quran yang digunakan menyimpang daripada kaedah sebenar penulisan Rasm Uthmani sudah tentu Ilmu Qiraat tersebut tidak lagi bersifat Dirayah sebagai contoh dari sudut Taujih Qiraat setiap Qurro.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 21

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani mempunyai hubungan yang rapat serta saling melengkapi antara satu sama lain iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; Rasm Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga; Rasm Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah; RasmUthmani merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al-Quran; Rasm Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satusatunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali Rasm Uthmani merupakan sebahagian daripada Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah. Seterusnya timbul beberapa kesan negatif kepada Ilmu Qiraat jika kaedah

penulisan Al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani antaranya tidak diterima Qiraat tersebut untuk mencapai Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah. Ini akan mengakibatkan Qiraat tersebut mengingkari tiga rukun yang wajib dimiliki oleh Qiraat tersebut. Seterusnya terhalang daripada menjadi sebahagian daripada Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah. Qiraat Riwayah . Selain itu, tidak menepati Kaedah Rasm Uthmani yang akan menjurus kepada Qiraat Syazzah yang mana ditolak bacaannya kerana tidak menepati mana-mana tiga rukun yang mesti dipenuhi oleh Ilmu Qiraat. Tiga rukun tersebut ialah kesahihan sanadnya (bersambung bacaan kepada Rasulullah s.a.w.), menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan seterusnya menepati bentuk-bentuk bahasa Arab.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 22

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

BIBILIOGRAFI

Abu Mardhiyah (2007). Tajwid Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Fathoni, (2005). Kaedah Qiraat Al-Sabaah, Jilid I Dan Jilid II, Jakarta : Penerbit Institut PTIQ & Institut Ilmu Al-Quran

Al-Qattan,M.K (2001). Studi Ilmu-Ilmu Quran, Jakarta : Litera Antara Nusa.

Al-Zarqaniy, M.A.A. (1999). Menyingkap Rahsia Ilmu Al-Quran. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

As-Salih, S.(2004). Membahas Ilmu-Ilmu Al-Quran. Jakarta: Pustaka Firdaus

Jusoh, M.R. (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. Batu Caves : Mahsuri Timur Sdn.Bhd.

Jusoh, M.R. (2008). Tarikh Al-Quran dan Rasm Uthmani Jilid 1. Batu Caves : Pustaka Khodim Al-Mashaf.

Hj. Mohd Nazri Bin Abdullah, (2009), Manhaj Qiraat 10, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2006). Sukatan Pelajaran Kelas Kemahiran alQuran, Selangor : KPM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 23

Kursus : al-qiraat (hbqe2203)

Modul Hbqe1203. Rasm Al-Uthmani Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : OUM.

Modul Hbqe2203. Rasm Al-Uthmani Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : OUM.

Mohd Rahim Jusoh, (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat, Batu Cave : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

Seminar Qiraat Kebangsaan (2011). Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat : Antara Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah, Malaysia : Universiti Sains Islam.

Ammar Fadzil, (2007). Anatomi Al-Quran, Selangor D.E. : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

Subhi Salleh, Mabahith Fi Ulum Al-Quran, Terjemahan Zainal Abidin Abdul Kadir, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Yaminat.A.M .(1985). Ilmu Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur:Pustaka Antara.

Urusetia Lembaga Pengawalan & Pelesenan, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan, Kementerian Dalam Negeri, (1996). Buku Panduan Rasm Uthmani.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 24

Anda mungkin juga menyukai