Anda di halaman 1dari 19

1

BAB 5: AGAMA-AGAMA DI ASIA

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d) Menerangkan kepelbagaian agama yang dianuti oleh penduduk Asia Membincangkan secara ringkas ciri-ciri agama di Asia Menganalisis taburan agama-agama yang dianuti oleh pendudukan Asia Menjelaskan konsep dialog antara agama

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi 5.1 Apakah Agama? 5.2 Taburan Agama-Agama di Asia 5.3 Islam 5.4 Buddhaisme 5.5 Hinduisme 5.6 Shintoisme 5.7 Taoisme 5.8 Kristian 5.9 Judaisme 5.10 Kepercayaan Animisme 5.11 Dialog antara Agama Ringkasan Rujukan Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Ekonomi Bab 9: Politik & Konflik

5.1 PENGENALAN Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak yang mempengaruhi tindak-tanduk manusia (Beazley, 1982). Pengakuan kewujudan Tuhan dipamerkan dengan pelbagai kaedah dan amalan.

Semua agama berasal di benua Asia. Daripada Asia Barat wujudnya agama Islam, Kristian & Judaisme Daripada India wujudnya agama Hinduisme, Buddhisme, Jainisme & Sikkhisme Daripada Asia Timur wujudnya agama Shintoisme, Taoisme dan Confucianisme

Hampir semua agama mempunyai konsep ciptaan manusia dan bumi oleh satu tindakan Tuhan atau beberapa fasa ciptaan tindakan Tuhan. Semua agama menuju ke arah mencari kebenaran (truth) dengan tujuan menjawb pelbagai pertanyaan manusia. Bagaimana manusia wujud? Apakah pahala bagi manusia yang baik? Mengapakah manusia mati? Apa akan terjadi kepada manusia setelah mati? Mengapa sesetengah manusia sungguh kejam dan zalim? Mengapakah manusia menderita? Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi manusia kekuatan dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka, terutama pada masa-masa kesusahan dan keperitan. Dalam semua agama, Tuhan dilihat sebagai penyayang dan serba mengetahui dan berada disisir manusia selama-lamanya. Hampir semua agama mempengaruhi kehidupan sosial penganutnya. Ini dicerminkan dengan amalan dan ritual yang dilakukan oleh penganutnya pada kelahiran anak, perkhawinan, pengebumian dan adatistidat lain. Contohnya, agama Islam mewajibkan ummahnya sembahyang lima kali sehari dan agama Hindu melarang penganutnya makan daging lembu.

4.2 PENGENALAN KEPADA AGAMA DI ASIA Penduduk Asia yang berjumlah 3 billion manusia, mengamalkan berbagai-bagai agama dan kepercayaan. Agama merupakan sistem kepercayaan dan amalan di kalangan sesuatu masyarakat serta membentuk sikap, percayaan dan perlakuan penganutnya. Agama menenetukan cara hidup penganutnya dengan pelbagai upacara, pantang larang dan organisasi sosial. Lihat Rajah 4.4 yang menunjukkan taburan agama-agama utama di benua Asia. Agama-agama yang dianuti oleh penduduk ialah:

Islam Buddhisme Hinduisme Shintoisme

Kristian Sikkhisme Zoroastrian Kerpercayaan puak-puak tertentu

Rajah 5.1 Peta Menunjukkan Taburan Agama Penduduk Asia D

a) Apakah yang fahamkan sebagai agama? b) Dengan merujuk kepada Rajah 5.1; i. Senaraikan negara-negara yang paling ramai umat Islam ii. Nyatakan kawasan paling ramai penganut agama Kristian di Asia iii. Namakan negara yang paling ramai menganuti agama Shintoisme. iv. Apakah agama yang paling ramai dianuti di India?

4.3 AGAMA ISLAM Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun Iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT. Islam menekankan konsep pahala, dosa, syurga, neraka, dunia akhirat serta kerpercayaan bahawa semua kejadian adalah penciptaan Allah SWT. Islam mementingkan akidah dan syariah yang menjadi teras dalam kehidupan penganutnya. Agama Islam disebarkan di Tanah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Agama Islam diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran agama Islam ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy di Mekah. Mereka menentang ajaran agama Islam kerana mereka masih berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan nenek moyang dan penyembahan berhala. Dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam ialah: Akidah, iaitu kepercayaan manusia terhadap Allah SWT. Syariah iaitu undang-undang dan hukum Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah (Hadith)

Gambar 5.1 Setiap tahun berjuta-juta umat Islam menunaikan fardu haji di tanah suci Mecca, Arab Saudi

Ajaran Islam berasaskan LIMA Rukun Islam iaitu: 1. Syahadah mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 2. Solat menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam. 3. Zakat orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang yang miskin 4. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu 5. Puasa mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan Dan ENAM Rukun Imam 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Malaikat 3. Percaya kepada Kitab-kitab Allah

4. Percaya kepada Nabi dan Rasul 5. Percaya kepada Hari Kiamat 6. Percaya kepada Qadak dan Qadar Agama Islam tersebar luas ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah. Agama Islam merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di Asia Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam. Negara-negara yang mempunyai penduduk beragama Islam yang paling ramai ialah di Arab Saudi, Yemen, Oman, Qatar, Iran, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Filipina Selatan, Indonesia, Turkemistan, Kazakhstan, Kryghstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Tahukah anda India mempunyai kira-kira 177 juta penduduk beragama Islam! Lihat Jadual 5.1. Indonesia mempunyai penganut Islam yang paling rama, iaitu 204.8 juta penganut dan dikuti oleh Pakistan (178.0 juta penganut), India (177.0 juta penganut) dan Bangladesh (148.6 juta penganut). Negara-negara lain yang mempunyai penganut Islam yang ramai ialah Iran, Afghanistan, Iraq, Uzbekistan, Arab Saudi, China dan Malaysia. Kira-kira 20% penduduk di India dan 2% penduduk di China adalah orang beragama Islam. Daripada kira-kira satu bilion umat Islam di Asia, 80% berpegang kepada mazhab Sunni dan 20% berpegang kepada mazhab Shia. Paling ramai penganut mazhab Shia ialah di Iran dan Bahrain. Juga terdapat sebahagian penduduk di Afghanistan dan Pakistan yang terdiri daripada penganut mazhab Shia.

Negara

Bilangan penganut Islam

Peratus (%) penganut Islam dalam negeri 88 96 17 90 98 99 99 96 99 2 62

Indonesia Pakistan India Bangladesh Iran Afghanistan Iraq Uzbekistan Arab Saudi China Malaysia

204.8 178.0 177.0 148.6 74.8 32.4 31.1 26.8 25.5 23.3 17.2

Jadual 5.1 Negara-Negara Asia yang Mempunyai Umat Islam yang Ramai

AGAMA-AGAMA DI IRAN Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut agama Zoroastrianisme atau Majusi dan minoriti beragama Judaisime dan Kristian. Zoroastrianisme adalah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zoroaster atau Zarathustra dan suatu ketika dahulu adalah agama yang paling ramai penganutnya pada tahun 600 SM. Ahura Mazda ialah Tuhan agama Zoroastrianisme yang melambangkan segala yang baik dan kejahatan sentiasa cuba memusnahkan kebaikan. Kitab utama agama ini dipanggil Avesta. Agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di India dan sekumpulan kecil di Iran. Pada tahun 637 Kalifah Umar telah menyerang dan menakluki Iran dan mengakhiri kegemilangan Empayar Sassanid dan seterusnya memusnahkan agama Zoroastrianisme beransur-ansur apabila kaum Parsi memeluk agama Islam.

Rajah 5.1 Peta Iran

Kira-kira 98% penduduk Iran menganuti agama Islam yang terbahagi kepada 90% yang berpegang kepada mazhab Syiah dan 8% berpegang kepada mazhab Sunah (Lihat Jadual 5.2). Mereka yang beraliran Sunnah terdiri daripada orang Turkomen, Arab dan Kurdis yang tinggal di barat daya, tenggara dan timur laut Iran. Kebanyakan penduduk Iran pada mulanya berpegang kepada mazhab Sunnah sehingga abad ke 17 apabila dinasti Safawiyah (yang memerintah daripada tahun 1501 hingga 1736) menjadikan Syiah sebagai agama rasmi Iran dengan tujuan menyatukan bekas empayar Parsi dan membentuk identiti bangsa Parsi.

Islam - Syiah - Sunnah Lain-Lain Zoroastrianisme (25,000) Judaisme (15,000) Kristian (10,000)

Peratus (%) 90 8 2

Jadual 5.2 Agama-agama di Iran Juga terdapat kumpulan-kumpulan minoriti penganut agama Judaisme (15,000) yang merupakan Yahudi Iran dan Kristian (10,000). Agama Yahudi merupakan antara agama yang paling tua di Iran. Ia dipraktikan sebelum kedatangan Islam dan hari ini dijanjikan

perlindungan dibawah pemerintahan Republik Islam Iran. Di Teheran sahaja, terdapat 11 rumah ibadat Yahudi. Kumpulan [SILA BACA NOTA TAMBAHAN AGAMA DI IRAN] AGAMA-AGAMA DI INDONESIA Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk Indonesia adalah penganut agama Hinduisme dan Buddhisme. Agama-agama ini dibawa oleh pedagangpedagang daripada India pada abad ke2 ke Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Beberapa empayarempayar seperti Srivijaya, Majapahit dan Sailendra telah wujud sehingga abad ke 14. Antara candi-candi Buddhisme terkenal ialah Borobudur yang didirikan semasa pemerintahan empayar Sailendra di pulau Jawa (Lihat Gambar 5.2).

Gambar 5.2 Candi Borobodur Buddhisme yang kini menjadi tarikan pelancong

Empayar Majapahit yang memerintah pada abad ke14 dikatakan sebagai zaman paling gemilang dalam sejarah Indonesia. Pada abad yang sama Islam diperkenalkan dengan kedatangan pedagang-pedangang daripada India, khususnya daripada Gujarat. Islam disebarkan dengan bermula di pantai barat Sumatera dan kemudian disebarkan ke timur Jawa (Lihat Rajah 5.2).

Rajah 5.2 Peta Indonesia

Dengan kedatangan agama Islam beberapa perajaan Islam telah wujud yang dikenali sebagai Demak, Pajang, Mataram dan Banten. Seperti dinyatakan lebih awal, Indonesia ialah negara yang mempunyai penganut Islam yang terbesar bukan sahaja di Asia tetapi diseluruh dunia. Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, penduduk Indonesia menganuti Hinduisme dan Buddhisme. Agama-agama ini dibawa ke Indonesia pada abad ke 2 selepas masihi. Pedagang-pedagang India yang membawa Hinduisme ke pulau Sumatra, Jawa dan Sulawesi.

Islam Kristian Hinduisme Buddhisme Confucianisme

Peratus (%) 85.1 12.3 1.7 0.7 0.2

Jadual 5.3 Agama-agama di Indonesia Nota: Peratusan ini adalah anggaran dan mungkin berbeza dalam sesuatu tulisan. Lihat Rajah 5.3. Agama Islam ialah agama yang dominan di Indonesia dan diikuti oleh agama Kristian (12.3%) yang terdiri daripada mazhab Protestan dan mazhab Katolik. Paling ramai penganut agama Hindu dijumpai di pulau Bali yang berjumlah 10.0 juta (1.7%). Hinduisme yang diamalkan di Bali berlainan daripada amalan di India. Contohnya, Hinduisme di Bali tidak mengamalkan sistem kasta dan epik-epik Mahabharata dan Ramayana dipamerkan menggunakan wayang kulit dan tarian. Agama-agama lain yang dianuti penduduk Indonesia ialah Buddhisme dan Confucianisme yang terdapat dengan ramai di bandaraya Jakarta. [SILA BACA NOTA TAMBAHAN AGAMA DI INDONESIA]

a) Senaraikan lima Rukum Islam dan enam Rukun Iman. b) Bagi pelajar beragama Islam, sila terangkan maksud Rukun Iman ke6 berkenaan Qadar dan Qadak kepada pelajar bukan Islam. Bagi contoh spesifik. c) Apakah agama yang dianuti penduduk Iran sebelum kedatangan agama Islam? d) Manakah agama Hindu diamalkan di Indonesia?

4.4 AGAMA BUDDHA

Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhrtha Gautama yang lahir pada kurun ke-5 SM di India. Walau pun Buddhisme atau agama Buddha bermula di India hanya 10% penduduk menganuti agama berkenaan di India. Buddhisme yang disebarkan ke seluruh Asia telah diterima oleh ramai penduduk di Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia timur Asia. Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme Theravadin dan Buddhisme Mahayana. Buddhisme Theravadin dianuti oleh penduduk di Thailand, Myanmar dan kawasan-kawasan tertentu di Cambodia & Laos Buddhisme Mahayana dianuti oleh penduduk di Nepal, Bhutan, Sikkim, Mongolia dan kawasan barat China.

Lihat Rajah 5.1 yang menujukkan taburan kedua-dua mazhab Buddhisme. Perbezaan yangg nyata antara kedua-dua mazhab ini ialah; Buddhisme Theravadin lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat; sementara Buddhisme Mahayana menekankan pencapaian dan tindakan individu. Buddha memperkenalkan EMPAT Prinsip Kebenaran Yang Mulia (Four Principles of Virtious Truth). Bahawasanya: 1) Hidup ini penuh dengan kesengsaraan, kepahitan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. 2) Manusia menderita kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup. 3) Manusia mesti mengawal nafsu untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. 4) Cara untuk mengawal nafsu dan seterusnya kesengsaraan ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis seperti berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Pengetahuan yang Baik Kelakuan yang Baik Keinginan yang Baik, Pengucapan yang Baik, Kehidupan yang Baik, Pemikiran yang Baik Usaha yang Baik Pertapaan yang Baik.

Melalui jalan ini seseorg penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi boddhisatva. Sebahagian besar penduduk di Thailand, Myanmar, Cambodia, Laos, Vietnam dan Sri Lanka adalah penganut Buddhisme (Lihat Jadual 5.4). Di Sri Lanka, 69% adalah penganut agama Buddha dan bakinya terdiri daripada penganut agama Hindu, Islam dan Kristian. Kira-kira

10

separuh orang Mongolia menganuti agama Buddha berbanding dengan 35% di Vietnam, 23% di Korea Selatan dan 19% di Malaysia.

Thailand Myanmar Cambodia Jepun Laos Cina

95% 89% 98% 85% 95% 2%

Sri Lanka Mongolia Taiwan Vietnam Korea Selatan Malaysia

69% 50% 35% 80% 23% 19%

Jadual 5.4 Peratus Penduduk Beragama Buddha di Negara Tertentu

a) b) c) d) e)

Siapakah pengasas Buddhisme? Namakan dua mazhab utama Buddhisme serta perbezaanya. Menurut Buddhisme mengapakah manusia menderita? Senaraikan 8 Jalan Lapis. Kawasan manakah mempunyai paling ramai penganut Buddhisme?

4.5 AGAMA HINDU

Agama Hindu tidak miliki tarikh permulaan atau pengasas tertentu seperti agama lain dan dianggap sebagai agama tertua di dunia yang berasal daripada India. Penganut Hindu berpegang kepada TIGA penjelmaan Tuhan, Brahma (Dewa Pencipta) Vishnu (Dewa Perlindung) Siva (Dewa Pemusnah)

Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita. Kitab-kitab ini menyatakan bagaimana upacaraupacara keagamaan, tafakur (meditation) dan sebagainya harus dilakukan. Penganut agama Hindu terbahagi kepada DUA mazhab utama iaitu, Saivisme (penganut Dewa Siva), Vaishnavisme (penganut Dewa Vishnu).

11

Juga terdapat mazhab-mazhab kecil lain seperti Ganapathy, Saura dan Sakhta. Salah premise penting dalam Hinduisme ialah samsara yang ditafsirkan sebagai kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula. Untuk mencapai kelahiran semula yang sempurna, seseorang harus melakukan amalan-amalan yang baik dan berbakti semasa hidup. Setelah melalui beberapa kelahiran semula seseorang itu akhirnya sampai ke tahap nirvana yang merupakan penyatuan dengan Tuhan. Oleh itu sepanjang hayat, manusia hendaklah: sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan elak daripada mementingkan diri sendiri berusaha memahami diri sendiri tidak mementingkan kebendaan

Paling ramai penganut Hinduisme dijumpai di India. Adalah dianggarkan kira-kira 77% penduduk India menganuti agama Hindu (Lihat Rajah 5.5.). Perlembangan India telah mengistiharkan negara ssebagai republik sekular yang berpegang kepada hak asasi untuk setiap rakyat menganuti agama masing-masing. Peratus (%) 77.0 17.0 3.0 1.5 0.8

Hinduisme Islam Kristian Sikkhisme Buddhisme

Jadual 5.5 Agama-Agama di India

Selain agama Hindu, kira-kira 17% penduduk adalah penganut agama Islam, 3% penganut agama Kristian dan 1.5% menganuti agama Sikh atau Sikkhisme. Agama-agama lain yang dianuti penduduk India ialah Zoroastrianisme dan Jainisme. Sikkhisme adalah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak Dev yang lahir pada 1469. Selepas beliau meninggal pada tahun 1539, penggantinya diberi pa ngkat Guru dan terdapat sepuluh orang Guru daripada wilayah Punjab di India.
Rajah 5.3 Peta India

12

Perkataan guru berasal dariapda perkataan bahasa Sanskrit yang bernaksud pengajar atau mentor. Kitab suci penganut Sikkhisme ialah Guru Granth Sahib. Tradisi dan ajaran agama ini berkait dengan sejarah, masyarkat dan budaya di Punjab. Orang Sikh percaya kepada satu Tuhan yang dipanggil Waheguru. Rumah ibadat orang Sikh dipanggil gurdwara dan gurdwara yang paling suci, Gurdwara Emas terletak di Amritsar di Punjab, India. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sikkhisme, Rujuk kepada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikhisme 4.6 SHINTOISME Shinto bermaksud jalan dewa-dewa dan shintoisme ialah agama yang diiamalkam oleh 83% penduduk Jepun (Lihat Rajah 5.4). Shintoisme agak unik, kerana ia hanya terdapat di Jepun sahaja. Asas Shintoisme ialah menyembah nenek moyang (ancestral worship) serta alam semulajadi. Juga ditekankan dalam Shintosime ialah keagungan Maharaja. Shintoisme bukan agama yang terdiri daripada kepercayaan atau pengajaran yang teratur berbanding dengan agama-agama seperti Islam atau Buddhisme. Shintoisme memberi tumpuan kepada pelbagai jenis kuasa yang digelar Kami Rajah 5.4 Peta Jepun yang merupakan unsur-unsur alam semula jadi seperti petir, langit dan bumi. Penganut harus menikmati dan menghargai kejadian-kejadian alam tersebut dan tidak ketakutan. Mereka harus mempunyai perasaan yang halus terhadap alam sekitar. Walau pun Shintoisme tidak mengutarakan sesuatu falsafah atau pengajaran moral tertera, penekanan diberi kepada kebersihan dan kesucian. Upacara pemujaaan adalah mudah hanya bertepuk tangan dengan tujuan menarik dewa dewi, tundukkan kepala dan menyembah. Penekanan ialah terhadap pertumbuhan dan bukan kepada pemusnahan. Untuk mengalakan pertumbuhan, upacara berdoa dan berterima kasih diadakan pada musim menuai. Untuk elak pemusnahan upacara pembersihan dan keselamatan diadakan pada masa menghadapi penyakit dan kematian. Bagi masyarakat Jepun, agama ini dapat satukan masyarakat malah memainkan peranan dalam kebangkitan semangat kebangsaan.Agama ini dijadikan sebahagian kaedah yanh sangat berkesan dalam kebangkitan perasaan taat setia kepada kerajaan Raja Meiji. Kerajaan Meiji telah keluarkan satu deklarasi yang mengumumkan bahawa agama ini menjadi asas dalam dasar pemerintahan agama. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shintoisme, Rujuk kepada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Shinto

13

a) Jelaskan secara ringkas asas-asas kepercayaan Hinduisme & Shintoisme b) Nyatakan kawasan-kawasan yang penganut agama-agama ini paling ramai.

4.7 CONFUCIANISME Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum masihi. Kini dianggarkan terdapat hampir 6 million orang yang menganut ideologi ini. Majoritinya penganut ideologi ini menetap di China, Taiwan, Vietnam, Singapure, Malaysia dan Jepun. Confucianisme diperkenalkan di Jepun pada zaman feudalisme melalui Korea pada abad ke4. Confucianisme memberi penekanan kepada beberapa akhlak mulia seperti berikut:

Rn Y L Zh Xn Zhng Xio

(Perikemanusiaan) (Keadilan) (Sopan Santun) (Pengetahuan atau Ilmu) (integriti) (Kesetiaan) (Sayang kepada Ibu Bapa)

Buku-buku yang menjadi teras Confucianisme ialah Klasik Sajak, Buku Dokumen, Buku Upacara, Buku Muzik, I Ching dan Buku Musim Bunga dan Musim Luruh. Idea utama dalam Confucianisme ialah hubungan manusia iaitu hubungan antara pemerintah & rakyat, ayah & anak, suami & isteri, kakak & adik dan kawan sesama kawan. Confucianisme menekankan mewujud seorang yang berakhlak mulia dengan berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan, berbudi bahasa, kasih sayang, kerajinan dan baik hati.

4.8 TAOISME Taoisme merupakan firman berdasarkan ajaran Lao Tze. Ajaran ini lebih mekankan kepada keharmonian dengan alam semesta. Ia cuba menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam semesta dan keharmonian diantaranya. Perkara yang ideal bagi penganut amalan ini ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan kehidupan secara sederhana. Kerajaan yang paling berkesan bagi penganut taoisme ialah kerajaan yang paling sedikit memerintah.

14

4.9 AGAMA KRISTIAN Agama Kristian mengutamakan kepercayaan kepada hubungan dengan Tuhan daripada upacara keagamaan dengan berasaskan Kitab Injil yang diturunkan oleh Tuhan dan adalah ajaran muktamad. Agama Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus atau Jesus Christ) dan Roh Kudus. Terdapat TIGA Mazhab utama: Katolik paling ramai ialah mazhab ini Ortodoks ini terdapat dengan meluas di Timur Tengah Protestan ini terbahagi kepada beberapa aliran pemikiran seperti Luteran, Metodis dan sebagainya.

Ajaran Kristian menganggap Tuhan sebagai penyayang, pemurah, pengampun dan pengasih. Di antara negara-negara Asia, penganut agama Kristian hanya majoriti di Filipina dan Timor Leste (Lihat Jadual 5.5).

Rajah 5.5 Peta Filipina

Negara

Peratus

Filipina Timor-Leste Korea Selatan Kazakhstan Singapura Kazakhstan Hong Kong Syria Malaysia Indonesia Jordan China

90.5 98.0 29.0 25.0 18.0 17.0 17.1 10.0 9.2 9.0 6.0 3.5

Jadual 5.6 Peratusan Penganut Kristian

15

Adalah dianggarkan hampir 30% penduduk di Korea Selatan dan 25% di Kazakhstan menganuti agama Kristian. Peratusan yang menganuti agama Kristian di Malaysia dan Indoneis adalah hampir sama (iaitu dalam lingkungan 9%). Majoriti penganut agama Kristian di Filipina terdiri daripada mazhab Katolik dan lebih kurang 5% terdiri daripada penganut agama Islam. Penduduk tempatan telah memeluk agama Kristian yang dibawa oleh penjajah Sepanyol yang menakluki Filipina di antara tahun 1521 hingga 1898. Sebelum kedatangan penjajah Sepanyol, ramai di antara penduduk Filipina menganuti agama Hinduisme dan Buddhisme. Sebahagian besar penduduk beragama Islam tinggal di selatan Filipina, di pulau Mindanao. Agama Kristian disebarkan ke kawasankawasan lain di Asia oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

4.10 JUDAISME

Teras kepercayaan Judaisme wujudnya Tuhan Maha Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel penindasan di Mesir. Tuhan telah menurunkan RukunRukun kepada Nabi Mua yang dipanggil Torah yang menjadi panduan hidup kaum Yahudi. Judaisme berasaskan kepada Tanakh yang merupakan satu kitab besar yang terdiri dari 24 buah kitab yang dihimpun kepada 3 kumpulan:

Torah (Undang-undang) Nevi'im (Kitab Para Nabi) Ketuvim (Kitab Literatur dan Sejarah)

Kebanyakan penganut Judaisme mengikuti undangundang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi, keldai, kuda, arnab dan makanan laut bercengkerang seperti udang, ketam, kerang dan sotong juga adalah terlarang dalam Judaisme. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budakbudak lelaki juga dikhatankan (sewaktu umur 8 hari). Terdapat tiga mazhab utama dalam Judaisme: Judaisme Ortodoks Judaisme Reformasi Judaisme Konservatif
Rajah 5.6 Peta Israel

16

Agama

Peratus

Judaisme Islam Kristian Druze

75.4 16.9 2.1 1.7

Jadual 5.7 Agama-Agama di Israel

Kini terdapat kira-kira 13.4 juta penduduk dunia terdiri daripada penganut Judaisme dan 42% tinggal di Israel, 42% tinggal in Amerika Syarikat & Kanada dan baiknya tinggal di Eropah. Lihat Jadual 5.7. Kira-kira 75.4% penduduk Israel menganuti Judaisme dan 16.9% menganuti agama Islam dan 2.1% adalah penganut Kristian. 4.10 KERPERCAYAAN ANAMISME Selain, agama-agama yang dibincangakan dalam bab ini, penduduk Asia turut menganut kepercayaan animisme. Amalan ini melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib yang akan mempengaruhi kehidupan harian. Ia melibatkan amalan menyembah makhluk halus serta nenek moyang dengan harapan keluarga mereka tidak diganggu oleh maklukmakluk berkenaan. Contohnya, untuk mengelakkan daripada bencana alam seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit. Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi, seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar, mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka daripada semangat dan roh jahat. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Selain daripada jiwa dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan. Kepercayaan animisme diamalkan oleh puak dan suku kaum yang tinggal di kawasan bukit, lembah dan hutan-hutan terpencil di pulau-pulau Indonesia dan Filipina, di kawasan pergunungan Vietnam, Thailand, Laos, Myanmar dan Cambodia. Kerapa kali puak dan suku kaum ini yang memeluk agama Islam, Kristian, Hinduisme atau Buddhisme masih terus mengamal kepercayaan animisme.

a) b) c) d) e)

Apakah perbezaan yang nyata di antara Confucianisme dan Taoisme? Nyatakan kitab-kitab yang menjadi asas agama Kristian dan Judaisme. Bagaimana majoriti penduduk Filipina beragama Kristian? Senaraikan agama-agama yang dianuti penduduk Israel. Jelaskan kepercayaan animisme

17

4.11 DIALOG ANTARA AGAMA Daripada perbincangan dalam bab ini, jelas bahawa penduduk Asia menghadapi pelbagai masalah soio-politik-budaya yang rencam. Hal ini memerlukan satu pendekatan bagi menyatukan seluruh penduduk Asia dalam iklim yang harmoni. Pendekatan ini adalah melalui mekanisme pembudayaan dialog antara agama. Manusia, ciptaan Tuhan mempunyai pelbagai fitrah dan memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup. Perkataan dialog yang merupakan perkataan Bahasa Inggeris dialogue yang berasal daripada perkataan Greek dialectic yang bermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996). Justeru. dialogue membawa maksud sesuatu pandangan, idea yang dibincang untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang terlibat. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar yang ditakrifkan sebagai kembali semula atau dirujuk semula.

Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju. Menurut Azizan Baharuddin (2005), dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang berlinan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknaknya, buka debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain.

Pendek kata, dialog bermaksud bercakapan, perbulalan atau apa sahaja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat, perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara terbuka. Semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supaya dapat difahami kedudukan pihak lian dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan suatu perlakuan yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntuk manusia mengatasai tanggapan negatif dan rendah diri serta bersift jujur dan ikhlas. Dialog adalah satu elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya terbatas pada perkara yang membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi dialog juga berperanan dalam memupuk persefahaman dan perkongsian hidup bersama (Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal, 2011).

Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama. Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog,

18

terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang terlibat dengan dialog agama perlu mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama dunia tanpa melibatkan persoalan kepercayaan sesuatu agama. Ia merangkumi penekanan kepada sistem moral yang baik, penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk, sikap alami terhadap alam semesta, penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu. Ia memerlukan sikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang konflik. Secara asasnya, dialog itu perlu disertai oleh golongan pakar dan penganut yang komited, mengenal pasti isu yang didialogkan untuk kepentingan manfaat bersama, diiringi dengan sifat yang baik dan ingin belajar yang tinggi, lebih memberikan penekanan kepada isu-isu persamaan tentang bagaimana agama boleh menyelesaikan masalah manusia, tidak mengandungi unsur perdebatan yang boleh menjatuhkan maruah penganut yang lain, tidak bertujuan memperkecilkan dan mengubah sesuatu pegangan agama pihak yang lain, serta tidak mempertikaikan bahagian agama yang bersifat tetap dan tidak boleh berubah (Mohamad Khatami, 1998). .

Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak yang mempengaruhi tindak-tanduk manusia Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi manusia kekuatan dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka, terutama pada masa-masa kesusahan dan keperitan. Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun Iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT. Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam. Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut agama Zoroastrianisme Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk Indonesia adalah penganut agama Hinduisme dan Buddhisme. Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhrtha Gautama yang lahir pada kurun ke-5 SM di India. Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita.

19

Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme Theravadin dan Buddhisme Mahayana. Sikkhisme adalah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak Dev yang lahir pada 1469. Shinto bermaksud jalan dewa-dewa dan shintoisme ialah agama yang diiamalkam oleh 83% penduduk Jepun. Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum masihi. Kepercayaan animisme melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib yang akan mempengaruhi kehidupan harian. Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju.

Beasley, M. (1982). Religions of the World: A Global Perspective in The Atlas of Mankind. London: Rand McNally. Religions of Asia. Wikipedia http://www.wikipedia.com

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd Dahlal (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia. Kajian Malaysia, Vol. 29, No.2, 91110. Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan tantangan. Bandung: Mizan.

Anda mungkin juga menyukai