Anda di halaman 1dari 2

Perincian kraf Seni Alat Mempertahankan Diri

Seni Alat Mempertahankan Diri


1. Sejarah Ringkas(Pengenalan) Merupakan satu alat yang digunakan untuk mempertahankan diri. Terdapat 5 jenis alat pertahanan diri.Diantaranya adalah keris, lembing ,badik, kerambit , tumbuk lada dan golok. Kelima-lima alat pertahanan diri mempunyai pelbagai tema.Terdapat pelbagai motif yang digunakan dalam penghasilan keris. Diantaranya adalah motif bunga timbul, awan larat,bunga tebuk,ketam guri, bentuk fauna dan sebagainya. Kebanyakan motif yang digunakan dalam penghasilan keris lebih kepada motif alam. Badik pula bermotifkan awan larat pada bahagian gading.Lembing pula lebih kepada bentuk daun sirih dan mata lembing berbentuk pisau dan jarang berduri. Motif pada lembing kebanyakan awan larat. Motif bagi tumbuk lada pula adalah berunsurkan fauna di mana hulunya sering diukir dengan bentuk tumbuh-tumbuhan.Kerambit pula tidak mempunyai motif dan senjatanya bersaiz kecil dan fingsinya menyerupai lawi ayam. 2. Alat a) Musang Diperbuat daripada kayu dan berbentuk seperti tong panjang. Berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk dalam saluran dapur.Juga dikenali kelubung di perak dan hembusan di kelantan. a) Andas Landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal berbentuk jonkong timah.Digunakan sebagai tempat mengetuk,menitik dan menempa besi yang panas.

b) Lepa Sejenis alat pemotong besi.Digunakan untuk mengetuk lepa pada besi panas.

c) Tukul Digunakan untuk menempa alat-alat besi yang nipis matanya. d) Kikir Digunakan untuk melicin dan menghaluskan mata senjata yang telah dibentuk.

53

Perincian kraf Seni Alat Mempertahankan Diri

e) Penyepit Digunakan untuk memegang besi panas. f) Penyepuh Digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa,diketuk dan dikikir untuk menjadi sejuk,tajam,kukuh dan tahan lama. g) Penangi Untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai dengan bentuk hulu. h) Jara sila Digunakan untuk membuat lubang hulu. i) Temin Untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi di pangkal hulu. j) Arang Digunakan sebagai bahan bakar. 3. Bahan a) Antara dan bahan untuk pembuatan keris adalah, perdu (tunjang kayu),gading gajah,tanduk,gigi ikan paus,emas,perak,besi dan kemor (sejenis batu karang) dan tembaga. b) Alat dan bahan untuk pembuatan senjata badik adalah, kayu, tanduk,gading ,logam ,emas dan perak. Bahan bagi pembuatan kerambit adalah kayu dan logam. c) Bahan bagi pembuatan lembing adalah kayu, buluh, logam, tembaga dan gangsa. d) Bahan bagi pembuatan adalah besi campuran, kayu, perak dan emas. 4. Teknik dan kaedah penghasilan Teknik yang digunakan dalam penghasilan senjata adalah teknik menempa.Besi yang dicairkan dikeluarkan dari tempat pembakar dan dituang mengikut acuannya dan apabila ia sudah membentuk, proses mengetuk pesi akan dimulakan.

54

Anda mungkin juga menyukai