Anda di halaman 1dari 2

Pak Tani Menipu Harimau Tersebutlah kisah di sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri, iaitu Mak Tani

dan Pak Tani. Pak Tani: Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Pak Tani. Mak Tani: Saya Mak Tani. Pak Tani dan Mak Tani tidak mempunyai anak. Pada suatu hari, Mak Tani mengajak suaminya berubat dengan seorang bidan di kampung sebelah. Mak Tani: Abang, di kampung sebelah ada seorang bidan yang hebat. Marilah kita berjumpa dengannya. Mungkin dia boleh membantu kita. Pak Tani: Kalau begitu hendakmu, marilah kita ke sana. Harap-harap bidan itu boleh membantu kita mendapatkan anak. Esoknya mereka pun pergi ke kampung itu. Mereka terpaksa melalui jalan hutan. Hanya itulah jalan yang ada untuk sampai ke kampung mak bidan. Mereka selamat sampai di rumah Mak Bidan. Setelah berubat, merekapun balik. Mak bidan menyuruh mereka berhati-hati kerana di jalan yang mereka lalui ada harimau tua. Harimau tua itu sangat garang. Orang menggelarnya Pak Misai Garang. Pak Misai Garang: Akulah Pak Misai Garang. Hahahaha. Sedang Pak Tani dan Mak Tani melalui jalan itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara Misai Garang. Aku akan makan engkau. Aku sedang lapar sekarang! Kata Pak Misai Garang lalu mengaum. Pak Tani segera teringat pesanan Mak Bidan tadi. Dia pun berkata Apa guna makan kami. Kami sudah tua. Daging kami liat. Lebih baik kamu makan anak kami yang bakal lahir,. Kata Pak Tani. Pada mulanya Pak Misai Garang tidak mahu mempercayai kata-kata Pak Tani. Pak Misai Garang: Arghhh.. kamu hanya menipuku. Aku tidak akan tertipu (sambil mengaum)

Pak Tani bersungguh-sungguh meyakinkan harimau tua itu. Pak Tani: Wahai Pak Misai Garang, Aku tidak berani untuk menipumu. Percayalah kata-kataku ini. Aku akan berikan anakku ini kepadamu. Kalau aku tipu, engkau makanlah aku. Pak Misai Garang: Baiklah, aku setuju. Tetapi kalau kau tipu aku, aku akan makan kau hidup-hidup. Dengan takdir Tuhan, Mak Tani pun hamil. Mereka berdua sangat gembira. Semakin hari kandungan mak Tani semakin besar. Apabila sampai masanya, Mak Tani melahirkan seorang anak lelaki. Mak Tani bersedih apabila terkenang janjinya kepada Pak Misai Garang. Jangan bimbang. Aku tak akan serahkan anak ini kepada harimau tua itu, kata Pak Tani Pak Tani pun membakar sebiji labu air. Setelah labu itu menjadi merah, dia pun memeluk lubang lantai rumahnya. Kemudian dia memanggil Pak Misai garang di hutan. Kau memang manusia jujur. Aku dah tak sabar nak makan anak kau itu, kata Pak Misai Garang. Pak Tani mengajak Pak Misai Garang ke rumahnya. Tunggulah di bawah rumah. Aku akan campakkan anak itu dari lubang itu. Pak Tani segera naik ke rumah. Pak Misai Garang mengangakan mulutnya di bawah rumah. makanlah anak kami ini! jerit Pak Tani lalu mencampakkan labu yang panas itu. Pak Misai Garang mengaum kesakitan apabila labu itu masuk ke mulutnya. Ia rasa mulutnya seperti terbakar. Ia mengaum sekuat-kuat hatinya. Kakinya menolak-nolak labu di dalam mulutnya. Akhirnya labu itu tercabut dari mulutnya. Semua taring,gigi dan kuku Pak Misai Garang ikut tercabut. Ia pun lari masuk ke hutan. Pak Misai Garang: Aku tiada gigi, Taringku sudah tiada, kukuku tercabut. Sekarang tiada siapapun yang akan takut kepadaku.

Anda mungkin juga menyukai