Anda di halaman 1dari 3

BAB 4 : PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pengenalan kepada permainan tradisional


Permainan tradisional merupakan permainan
yang diwarisi dari generasi terdahulu.
Permainan ini diturunkan daripada satu
generasi ke generasi yang lain.
Permainan tradisional berkaitan dengan adat
resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu
pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan tradisional
dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada
undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan
tradisional.
Undang-undang dan sistem pertandingan
yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.


Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada
aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela
tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan
tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan
tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari
satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan
pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan
tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisionaladalah kehidupan di
luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi danrohani
dan intelektual.

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional
Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:
(a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa
lapang.
(b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang
meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran
dalam menyelesaikan masalah.
(c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya
menggunakan kreativiti dalam membina wau.
(d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina
kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
(i) kekuatan kardiovaskular
(ii) kelenturan
(iii) Daya tahan otot
(iv) Kekuatan otot
(v) Ketangkasan
(vi) Imbangan
(vii) Koordinasi
(viii) Kuasa
(ix) Masa tindak balas
(x) Kelajuan

Kebaikan Permainan Tradisional
Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan
profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi
masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih
bersifat permainan dari pertandingan.
Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia
dilihat
berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk
kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk
kesihatan emosi yang baik.
Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang
berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan
merangsang ukhuwah.
Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui
oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk
menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh
kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan
permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi.
Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk
kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk
kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain
permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.
Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan
dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal
anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai.
Pengurus badan merangkumi:
Penjagaan postur yang betul
Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi
Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan
Koordinasi pergerakan yang cekap
Pergerakan merentasi lantai
ruang


Jenis-jenis permainan tradisional

Peraturan-peraturan permainan tradisional
Pengurusan pertandingan tradisional
Kategori Pertandingan


Sistem Pertandingan
Oleh kerana permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub
sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung
kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan tradisional telah
mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian
Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan
tetapi mengikut keadaan pertandingan.
Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau
berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan
individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai
dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang
kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

Anda mungkin juga menyukai