Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH 26700 MUADZAM SHAH, PAHANG.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ( PKSR 4 ) PENDIDIKAN SENI VISUAL ( TAHAP 2 ) 2 JAM

Arahan : Pilih satu sahaja daripada tajuk di bawah. Fahami dengan teliti. Alat / bahan hendaklah dibawa sendiri dari rumah. Kertas lukisan sahaja yang akan disediakan.

1. MENGGAMBAR Lukis sekurang-kurangnya 3 objek geometri. Gunakan teknik dan media yang anda tahu untuk menentukan ton ( pencahayaan ) bagi objek tersebut. ( Alat / bahan : pensel, pemadam dan krayon/ warna air )

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Hasilkan corak pemandangan positif dan negatif melalui teknik guntingan dengan memasukkan sekurang-kurangnya 5 objek yang berlainan saiz dan bentuk. ( Alat / bahan : gunting, pensel, pemadam dan kertas warna )

3. MEMBUAT BENTUK DAN BINAAN Gelang tangan merupakan salah satu perhiasan diri bagi wanita. Gunakan teknik yang telah anda pelajari untuk menghasilkan satu gelang tangan yang menarik dengan menggunakan kertas warna. ( Alat / bahan : Gunting, pembaris, pensel, pemadam, kertas warna, jarum dan tali tangsi/ benang )

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL Batik merupakan hasil seni yang bermutu tinggi di Negara kita. Hasilkan satu corak batik yang menarik dengan menggunakan teknik resis yang bertemakan flora dan fauna. ( Alat / bahan : pensel, pemadam, lilin dan warna air )

Disediakan oleh : | Panitia Pendidikan Seni Visual

2011

Anda mungkin juga menyukai