Anda di halaman 1dari 7

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Program Interversi Tambah Opsyen (PITO) 2013 Sejarah PITO 107


Pensyarah: Prof. madya Dr. Khadijah Zon Dr. Sah Hadiyatan Ismail

Nama : Khazlina Bt Mohamad No KP : 820331065436


PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Soalan 2. Dasar British mengembangkan ekonomi eksport telah memberi kesan positif terhadap keadaan sosio-ekonomi TanahMelayu, Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Setelah

Inggeris

masuk

ke

Tanah

Melayu,

ekonomi

Tanah

Melayu

mula

mengalami perubahan dan berkembang lebih pesat berbanding sebelum pendudukan Inggeris. Pihak Inggeris mula penjajah Tanah Melayu dengan menduduki Pulau Pinang secara rasmi padatahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah. Perjanjian inimerupakan titik tolak usaha British untuk meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. Zaman kolonial British pada abad ke-19 merupakan titik penting yang mana ianya telah membuka ruang kepada Tanah Melayu dalam aspek ekonomi sehingga menjadi salah satu tumpuan ekonomi dunia pada ketika itu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang berkembang ini berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan faktor luaran. Selain daripada dasar pentadbiran Inggeris, faktor yang menggiatkan ekonomi Tanah Melayu adalah revolusi perindustrian, kemasukan buruh dan modal, pembukaan Terusan Suez dan pembukaan Singapura. Pada zaman kolonial British, dasar ekonomi bebas dilaksanakan di tanah-tanah jajahannya termasuklah Tanah Melayu. British tidak melakukan monopoli ekonomi sepertimana yang dilakukan oleh Belanda jika kita lihat pada abad ke-15 yang mana Belanda mula mempunyai hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu dan menandatangani pelbagai perjanjian untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Namun perjanjian yang dibuat tidak ditepati akibat sikap Belanda yang ingin memonopoli ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu.Keadaan ini akhirnya menyebabkan Syarikat Hindia Belanda muflis. Sebagai contoh, penaklukan Melaka pada 1641 yang mana tujuan awal mereka adalah untuk menjadikanMelaka sebagai ibu pejabatnya dan akhirnya berniat untuk menguasai Melaka. Belanda cuba untuk memperolehi monopoli keatas Melaka malah ke seluruh wilayah di Tanah Melayu seperti Johor, Kedah, Perak, Naning dan Minangkabau. Jika dikaji dengan teliti, boleh dikatakan bahawa Belanda berusaha menguasai kawasan-kawasan ini sudah tentunya keranafaktor ekonomi yang mana wilayah-wilayah ini sememangnya kaya dengan hasil bumi danhasil rempah ratus. Hal ini menimbulkan pelbagai kekecohan akibat ketidakpuasaan hati penduduk Tanah Melayu sehingga menimbulkan pelbagai peperangan dan penyeludupan. Monopoli Belanda ini akhirnya memakan diri sendiri apabila Belanda muflis dan ekonomiTanah Melayu tidak berada pada tahap yang baik. Keadaan ini berbeza dengan semasa pendudukan
PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Inggeris yang mana mereka mengamalkan dasar perdagangan bebas yang akhirnya telah membuka Tanah Melayu kepada perdagangan antarabangsa yang melibatkan pelbagai negara luar. Dasar Inggeris yang liberal dan terbuka ini menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 sehingga menjadikan Tanah Melayu sebagai salah satu pusat tumpuan perdagangan dunia dalam aktiviti eksport dan import. Antara dasar ekonomi yang dijalankan oleh British pada masa itu termasuklah Dasar Tanaman padi, Undang-Undang Tanah British, Dasar Pertanian British dan sebagainya. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh British terhadap ekonomi Tanah Melayu sehinggakan memeberi kesan positif terhadap Tanah Melayu secara langsung mahupun tidak langsung. Kesan yang pertama jelas kelihatan ialah dari segi perkembangan pembandaran di

kawasan yang terlibat dan aktif dengan ekonomi tertentu. Pembandaran bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi dan kegiatan ekonomi. Pembandaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah. Pekan di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang ramai dan kian bertambah. Ia menjadi pusat mengumpul hasil lombong dan pusat mendapatkan keperluan harian. Pekan ini kemudiannya menjadi bandar yang menjadi pusat pentadbiran dan perbankan seperti Kuala Lumpur, Taiping dan lain-lain. Contoh lain ialah Bandar Miri yang berkembang kerana adanya petroleum. Bandar baru muncul ini menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan, pentadbiran kerana bandar ini lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan. Walaubagaimanapun, bandar bandar ini kebanyakkanya didiami oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan India menetap di luar bandar. Bandar baru biasanya akan berkembang dengan pesat kerana adanya kemajuan sistem pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api yang baik. Hasil getah dan bijih timah turut mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam. Walau bagaimanapun kemudahan infrastuktur ketika pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu. Kesan yang kedua akibat dasar ekonomi British di TanahMelayu ialah Pembentukan masyarakat berbilang kaum. Ia berpunca daripada kedatangan imigran China dan India akibat keperluan tenaga manusia khasnya dalam sektor perlombongan dan perladangan. Kedatangan imigran yang berlipat kali ganda itu telah membentuk masyarakat berbilang kaum di tanah
PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Melayu. Semasa British petempatan dan kegiatan ekonomi diselaraskan berasaskan kaum, iaitu Melayu bertani di luar bandar, Cina berniaga dan melombong di bandar dan kawasan perlombongan manakala India menoreh getah di ladang-ladang. Dalam kehidupan seharian mereka menggunakan bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing masing. Jelasnya pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum di kalangan mereka. Seterusnya dasar ekonomi British telah memberi kesan kepada perkembangan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu. Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dan tidak memupuk perpaduan kaum. Ia dapat dilihat melalui penetapan dalam pendidikan seperti Pendidikan Melayu tradisional dengan mempelajari al- Quran, bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok. Beberapa sekolah Melayu telah ditubuhkan contohnya di Singapura, Seberang Prai dan Kuala kangsar yang dijalankan di peringkat rendah. Konsepnya sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya sebelum itu. Contoh lain yang wujud dalam sistem pendidikan vernakular termasuklah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris yang melatih guru Sekolah Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar iaitu sekolah untuk golongan elit Melayu. Manakala Sekolah Tamil pula disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai sekolah di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil. Sekolah Cina pula dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China) dan menggunakan dialek cina masing masing. Sekolah Inggeris pada peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela. Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya di kalangan orang atasan. Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England. Perkembangan sektor perkilangan juga merupakan salah satu daripada kesan positif dasar ekonomi British. Pada awalnya British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan kilang diimport. Barangan kilang yang diimport seperti pakaian telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti batik, sutera. Contohnya dalam perusahaan pembuatan kasut getah wujud kilang Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang. Manakala kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah diusahakan oleh Syarikat United Engineers dan kilang mengetin nanas diusahakan oleh bangsa Perancis di Johor. Sebenarnya, sektor ini dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina, sementara orang Melayu tercicir.
PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Selain itu, ia juga telah memberi kesan kepada sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu. Pada waktu itu, jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port eld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan kereta api turut dihubungkan dari Seberang Perai hingga ke sempadan Siam. Kemudiannya ke pantai timur dari gemas, Pahang, Kelantan ke sempadan Siam. Seterusnya disambung ke selatan hingga ke Singapura. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah. Kereta api juga dapat membawa muatan yang banyak. Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya. Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan. Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan, contohnya dari Seberang Prai ke Melaka, Perlis ke Singapura, Kuala Lumpur ke Kuantan. Manakala dalam sistem perhubungan pula wujudnya telegraf, telefon, pos. pada masa yang sama, kemudahan pengangkutan dan perhubungan di Pantai Timur Tengah Melayu agak ketinggalan kerana kurangnya pembangunan ekonomi. Kesan terhadap perkhidmatan kesihatan juga dapat dilihat melalui dasar ekonomi British. Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana temapt tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih. Oleh itu, wujudlah beberapa pusat kesihatan di kawasan tersebut bagi merawat mereka yang terkena penyakit. Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur. Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur. Manakala pusat perubatan kecil pula diwujudkan di Pahang dan Negeri Sembilan. Hospital di Sabah pula ada di Jesselton, Sandakan dan Tawau. Perkhidmatan perubatan di Sarawak banayk wujud di Kuching dan pusat perubatan kecil ada di tubuhkan di Sibu dan Sri Aman. Pada masa yang sama hospital swasta juga telah wujud contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi khidmat khasnya kepada pelombong, Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur untuk mengkaji punca penyakit dan langkah langkah pencegahannya. Selain itu, telah wujud juga lembaga kebersihan dan kesihatan iaitu Sanitary Board yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah dua dan kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga kesihatan. Kesimpulannya dapat kita lihat perbezaan sistem ekonomi sebelum pendudukan Inggeris di Tanah Melayu dengan Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan Portugis serta Belanda.
PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Semasa pendudukan Belanda, dasar yang Belanda jalankan adalah dasar monopoli terhadap ekonomi Tanah Melayu. Hal ini berbeza dengan semasa zaman kolonial British yang mana dasar pentadbiran Inggeris lebih bersifat liberal. Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris adalah dasar ekonomi komersil dan terbuka.Selain itu, kolonial British telah menyediakan pelbagai kemudahan awam yang memudahkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomiTanah Melayu khususnya pada abad ke-19.

PITO 107

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

RUJUKAN

Abdul Karim Abdullah, Ghazali Basri (1979) Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden. KualaLumpur: Penerbitan Adabi SDN. BHD.

Dharmala N.S. (2006). Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan. Selangor: Thinkers Library Sdn Bhd.

Ismail Said. (2010). Perkembangan Sejarah Negara. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Zainal Abidin Kasim (1987). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Times Books International.

PITO 107

Anda mungkin juga menyukai