Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Jurnal 2013

MINGGU 1 (14 JULAI 2013 18 JULAI 2013) 1) Masalah Pada minggu pertama saya di Sekolah Kebangsaan Gaal, saya menghadapi masalah untuk mengawal kelas. Saya menghadapi masalah ini kerana ini merupakan kali pertama saya ingin membiasakan diri di sekolah ini. Kawalan kelas yang agak bermasalah bagi saya ialah ketika mengajar murid tahun 2. Ini kerana ini merupakan pertama kali saya diberikan masa untuk mengajar murid tahap 1. Jadi saya perlu memikirkan bagaimana ingin mengatasi masalah untuk mengawal murid-murid tahun 2 ini kerana saya ingin memastikan saya dapat mempelajari sesuatu yang baru supaya saya dapat menimba pengalaman dan memantapkan diri menjadi seorang guru yang diingini pada masa kini. 2) Analisis Masalah ini timbul kerana saya masih lagi belum cukup berpengalaman untuk mengawal bilik darjah dan tingkah laku murid yang pelbagai menyukarkan lagi keadaan saya untuk mengawal mereka. Di samping itu, saya juga mengahadapi masalah untuk mengawal kelas ini kerana suara saya yang agak perlahan jika berada di bengkel berbanding mengajar di bilik darjah. Memandangkan saya juga sudah memulakan amali jahitan, jadi masalah untuk mengawal kelas lebih rumit berbanding sebelumnya. Ini kerana murid agak bising ketika amali dijalankan. Namun begitu, mereka bising kerana belajar lebih baik daripada mereka bising kerana bermain-main semasa belajar. 3) Cadangan Penambahbaikan

a) Saya seharusnya bersedia fizikal dan mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah supaya keadaan kelas dapat dikawal dengan baiknya. b) Saya patut merujuk kepada guru-guru di sekolah mengenai kelakuan muridmurid yang akan saya mengajar. c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

Penulisan Jurnal 2013


4) Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. 5) Penilaian kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. Selain itu, saya juga boleh menilai kejayaan saya dengan melihat perubahan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas berdasarkan peningkatan tahap prestasi murid-murid. 6) Tindakan Susulan Saya perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid agar masalah seperti kawalan kelas tidak berlaku lagi. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah untuk mengawal murid-murid ini. Selain itu, saya juga perlu mendekati murid-murid dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Oleh itu saya akan dapat mengawal mereka secara psikologi.

Anda mungkin juga menyukai