Anda di halaman 1dari 22

Ulasan Buku - i Ulasan buku ialah satu pandangan menyeluruh atau kritik terhadap sebuah karya yang tertentu.

Ulasan Buku - ii Berapa Panjang? Beberapa baris hingga beberapa halaman


Panjang sesebuah ulasan memberi indikasi terhadap kadar perincian dan kecanggihan analsis yang dilakukan kepada karya tersebut.

Ulasan Buku - iii Perkara-perkara yang diulas/dikritik termasuk: a. gaya penulisan b. motif atau tema yang melandasi (dibahaskan) disepanjang penulisan. c. ketepatan sejarah (khususnya karya sejarah) d. kaedah yang digunakan e. pembuktian (rujukan sumber) f. kandungan rumusan.

Ulasan Buku - iv Turut dilakukan: a. perbandingan dengan karya se genre b. memberi maklumat penting atau relevan berkenaan penulis c. sebab penulis menulis karyanya d. kepada khalayak mana ditujukan e. format, teknik, harga dan edaran.

Ulasan Buku - v Pendirian pengulas:


a. b. c. d. menarik? meyakinkan? memberi sumbangan (ilmu)? berbaloi dibeli?

Ulasan Buku - vi Dua Bentuk Ulasan Buku


Bentuk Deskriptif Bentuk Kritis

Ulasan Buku - vii Bentuk Deskriptif


Pengulas tanpa berlebihan penilaian memberi keterangan yang mustahak sahaja. Ulasan dilakukan secara deskriptif dan penghuraian terhadap tujuan penulisan karya, dan memetik ungkapan-ungkapan yang menonjol bagusnya.

Ulasan Buku - viii Bentuk Kritis Pengulas melakukan deskripsi dan menilai karya dari segi persuratan dan kesejarahan yang piawai. Penilaian ini dilakukan bersandarkan kepada bukti dari teks karya itu.

Ulasan Buku - ix Dua Tuntutan Asas Ulasan Bentuk Kritis


PERTAMA Pengulas arif terhadap karya yang diulas. Bukan sekadar tahu tentang tujuan penulisan itu dan bagaimana setiap bahagian menyumbang kepada tujuan terebut, tetapi tahu juga tentang diri penulis, kerakyatannya, waktu ditulis dan karya lain penulis. .

Ulasan Buku - x Dua Tuntutan Asas Ulasan Bentuk Kritis


KEDUA Pengulas memahami keperluan-keperluan bagi genre yang mana karya itu tergolong. Pengetahuan dalam hal ini akan memberi kelayakan yang sesuai bagi pengulas melakukan ulasan dengan tepat dan jujur.

Ulasan Buku - xi(a) Keperluan Minimal Ulasan Buku


a. Deskripsi, bukannya ringkasan, tentang karya itu deskripsi memadai bagi membolehkan pembaca memahami pemikiran penulis bagi karya itu (Deskripsi ini boleh dilanjutkan dengan sulaman pernyataan kritis)

Ulasan Buku xi(b)


Keperluan Minimal Ulasan Buku
b. Sedikit keterangan tentang siapa penulis (bukanlah biografinya) yang relevan dengan keperluan ulasan sahaja bertujuan memberi kefahaman tambahan kepada pembaca terhadap karya itu.

Ulasan Buku - xi(c) Keperluan Minimal Ulasan Buku


c. Satu penilaian yang memuatkan
i.
ii.

iii.

kenyataan tentang kefahaman pengulas terhadap tujuan penulis menulis karya itu tanggapan pengulas terhadap tahap keupayaan penulis memenuhi tujuan penulisannya Bukti bagi menyokong penilaian pengulas terhadap tahap yang dicapai oleh penulis.

Ulasan Buku - xii Langkah Awal Membuat Ulasan Buku


1. 2. 3. 4. 5. Baca karya dengan hati-hati Catat ayat-ayat yang menonjol bahasannya (efektif) untuk nukilan Catat gambaran atau tanggapan yang tercetus ketika membaca karya itu Ambil masa untuk menyelami apa yang telah dibaca sehingga seluruh buku dapat dilihat secara perspektif total. Bentuk di dalam fikiran pengulas tentang perlunya mewujudkan sebuah tanggapan yang mahu disampaikan dengan jelas kepada pembaca.

Ulasan Buku - xiii Membentuk Kerangka Ulasan


Catat Butiran Asas
a. Tema karya b. Perkara yang ditumpukan c. struktur

Ulasan Buku - xv Deraf Ulasan Buku Bahagian Pengenalan


Mulakan pengenalan dengan menggunakan salah satu dari perkara berikut: a. kenyataan tentang tesis/tema karya b. kenyataan tentang tujuan penulis c. kenyataan tentang aspek topik atau kepentingan topik karya d. perbandingan dengan karya lain se genre oleh penulis atau penulis lain. e. kenyataan tentang penulis.

Ulasan Buku - xvi Deraf Ulasan Buku Bahagian Isi


Menghuraikan aspek tema, perkara yang diperkatakan dan struktur penulisan karya. Disertakan dalam penghuraian itu nukilan dari teks (karya) sebagai bukti sokongan.

Ulasan Buku - xvii Deraf Ulasan Buku Bahagian Kesimpulan


Rumuskan ulasan kepada tema, perkara dan struktur karya ATAU buat penilaian akhir terhadap buku itu.

Ulasan Buku - xviii(a) Beberapa perhatian Untuk Ulasan Biografi


a. Adakah karya memberi gambaran lengkap terhadap tokoh (subjek). Fasa mana tokoh diberi lebih huraian dan adakah tumpuan itu wajar. Apakah sudut pandangan penulis? Bagaimana perkara disusun, secara kronologi atau imbas kembali atau dsb. Adakah huraian sepintas lalu atau penulis melakukan penelitian yang luas Apakah sumber rujukannya

b.
c. d.

e.
f.

Ulasan Buku - xviii(b) Beberapa perhatian Untuk Ulasan Biografi


g. Adakah penulis cuba mengungkap motif terselindung tokoh (secara definitif) Apa fakta baru tentang tokoh disampaikan oleh penulis. Apa perkaitan kerjaya tokoh kepada sejarah kontemporari. Bagaimana kedudukan karya ini berbanding karya lain yang memperkatakan tokoh yang sama Bagaimana kedudukan karya ini berbanding dengan karyanya yang lain.

h.
i. j. k.

Ulasan Buku - ixx(a) Beberapa perhatian Untuk Ulasan Karya Sejarah


a. Jangkawaktu manakah yang disaji karya? b. Sejauhmanakah lengkap penghuraiannya? c. Apakah sumber yang dirujuk? d. Adakah huraian diberi secara rangka luas mendatar atau secara terperinci? e. Adakah gaya huraian secara laporan atau terdapat usaha untuk melakukan penulisan interpretatif/ tafsiran f. Apakah sudut pandangan atau tesis penulis g. Adakah pandangan penulis mendatar atau lengkap

Ulasan Buku - ixx(b) Beberapa perhatian Untuk Ulasan Karya Sejarah h. i. Kepada khalayak mana karya ditujukan? Apakah peranan huraian biografi (sekiranya ada) dalam karya itu? j. Adakah sejarah sosial, politik atau ekonomi diutamakan/ditekankan? k. Adakah tarikh diguna secara meluas dan jika demikian adakah diguna secara bijak? l. Adakah buku itu merupakan revisi? Jika demikian, apakah perbezaannya dengan edisi awal. m. Adakah peta, ilustrasi, carta dll. digunakan dan adakah relevan atau dimanfaatkan dengan tepat.

Anda mungkin juga menyukai