Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
,
Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guruguru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru
kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan
rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.