Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan
berkat-Mu.
Ya Allah
Bersempena dengan perhimpunan kami di dalam kursus KSSR dan PBS
mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 3 ini kami mohon inayah dan
taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan
jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada
kami untuk menerima segala ilmu yang diberikan serta kebaikan dan
kebajikan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jinakkanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara kami,
tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami
daripada kesesatan, dan hidarikanlah kami dari kecelakaan yang zahir
mahupun batin
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, rakan-rakan kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan bangsa,
agama dan negara.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang


mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan
kemakmuran sepanjang zaman.
Ya Allah kami pohon perkenan-Mu

Anda mungkin juga menyukai