Anda di halaman 1dari 2

Pantun teka teki Kenali Buah-buahan Tempatan

Waktu subuh ke tepi paya, Hendak menembak seekor buaya, Merah pekat warna kulitnya, Putih melepak warna isinya.

Sang Nadim budak yang pandai, Singapura selamat diserang todak, Tumbuhnya tegak tinggi melambai, Sungguh berair berkocak tidak.

Ke dalam kedai seorang diri, Hendak membeli sehelai seluar, Jika adik bijak bestari, Apa buah biji di luar.

Penulis muda sedang berkarya, Suatu kisah di pagi raya, Rambutnya lebat merah warnanya, Isinya putih manis rasanya.

Duduk termenung janganlah leka, Kerja tak sudah membuang masa, Apakah buah cubalah teka, Namanya seperti batu permata.

Di tengah pasar beli rambutan, Rambutan diikat lalu dijinjing, Bersisik-sisik bukannya ikan, Menyalak pula bukannya anjing.

Tiap pagi pergi ke sawah, Mencari rezeki untuk keluarga, Terkenal sebagai raja buah, Durinya tajam tidak terkira.

Selepas subuh pergi ke kota, Meraduk lumpur dan juga paya, Buah ini mempunyai mahkota, Badannya pula dipenuhi mata.

Adik kecil mukanya bersih, Selepas dimandi oleh bonda, Kulitnya hitam isinya putih, Rasanya manis seperti gula.

Pak Hitam pergi ke hutan, Membawa pulang kayu utas, Bentuknya seperti buah rambutan, Hendak makan badannya dipulas.

Anda mungkin juga menyukai