Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS MAKAN MALAM PEJABAT IMIGRESEN BAHAGIAN LIMBANG

,









,




.


,
, ,


,





.
,


,


Ya Allah , Tuhan yang mengurniakan seribu macam kenikmatan,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran Pejabat Imigresen Bahagian Limbang pada malam
berbahagia ini.
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Indah, dan Cintakan keindahan, Ya Allah kami melahirkan
syukur yang setingginya ke hadratMu, di atas nikmat yang Engkau curahkan dan di atas limpahan
rahmat yang Engkau anugerahkan.
Kami memohon rahmatMu sehingga dengannya kami senantiasa diberikan keimanan dan
ketaqwaan,kesihatan dan kesejahteraan.
Ya Allah , Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan program ini sebagai wadah untuk
kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi memberi
kesedaran kepada kami tentang pentingnya maufakat dan perpaduan.
Ya Allah, satukanlah kami dalam satu pasukan yang mengutamakan kekuatan dan persefahaman
yang mantap dalam menghadapi dan mengurus perancangan & cabaran dengan penuh bijaksan
dan strategik.
YA ALLAH,kurniakanlah kekuatan jiwa dan kemantapan semangat untuk kami terus berkhidmat
dengan lebih tekun, ikhlas dan cemerlang; bersikap dinamik dan inovatif , berfikiran futuristic
yang mampu menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada diri, famili dan jabatan kami.
Moga kedaulatan negara ini lebih terjamin dan tetap utuh dengan kehadiran pewaris cemerlang,
gemilang dan terbilang.

YA ALLAH Jauhilah kami dari ketirisan akidah dan iman yang boleh menjurus kami kepada
kehilangan fokas haluan kehidupan yang diredai dan dirahmati.
Ya Rahman ya Rahim,
Kurniakanlah kepada kami dan generasi muda, hati yang menyedari dengan penuh insaf bahawa
tanggungjawab yang bakal dipikul pada masa depan adalah sungguh hebat. Justeru, kurniakanlah
kepada kami dan pewaris kami Iman yang teguh,mantap lagi ampuh demi menghadapi cabarancabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .
bukalah hati dan kefahaman kepada seluruh anak-anak kami yang telah dan akan menduduki
peperiksaan penting hujung tahun di semua peringkat pengajian . Kurniakanlah kemudahan,
kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka.
Ampunkanlah kelekaan, kelalaian dan keterlanjuran kami. Jadikanlah pertemuan kami pada
malam yang gilang-gemilang ini sebagai satu pertemuaan yang dirahmati dan perpisahan kami
nanti sebagai perpisahan yang terpelihara.






,




,




,







,




Anda mungkin juga menyukai