Anda di halaman 1dari 7

HBLS 3

PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN

TAJUK : PEMBIAKAN TUMBUHAN

Terdapat dua jenis pembiakan yang dijalankan oleh tumbuhan iaitu :-

1. Pembiakan seks yang dilakukan oleh tumbuhan berbunga

2. Pembiakan aseks yang dilakukan oleh tidak berbunga dan sebilangan


tumbuhan berbunga termasuk pembiakan vegetatif.

Pembiakan seks tumbuhan

1. Tumbuhan yang menjalankan pembiakan jenis ini mempunyai bunga yang


berfungsi sebagai organ pembiakannya

2. Struktur am bunga dan fungsinya adalah seperti berikut :-

1. Ranggi
2. Debunga
3. Anter
4. Filamen
5. Sepal
6. Stigma
7. Stil
8. Ovari
9. Ovul
10. Tangkai
11. Nektari

Rajah 1.1 : Struktur am bunga


Rajah struktur am beberapa jenis bunga yang lain:-

Rajah 1.2 : Struktur beberapa jenis bunga lain

Sel-Sel Pembiakan Tumbuhan Berbunga

Rajah 1.3 : Anter dan debunga

Sel pembiakan jantan

 Debunga mengandungi gamet jantan bunga


 Debunga dihasilkan oleh anter
 Apabila anter matang, debunga akan dibebaskan
 Debunga biasa kasar atau melekit untuk ia melekat pada stigma
Rajah 1.4 : Ovari dan ovul

Sel pembiakan betina

 Ovul mengandungi gamet betina bunga


 Ovul dihasilkan oleh ovari
 Ovul terlekat dan tersusun di dalam ovari

Pendebungaan

1. Pendebungaan adalah proses pemindahan butir debunga dari anter ke


stigma.

2. Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu :-

1. Pendebungaan sendiri
2. Pendebungaan kacuk

1. Pendebungaan sendiri

Proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma

1. bunga yang sama


2. bunga yang lain pada pokok yang sama

2. Pendebungaan kacuk adalah proses pemindahan butir debunga dari anter


bunga di satu pokok ke stigma bunga di pokok yang lain dari spesis yang
sama.

3. Di antara dua jenis pendebungaan ini pendebungaan kacuk adalah lebih


baik kerana ia dapat menghasilkan tumbuhan baru yang :-

1. lebih sihat dan tahan penyakit


2. berciri baru
3. boleh mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti dengan kuantiti yang
banyak
4. boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat
4.Beberapa contoh tumbuhan yang diaplikasikan pendebungaan kacuk
adalah

1. Padi MR 123 dan MR 127 yang lebih cepat matang, mengeluarkan


lebih banyak hasil dan lebih tahan penyakit.
2. Pokok kelapa sawit Tenera yang mempunyai mesokarp yang lebih
tebal, tempurung yang nipis dan besar isirongnya yang kaya dengan
minyak
3. Jagung Masmadu yang mempunyai tongkol yang lebih besar, rasa
yang lebih manis dan tahan kepada penyakit.

Agen-Agen Pendebungaan

1. Butir debunga dipindahkan dari anter ke stigma adalah dengan bantuan


agen-agen yang bersesuaian dengan cirri-ciri sesuatu bunga itu.
2. Agen-agen pendebungaan termasuklah manusia, haiwan, angin dan air.
3. Setiap bunga yang didebungakan oleh agen-agen tersebut mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.
4. Berikut adalah perbandingan ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh
angin dan serangga

Bunga yang didebungakan oleh serangga

1. Bersaiz besar
2. Ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga
3. Mempunyai nectar untuk menghasilkan bau dan manisan
4. Filamennya pendek supaya anter berada di dalam ranggi
5. Anter kecil yang menghasilkan butir debunga yang sedikit.
6. Stil pendek
7. Stigma melekit
8. butir debunga melekit
9. tangkai panjang

Rajah 1.5 Bunga Jakaranda

Bunga yang didebungakan oleh angin


1. Bersaiz kecil
2. Ranggi berwarna kurang menarik
3. Tiada berbau dan manisan kerana tiada nectar
4. Filamennya panjang supaya anter berada di luar ranggi
5. Anter besar yang menghasilkan banyak butir debung
6. Stil panjang
7. Stigma berbulu, panjang dan terkeluar dari ranggi
8. Butir debunga kecil dan ringan
9. Tangkai panjang
Rajah 1.6 : Bunga rumput

Persenyawaan oleh Tumbuhan Berbunga

1. Butir debunga yang diterima oleh stigma akan bercambah mengeluarkan


tiub debunga ke dalam stil sehingga ke ovul.

2. Gamet jantan yang terdapat di dalam butir debunga akan bergerak menuruni
tiub debunga untuk mensenyawakan gamet betina dalam ovul untuk
membentuk zigot.

3. Selepas persenyawaan ovul akan berkembang menjadi biji benih dan ovari
berkembang menjadi buah.

Pembiakan Vegetatif pada tumbuhan berbunga

Pembiakan vegetatif adalah pembiakan aseks yang tidak melibatkan biji benih
tetapi melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada tumbuhan berbunga untuk
membentuk individu baru.

Rajah Cara / Keterangan

Rajah 1.7 (a) : Rajah daun bunga setawar


Daun

Daun yang tua akan menghasilkan tunas yang


berkembang menjadi tumbuhan baru.

Contoh : bunga setawar dan lidah jin

Rajah 1.8 (b) : Rajah pokok keledek


Batang rayap

Batang merayap di atas tanah dan mengeluarkan


akar dan tunas di nodus.
Tunas akan menjadi tumbuhan baru.
Contoh : rumput, ubi keledek dan mint

Rajah 1.9 (c) : Rajah pokok halia


Rizom

Batang panjang yangmengandungi makanan


merayap di bawah tanah.
Nodus akar membentuk tunas untuk berkembang
menjadi tumbuhan baru.
Contoh : halia dan teratai

Rajah 1.10 (d) : Rajah pokok pisang


Anak pokok

Batang di bawah tanah membentuk cabang


bertunas yang berkembang menjadi
tumbuhan baru.

Bahagian ini boleh diasingkan untuk


ditanam.
Contoh : pokok pisang, nanas

Rajah 1.11 (e) : Rajah pokok bawang


Bebawang

Pangkal daun yang menyimpan makanan


akan mengeluarkan tunas dan akar.

Contoh : bawang dan lili labah-labah

Rajah 1.12 : Pembiakan vegetatif


Kelebihan dan kekurangan pembiakan vegetatif

Kelebihan Kekurangan

Menghasilkan tumbuhan Ciri-ciri tidak baik tumbuhan induk akan


baru dalam masa yang singkat. terus dikekalkan

Tumbuhan baru menyerupai


tumbuhan induk iaitu ciri-ciri Tumbuhan baru tidak bervariasi.
baik induk dapat dikekalkan.

Tumbuhan baru lebih tahan


keadaan yang tidak baik Tumbuhan baru tumbuh pada tempat yang
kerana mendapat sama menyebabkan kesesakan dan
bekalan makanan daripada persaingan untuk mendapatkan makanan, air
induknya. dan cahaya matahari.

Tidak bergantung kepada


agen luar untuk membiak.

Pembiakan tumbuhan tak berbunga melalui spora

Tumbuhan tidak berbunga seperti kulat, lumut dan paku pakis ( tumbuhan
peringkat rendah) melakukan pembiakan aseks melalui penghasilan spora.

Ciri-ciri spora adalah :-

1.dihasilkan dalam kuantiti yang banyak

2.ringan supaya mudah dibawa oleh angin

3.tahan suhu yang sangat panas

4.tahan kemarau pada tempoh yang lama

Rajah 1.13 : Spora pada paku pakis

Anda mungkin juga menyukai