Anda di halaman 1dari 5

1/7/14

Cara Menulis Cover Letter | Suhaimi Ramly

Suhaimi Ramly
Life of Suhaimi Ramly

Cara Menulis Cover Letter


(From Aidan Blog, 17 November 2009) Ini adalah kesinambungan daripada entry saya yang lepas iaitu Cara Memohon Kerja Melalui Email (http://blog.aidan.com.my/2009/11/cara-memohon-kerja-melalui-email/). Diingatkan bahawa entry-entry memohon kerja ini lebih ditujukan kepada masyarakat umum, seperti pelajarpelajar lepasan SPM, kolej komuniti, politeknik, kolej atau universiti yang tidak berpengalaman langsung mencari kerja. Untuk anda-anda yang hebat lagi graduate oversea dan mencari kerja di syarikat-syarikat ternama, sila baca tips2 yang ditulis oleh Mat-mat Salleh, contohnya di sini (http://trkk.us/?arS) dan di sini (http://blog.guykawasaki.com/2009/02/guest-post-memo.html). Cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan. Pastikan cover letter anda mengandungi bahagian-bahagian berikut: 1. Kepala surat (letter header) mengandungi nama, alamat, no. telefon bimbit dan alamat email. 2. Tajuk mesti jelas dan lengkap. 3. Pengenalan memberitahu tujuan surat, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume. 4. Isi Kandungan I menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret. 5. Isi Kandungan II menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja. 6. Penutup memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih. Berikut merupakan tips-tips yang mungkin membantu: 1. Ingat bahawa cover letter tidaklah dibaca dengan terperinci oleh majikan. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan cover letter (walau bagaimanapun, anda perlu memberi masa yang lama untuk menulis resume). Selagi cover letter tidak mencacatkan
suhaimiramly.wordpress.com/2009/11/17/cara-menulis-cover-letter/ 1/5

1/7/14

Cara Menulis Cover Letter | Suhaimi Ramly

2. 3. 4. 5.

permohonan anda, tidak ada masalah. Ringkas! Jangan melalut dan meleret-leret. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa. Jika menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris, pastikan surat anda bersih daripada kesilapan ejaan dan tatabahasa. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa, bukan yang bombastik. Gunakan tiga ayat sahaja untuk latarbelakang anda. Perincian mengenai diri anda perlu dimasukkan ke dalam resume, bukan ke dalam cover letter. Beritahu dari mana anda mendapat tahu mengenai kerja tersebut. Jika anda membalas iklan mencari kerja, pastikan anda meletakkan tajuk jawatan dengan lengkap. Sertakan nombor rujukan jika ada.

Contoh: Cik Fatimah bt. Ali ingin memohon kerja sebagai pembantu akaun di Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeksport minyak kelapa sawit. Berikut merupakan contoh cover letter yang dihantar oleh Fatimah: Fatimah Ali No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu fatimah.ali@gmail.com 012 444 5555 17 November 2009 Kepada: Pengurus Sumber Manusia, Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd. Tuan, PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN (NO. RUJUKAN: AE 4335) Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2009. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan. Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol. Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan. Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
suhaimiramly.wordpress.com/2009/11/17/cara-menulis-cover-letter/ 2/5

1/7/14

Cara Menulis Cover Letter | Suhaimi Ramly

Yang benar, /FA/ Untuk bahasa Inggeris (terjemahan bahagian isi surat sahaja): The above matter refers. I am writing to apply for the said position. I learned about the vacancy from the classified ads section in Berita Harian dated 20 October 2009. I attach a copy of my resume. For your information, I have worked as senior accounts clerk for three years at Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. I was promoted from accounts clerk in 2007 in recognition of my outstanding job performance. I am a graduate of Kolej Komuniti Jempol. I have followed the development of your company for two years, until your success today as a major exporter of palm oil to China. My ability to speak English and Mandarin would help me to discharge my duties better. I am a fast learner and a team player. I hope my application will be considered favorably, and I look forward to an interview. Thanks in advance. (NB: You should write a much better English letter if you are applying for executive or professional jobs at large corporations/MNCs, but the above letter written in simple Manglish should be sufficient for the general public. S) Akan datang: Cara menulis resume.

You May Like


1.

About these ads (http://en.wordpress.com/aboutthese-ads/)

This entry was posted on Tuesday, November 17th, 2009 at 11:05 pm and is filed under Business, Education. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to Cara Menulis Cover Letter


suhaimiramly.wordpress.com/2009/11/17/cara-menulis-cover-letter/ 3/5

1/7/14

Cara Menulis Cover Letter | Suhaimi Ramly

muhfudzah says: 31 January 2010 at 11:44 pm salam, adakah sama `cover letter utk memohon jawatan sebagai guru berbanding jawatan dalam pejabat seerti akauntan, kerani, eksekutif dll. kalau berbeza, boleh berikan contoh?? Reply suhaimiramly says: 31 January 2010 at 11:49 pm Salam, Saya sendiri kurang arif mengenai perkara tersebut. Tapi saya berpendapat, untuk cover letter guru (atau apa-apa urusan dengan kementerian atau badan kerajaan), anda menulis dengan penuh formaliti dan tatatertib sepertimana lazim dalam surat-surat kerajaan. Tapi isinya sama seperti disebutkan dalam entri saya. Reply Fiza says: 21 January 2011 at 10:37 am macam mana nak buat cover letter student Reply iezzatiey says: 22 October 2011 at 11:01 pm macam mana nak buat cover letter untuk business plan. Reply hairi says: 8 November 2011 at 8:46 pm kalo resume dlm english and cover letter lak dlm bhsa melayu boleh ker x Reply ahmadhasifhasif yusof says: 5 January 2012 at 2:25 pm thanks bro.. Reply awan says: 10 July 2012 at 1:26 pm thanks Reply wan aziz says: 22 April 2013 at 4:01 pm thx a lot bro Reply
suhaimiramly.wordpress.com/2009/11/17/cara-menulis-cover-letter/ 4/5

1/7/14

Cara Menulis Cover Letter | Suhaimi Ramly

sapuan says: 17 December 2013 at 9:26 am salam..macam mn nak buat cover letter untuk kertas kerja projek pada kementerian? Reply

The Contempt Theme. Blog at WordPress.com. Follow

Follow Suhaimi Ramly


Powered by WordPress.com

suhaimiramly.wordpress.com/2009/11/17/cara-menulis-cover-letter/

5/5

Anda mungkin juga menyukai