Anda di halaman 1dari 1

a) Apa Yang Diharapkan Melalui Praktikum Ini ?

Saya akan memulakan praktikum fasa 3 selama tiga bulan iaitu bermula dari 25 Januari 2014 hingga 25 April 2014. Praktikum fasa pertama dan kedua telah saya lalui tamat dengan jayanya. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menimba pengalaman mengajar sebagai pelajar guru di SK Jalan Residensi (praktikum 1) dan SK Tanjung Tokong (praktikum 2) di Pulau Pinang. Pelbagai pengalaman dan ilmu baru telah saya pelajari sepanjang berpraktikum di kedua-dua buah sekolah tersebut. Oleh itu, saya amat berharap sepanjang saya berpraktikum di SK Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh selama 3 bulan nanti, saya dapat mempraktikkan segala ilmu dan pengalaman bermakna yang telah saya timba dan pelajari sepanjang belajar di IPG Kampus Pulau Pinang dan latihan mengajar di kedua-dua sekolah berkenaan. Fokus utama saya bagi praktikum fasa 3 kali ini ialah saya ingin menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi daripada sebelumnya supaya saya dapat mendidik murid saya dalam keadaan yang kondusif, selesa dan memberikan pendidikan yang terbaik dalam memastikan murid faham apa yang saya ajarkan.

Anda mungkin juga menyukai