Anda di halaman 1dari 11

KBKK QUESTIONS

1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
Mengadakan program berkembar dengan negara luar
Membawa masuk tenaga pengajar luar
Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
(mana-mana jawapan munasabah)
2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang
meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan
petempatan di bandar secara proaktif
(mana-mana jawapan munasabah)
3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
Mengharumkan nama Malaysia
Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
Mengadakan kempen kesedaran
Mempromosikan keindahan Malaysia
(mana-mana jawapan munasabah)
4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)
5. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)
6. Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, apakah bentuk bandar yang anda
impikan?
Bandar berbentuk moden
Bandar yang bersih
Sistem perhubungan moden, pantas
Sistem perumahan eletronik
Selamat dan aman
Seni bina yang unik
mana-mana jawapan munasabah
7. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan kecemerlangan diri?
Strategi menangani musuh
Taktik dalam urusan perniagaan
Menjadi seorang yg tabah dan tegas
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat juang
Memupuk daya saing
mana-mana jawapan munasabah
8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah
9. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah
10. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan amalan kreatif
Mempunyai sifat inovatif
Menggunakan teknologi terkini
mana-mana jawapan munasabah
11. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing
Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah
12. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.
Malas kepada rajin
Nakal kepada baik
Berfikiran negatif kepada positif
mana-mana jawapan munasabah
13. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
Menjamin keharmonian hidup
Menjadi panduan mentadbir
Perjalanan masyarakat tersusun
Menentukan hukuman kesalahan
Menjadi panduan pentadbiran
mana-mana jawapan munasabah
14. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
Lambang jati diri bangsa
Bukti ketinggian tamadun
Sumber pekerjaan
Warisan bangsa
Mengelakkan kepupusan
mana-mana jawapan munasabah
15. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah
16. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
Perubahan dalam pemikiran
Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
Melahirkan keyakinan diri
Menggunakan keupayaan minda
Sifat inkuiri
Berani meneroka bidang baharu
Bersikap kreatif
bersikap inovatif
mana-mana jawapan munasabah
17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme moden?
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah
18. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Sifat kepimpinan berwibawa
Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah
19. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa
Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah
20. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah

21. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
Rundingan antara kaum
Pakatan murni
Mengambil kira isu sebagai panduan
Memelihara kepentingan semua kaum
22. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah
23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran
mana-mana jawapan munasabah
24. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Kebanggaan warga negara
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat
mana-mana jawapan munasabah
25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
Mengamalkan agama dan kepercayaan
Setia kepada raja dan negara
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
Menghormati undang-undang
Bersopan dan Bertatasusila
Mengamalkan nilai-nilai murni
Saling menyayangi
mana-mana jawapan munasabah
26. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
Bahasa yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
identiti kebangsaan
perasaan kekitaan
sikap tolak ansur
budaya yang sama
Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
semangat patriotik
Aktiviti sukan
mana-mana jawapan munasabah
27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik
mana-mana jawapan munasabah
28. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan sektor pendidikan?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah
29. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah
30. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
kepemimpinan yang berwibawa
mengukuhkan sumber kewangan
bertindak dalam satu suara/satu pasukan
tegas menghadapi masalah
kerjsasama antara pemimpin
mana-mana jawapan munasabah
********************************************************************************
Jika soalan KBKK bertanyakan iktibar pada diri kita,cuba anda kaitkan dengan tiga aspek iaitu akhlak diri, sifat positif
diri dan hubungan sosial. Lihatlah nilai yang telah disenaraikan untuk membantu anda menjawab soalan kbkk yang
berkonteks pada diri seseorang.
1.1 Akhlak diri
Mematuhi ajaran agama
Amanah dalam perbuatan
Jujur
Bertanggungjawab
Menghindari budaya negatif
Taat kepada tuhani
1.2 sifat positif diri
Menguasai ilmun
Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
Menguasai kemahiran ICT
Gigih dan rajin
Tidak berputus asa
Bersikap berdikari
Kreatif dan inovatif
Melakukan kajian dan inovasi
Berani
Tidak mementingkan diri sendiri
Sanggup berkorban
Mengamalkan disiplin diri
Mempunyai ciri kepimpinan
Berani menegakkan kebenaran
Tegas mempertahankan idea
Bijak bertindak
Bijak merancang
Bersemangat waja/kental
Berbudi bahasa
Menghormati ibu bapa
Bersikap matang
1.3 hubungan sosial
Meningkatkan perpaduan kaum
Bersemangat kekitaan
Semangat bermasyarakat
Bersedia berkerjasama
Saling menghormati
Menghargai rakan
Menghormati pegangan agama lain
Menghormati amalan budaya lain
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Menyokong dasar-dasar kerajaan
Jika soalan KBKK berkontekskan negara, cuba anda kaitkan dengan aspek politik, sosial dan ekonomi. Aspek politik
terbahagi kepada kepemimpinan, keamanan dan hubungan luar. Aspek sosial terbahagi kepada pendidikan, alam
sekitar, hubungan kaum dan kesihatan. Aspek ekonomi pula boleh dikaitkan dengan kemajuan eko dan mencari
peluang baru.
1.0 Aspek politik
1.1 Pemimpin
Memilih pemimpin yg layak/berwawasan/jujur/amanah
Menghargai pemimpin
Menolak pemimpin bersikap perkauman
Mencontohi pemimpin yang kaliber
Menghormati pemimpin negara
Menolak pemimpin yang rasuah
1.2 Kestabilan politik
Mengekalkan keamanan negara
Tidak memainkan isu sensitif
Menghormati hak asasi
Menghormati agama lain
Menghormati budaya lain
Mematuhi undang-undang
Menolak sebarang bentuk keganasan
Mengamalkan konsep 1 malaysia
Elak campur tangan asing
Menghormati amalan demokrasi
Menghargai keamanan
Menghormati prinsip demokrasi
Menghormati suara ramai
Mewujudkan perpaduan kaum
Menolak politik perkauman
1.3 Hubungan luar
Bersahabat dengan semua negara/menjalin hubungan diplomatik
Menghormati negara lain
Menghapuskan diskriminasi
Tidak mencampuri urusan negara lain
Mengelakkan peperangan
Elakkan campurtangan asing
Mengelakkan peperangan
Membantu negara
Menentang penggunaan senjata nuclear
2.0 Aspek sosial
2.1 Ilmu pendidikan
Menekankan kepentingan pendidikan
Melaksanakan dasar pendidikan wajib
Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
Menghargai para ilmuan
Menggalakkan kajian dan penyelidikan
Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
Memberi biasiswa
Membudayakan ilmu
Menghargai sistem pendidikan negara
Meluaskan capaian internet
2.2 Perpaduan kaum
Meningkatkan perpaduan kaum
Sedia bekerjasama
Menghormati pegangan agama lain
Menghormati kebebasan beragama
Menyokong kebudayaan kebangsaan
Mengamalkan nilai murni
Membudayakan aktiviti bergotong royong
Semangat berjiran
Bertolak ansur
2.3 Dari segi geografi/alam sekitar
Menyokong pemuliharaan alam sekitar
Menyertai kempen alam sekitar
Menjaga kebersihan
Tidak membuang sampah merata tempat
Menyokong teknologi hijau
Mengelakkan pencemaran
Menjimatkan tenaga
Menyokong penggunaan tenaga solar
Menyokong program kitar semula
Mengelakkan pembakaran semula
2.4 kesihatan
Bersenam
Pemakanan seimbang
Mengamalkan gaya hidup sihat
Menyokong kempen kesihatan
Tidak merokok
Tidak mengamalkan seks bebas
3.0 Aspek Ekonomi
3.1 Kemajuan ekonomi
Menggunakan sumber negara
Memajukan ekonomi/mengekalkan kestabilan ekonomi
Menumpukan kemahiran tinggi
Menambah bilangan pekerja mahir
Membina pusat latihan dan kemahiran
Mempunyai semangat berusaha
Memajukan industri kecil
Memajukan perdagangan antarabangsa
Berusaha menghasilkan produk berkualiti
Memberi bantuan kewangan
Memberi bantuan teknikal
3.2 Peluang baru dalam ekonomi
Meluaskan pasaran
Meningkatkan kemajuan sains teknologi
Melakukan penyelidikan
Menyediakan kemudahan asas
Mengemukakan idea
Mampu merekacipta/mengemukakan idea baru
Menarik pelabur luar
Mengambil risiko
Mengantarabangsakan produk negara
Menumpukan kepada K-ekonomi

Anda mungkin juga menyukai