Anda di halaman 1dari 21

1 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.

com
Panduan Keselamatan
Penggunaan Peralatan
Elektrik Di Rumah















2 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com

Pengenalan


Kita seringkali mendengar tentang kemalangan yang berlaku di dalam rumah kita
sendiri. Tidak kisahlah ia melibatkan kemalangan kecil atau besar, tetapi sikap kita yang
cuai dan kurang peka kepada tahap keselamatan telah menyebabkan kita terpaksa
menanggung kecederaan yang dialamai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Padahal kemalangan tersebut boleh dielakkan jika kita mengambil berat cara kerja yang
betul.

Dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan hendaklah mengutamakan keselamatan. Begitu
juga dengan peralatan elektrik yang kita gunakan, langkah-langkah keselamatan perlu
diambil bagi mengelakkan terjadinya renjatan elektrik yang boleh menyebabkan
kematian, kecederaan mahupun kebakaran.






Pengetahuan berkaitan keselamatan amatlah perlu dalam diri seseorang bagi
menyelamatkan diri mereka dari sebarang kemungkinan berlakunya perkara yang tidak
diingini. Tanpa adanya pengetahuan, mana mungkin seseorang itu dapat mengendalikan
peralatan elektrik dengan betul. Ingatlah bahawa, tenaga elektrik yang mengalir tidak
Kecuaian dalam mengendalikan tenaga elektrik ataupun
perkakas elektrik boleh menyebabkan kebakaran

3 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
boleh dilihat dengan mata kasar, tidak boleh dirasa dengan lidah ataupun disentuh
dengan tangan.

Tenaga elektrik tidak mengenal peringkat usia, tenaga elektrik ini mampu
mendatangkan kecederaan walaupun voltan yang dihasilkan adalah rendah iaitu lebih
kurang pada kadaran 50V. Terdapat dua jenis voltan iaitu :

i. voltan arus terus
ii. voltan arus ulang alik.


Kesan Arus Elektrik Dan Bahayanya


Kadaran Arus
(miliAmpere)


Risiko Yang Dihadapi Oleh Pengguna


1mA hingga 3mA


Tidak Bahaya


10mA hingga 15mA


Kaku Dan Kebas


25mA hingga 30mA


Kaku Yang Ketara Dan Boleh Membawa Lumpuh


50mA Dan ke atas


Memberhentikan Degupan Jantung Dan Membawa Maut


Catatan : Kesan Kepada Orang Dewasa Dan Bukan Kadaran Tetap



J angan mencuba membaiki peralatan elektrik dalam keadaan litar terbuka.
Tanpa pengetahuan yang cukup akan mendedahkan anda kepada renjatan elektrik.

4 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com

1. Tangan Yang Basah

Setiap kali hendak mematikan suis atau menghidupkan suis, tangan perlu lah kering
kerana air adalah perantara yang mudah mengalirkan tenaga elektrik. Jika anda tidak
yakin dengan tahap kekeringan tangan anda, pastikan anda mematikan suis dengan cara
permukaan telapak tangan berlawanan dengan suis. Kaedah ini bagi mengelakkan
renjatan elektrik menarik tangan anda dan menyukarkan anda untuk melepaskan diri
sekiranya renjatan diperolehi.

Tapi sebaik-bainya, anda keringkanlah dahulu tangan anda dari air



Jangan sesekali menyentuh peralatan elektrik ketika tangan dalam keadaan basah








5 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
2. Wayar Elektrik


i. Jika terdapat wayar elektrik yang telah terkupas dari kulitnya, maka adalah
baiknya anda balut dengan menggunakan loytape atau menggantikannya
dengan yang baru. Balut dengan rapi supaya cecair tidak boleh memasukinya
ataupun mudah dibuka oleh kanak-kanak.





ii. Pastikan wayar dibalut sepenuhnya dan bukan hanya melibatkan satu lembar
wayar sahaja.

iii. Jangan meletakkan kabel di bawah karpet atau perabut kerana ia
menggalakkan lagi proses kejadian kebakaran rumah. Wayar tersebut boleh
menjadi panas apabila terdapat elektrik mengalir.

iv. Elakkan membuat terlalu banyak sambungan punca pada satu soket. Ini akan
menyebabkan beban lebih. Pada ketika ini, peralatan elektrik berebut-rebut
mendapatkan kuasa yang sepatutnya ia perolehi berdasarkan label tenaga.
Perkara yang palin buruk adalah sekiranya terdapat peralatan yang tidak
mencukupi tenaga elektrik, ia akan berkendali pada tahap yang minimum
dan boleh menyebabkan ia mudah rosak.



Salah satu teknik mencantumkan wayar dengan mudah

6 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com

3. Bilik Mandi


Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :

i. Letakkan peralatan elektrik seperti mesin pencukur dan pengering rambut
pada kedudukan yang suakr dicapai oleh kanak-kanak.

ii. Cabutkan plug daripada punca elektrik.

iii. Elakkan peralatan elektrik berdekatan dengan tab mandi ataupun pancur air.

iv. Tutup soket dan suis lampu pada ketika tangan anda benar-benar telah
kering.










Pastikan tanagan anda kering apabila
mematikan soket atau suis lampu
Tutup punca soket daripada diusik atau
dimasuki oleh cecair

7 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
4. Mengendalikan Kipas Angin


Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :





i. Letakkan kipas di tempat yang sesuai supaya udara panas dapat dikeluarkan
dari bilik.



ii. Jauhkan daripada kertas atau benda yang ringan pada belakang kipas.
Permukaan belakang kipas selalunya menyedut udara.





Objek ringan mudah
ditarik oleh kipas.
Keadaan ini hanya
berlaku dibelakang kipas
sahaja.

8 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com



iii. Ketika melakukan kerja-kerja pembaikan atau pembersihan kias siling,
pastikan kedudukan anda tidak terlalu tinggi kerana bilah kipas adalah tajam.
Jika anda berada pada tahap tinggi, ia sedikit sebanyak mendedahkan anda
kepada kecederaan.




iv. Bagi penggunaan kipas meja. Pastikan ia berada jauh dari kanak-kanak.
Ruang yang terdapat pada kipas memudahkan kanak-kanak memasukkan jari
mereka ke dalamnya.



9 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com




v. Pergerakan kipas meja yang telah lama digunakan, kemungkinan terdapat
wayar yang cedera. Oleh yang demikian, pastikan anda meneliti keadaan
wayar apabila anda menyelenggara kipas. Senggaraan kipas selalunya
melibatkan pembersihan bilah kipas.



vi. Baca buku panduan yang diberikan oleh pihak pembekal dalam menguruskan
kipas.

10 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
5. Pengering Rambut Dan Pemanas Elektrik

Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :



Bagi mencegah kebakaran, letakkan pemanas elektrik berjauhan dengan benda yang
mudah terbakar seperti kain, selimut, pakaian dan sebagainya.





Manakala bagi pengering rambut pula, jangan menghalang udara yang masuk ke dalam
pengering rambut kerana ia menggalakkan lagi kepanasan seterusnya boleh
menyebabkan kebakaran.

11 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com

Elakkan peralatan seperti pengering rambut berada di dalam bilik mandi sekiranya tidak
digunakan.

Matikan suis apabila sudah tidak menggunakan lagi. Simpan pengering rambut di
tempat yang selamat bagi mengelakkan ia di masuki serangga atau cecair.




12 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
6. Seterika







Ketika seterika tidak digunakan, letakkan seterika di tempat permukaan rata dan sukar
dicapai oleh kanak-kanak.

Bagi seterika jenis stim, sekiranya anda ingin memasukkan air ke dalamnya, pastikan
anda menanggalkan plug terlebih dahulu. Bagi seterika jenis stim tanpa wayar, pastikan
punca untuk ke bekalan elektrik tidak basah.







13 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
7. Periuk Nasi Elektrik Dan Cerek Air Elektrik





Ketika mengisi air pada cerek elektrik dan periuk nasi elektrik, pastikan punca
sambungan ke bekalan elektrik tidak terkena air bagi mengelakkan suis utama
terpelantik.

Jaga kabel dan palam dalam keadaan baik agar ia boleh digunakan untuk tempoh yang
lama.





Jangan mengisi air terlalu penuh serta pastikan periuk dalam keadaan kering sebelum
memasukkan ke dalam bekas memasak.




14 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com






Apabila anda mengisi air terlalu penuh, ia akan membawa kesan apabila sedang
mendidih. Pada ketika ini, air yang keluar dikhuatiri boleh memasuki peralatan elektrik.



Akibat air yang terlalu banyak

15 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
8. Ketuhar Gelombang Mikro





Jangan meletakkan benda mudah terbakar berdekatan oven.

Kaca pada pintu oven hendaklah dielakkan dari terkena air. Jika terkena air
kemungkinan ia boleh pecah dah membahayakan pengguna.




Jangan menggunakan bahan seperti logam ketika memasak di dalam oven. Bahan
seperti ini boleh menggalakkan lagi proses kebakaran.

16 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com





Jangan memasak telur dan kacang di dalam oven, hal ini akan mengakibatkan letupan.




Jangan membiarkan oven tanpa kawalan ketika memasak. Ambil perhatian yang serius
dalam aspek mencegah kebakaran.



17 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
9. Pengisar Makanan Dan Peralatan Yang Berkaitan
Makanan


Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :





Pastikan pengisian di dalam pengisar makanan mengikut sukatan yang disyorkan,
elakkan daripada muatan penuh. Pengisar makanan akan bertahan lama jika aturan
yang diminta dipatuhi oleh pengguna.

Pastikan peutup pengisar ditutup dengan betul bagi mengelakkan kecederaan kerana
putarannya adalah tinggi.



18 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com



Tanggalkan soket apabila sudah tidak digunakan lagi atau ketika kerja-kerja membaiki
sedang dilakukan.
























19 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
9. Peti Sejuk


Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :





Jika peti sejuk tidak digunakan untuk tempoh yang lama. Sebaik-baiknya matikan sahaja
dan cuci dengan bersih dari segala makanan dan minuman.




















20 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
10. Mesin Pencuci / Pengering


Keselamatan yang perlu diambil perhatian adalah :





Jangan membasuh melebihi kapasiti yang dicadangkan

Ikut panduan yang diberikan apabila mengeringkan pakaian. Patuhilah suhu yang
dicadangkan dan ikut masa yang diberikan.

Elakkan meninggalkan operasi mesin cuci dan mesin pengering tanpa dijaga.



21 Laporan Percuma dari www.JimatElektrik.com
11. Soket Alur Keluar














Kesimpulan

Itu sahajalah beberapa tips keselamatan penggunaan barang elektrik di rumah yang
dapat saya kongsikan dalam ebook ini. Semoga ianya memberikan serba sedikit manfaat
serta pengetahuan kepada diri anda.

Jika anda ingin mengetahui tentang cara-cara menjimatkan bil elektrik di rumah anda,
jangan lupa dapatkan ebook Jimat Elektrik di www.jimatelektrik.com

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai