Anda di halaman 1dari 4

Vandalisme, Respect & Littering

Quote MTC of the day:

“Modul yg terbaik (berkesan) ialah modul yg ada direct connection dengan orang
yg dimodulkan”

Berikut adalah beberape cadangan untuk modul sahsiah pelajar2. Fasi adalah
digalakkan untuk bertanya n trigger (kurangkan membebel). Tanya soalan. Make
them think. Ulas secara

minimum. Galakkan pelajar yg brcakap. Twist jawapan yg pelajar berikan. Let


them think & reflect.

Fasi juga boleh ubahsuai mengikut citarasa sndiri.

Vandalisme

Situasi: Bayangkan suasana hari raya, jemputan open house. Ramai sahabat handai
datang rumah. Anda sibuk melayan tetamu smpai

tak cukup tangan nk layan semua orang.

Setelah selesai majlis, org terakhir pun balik. Sewaktu anda mengemas rumah, di
dalam bilik air anda melihat contengan2 pada dinding bilik air:

“Terima kasih, makanan sangat sedap”..

“Sate tadi best..!! =)”


“Sedap la.. nanti jemput la datang umah sy pulak ye..”

(cadangan soalan trigger):

“Apakah perasaan anda sebagai tuan rumah?”

“Adakah anda gembira dengan pujian tersebut?”

“Sekiranya contengan yg “baik” pun anda terasa marah, bagaimana pula contengan
buruk e.g. di dinding tandas sekolah?”

“Beginikah caranya untuk menunjukkan terima kasih kita

kepada ‘tuan rumah’ /sekolah?

.... bukankah lebih buruk jika conteng perkara yg bukan2?

(adakah menconteng seperti gambar di sebelah membantu atau memburukkan lagi


keadaan?)

Hormati Guru

(cadangan dialog):

Fasi : Bob, kenapa kita perlu hormati guru?

Bob : ... (mungkin sementara Bob amik masa untuk menjawab, fasi tukar soalan
lain)

Fasi : Ok la.. Ok.. Abg tukar soalan, kenapa abang perlu hormati Bob?

Bob : . . . . . (fasi boleh biarkan Bob jawab.. atau biarkan saja suasana senyap)

Fasi : Bob, Bob ada mak tak?

Bob : Ada.

Fasi : Bob suka x kalau abg, kawan2 hormat mak Bob?

Bob : Suka

Fasi : Boleh tak Bob bagi sebab kenapa abg dan kawan2 lain perlu hormat mak Bob?

Bob : (silence is expected)


Fasi : Bob tau tak.. kita manusia semua ada perasaan. Kalau Bob tak hormat
orang lain, maka Bob sendiri pun tak layak mendapat penghormatan dari
orang lain. Kalau nk orang hormat kita, mak kita, Bob pun kena hormat
orang lain jugak.
Bob : (..again silence is expected)
Fasi : Mak Bob bnyak jaga Bob masa kecik. Mak bnyak sabar jaga Bob kecik2 dulu.
Cikgu pun sama. Penat cikgu ajar Bob. Bukan Bob sorang je. Satu kelas cikgu
kena ajar.
Fasi : Apepe pun, abg nk pesan, lain kali each time Bob rasa nak kurang ajar je,
PEGANG kata2 abang ni. Kalau Bob x hormat orang, Bob pun xlayak dapat
penghormatan. Allah Maha Melihat, Mendengar dan Membalas... Boleh ingat
tu Bob?

Bob : Baik bang.

Fasi : Tapi xpe.. Abg tau Bob budak baik. Tak buat camtu.

Bob : (senyum)

(contoh perbualan tamat)

Littering (membuang sampah merata-rata)

Lihat contoh ‘Vandalisme”.

Atau mungkin boleh ubah situasi contoh ajak kawan datang ke

rumah. Study/main sama2. Tiba-tiba selamba je depan mata kawan buang


pembalut coklat, kulit pisang/kacang atas lantai. Ludah chewing gum.

“Apakah tindakan anda ketika itu? Biar je?”

“Kalau perkara yg sama berlaku di sekolah?”


**Kaitkan sekolah dan bilik pelajar. Pelajar mungkin bertindak menegur kerana
sayang bilik sendiri. Ingatkan bahawa sekolah juga adalah tnggungjwab bersama.
(kita pun xsuka orang label skolah kita kotor)

Tips:

Contoh yg terbaik ialah contoh yg melampau (exaggerate).. mungkin tak berlaku


di dunia sebenar. Tetapi berkesan sebagai peringatan (+lebih seronok
mendengar).

Anda mungkin juga menyukai