Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN 5

CONTOH-CONTOH KATA TUGAS


Bil. Kata Tugas Respons Yang Diharapkan
1 Analisiskan
(Analyse)
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau
perkara yang dikomunikasikan
2 Anggarkan
(Estimate)
Memberi nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks
berdasarkan pertimbangan/ ciri-ciri sesuatu pengetahuan
tertentu
3 Apakah
(What)
Memberikan maklumat yang khusus yang spesifik
4 Bagaimanakah
(How)
Memperihalkan/Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/
langkah/ kejadian
5 Bandingkan
(Compare)
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
perkara
6 Bangunkan
(Develope)
Menghasilkan satu aturcara / program menggunakan perisisan
/ kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu
7 Berapakah
(How much/many)
Memberi kuantiti
8 Bezakan
(Differentiate)
Menyatakan kelainan/ ketidaksamaan antara dua atau lebih
perkara ATAU

Melaksanakan algoritma d bagi suatu fungsi x
dx

9 Bilakan
(When)
Menyatakan masa/ waktu/ urutan prosedur
10 Bina
(Construct)
Membuat sesuatu menggunakan kaedah/ alat tertentu
11 Bincangkan
(Discuss)
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
12 Membuat hipotesis
(Make a hypothesis)
Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan
kesahihahnya
13 Buktikan
(Proof)
Menyatakan kebenaran dengan dalil/ contoh/ fakta sebagai
sokongan
14 Bundarkan
(Round off)
Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan
tertentu
15 Cadangkan
(Suggest)
Memberi pandangan / idea/ pendapat dengan
mempertimbangkan perkara positif atau negatif
16 Cari
(Find)
Memberikan sesuatu nilai / kedudukan / perkara secara
mengenalpasti dengan menggunakannkaedah tertentu atau
menghitung secara riingkas
17 Catatkan
(Jot)
Merakamkan sesuatu maklumat
18 Ciptakan
(Create)
Menghasilkan/ mewujudkan/ menerbitkan sesuatu dengan
daya fikiran/ imaginasi
19 Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
20 Deduksikan
(Deduce)
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
21 Definisikan
(Define)
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna
suatu perkataan khusus / istilah / terminologi
22 Dimanakah
(Where)
Menyatakan tempat / kedudukan
23 Fokuskan
(Focus)
Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpu kepada
suatu aspek tertentu
24 Formatkan
(Format)
Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip/
prosedur / peraturan tertentu
25 Galurkan
(Chronicle)
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
26 Gambarkisahkan
(Describe)
Memberi penerangan dengan menggunakan gambar rajah
27 Gariskasarkan
(Outline)
Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses /
tindakan
28 Hitung
(Calculate)
Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (
langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus
29 Hubungkaitkan
(Relate)
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri/ faktor
30 Huraikan
(Elaborate/Describe)
Memperihalkan/ Menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/
terperinci secara teratur
31 Ilustrasikan
(illustrate)
Memperihalkan dengan contoh/ gambar rajah/rajah

32 Interpretasikan
(Interprete)
Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi
33 Isi
(Fill in)
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul
34 Jadualkan
(Tabulate)
Membuat susunan acara / perkara mengikut ciri-ciri atau urutan
tertentu yang telah ditetapkan
35 Jelaskan
(Clarify)
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan
supaya mudah difahami
36 Kamirkan
(Intergrate)
Melaksanakan algoritma (x) dx bagi fungsi x
37 Kemukakan
(Give opinion)
Memberi pendapat sama ada meyokong atau membangkang
38 Kenalpasti
(Identify)
Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu perkara /
benda/ pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
39 Klasifikasikan
(Classify)
Mengumpulkan/ membahagi-bahagikan/ melabelkan seuatu
kepada sesuatu kumpulan/ kategori berdasarkan kesamaan
kualiti/ criteria/ cirri/ sifat/ rupa bentuk/struktur
40 Kompilkan
(Compile)
Menjana suatu atur cara komputer dalam bentuk bahasa mesin
yang dapat dijalankan daripada atur cara bahasa aras tinggi
41 Labelkan
(Label)
Menandakan dan/ atau member panggilan yang spesifik
terhadap sesuatu rujukan pada rajah/ graf/ carta/ illustrasi dan
sebagainya
42 Lakarkan
(Sketch)
Memberi persembahan berbentuk rajah / gambar rajah / peta
secara kasar dan tidak memerlukan perincian
43 Laporkan
(Report)
Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan
atau bertulis
44 Laraskan
(Adjust)
Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan tolok/
penunjuk
45 Lengkapkan
(Complete)
Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong
pada jadual / rajah/ ayat yang diberikan
46 Lorekkan
(Shade)
Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan /
rantau / ruangan tertentu
47 Lukiskan
(Draw)

Memberi persembahan berbentuk grafik/ rajah/ gambarajah/
graf bagi menggunakan sesuatu benda atau perkara dengan
menggunakan alat dan mengikut ukuran skala tertentu
48 Manakah
(Which)
Menyatakan pilihan
49 Mangapakah
(Why)
Memberi sebab
50 Namakan
(Name)
Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda /
istilah/ terminologi / proses
51 Nilaikan
(Evaluate)
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
52 Nyatakan
(State)
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan
lanjutan / huraian/ sokongan
53 Organisasikan
(Organise)
Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang
54 Orkestrakan
(Orchestrate)
Menyusun skor untuk alat muzik orkestra berdasarkan skor
yang ada
55 Padankan
(Match)
Membuat kesesuaian yang setara berdasarkan rajah / simbol /
maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi /
aplikasi atau sebaliknya
56 Pamerkan
(Exhibit)
Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan sesuatu
perkara
57 Pasangkan
(Assemble)
Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosedur
yang betul
58 Paterikan Melakukan proses menyambung dengan menggunakan set
pematri
59 Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut aras /
tahap tertentu
60 Pilih
(Choose)
Menentukan maklumat yang terbaik
61 Plot
(Plot)
Menanda / Melukis melalui titik-titik graf
62 Ramalkan
(Predict)
Memberi suatu nilai yang dijangkakan munasabah berdasarkan
pola atau corak tertentu
63 Rekabentukkan
(Design)
Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototip / model
64 Rekodkan
(Record)
Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian
mengikut format
65 Ringkaskan
(Simplify)
Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan/ petikan secara
pendek/ padat dan mengekalkan kandungan utama asalnya
66 Rumuskan
(Conclude)
Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat /
petikan .
67 Sarankan
(Suggest)
Memberi pandandan / idea yang boleh diaplikasikan dalam
sesuatu situasi sesuatu masalah
68 Sediakan
(Prepare)
Mengadakan / Mewujudkan / Menyiapkan/ Melengkapkan ?
menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu
69 Selesaikan
(Solve)
Membuat sesuatu keputusan / Melakukan langkah-langkah
tertentu untuk mengatasi / mendapat keputusan bagi
70 Senaraikan
(List)
Memberi beberapa fakta / ciri/ konsep / prinsip/ teori secara
spesifik / berbentuk point tanpa memberi hubungan / perkaitan
, penerangan lanjutan bagi setiap satunya
71 Siapakah
(Who)
Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu
72 Susun
(Arrange)
Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah /
prinsip / keperluan / keutamaan
73 Syorkan
(Suggest)
Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan
dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara
positif atau negatif
74 Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
75 Takrifkan
(Define)
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna
sesuatu perkara khusus / istilah / terminologi
76 Tandakan
(Mark)
Meletakkan simbol yan g dikehendaki
77 Tentukan
(Determine)
Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa
perkara sebagai asas pertimbangan
78 Tentusahkan
(Verify)
Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu perkara dengan
memberi bukti
79 Terangkan
(Explain)
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu
dengan sebab
80 Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara / kaedah untuk
menemuinya
81 Terjemahkan
(Translate)
Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada sesuatu
bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memperihalkan
makna komunikasi tersebut
82 Transposisikan
(Transpose)
Mengubah kedudukan not kepada nada baru
83 Tukarkan
(Change)
Mengubah sesuatu kepada bentuk / unit lain
84 Tulis
(Write)
Memcatat huruf / angka / simbol yang khusus
ATAU
Menghasilkan maklumat / idea berbentuk teks
85 Tunjukkan
(Show)
Menyatakan sesuatu dengan bukti
86 Ubahsuai
(Modify)
Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah /
prinsip tertentu
87 Ukur
(Measure)
Menggunakan alat mengukur untuk mendapatkan nilai ukuran
beserta unitnya
88 Ulas
(Comment)
Memberi pandangan / pendapat / komen/ kritik
89 Ungkapkan
(Express)
Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang
dikehendaki
90 Unjur
(Project)
Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan
91 Wajarkan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan
mengambilkira kebaikan dan keburukannya

Anda mungkin juga menyukai