Anda di halaman 1dari 1

Contoh Kata Tugas

Bil Kata Tugas Respons Yang Diharapkan


1. Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu perkara/benda/pernyataan yang
dikenali atau dicam dengan jelas
2. Nyatakan Membuat jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan
lanjutan/huraian/sokongan
3. Tandakan Meletakkan simbol yang dikehendaki
4. Lengkapkan Mengisikan maklumat/nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual/rajah/ayat
yang diberikan
5. Susun Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah/prinsip/keperluan/keutamaan
6. Manakah Menyatakan pilihan
7. Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
8. Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskansesuatu dengan sebab
9. Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul
10. Tulis Mencatat huruf/angka/simbol yang khusus atau menghasilkan maklumat /idea
berbentuk khas
11. Bagaimanakah Memperihalkan/member penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian
12. Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau
negatif
13. Namakan Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda/istilah/terminology/proses
14 Mengapakah Memberi sebab
15. Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
16. Wajarkan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai
aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
17. Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
18. Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara kasar dan tidak
memerlukan perincian
19. Huraikan Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci
20. Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu
21. Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah/simbol/maklumat tentang
pernyataan berhubung spesifikasi/fungsi/aplikasi atau sebaliknya
22. Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas
pertimbangan
23. Labelkan Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan
pada rajah /garf/carta /ilustrasi dan sebagainya
24. Hitungkan memberi nilai kuantatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu)
atau menggunakan rumus
25. Pilih Menentukan maklumat yang terbaik
26. Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
27. Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah/alat tertentu

Anda mungkin juga menyukai