Anda di halaman 1dari 14

1.

0 ARAS KEMAHIRAN TAKSONOMI BLOOM

Bil.

Aras Kemahiran

Deskripsi Kemahiran

1.

Pengetahuan

Kebolehan kognitif untuk mengingat semula atau


mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat
dalam kandungan sesuatu maklumat yang dipelajari.

2.

Kefahaman

Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan


pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak
memerlukan atau memperlihatkan tentang implikasi
terhadap pengetahuan tersebut.

3.

Aplikasi

Kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan


generalisasi pada satu masalah dan situasi baru.
Masalah dan situasi itu hampir atau sebahagiannya
baru kepada pelajar.

4.

Analisis

Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set


komunikasi kepada elemen-elemen sehingga suatu
bentuk pertalian antara elemen-elemen itu dapat
dilihat dengan jelas.

5.

Sintesis

Kebolehan kognitif yang menggabungkan elemenelemen untuk membentuk suatu set komunikasi.

6.

Penilaian

Kebolehan kognitif yang paling tinggi untuk membuat


pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan
kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian,
ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang
sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian,
prosedur, produk dan lain-lain.

2.0 ARAS KEMAHIRAN DAN KATA TUGAS


1

Bil.
1.

2.

Aras
Kemahiran

Kata Tugas

Pengetahuan

Kefahaman

Kehendak

Takrifkan
Nyatakan
huraikan
perihalkan
Melabelkan
Memadankan
Memilih
Menyenaraikan
Merekodkan
Menjadualkan
Menulis semula
Mengenal

Menjelaskan
Menerangkan
Membezakan
Menganggarkan
Menghuraikan
Memberikan
contoh
Menulis semula
Merumuskan
Membincangkan
Melaporkan
Mengumpulkan
Apakah

Meluahkan semula maklumat.


Proses mengingat kembali
fakta/pemerhatian/prosedur/ide
a/
takrif.
Proses menulis balik ingatan
tentang sesuatu perkara.

Menunjukkan pemahaman
tentang maklumat.
Menjelaskan idea daripada satu
bentuk komunikasi kepada satu
bentuk yang lain; idea
dijelaskan secara terus.
Mentafsirkan idea yang tersirat
pada komunikasi asal kepada
bentuk lain.
Ekstrapolasi yang melibatkan
kebolehan membuat
pentafsiran melangkau
maklumat yang terdapat dalam
komunikasi seperti membuat
ramalan, inferensi dan
anggaran.

Bil.
3.

4.

Aras
Kemahiran
Aplikasi

Analisis

Kata Tugas

Kehendak

Menunjukkan
Mengira
Menjalankan
Menyediakan
Mengaitkan
Menyelesaikan
Menggunakan
Mengilustrasikan
Mengukur
Menyusunkan
Melukiskan
Melakarkan
Menentukan
Mengkelaskan
Membinakan
Menghasilkan
Mengubahsuai

Mengesan
Mengenal pasti
Membezakan
Membandingkan
Mengkategorikan
Menganalisakan
Membincangkan
Membuktikan
Mengemukakan
Mencadanganka
n
Meramalkan
3

Menggunakan maklumat untuk


menyelesaikan persoalan/isu.
Menggunakan maklumat untuk
menyelesaikan masalah.

Dapat membezakan sesuatu,


perincian atau memecahkan
sesuatu kepada komponenkomponen yang lebih kecil
secara khusus dan mengaitkan
komponen-komponen itu antara
satu dengan yang lain.

Membuat
kesimpulan
Menyarankan

Bil.

Aras
Kemahiran

Kata Tugas

Kehendak

5.

Sintesis

Menyatukan
Mencipta
Menerangkan
Menghuraikan
Membentuk
Menyusun semula
Merancang
Menulis semula
Merumuskan
Merekabentukkan
Menghasilkan formula
Menstrukturkan
Mengesahkan
Memperkukuhkan
Merundingkan
Menggabung jalinkan
Mengkategorikan

Mengkaji bahagianbahagian atau komponenkomponen dalam sesuatu


perkara dan kemudian
menyepadukan,
mencantumkan,
menggabungjalinkan
semula bahagianbahagian itu untuk
membentuk sesuatu yang
baru.

6.

Penilaian

Mengkritik
Menjustifikasikan
Mentafsirkan
Mengulas
Menggredkan
Menilai
Merumuskan

Menilai sesuatu perkara


(melibatkan
pertimbangan).
Melihat sesuatu dengan
menggunakan pemikiran
yang objektif dan logis,
iaitu menggunkan kriteria
untuk menilai/membuat

3.0

Bil.

Menterjemahkan
Mengaitkan

pertimbangan.

MAKNA KATA KERJA

Kata Kerja

Penerangan

1.

Takrifkan

Memerlukan hanya satu penyataan yang setara


(takrif).

2.

Apakah yang
dimaksudkan
dengan

Memerlukan takrif dengan sedikit ulasan yang relevan


tentang keertian atau konteks istilah berkenaan.

3.

Nyatakan

Memerlukan jawapan yang ringkas dan padat. Tidak


memerlukan hujah atau alasan. Jika adapun hanya
sedikit sahaja.

4.

Senaraikan

Memerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian dalam


bentuk senarai.

5.

Gariskan

Memberikan asas-asas sahaja, jawapan ringkas.

6.

Lakarkan

Memerlukan lukisan tangan yang ringkas; bagi


gambar rajah, perkadaran dan kejelasan perincian
penting perlu diberi perhatian; bagi graf, bentuk
dan/atau kedudukan lengkung perlu betul secara
kualitatif sahaja.

7.

Lukiskan

Memerlukan gambar rajah, graf atau lukisan yang


lebih jitu (mengikut skala bagi graf).
5

8.

Galurkan

Memerlukan huraian mengikut kronologi/kejadian


/ruang/proses tertentu.

9.

Jelaskan
/Terangkan

Memerlukan penyataan yang merupakan taakulan/


sebab-musabab atau sedikit rujukan kepada teori,
bergantung pada konteks.

10.

Huraikan dengan
memberikan
sebab-sebab

Ditafsirkan secara lebih umum, iaitu calon mempunyai


budi bicara yang lebih luas tentang sifat dan
penyusunan bahan yang hendak dimasukkan dalam
jawapan.

Bil.

Kata Kerja

Penerangan

11.

Perihalkan
/Huraikan

Memerlukan penjelasan (menggunakan gambar rajah


di mana-mana yang sesuai) tentang perkara-perkara
utama bagi tajuk yang dinyatakan; biasanya merujuk
kepada fenomena tertentu atau uji kaji tertentu.
Setakat mana huraian diharapkan hendaklah
ditafsirkan berdasarkan nilai markah yang
ditunjukkan.

12.

Bandingkan

Melihat yang sama dan yang berbeza tentang dua


perkara yang dikemukakan.

13.

Bincangkan

Memberikan huraian yang kritis tentang isu yang


dikemukakan, misalnya antara yang terlibat, baikburuk, pro-kontra, pengaruh sedikit sebanyak dan
sebagainya.

14.

Cadangkan

Memerlukan cadangan tentang perkara yang diminta


(digunakan dalam dua konteks; tidak terdapat
jawapan yang unik atau merujuk kepada suatu situasi
baru).

15.

Mengapakah

Perihal dan sebab/hujah/ulasan bagi sesuatu situasi


yang diberikan.
6

16.

Carikan

Istilah umum yang boleh ditafsirkan sebagai hitung,


tentukan, dapatkan dan lain-lain.

17.

Hitungkan

Digunakan apabila jawapan berangka dikehendaki.


Pada umumnya jalan kerja hendaklah ditunjukkan
terutamanya apabila dua langkah atau lebih terlibat.

18.

Tentukan

Biasaya digunakan apabila kuantiti berkenaan


diperoleh secara penghitungan, menggantikan nilainilai terukur atau diketahui bagi kuantiti-kuantiti lain ke
dalam satu rumus piawai.

19.

Tunjukkan

Memberikan langkah/sebab yang membawa kepada


sesuatu keputusan/fenomena yang diberikan atau
membuktikan sesuatu.

Bil.

Kata Kerja

Penerangan

20.

Ramalkan

Tidak memerlukan jawapan yang diperoleh secara


ingatan tetapi dengan membuat perkaitan yang logis
antara maklumat-maklumat yang lain. Maklumat
demikian mungkin keseluruhannya diberikan dalam
soalan atau mungkin bergantung pada jawapan yang
diperoleh dalam bahagian awal soalan. Juga
memerlukan jawapan yang ringkas dan padat tanpa
penyataan sokongan.

21.

Deduksikan

Digunakan dengan cara yang sama seperti ramalkan


kecuali sedikit penyataan sokongan dikehendaki,
misalnya rujukan kepada suatu hukum/prinsip atau
taakulan yang perlu hendaklah dimasukkan dalam
jawapan.

22.

Setujukah anda

Memerlukan penyataan pendirian calon dengan hujah


dan alasan tentang sesuatu isu.

23.

Sejauhmanakah

Menilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu proses


atau fenomena berbanding dengan faktor lain.

24.

Ulaskan

Membuat rumusan/kesimpulan dengan alasan


daripada fakta/data dan sebagainya.

25.

Nilaikan

Memerlukan penggunaan lebih daripada satu kriteria.

26.

Analisiskan

Memecahkan sesuatu komunikasi petikan,


perenggan, carta, data dan sebagainya kepada
bahagian-bahagiannya dan menghuraikan perkaitan
antara bahagian-bahagian itu.

27.

Bagaimanakan

Menunjukkan sebab musabab bagi sesuatu


fenomena atau menjelaskan sesuatu proses yang
terlibat dalam sesuatu hasil terakhir.

4.0

PENJELASAN KATA KERJA

Bil.

Kata Kerja

Respons Yang Diharapkan

1.

Analisiskan

Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek


atau perkara yang dikomunikasikan.

2.

Anggarkan

Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai


dengan keadaan yang ditetapkan dengan
menggunakan ciriciri suatu pengetahuan tertentu.

3.

Apakah

Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik.

4.

Bagaimanakah

Memerihalkan/memberi penerangan tentang cara/


keadaan/langkah/kejadian.

5.

Bandingkan

Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua


8

atau lebih perkara.


6.

Berapakah

Memberi kuantiti.

7.

Bezakan

Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara 2 atau


lebih perkara.

8.

Bilakah

Menyatakan masa atau waktu.

9.

Binakan

Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat


tertentu.

10.

Bincangkan

Memberi penerangan daripada pelbagai aspek atau


lebih perkara.

11.

Buktikan

Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta.

12.

Cadangkan

Memberi pandangan/idea/pendapat dengan


mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

13.

Carikan

Memberikan nilai tanpa atau dengan hitungan


ringkas.

14.

Cerakinkan

Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.

Bil.

Kata Kerja

Respons Yang Diharapkan

15.

Definisikan

Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas


tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau
terminologi.

16.

Hitungkan

Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

17.

Hubungkaitkan

Membuat suatu pertalian berdasarkan beberapa ciri


atau faktor.

18.

Huraikan

Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan


panjang lebar/terperinci secara teratur.

19.

Interpretasikan

Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu


komunikasi.
9

20.

Jelaskan

Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah


difahami.

21.

Kelaskan

Mengumpulkan kepada sesuatu kumpulan


berdasarkan kriteria atau ciri tertentu.

22.

Kemukakan

Memberi pendapat sama ada menyokong/


membangkang.

23.

Kenal pastikan

Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu


benda atau penyataan yang dikenali atau dicam
dengan jelas.

24.

Labelkan

Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang


spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf,
carta, ilustrasi dan sebagainya.

25.

Lakarkan

Memberikan persembahan berbentuk rajah/gambar


rajah/peta secara kasar dan tidak memerlukan
perincian.

26.

Lukiskan

Memberikan persembahan berbentuk rajah/gambar


rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau
perkara dengan menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala tertentu.

27.

Membuat
hipotesis

Mengemukakan penyataan yang boleh diuji akan


kesahihannya.

Bil.

Kata Kerja

Respons Yang Diharapkan

28.

Mengapakah

Memberi sebab.

29.

Namakan

Memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu


benda/istilah/terminologi/proses.

30.

Nyatakan

Memberikan jawapan yang spesifik tanpa


10

memerlukan penerangan lanjutan/huraian/sokongan.


31.

Organisasikan

Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah


dirancang.

32.

Pamerkan

Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan


suatu perkara.

33.

Ramalkan

Memberikan suatu nilai yang dijangkakan


berdasarkan pola atau corak tertentu.

34.

Reka bentukkan

Membuat garis kasar, pelan tindakan dan


melaksanakan sebagaimana perancangan.

35.

Rekodkan

Mencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian


mengikut format.

36.

Ringkaskan

Memberi penerangan yang lebih padat daripada


penyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan
utama penyataan asal itu.

37.

Rumuskan

Membuat sesuatu kesimpulan dengan


mempertimbangkan beberapa perkara.

38.

Sarankan

Memberi pandangan/idea/pendapat dengan


mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

39.

Selesaikan

Membuat suatu keputusan untuk mengatasi sesuatu


masalah.

40.

Senaraikan

Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, teori dan


sebagainya secara spesifik/berbentuk poin tanpa
memberi hubungan, perkaitan atau penerangan
lanjutan bagi setiap satunya.

Bil.

Kata Kerja

Respons Yang Diharapkan

41.

Siapakah

Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu.

42.

Susunkan

Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan


11

kaedah atau prinsip tertentu.


43.

Syorkan

Memberi pandangan/idea/pendapat dengan


mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

44.

Tafsirkan

Menerangkan maksud ayat dengan terperinci.

45.

Takrifkan

Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas


tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau
terminologi.

46.

Tentukan

Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira


beberapa perkara sebagai asas pertimbangan.

47.

Terangkan

Menyatakan fakta dengan sokongan atau


menjelaskan sesuatu dengan sebab.

48.

Terjemahkan

Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu


bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan
memerihalkan makna komunikasi tersebut.

49.

Tuliskan

Memberi maklumat yang khusus/spesifik.

50.

Ubahsuaikan

Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan


kaedah atau prinsip tertentu.

51.

Ukurkan

Memberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh


daripada sesuatu alat pengukur.

52.

Ulaskan

Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik.

5.0 CONTOH PENGGUNAAN KATA KERJA

Bil.

Kata Kerja

Contoh Soalan
12

Markah

1.

Takrifkan

Takrifkan istilah pembelahan


nukleus dan pelakuran nukleus.

2.

Apakah yang
dimaksudkan
dengan

Apakah yang dimaksudkan


dengan guna tenaga dan guna
tenaga penuh?

3.

Berikan

Berikan tiga sebab utama


mengapa perkembangan guna
tenaga penuh diberi perhatian
dalam ekonomi.

4.

Jelaskan

Jelaskan apa yang dimaksudkan


dengan imbangan air

5.

Dengan bantuan
gambar rajah

Dengan bantuan gambar rajah


berlabel, jelaskan dengan ringkas
istilah cerun cembung, cerun
cekung, dan cerun kompleks.

6.

Jelaskan
bagaimana

Jelaskan bagaimana bandar raya


boleh mengubahsuaikan keadaan
atmosfera setempat.

7.

Nyatakan

Nyatakan bentuk-bentuk hakisan


permukaan di cerun-cerun bukit.

8.

Perihalkan

Perihalkan keadaan-keadaan yang


boleh menghasilkan pemeluwapan
wap air dalam atmosfera.

10

9.

Huraikan

Huraikan penghasilan asid nitrik


daripada ammonia melalui proses
Ostwald.

10

Bil.
10.

Kata Kerja
Bandingkan

Contoh Soalan
Bandingkan peranan agama
13

Markah
25

dalam proses memperkukuhkan


asas kekuatan pemerintahan Islam
antara zaman Kesultanan Melayu
Melaka dengan zaman Khalifah alRasyidin.
11.

Bincangkan

Bincangkan pengaruh saiz


penduduk bandar terhadap tahap
pencemaran udara di bandarbandar di Malaysia.

15

12.

Galurkan

Galurkan tahap-tahap utama


peluasan imperialisme Jepun di
Tanah Besar Asia dari tahun 1868
hingga tahun 1945 dan kesan
impelialisme terhadap
pertumbuhan nasionalisme
tempatan.

25

13.

Tuliskan

Tuliskan persamaan berimbang


bagi tindak balas antara etanamina
dengan asid hidroklorik cair.

14.

Lakarkan

Lakarkan graf yang menunjukkan


bagaimana tenaga pengikat per
nukleon berubah dengan nombor
jisim.

15.

Lukiskan

Lukiskan keluk kos purata jangka


panjang bagi sebuah firma.
Mengapakah keluk itu berbentuk
demikian?

10

16.

Terbitkan

Terbitkan ungkapan bagi hasil


darab keterlarutan, Ksp, barium
hidroksida.

14

Anda mungkin juga menyukai